Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

"Shahira! Giliran kamu!"

Sepasang mata milik seorang gadis muda berumur kurang daripada 11 tahun berpakaian silat memandang takut ke arah kuali panas berisi minyak panas menggelegak.

Perlahan-lahan, dirinya mendekati kuali besar itu. Dengan penuh debaran, gadis kecil itu melumur minyak itu ke seluruh badannya. Rasa panas dan sakit cuba ditahan, manakala matanya memandang ke satu arah.

"Pergi!"

Terkejut semua orang yang berada di situ, mendengar jeritan marah yang keluar daripada mulut gadis kecil itu. Beberapa orang wanita memakaikan Shahira baju, sementara beberapa lagi memanggil ustaz.

"Kenapa ni?" Tanya ustaz itu seusai sampai ke tempat Shahira berada.

"Pergi! Aku tak takut dengan kau lah!"

"Shahira, kenapa ni?" Tanya ustaz.

"Dia asyik ikut saya! Saya kata taknak!"

Lalu, ustaz pun buatlah apa yang patut. Ustaz tahu, Shahira mengenali apa yang dia lihat. Ini disebabkan oleh minat yang sangat mendalam yang ada pada diri Shahira untuk mempelajari mengenai perkara ghaib terutamanya kaum Jin, kaum ghaib yang paling dekat dengan kehidupan manusia.

Setelah semuanya selesai, Shahira berjumpa dengan ustaz secara berdua bersama-sama Shakirah yang merupakan kakak sulung Shahira sebagai orang ketiga.

Ustaz bertanya pelbagai perkara kepada Shahira.

Shahira menceritakan bahawa dia sudah mampu melihat 'mereka' sejak kecil lagi. Dia juga pernah masuk ke dunia 'mereka'.

"Kejap masuk ke dunia mereka? Yang Shahira hilang seminggu tu ke?" Tanya Shakirah.

"Haah. Masa tu Shahira tak tau pun mereka tu apa. Ingat macam orang lain lah, sekali benda tu rupanya."

Shahira juga menyatakan bahawa salah seorang daripada 'mereka' yang pernah bertemu dengan dirinya semasa di dunia mereka telah memberitahu kepada Shahira bahawa dia mempunyai kelebihan untuk keluar masuk antara dunia mereka dan dunia sebenar.

Ustaz menasihati Shahira supaya menjaga keselamatan dan menjaga kelebihannya. Ustaz juga tidak menggalakkan Shahira untuk menggunakan kelebihannya kecuali jika perlu sahaja.

Semenjak itu, terputuslah pertalian Shahira dengan alam ghaib. Gadis kecil itu tidak lagi masuk ke dunia mereka mahupun berkenalan, bermain dan bercakap dengan mereka.

Shahira hanya mengendahkan 'mereka' yang cuba mengganggu Shahira, malah Shahira sedikit pun tidak takut dengan mereka.

Shahira sendiri berjanji kepada diri sendiri untuk menggunakan kebolehannya pada waktu yang benar-benar memerlukan kelebihannya itu sekiranya tiada jalan penyelesaian yang lain.

•••

Shahira duduk bersila di suatu tempat tersorok tidak jauh daripada trek yang sepatutnya dia lalui. Selepas yakin tiada sesiapa melihatnya, dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum memanggil 'rakannya'.

Suasana seram sejuk langsung tidak menakutkan diri kak Shahira. Dirinya sudah lali dengan segalanya sejak kecil lagi. Dia langsung tidak takut, walaupun wajah mereka kadangkala menakutkannya namun biasanya tidak semua benda ghaib itu wajahnya seteruk seperti di dalam filem.

Filem tu yang tahyul. Manusia dah terpengaruh dengan mentaliti, asal hantu je buruk, seram. Menyampah pula kak Shahira dibuatnya. Memandangkan dia mampu melihat 'mereka', dia tahu bukan selalu rupa mereka buruk dan menyeramkan seperti yang ditunjukkan di dalam filem.

Biasanya, wajah mereka seperti gambaran kelibat gelap sahaja. Sesekali pula seperti kelibat yang berbulu penuh satu badan. Malah, ada yang memakai purdah namun, jangan terpedaya dengan mereka. Boleh jadi itu cumalah Jin jahat yang cuba menyamar acah-acah baik.

Perkara mengenai Jin dan kaumnya apa rumit dan hanya yang mempelajarinya akan mengetahui bahawa kebanyakan kisah-kisah seram yang mereka tonton cumalah mentaliti manusia sahaja.

Memanglah wajah mereka ada sahaja yang menakutkan, tapi biasanya berdasarkan daripada pengalaman mereka yang terbuka hijabnya, tidak semua daripada mereka yang berwajah menakutkan. Kadangkala wajah mereka cuma berbulu lebat di seluruh sehingga tidak nampak anggota badan, tidak pun cuma bermata merah ataupun sekadar bayangan kelibat cuma manusia sahaja yang terlampau lemah semangat.

Jikalau mereka membaca tafsir Al-Quran yang menceritakan mengenai kaum Jin, sudah pasti mereka tidak akan takut langsung untuk berdepan dengan kaum itu.

Bagi Shahira, kaum Jin ini sama sahaja dengan kaum manusia. Shahira kadangkala menggelarkan kaum Jin sebagai kaum 'Manusia Ghaib' kerana mereka hidup seperti manusia biasa, ada keluarga, ada rumah, ada penempatan dan sebagainya. Perbezaannya mereka kalau tidak silap Shahira merupakan jangka hayat umur mereka lebih panjang daripada manusia, mereka ghaib daripada pandangan manusia serta dijadikan daripada api.

"Shahira, sudah lama engkau tidak memanggilku. Pasti akan ada sebab penting, memandangkan sudah lama engkau memutuskan hubungan dengan dunia ini."

"Aku perlukan bantuan kau. Aku perlu masuk ke dunia kau. Kawan aku diserap masuk ke sana akibat kaum kau yang suka-suka mengacau mereka."

"Bukankah sebab mereka melanggar peraturan dengan mengambil simpang kiri?"

"Bukan. Ada seorang daripada mereka fikir perlu mengambil laluan kiri kerana laluan itu seakan rosak dan ditutup. Itu hanyalah halusinasi yang direka oleh kaum kau. Salah seorang lagi diserap masuk selepas dirinya ditarik secara sengaja oleh kaum kau yang tertarik untuk mengacau dia. Seorang lagi, aku tak pasti ke mana dia. Aku tak dapat kesan."

"I see... Kurasakan mereka berminat dengan rakan-rakan engkau. Khairani ditarik masuk ke duniaku dengan halusinasi yang telah direka manakala Hani termasuk akibat ditarik oleh akar pokok. Ku agak resah ingin membiarkan engkau masuk berurusan dengan mereka, kerana ku tahu bagaimana degilnya separuh daripada kaum kami."

Ha kau, benda tu boleh cakap bahasa Inggeris lah!

Eh, jangan terkejut sangat, please! Benda tu lebih kurang je macam manusia, ada kemungkinan mereka juga mempelajari ilmu yang sama seperti apa yang dipelajari oleh kita, manusia biasa.

Wallahualam, aku sebagai penulis tak tahu. Mungkin kena tanya kepada orang yang pernah masuk dan tinggal dengan mereka mungkin?

"Aku dah bersedia. Bawa aku masuk, jangan risau akan aku." Balas Shahira dengan yakin.

"Baiklah. Jaga dirimu."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro