Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Haih bosannya... Hanya belantara hijau dan trek berbasikal yang makin hilang dilitupi daun-daun dan pokok-pokok renek. Aku terfikir, bila nak sampai simpang ni? Aku dah bosan berbasikal di sekitar sini tahu tak?

Haih...

Nak dipendekkan ceritanya...

Sebenarnya aku dah sampai di checkpoint terakhir. Dan sepatutnya aku perlu menggunakan simpang kanan, malangnya jalan tersebut ditutup kerana pembaikpulihan sedang dilakukan.

Jadi...

Aku ambil simpang kiri.

Jauh dah aku berjalan, rasanya dah dekat 100 meter dah jarak perjalanan aku. Bila nak sampai garisan penamat ni, aduh!

Seram sejuk pula. Tak tahulah kenapa. Tiba-tiba je.

Aku mengusap lengan aku. Bulu-bulu roma naik tanda sejuk. Aku juga beberapa kali bersin akibat cuaca hutan yang sejuk.

Tapi seronok juga cuaca sejuk di hutan! Segar dan menyamankan!

Okay, cukup. Better aku fokus untuk habiskan perlumbaan ini.

Aku juga sempat rasa curiga kerana masih tidak berselisih dengan Hani, Hannan mahupun Kak Shahira. Tapi aku buang rasa was-was itu.

Bak kata penulis, "kita kena relaks. Baru boleh buat kerja dengan betul dan tenang."

Masalahnya aku tak boleh tenang...

Aku ambil simpang kiri kot. Takut weyh, mana tahu nanti kena marah dengan pengurus pertandingan macam mana?

Nahas aku nanti!

Mahu atau tak mahu, terpaksalah. Walaupun aku sendiri takut nak mencari masalah dengan mengambil laluan yang tidak sepatutnya.

Sesuatu yang aneh telah dikesan olehku. Ini bukan seperti laluan trek hutan yang aku lalui selama ini. Hutan tak sepatutnya seindah ini, hutan yang aku lalui selama ini tak mungkin boleh jadi secantik ini.

Tak mungkin...

Aku cuma boleh tengok benda ghaib, jadi bagaimana aku berada di tempat mereka?

"Jangan sesekali ambil simpang ke arah kiri, walau apapun yang berlaku kepada simpang kanan!"

Tak mungkin.

Tak mungkin itu adalah sebab musabab kenapa simpang kiri tidak boleh dilalui!

Tak.

Alamak!

Amaran yang diberikan oleh pengurus semasa taklimat kedengaran seperti kaset yang rosak di pendengaran aku.

Ah tidak.

Aku dah membuat satu kesilapan yang besar!

"Comelnya awak~ Nama awak pada tag itu. Khairani, hmm sedap nama tu~ "

Mampus!

Apa lagi?

Lari!

"Hihihi~! Nak lari mana tu?"

•••

Skrett!

"A-apa tadi tu?" Seorang gadis secara tiba-tiba menghentikan basikalnya.

Gadis itu turun daripada basikalnya dan menyandarkan basikalnya di sebuah pokok.

"Khairani... Ikut laluan kiri?"

Gadis itu menggelengkan kepalanya. Tak mungkin Khairani akan mengambil risiko sebegitu! Dia kenal gadis itu, sudah tentu gadis itu tidak akan melakukan sesuatu kecuali sekiranya terpaksa.

"Relaks Hani, relaks... Mungkin kau overthinking sampai terbuat imaginasi macam tu."

Gadis itu kelihatan resah. Dia mundar-mandir seketika di tepi trek basikal. Sebenarnya di benak hatinya terasa sesuatu yang buruk akan terjadi tetapi dia cuba untuk menghilangkan rasa itu.

Hani tidak senang duduk, bagaimana kalau bayangan itu benar? Tetapi separuh hatinya berkata mungkin hanya mainan emosi.

Tanpa sedar, terdapat akar-akar pokok bergerak ke arah kaki Hani tanpa dirinya sedar. Perlahan-lahan kakinya kirinya dililit.

Walaupun begitu, gadis itu masih tidak menyedari.

"Apahal kaki kiri aku- WARGH!"

•••

Di suatu tempat yang lain...

Sekujur tubuh terbaring tidak sedarkan diri atas tanah lapang yang disekelilingnya dipenuhi pokok-pokok tinggi melangit.

Tempat itu seakan-akan pasar di dalam hutan belantara tebal. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang dengan nilai harga yang lain daripada dunia sebenar.

Pasar itu juga dipenuhi oleh orang ramai, kecuali di tengah pasar. Pasar itu mempunyai sebuah lukisan bulatan yang besar di tengah kawasan pasar itu. Tempat itu juga tidak akan sesak dengan penduduk walau seramai mana pun orang yang berada di pasar itu.

Di dalam bulatan itu terdapat beberapa orang. Dan disitulah tempat sekujur tubuh seorang gadis terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah. Juga, terdapat beberapa orang kelibat seperti manusia dalam bilangan yang tidak terlampau banyak, kira-kira 5 hingga 8 orang.

Terdapat beberapa kelibat seperti manusia sedang berbincang dan berbual-bual sesama sendiri.

"Hehe, mangsa kedua~" Salah seorang daripada mereka bersuara.

Sejurus selepas ayat itu, permandangan di kawasan itu kabur perlahan-lahan dilitupi. Semua orang yang berada di pasar, termasuk kelibat yang berada di tengah bulatan serta gadis yang masih tidak sedarkan diri hilang ditelan kabus.

Kelihatan seorang gadis berumur dalam lingkungan usia 20-an masuk ke kawasan pasar itu sebelum dilitupi kabus tebal sepenuhnya.

Apabila hilangnya kabus itu, maka hilanglah juga segala permandangan dan orang sekitarnya seiring dengan perginya kabus itu.

"A-alam lain? Masalah besar!" Suara seorang gadis muncul disebalik semak samun kedengaran ketakutan.

Gadis itu ialah Hannan.

"Tapi, macam mana Hani boleh ada kat sana?" Bisik hatinya dengan nada cemas dan keliru.

Gadis itu telah lama menyorok di situ. Tergamam dia melihat suasana pasar yang penuh dengan berduyun-duyun orang serta kedai yang banyak hilang ditelan kabus. Tiada satu yang tertinggal. Beberapa saat sebelum tempat itu ditelan kabus secara keseluruhannya, seorang gadis menapak ke dalamnya. Namun, hal itu tidak disedari oleh Hannan.

"A-apakah?" Terkejut Hannan dibuatnya.

"Found ya~ Mangsa ketiga, hehehe..."

Terkejut gadis itu mendengar suara lembut tetapi menakutkan itu.

Badannya kaku tidak mampu bergerak akibat ketakutan!

Bukan satu atau dua kelibat tetapi 10 kelibat dengan wajah menyeramkan sedang mengelilingi dirinya!

Secara refleks mata gadis itu tertutup, hati dengan cemas berbisik ayat-ayat suci Al-Quran. Bersama-sama degupan jantung yang kencang, gadis itu berharap agar kesemua kelibat itu hilang.

Namun...

"Hihihi~ aku boleh baca lagi bagus daripada kau!"

•••

Shahira terdengar jeritan Hani, lalu bergegas ke arah suara itu. Dirinya menapak ke kawasan semak yang berjarak 100 meter dari semak tempat Hannan menyorok. Sayang sekali, Shahira langsung tidak menyedari akan keberadaan Hannan yang tidak jauh daripadanya.

Beberapa ketika kemudian...

Dia kini terpaksa berhadapan dengan makhluk lain di hutan ini. Shahira berasa sedikit gentar dengan ilmu dan wajah menyeramkan yang ada pada mereka.

Sememangnya, makhluk itu mampu, malah lebih hebat daripada manusia biasa, lebih-lebih lagi gadis sepertinya. Namun, gadis itu tidak mahu kalah, dia tidak mahu memperlihatkan lagi rasa takut itu.

Dengan semangat yang ada, Kak Shahira cuba membaca ayat-ayat Ruqyah yang telah dihafal olehnya secara perlahan dengan bibirnya yang terkumat-kamit.

Walaupun sedar bahawa dirinya masih belum sempurna membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul, Kak Shahira meneguhkan dirinya untuk terus membaca dengan tajwid yang betul.

Jeritan demi jeritan bergema di hutan. Jeritan seakan-akan kesakitan dan bunyi serta bau hangit seperti dibakar menusuk deria bau dan pendengarannya.

Apabila hilang sahaja bunyi itu, Kak Shahira perlahan-lahan membuka matanya. Kosong, tanpa apa-apa. Belum sempat menarik nafas lega, Kak Shahira terus menuju ke arah tengah pasar itu sebelum pasar itu hilang dilitupi kabus.

Ya, itu adalah makhluk sama yang pernah mengelilingi Hannan. Sebenarnya, makhluk itu cuba untuk menculik Shahira dahulu. Disebabkan mereka tidak berjaya, target ditukarkan kepada Hannan.

"Haih, terpaksalah untuk aku gunakan kebolehan aku..."

Dia perlu masuk ke dunia itu. Dua orang rakannya telah ditelan ke dunia itu, Khairani dan Hani. Shahira masih lagi tidak sedar akan keberadaan Hannan yang sangat dekat dengannya sebelum ini.

Sekali lagi nafas dihela, panjang. Dia risau jikalau dia mencari kedua-dua gadis itu, bimbang pula akan sesuatu buruk yang akan terjadi kepada Hannan.

"Takpe, kita mesti selamatkan mereka. Selagi Hannan masih belum diserap ke dalam, dia masih selamat." Yakin dirinya bercakap tanpa sedar Hannan juga telah diculik.

Kak Shahira menutup matanya. Dia memfokuskan dirinya untuk menggunakan mata batin. Dia membuka sebuah portal khas untuk dirinya masuk ke dunia sebelah.

"Aku mesti selamatkan mereka berdua!"

•••

𝓒𝓜 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro