Novel Baru, Watak Baru
19 OGOS 2023
*Tendang pintu* Ohayou sekai! Good morning world!
Aisyah: Author, maksud aku... Farid, kita dua saja dalam kelas ni. Tak perlulah tendang pintu macam tu. ಠ_ಠ
Hmm... Boleh tahan juga tendangan aku ni. Dah lama tak buat macam ni
Aisyah: Kau dengar ke tak ni? (ノ`Д´)ノ彡┻━┻
Hei, hei, hei, rileks! Letak meja tu!
Aisyah: ┬─┬ノ( º _ ºノ)
Bagus.
Aisyah: WRYYYYY!!!! (ノಠ益ಠ)ノ彡┻━┻
AAAAAAAAAARRRGHHH!!! *Kena hempap*
Aisyah: Padan muka. Apapun, nak tanya. Farid masih menulis lagi ke?
*Alih meja* Masih menulis lagi.
Aisyah: Souka. Novel baru ke? Kalau novel baru, novel apa tu?
Novel lamalah, cuma tukar nama. Novel "Penulis Malam" tu aku tukar jadi "Cincin". Dari situ, aku ubah plot asal jadi lain sedikit. Dalam Penulis Malam ada unsur fantasi dan sci-fi tapi dalam Cincin ada unsur fiksyen sejarah. Tapi jalan cerita dan watak tetap sama. Ada juga watak baru dalam novel Cincin.
Aisyah: Subarashi~ Ada dalam Wattpad ni ke?
Tak. Sebab novel Cincin ni, versi buku fizikal. Masih dalam penilaian sekarang ni.
Aisyah: Kau cakap novel tu ada watak sama dengan Penulis Malam. Jadi, kau mesti ingat watak lain selain aku, bukan?
Ya, sebab aku tak mau lupakan kamu. Kalau bukan sebab kamu semua, aku tak boleh sampai tahap ni. Jadi, aku gunapakai semua watak aku pernah guna dalam dunia oren ni.
Aisyah: Kalau aku tanya, siapa diorang?
Kau, Faiz Azzudin, Farah Natasha, Safiyah Zulaikha, Arif Hakimi, Alif Najmi, Syarifah Izzati, Syed Hamzah, Ilyana Zhamuri, Jennie Zhamuri. Hmm... Siapa lagi, eh? Tak semua watak aku boleh letak.
Aisyah: Masih ingat lagi juga kau dekat kami. Tapi tu la banyak lagi watak yang kau buat dekat sini.
Ya, tambahan lagi banyak cerita dah berubah lain. Dari novel Cincin, muncul pula novel lain; macam Skizo, Peluru, Cekak dan Pulang. Watak ada saja yang sama, ada pula yang baru. Tapi ada juga watak sama tapi dah berubah nama. Ibaratkan dalam universe lainlah, katakan.
Aisyah: Universe lain, eh? Faham, faham. Mesti ada watak sampingan dekat Wattpad jadi watak utama dekat buku fizikal. Macam tu juga sebaliknya.
Ya, ada saja. Macam Arif Hakimi, protagonis dalam Hipsteria jadi watak pembantu dalam Peluru. Nurul Fadzelin, protagonis Ustazah Kpop jadi watak sampingan dalam Peluru. Ilyana Zhamuri, watak sampingan dalam Tundukkan Tiga Tuxedo jadi protagonis dalam Peluru.
Aisyah: Menarik~
Zaman Wattpad ni, zaman aku BBNU. Cringe sana sini bila baca balik, macam aku baca balik buku ni sebelum publish balik. Sumpah cringe ರ_ರ
Aisyah: *gelak* Sekurang-kurangnya, gaya penulisan kau bertambah elok. Kalau dulu, kau guna bahasa rojak sana sini. Tapi hari ni, kau makin mantap.
Semua orang dah berubah, Aisyah. Aku cuba nak mantapkan penulisan aku. Aku belajar pasal bahasa dan loghat. Tapi tu la, rindu juga zaman tu.
Aisyah: Ya, aku pun rindu zaman tu.
...
Aisyah: ...
Aisyah...
Aisyah: Ya?
Kau tahu, dalam dunia oren ni, kau ada adik, Ayano Hiruka, tapi dalam buku fizikal, kau ada kakak pula.
Aisyah: Eh?
Macam aku cakap tadi, Penulis Malam ada fantasi dan scifi, tapi Cincin ada sejarah. Sebab tu la plot berubah. Nama fantasi kamu pun dah berubah. Jadi, aku ambil peluang terbalikkan peranan kamu berdua.
Aisyah: Apa nama baru kami?
Dalam novel Penulis Malam 2, nama kau ialah Ice Serra, tapi dalam novel Cincin dan Pulang, nama kau jadi Mutyara Samudra. Nama Ayano Hiruka jadi Cahya Rembulan.
Aisyah: Lain macam dah bunyi. Klasik.
Novel Pulang tu aku boleh katakan seakan-akan macam Penulis Malam 2, tapi dalam fiksyen sejarah. Nama watak-watak dalam Penulis Malam 2 kemungkinan besar jadi lain, tapi aku cuba tukar nama seiras sebaik mungkin. Macam Kai jadi Long Kejora. Rozepa jadi Ratna Mustika. Jauh beza, bukan?
Aisyah: Kau memang tak pernah berubah, Farid. Otak kau selalu geliga dalam bab ni.
Cuma, watak Cahya Rembulan saja aku guna dua watak dari Wattpad ni jadi satu. Aku gabungkan watak Ayano Hiruka dan Aya Corris. Jadilah Cahya Rembulan. Kalau kau perasan, "Ayano", "Aya", dan "Cahya", ada bunyi sama. Itu yang aku jadikan dia istimewa. Aku guna latar belakang Ayano Hiruka dan personaliti Aya Corris. Boleh bayangkan macam mana perwatakan dia?
Aisyah: Latar belakang Ayano, personaliti Aya Corris. Hmm... Bunyi macam sadistik.
Memang pun.
Aisyah: Banyak juga kau rangka. Aku harap buku kau dapat diterbitkan. 。◕‿◕。
Aku harap macam tu. Buat masa sekarang ni, aku tulis lagu ja.
Aisyah: Tulis lagu?
Nantilah aku cerita.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro