Couple💞
11 OKTOBER 2018
Assalamualaikum, kelas. Tajuk kita pada hari ni, 'Member atau Awek' *ditampar oleh Ami.
Ami: Kau ingat ni TBM (Team Bangkit Malaysia) ke?😑😑
Fadzelin: *flying kick Ami* Yang kau kacau author berhujah tu dah kenapa??
Natasha: Straight to the point jelah Author.
Haih... dekat poli yang Author belajar sekarang ni kan... ramai yang dah berpunya. Kita ni yang lonely. *disimbah air hujan*
Hamzah: Dia buat ayat sedih dah *roll eyes*
Aku nak awek!!!
All: *serang Author* *ikat author dekat pokok pisang*
Apa ni!?? Not again!!?
Fadzelin: Tak perlulah nak bercouple bagai. Couple itu haram.
Aduhai, kenapalah aku wujudkan ustazah ni
Fadzelin: Hang tau kan couple tu haqam? Sesungguhnya perhubungan yang halal ada tapi depa leka dan lagi suka jalinkan hubungan haqam. Kalau dah tau, hang suka dia tu pi minang ja dia tu. Tak payah nak tunggu. Boh mas kahwin berapa hantaran tequih masok minang. Hang suka sapa la ni? Habaq mai kat aku! Kita minang dia la ni jugak!!! *Fadzelin selalu membebel dengan dialek Kedah*
Hamzah: Aku tak faham dialek Kedah. Sesiapa tolong translate sekejap.
Aisyah: Nate berok mu ni!!! *mengata dekat Fadzelin*
Fadzelin: *jeling Aisyah* Hang cakap apa kat aku!!!
Hamzah: Pula dah...
Ami: Kedah lawan Terengganu. Helang lawan Penyu. Petani lawan Nelayan. Hmm... menarik.
Aisyah & Fadzelin: *tikam lidah terus*
All: (==||)
Aku ni nak biar jadi tongkol kayu ke dekat sini!?? Kita dah lari dari tajuk ni!!!
.
.
.
.
.
Part 22, Take 2, Action!!!
Hamzah: Aku tak faham dialek Kedah. Sesiapa tolong translate sekejap.
Izzati: Jangan tanya aku. Aku pun tak faham.
Aisyah: Kau suka siapa Author?? Ceritalah. Sharelah kisah cinta Author dekat kitorang. Kami pun nak dengar.
Huhu... malulah. Nanti blushing pula muka kita.
Ayano: *acu bazooka dekat Author yang diikat pada pokok pisang* Ceritakan...
*telan air liur* Okey... okey... aku nak ceritalah ni.
All: *pasang telinga*
Pada suatu masa tak lama dulu, orang mula berhijrah ke hutan batu. Ada lelaki dan ada wanita. Ada mencari nama dan ada mencari harta. *ditampar Fadzelin*
Fadzelin: Pengaruh lagu Malique author ni!!
Aisyah: Patut macam pernah dengar.
Safiyah: *jadi gila tak tentu pasal* APA SEMUA NI!!!!!???
All: *pandang Safiyah* Dah kenapa ni?
Safiyah: Apasal nama Malique juga disebut??
Emy: Sebab nama Malique tu nama gelaran Ami dalam novel Hipsteria dan... rapper kegemaran Author. So, tak hairanlah ayat sastera berkasta diambil dari mana.
CUT!!!!!! Lari dari tajuk lagi!!
.
.
.
.
.
Part 22. Take 3. Action!!
All: *pasang telinga*
Author tak berpunyalah.
All: * keluh kasar* Aduh!!!
Ali: Cerita je.. kami dengar.
Siapalah nak sangat budak sastera ni?? Ayat sastera siapalah nak faham. Kalau ada seorang pun, apakah aku akan mencurangi dirinya? Dan mampukah aku setia dengan dirinya??
Emy: *mainkan muzik dramatis*
Segalanya telah ditakdirkan. Kawan-kawanku menggelarkan diriku, 'Musang'. Sebab yang pertama, aku suka bersendirian, tiada teman dalam hidupku. Kedua, aku pendiam dalam kelas tetapi, akan bersuara dengan kata-kata ayat sastera. Ketiga, aku paling psycho dalam kelas kerana menikam hati orang... menerusi ayat sastera. Siapalah aku untuk bercinta dan dicintai? Sesungguhnya mulut lebih tajam dari mata pedang. Apakan daya buatku untuk bersaing dalam dunia yang penuh dengan pancaroba demi mendapatkan cinta yang sia-sia ini? Aku hanyalah manusia yang bergelar insan. Sampai masa nanti, tubuhku akan dipacak dengan dua batu nisan. Bunga yang mekar akan berguguran ke tanah jua, meninggalkan dahan buat selamanya. Daun-daun yang keguguran dari ranting, ibarat dosa-dosa kecil terhapus dari tubuh badan. Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda;
"Setiap orang Islam yang ditimpa penyakit atau lain-lain muhibah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sepertimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya."
-Hadis riwayat Bukhari-
Syamsul Yusof pun berkata dalam lagu 'Kalah Dalam Menang';
Orang kita kata sakit itu bala tapi Islam kata sakit penghapus dosa.
-Syamsul Yusof-
Hakikatnya, sakitku lebih dari itu. Sakitku bukanlah sakit biasa tetapi sakit yang berbisa. Hati yang dahulunya putih bersih, kini hitam dengan kotoran keji. Siapalah aku untuk dicintai. Sedangkan hati sendiri tak mampu dijaga, inikan pula dengan hati orang lain yang kita tidak tahu. Malique pernah berkata berkata dalam lagu Mantera Beradu;
Muka sama hijau, hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu.
-Malique-
Maka, aku berazam untuk berlari tinggalkan dunia. Aku sudah penat dan letih untuk mengejar dunia yang aku sendiri tidak mampu aku genggamkan. Segalanya sia-sia sahaja. Aku mahu menukar arus dan haluanku untuk mengejar akhirat. Katakanlah aku memilih cinta, ibarat aku memilih dunia yang hanya sementara. Katakanlah pula aku memilih jodoh, ibarat aku memilih akhirat yang kekal abadi. Sejak itu, aku lebih suka bersendirian... macam musang. Aku tak mahir berbicara manis, kerana aku hanyalah insan bergelar penulis.
All: *tidur berdengkur* 😪💤
Korang tidur!!!?? Tadi, nak dengar sangat!??
Ayano: Saya dengar tapi sepatah haram saya tak faham.
*jatuh terguling dengan pokok pisang*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro