Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DUA

"Kamu pergi mana tadi, hmm?"

Klee mengaduh sakit apabila telinga ditarik ibunya. Dia merintih meminta maaf sambil berjanji yang dia tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Andai bukan kerana Serenettia, Epal dan cendawan untuk dimasak, pasti Klee sudah terkurung di dalam bilik, sekali lagi.

"Tadi, Klee sesat!" Bersungguh Klee memberitahu sewaktu telinganya diheret masuk di dalam rumah, "Nasib baik ada orang baik tolong Klee!"

Inilah masalahnya apabila kanak-kanak terlalu teruja. Klee nampaknya terlupa mengenai janjinya dengan pemuda misteri tadi.

"Di atas bukit itu?" Ibunya masih tersenyum geram, "Mana ada orang di sana kalau tempat itu disumpah, sayang."

Klee menggeleng laju. Dia hampir melompat sewaktu menyebut tasik yang indah, pemuda seputih benang sutera, bunga-bungaan wangi bersama rama-rama yang berterbangan, bukit-bukau yang harum bersama janji mereka -- Klee tersedak apabila teringatkan perkara penting itu.

Kanak-kanak itu terkjut apabila tangan wanita itu memegang dahinya. Ibunya mencebik, lalu merogoh bakul kecil Klee. Selepas beberapa saat, barulah helaannya terluah.

"Patutlah ...," getus wanita itu sambil melangkah masuk. "Mari kita pergi keluar."

"Ke mana?"

"Jumpa tabib."

Klee tersentak. Dia menggeleng laju dan berusaha merayu, "Kenapa Klee mesti jumpa tabib? Herba dia pahit!"

Klee terkedu apabila ibunya menghala sesuatu ke wajahnya.

Cendawan.

Bezanya, cendawan itu bersinar kemerahan dengan sesawang biru di bawah topinya.

"Berapa ratus kali ibu mesti beritahu, cendawan ini boleh buat kamu berkhayal?"

Klee terkelip-kelip bingung.

Sejak bila dia mengambil cendawan itu?

.   .   .

Bulan bersinar lebih terang daripada biasa, menenggelamkan sinar bintang yang lain. Serigala yang terpesona mula memanggil Sang Purnama bersama sekutunya. Sesekali, nyanyian serangga hutan menyapa kampung kecil di kaki bukit itu. Bunyi langkah ibunya kedengaran sebelum diiringi pintu yang ditutup.

Lalu, sunyi. 

Masa yang sesuai untuk bermimpi indah.

Masalahnya, Klee tidak boleh tidur langsung.

Bayangan lelaki yang dijumpainya tadi masih mengganggu fikirannya. Kedinginan tangan lelaki itu dan aroma bunga-bungaan Cecillia itu ... mustahil semua itu imaginasi yang direka cendawan jahat!

Klee tersentak apabila tersedar sesuatu, segera meluru ke arah cermin di mejanya. Matanya terbuntang luas merenung wajahnya sendiri. Dia menyentuh-nyentuh dahinya dengan rasa tidak percaya.

"Alamak ... corak bintang itu hilang ...," sebut Klee kecewa. Patutlah ibunya tidak percaya.  

Mata Klee bersinar-sinar semula. Suatu idea menarik muncul di fikirannya.

"Kalau ibu tidak percaya, Klee akan bawa ibu ke atas sana!" getus Klee bersungguh, "Ibu mesti terkejut nanti!"

Keesokan harinya, Klee sudah ternganga menatap kertas yang ditinggalkan di atas meja. 

Ibu pergi kampung sebelah untuk jumpa kawan sekejap. Jangan risau, Jean akan datang jaga kamu sampai malam ini!

- Ibu cantik dan comel -

"Sebab itulah Alice, ehem, ibu kamu hantar kakak ke sini, Klee."

Klee mengeluh apabila suatu suara menegurnya dari belakang. Apabila dia berpaling, seorang gadis berambut ekor kuda, sudah tersenyum manis. Rambutnya diikat satu, dengan gaun separas bawah lututnya. Rona langit di matanya menggambarkan sesusuk yang matang dan mesra.

"Sekali lagi?" sebut Klee dengan kecewa, "Padahal, Klee baru mahu tunjukkan ibu sesuatu."

"Tidak mengapa," balas Jean, "Kita boleh pergi sama-sama nanti."

"Betulkah? Wah, bolehlah Klee tunjukkan pemandangan bukit atas sana!"

Di akhirnya, Klee berjalan-jalan di pekan kecil mereka dengan wajah muram. Jean menggeleng sambil menyilang tangannya -- tidak boleh sebagai jawapan tetap. Demi memujuk Klee, beberapa biji gula diberikan kepada si kecil itu. 

Mata Klee bercahaya semula. 

Sewaktu Klee dan Jean duduk-duduk di pondok tidak berbumbung, Klee seronok mengunyah gula-gulanya. Habis comot mulutnya dengan perisa coklat dan jagung. 

Sesekali, dia melambai sekumpulan kanak-kanak yang berlarian di sisi jalan tidak berturap. Bunyi lauangan penjual di deretan gerai meriahkan pekan dengan penduduk yang berborak rancak. Beberapa pedati sekali-sekala melintas, membuatkan Klee menjerit teruja.

Diingatkan, tempat mereka ini terletak jauh dari kota dan terpecil di antara bukit-bukau yang berkabus misteri. Tetapi tetaplah meriah dan penuh berwarna-warni.

"Kakak," soal Klee dengan bingung, "Apa sebenarnya kisah tentang puncak bukit sumpahan itu?"

Jean tersentak apabila disoal, laju menghalakan jarinya ke mulut Klee.

"Jangan sebut kuat-kuat fasal itu," sebut Jean, berhati-hati. Anak matanya laju meliar ke sekitar, sebelum dia berbisik, "Kenapa kamu tanya?"

"Ibu beritahu Klee, ada raksasa jahat, sangat jahat dan sangat sangat jahat di sana!"

Jean memegang dagunya, seperti bingung mahu bercerita bagaimana. Melihat wajah Klee yang bersungguh-sungguh, membuatkan gadis itu menghela nafasnya.

"Sebenarnya, asal-usul raksasa yang ibu kamu beritahu itu," sebut Jean, "Ialah antara tiga pelindung kampung ini."

Klee membulatkan matanya. 

"Pelindung?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro