Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08 | Cinta Bersatu

(💞Sila play lagu diatas,
kerana ianya sangat enak💞)

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Lisa Nurlaila sedang tersenyum di pelaminan bersama jejaka pilihan hatinya. Teka-teki persoalan, siapakah jodoh, untuk sang pencari jodoh, terlerai akhirnya.

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan nan suci
Menyatukan janji

Professor Hakimi. Iya... professor yang memanggil Lisa dengan panggilan 'Cahaya Malam'. Dialah jejaka yang telah dijodohkan untuk seorang Lisa.

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tiga bulan selepas percutian Nazwin dan Lisa bersama... Nazwin telah dikejutkan oleh satu kad undangan yang dihantar ke WhatsApp-nya.

Kad undangan perkahwinan Lisa. Itu kejutan pertama. Melihat nama Hakimi Bin Alang Razlan, membundarkan mata Nazwin. Nama itu, nama yang sangat tidak asing. Iya, nama pensyarah mereka.

Pensyarah yang menegur setiap kali Cahaya Malam-nya berbicara kuat, lebih-lebih lagi sewaktu di dalam dewan kuliah... yang memarahi Nurlaila-nya apabila menguap dan menutup mulut menggunakan tangan yang sedang memakai glove latex di dalam makmal Microbiology... yang tidak pernah putus bertukar khabar dengan Lisa-nya di  pesanan peribadi media sosial.

Yang akhirnya in shaa Allah, akan menjadi imam untuk solat Cahaya Malam-nya, Lisa Nurlaila.

Ramai kenalan zaman ijazah mereka turut hadir ke majlis perkahwinan epik itu. Tak ada sebarang gosip, tak ada sebarang skandal, tiba-tiba... pensyarah dan teman sekelas mereka bakal menyimpul tali ikatan perkahwinan bersama.

"Nazwin..." Tegur seseorang sebelum sang empunya suara melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan Nazwin. Meja yang diduduki mereka ialah meja bulat yang mampu memuatkan 6 orang tetamu dalam satu-satu masa.

Nazwin pantas menoleh ke kanan, memerhati siapakah gerangan.

"Sihat?" Rashdan menyoal.

Nazwin tarik senyum segaris, "Alhamdulillah... sihat. Awak?"

"Alhamdulillah, sihat juga. Dah makan?" soal Rashdan lagi.

"Hmm... dah." Titik. Nazwin telan liur. Awkward...

"Lisa bagitahu, awak single lagi. Iya ke?" Seperti biasa, Rashdan tidak mengenal erti 'cakap berlapik'. Terus kepada intipati sahaja. Cepat, dan mudah.

"Ha'ahh..." Sepatah. "Belum jumpa the one." Okey, tambah sikit lagi. Tak adalah sepatah je jawapan aku.

Rashdan tersenyum. Fuhhh... dia punya kaku, macam tak pernah kenal aku! "Kita kahwin, nak? Boleh saya jadi the very the one."

Nazwin tersenyum paksa. Ini... aku... tertanya-tanya juga... kenapa lelaki-lelaki yang aku kenal, macam... semuanya spesis tak tahu malu je? Aku rasa... aku macam, dah praktis rasa malu selama ni. Ke... aku tak sedar yang aku... tak tahu malu, sebenarnya?

"Eyh... senyum je dia. Jawapannya... mana?" soal Rashdan lagi.

Wajah Nazwin makin berkerut. Apasal paksa-paksa minta jawapan pula ni? Somebody! Anybody! Please help me!

"Win!" Lisa menjerit. Dia berlari anak mendapatkan Nazwin. Tadi dah sempat jumpa. Tapi, sempat sembang kejap je! Sekarang, tetamu dah ramai balik. So, dah ada ruang dan peluang untuk bersembang dengan Nazwin!

Professor Hakimi ikut bersama Lisa.

Lisa duduk di sebelah kiri Nazwin. Manakala Hakimi duduk di sebelah isterinya.

"Win! Thank you sudi datang! Jauh pula tuu kau travel! Thank you!" Lisa dan keluarganya telah berpindah dari Kedah. Mereka kini menetap di Johor. Jadinya, majlis perkahwinan Lisa dilangsungkan di selatan tanah air.

Nazwin tersenyum lega. Fiuuu... akhirnya! Ada juga yang datang selamatkan aku! "Relakslah Lisa. Aku datang sini naik kapal terbang. Sejam suku je, dah sampai." Kalau bas, mahu 14 jam aku duduk dalam bas dari Parit Buntar ke Johor Bahru!

"Prof... congrats. Tak sangka saya, minah kepoh tu yang prof suka..." Rashdan berseloroh pada Professor Hakimi.

Hakimi tersenyum. "Rashdan... minah kepoh yang kamu cakap tu, isteri saya tahu sekarang."

"Yey! Ini yang buatkan baby sayang sweetheart ni!" Lisa memaut lengan Hakimi. Pipi si suami lantas dicium.

Nazwin dan Rashdan bertukar pandang. Mereka sama-sama ukirkan senyum paksa. Ya ampun! What was that? Pelik weyh tengok lecturer sendiri dengan classmate mesra-mesra gini! Please! Rasanya macam... nak... terkeluar isi perut pun ada. Tapi, membazirlah pula makanan.

"So Rashdan... kamu cemana? Dah berjaya dapatkan crush kamu dulu?" soal Professor Hakimi.

Nazwin terkedu. Lisa dan Rashdan tersenyum.

"Crush yang mana satu prof?" Sengaja Rashdan menyoal.

"Amboi... kau... gaya macam ramaaaiii je crush kau zaman kita degree dulu?" Lisa menyampuk, juga dengan niat ingin menyakat Nazwin.

Nazwin gigit bibir bawahnya. Aduh... diorang ni dah kenapa? Dengan prof sekali masuk air hari ni, kenapa? Ke, sebab dia dah jadi suami Lisa? Yelah... kan orang cakap, suami isteri tu, cerminan diri masing-masing. Tapi... ini, can not brain!

Makin lebar senyum Rashdan. "Kalau zaman degree... saya ada seorang crush je prof. Tapi, crush saya yang 'sorang' tuu... saya ajak couple dulu, kena reject. Sekarang ajak kahwin, dia tak kasi jawapan pun."

"What? So, kau dah melamar Win lah?" Lisa menjerit nyaring, menyoal.

"Ya Allah... bie... tone down your voice please." Professor Hakimi menegur Lisa.

Lisa tersenyum. "Ala... sorry laa sweetheart. I terkejut. Adan... kau biar betul? Bila masa kau melamar dia? Win tak pernah cerita apa-apa pun dekat aku." soal Lisa tidak percaya.

"Baru je tadi."

"Oh, patutlah. Dah tuu... kau kena reject lagi ke?"

"Alhamdulillah, tak. Tapi itulah... dia tak kasi jawapan langsung. Iya, tak. Tak pun, tak."

Nazwin kerut dahi. Apa kes sekarang ni? Aku... halimunan ke dekat sini? Sejak bila aku ada superpower idaman ramai ni? Anybody... answer, please?

Nota Kaki:-
Tajuk Lagu: Bunga Bunga Cinta
Penyanyi: Dude Harlino & Asmirandah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro