Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05 | Cinta Pandang Pertama

Lisa berlari anak mendekati Nazwin yang sedang 'layu' di meja cafe. Senyum masih belum hilang dari bibir kecilnya.

"Win! Jom! Hari ni Adan and The Geng ada lawan futsal dengan budak-budak Shah Alam. Jom cheers support diorang!" Lisa mengajak Nazwin.

Nazwin angkat kepala dari meja, sambil papar riak muka bosan. "Lisa... kau tahukan, aku memang malas nak jalan-jalan tak ada motif ni..." Nazwin melabuhkan kembali kepala ke atas meja. Mengantuk gila! Hujung minggu gini, aku nak qada tidurlah!

Dekat dalam bilik tadi, Lisa merayu, "Win, aku lapar gila! Nak kebulur dah ni! Jomlah teman aku turun makan!"

Makannya entah ke mana, laparnya hilang entah bila. Turun je dari kolej, dia hilangkan diri. Sekarang dia dah datang balik, tiba-tiba je ajak aku pergi tengok game futsal? Seriusly? Aku rasa macam kena prank dengan best friend sendiri je sekarang ni.

"Tak kiralah. Aku dah janji dengan Adan." Lisa menarik tangan Nazwin.

Nazwin terbangun dari duduknya. Dia kini diheret oleh Lisa. "Kau yang janji dengan dia. Yang nak heret aku sekali, kenapa?" Nazwin mematikan langkahnya. Dia berdiri statik.

"Hee... itulah masalahnya..." Lisa tersengih bersalah. Tangannya yang disilang dengan tangan Nazwin, tidak juga dilepaskan.

"Apa masalahnya?" Serius Nazwin menyoal.

"Aku JANJI, aku bawa KAU... support diorang."

"Lisa!"

Laju Lisa melangkah, mengheret Nazwin bersamanya. Sengih bersalah terukir di bibir.

Pandangan Nazwin terhenti pada sesusuk tubuh dengan ukuran tinggi dalam lingkungan 180cm. Macam... bukan! Nazwin menggeleng kepalanya. Tapi rambut tuu... no no no!

"Win. Kenapa? Sakit ke?" Lisa menyoal, risau. Wajah Nazwin tiba-tiba terlihat pucat. Nazwin menjawab sekadar dengan gelengan kepala.

"Win. Mamat Shah Alam yang tinggi tuu, hensem kan?" Lisa meminta pendapat Nazwin.

Nazwin memerhati lelaki yang dimaksudkan Lisa. Dia? Raut wajah lelaki itu, sedang berkerut. Fokusnya sedang ditumpukan sepenuhnya pada bola di gelanggang. Si dia berbaju jersey futsal oren hitam. Wakil pemain dari Shah Alam. Sekali lagi, sejarah lama datang menyapa.

Sudahlah, ku pujukkan hati
Biar dia pergi
Bagai mimpi-mimpi
Hanya itu cara
Untuk kembali
Kembali ke realiti

"Lelaki pun kena grooming ke sayang?" Nazwin menyoal di corong telefon bimbit Nokia-nya, setelah dia diberitahu bahawa sang kekasih hati baru balik dari salon rambut.

"Perlulaa yang... untuk siapa? Untuk awak juga, kan?" Ziyad membalas dengan suara manja.

"Alaa... sayang tak grooming pun, dah hensem." Nazwin memuji. Kalau tak... tak ramailah kawan dia dekat MySpace! Beribu-ribu! Kawan aku? Setakat 50 orang je!

"Eyh... ayang tengah puji sayang ke ni? Mekasih... you're sooo sweet. Love you..." Ziyad membuat bunyi 'muah' di hujung ayatnya.

"Syahrul Nazwin!" Lisa menjerit lagi, untuk kesekian kalinya.

Disebabkan para pemain futsal sedang berehat sebelum memasuki separuh masa kedua... impaknya, semua mata yang berada di sekeliling gelanggang futsal itu, kini terarah pada mereka berdua.

Nazwin hanya mampu menundukkan pandangannya pada tanah. Bibir bawahnya digigit. Lisa! Sungguh 'menarik perhatian' perangai kamu ni!

Lisa hanya berlagak cool. Dah terjerit, nak buat macam mana, kan? Tapi, apasal Nazwin pelik gila petang ni? Tak berleter macam biasa pun? Diam je. What happened?

Wisel dibunyikan. Namun, masa tambahan yang diberi, masih juga belum mampu mengubah kedudukan seri 3-3 di antara kedua-dua buah pasukan.

Disebabkan perlawanan hari ini dah masuk peringkat akhir, jadi, sepakan penalti akan dilakukan sebentar nanti.

"Ada tendangan penaltilah kejap lagi!" Lisa bersorak gembira. "Aku bet, mesti mamat hensem tadi akan kick juga. Dia kan, striker! Lepas ni, boleh tengok dia beraksi di tengah gelanggang, sesorang." Lisa tersenyum.

"Seriusly! Hensem giler! Macho pula tu! Senyum pun manis. Sejuknyalah mata aku yang memandang ni." Lisa memuji untuk kali ke-50 pada petang itu. "Tak sangkanya aku, cinta pandang pertama memang betul wujud," tambahnya lagi.

Nazwin memandang ke arah kolej kediaman. Hati yang gundah, akhirnya berjaya buatkan kepalanya terasa berdenyut kuat. Aku nak balik bilik. Sekarang! Macam nak pening kepala je ni...

"Win!" Lisa menampar lengan Nazwin, kuat. Kenapa Nazwin asyik mengelamun je ni? Panggil dia dari tadi, dia asyik buat tak dengar je!

"Apa? Sakitlah!" Nazwin marah, perlahan. Lengan yang terasa pedih, digosok.

...
(bersambung)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro