Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 8

Selepas mandi dan berpakaian ringkas, hazri mula memasak di dapur. dia ingin memasak nasi tapi dia tak tahu sukatan air yang betul. jadi, dia main hentam aje. dia masukkan beras dan masukkan air yang banyak di dalam rice cooker tersebut. selepas itu suis rice cooker tersebut di hidupkannya. peti sejuk di buka perlahan lahan. dia lihat dalam peti sejuk itu ada jantung pisang, seikat pucuk daun ubi, seikat pucuk paku pakis, sebiji labu putih, seikat kangkung, 8 biji telur ayam, 1 plastik ikan masin, 1 plastik ikan bilis dan 1 plastik kaki ayam. selain daripada itu ada juga sebotol mayonnaise, sebotol cili dan sebotol tomato. hazri berfikir panjang. "apa yang bagus untuk juadah malam ni ar?", soalnya hati kecilnya. dia menggaruk kepala yang tidak gatal. "ah... rebus telur ayam aje lah... mudah dan cepat.... hm... apa lagi ar?... oh!...goreng ikan masin dan ikan bilis ni pun kira ok dah... tak payah buat yang lain lagi. Sedap juga ni...", kata hati kecilnya. dia pun buat apa yang di fikirkannya betul. 8 biji telur di rebusnya dalam periuk. selepas itu dia mengeluarkan ikan masin dari dalam plastik di tangannya. dia mengambil kuali.

kemudian dia memasukkan minyak di dalam kuali tersebut. setelah minyak di dalam kuali itu panas, dia pun memasukkan satu persatu ikan masin ke dalam kuali. minyak di dalam kuali terpercik sedikit di atas tangan kirinya. "ouch... sakitnya...", jerit hazri. Dia cepat cepat menjauhkan dirinya dari kuali tersebut. dia mengambil nyiru untuk menutup sebahagian tubuhnya dari terkena percikan minyak panas itu. bau ikan masin menyucuk-nyucuk lubang hidungnya. Setelah siap menggoreng ikan masin, dia meletakkan ikan masin tersebut di dalam piring. ikan masin di dalam piring itu di letakkannya di atas meja.

selepas itu dia menggoreng ikan bilis pula. ketika dia sedang leka menggoreng ikan bilis di dalam kuali, dia teringat akan gambar yang di lihatnya sebentar tadi. fikirannya mula menerawang jauh. "mungkinkah saya dan hairi adik beradik kembar? kalau tidak masa kan papa saya bergambar dengan mama hairi macam tu aje... jangan jangan mama hairi ialah ibu kandung saya tak?... hm... boleh jadi juga tapi kenapa papa cakap pada saya yang mama saya sudah lama meninggal dunia?... hmm...", hazri berfikir panjang. "ya Allah... hairi, ikan bilis awak tu dah hanguslah...", jerit suatu suara dari belakangnya. terkejut betul hazri mendengarnya. Dia pun terus menoleh ke belakang.

kelihatan puan alimah berdiri di belakangnya dengan wajah yang tegang. cepat cepat hazri mematikan api di atas stove itu. "apa yang awak lamunkan tu hairi? sehinggakan ikan bilis yang awak goreng habis hangus?", leter puan alimah. "er... maaflah mama... saya tak sengaja...", kata hazri. "lain kali kalau buat kerja tu jangan asyik mengelamun. tengok apa dah jadi? ikan bilis habis hangus awak buat", leter puan alimah lagi. dia membuka penutup periuk rice cooker yang ada di situ. "ya Rabbi, apa yang awak masak ni hairi? nasi bubur ke? terlalu banyak air awak buat dalam rice cooker ni. kenapa awak tak buat nasi keras tadi?", soal puan alimah bertambah geram. "oh... er... saya tak pandai memasak nasi lah mama...", jawap hazri dengan jujur. "macamana pula awak tak pandai memasak nasi? bukankah selama ni awak selalu tolong mama memasak di dalam dapur ni, kenapa awak tiba tiba tak pandai memasak pula?... hish... teruk betullah awak ni hairi. kalau macam ni biar mama aje yang buat semua kerja ni. awak pergi tengok TV kat ruang tamu tu", kata puan alimah sedikit marah. Perlahan lahan hazri beredar dari situ.

ketika dia sedang duduk di ruang tamu yang sepi itu tiba tiba handphonenya berbunyi 'beep' 1 kali. itu tandanya dia menerima sms dari seseorang. dia pun terus membuka sms tersebut lalu membacanya, "hairi, kenapa awak mungkir janji? awak kata nak sms alia malam ni tapi alia tunggu awak tak sms alia pun. sia sia saja alia tunggu awak. buang masa alia aje. alia rasa macam orang bodoh aje tunggu awak sms alia di sini...", hazri terdiam bila membaca sms itu. "alia?... siapa alia ni? kekasih hairi ke?... hm...", fikirnya. dia membalas sms tersebut. "awak sapa ar?", soalnya dalam sms itu. Tidak lama kemudian 1 sms di terimanya. "hey... hairi, kenapa awak tanya saya siapa, hah? awak dah lupakan saya ke atau buat buat lupa? ini nur alia jaafar, kekasih awak lah. takkan kekasih sendiri pun dah tak ingat. teruk betul lah awak ni hairi. kalau macam ni tak payahlah awak sms saya lagi. saya tak suka di perlekehkan macam ni", hazri tersenyum nakal ketika membaca sms itu. dia ingin membalas sms itu tetapi puan alimah memanggilnya untuk makan. Jadi dia terpaksa membantutkan hasratnya. perlahan lahan dia beredar dari situ.

*** *** ***

hairi berfikir dan berfikir. "mungkin saya dan hazri adik beradik kembar kot. kalau tidak masakan papa hazri bergambar dengan mama saya. Jangan jangan papa hazri ni papa kandung saya, tak?... tapi kenapa pula mama cakap papa dah lama meninggal dunia?... hm...", soal hati kecilnya. ketika dia masih duduk di situ, tiba tiba handphonenya berbunyi beep 1 kali. ada sms di terimanya. "hai sayang... i really miss you lah...see you at pub gangstarz tonight...", begitu bunyi sms yang di terimanya. "hm... mungkin orang ni salah nombor, tak", fikirnya. jadi dia tidak membalas sms itu. Tidak lama kemudian pembantu rumah yang ramah itu datang menghampirinya. "maaf mengganggu... tuan muda kawan tuan muda si zeckry datang menjemput tuan muda... dia nak ajak tuan muda keluar dengannya malam ni", kata pembantu rumah itu. ketika itu dato farouk sudah tidak ada di situ lagi. dia sudah lama di buai mimpi indah di dalam bilik tidurnya. "er... cakap aje saya tak nak keluar malam ni... saya nak masuk tidur ni...", kata hairi pantas. belum pun sempat dia beredar dari situ tiba tiba zeckry muncul di depan matanya.

"hey, hazri... awak belum bersiap lagi ke? Cepatlah... kita harus pergi sekarang juga", kata zeckry. "tapi saya...", kata kata hairi di potong pantas oleh zeckry. "jangan buat macam macam alasan pula. kita dah berjanji dengan sam untuk racing dengan dia malam ni so awak kena tunaikan janji kita tu", kata zeckry pantas. dia menarik tangan hairi. mau tak mau hairi pun terpaksa mengekori zeckry dari belakang. "buat apa awal awal pergi ke racing track tu? sekarang baru pukul 9 malam lah...", kata hairi dengan malas. "yeah... i know tapi sambil menunggu sampai pukul 1 malam, kita pergi berhibur dulu di pub gangstarz dulu... selepas tu barulah kita pergi ke racing track tu. By the way, sudah tentu sekarang kekasih awak si sabrina sedang menunggu awak kat pub tu...", kata zeckry selamba. "sabrina? kekasih saya?", soal hairi. "yep... takkan awak dah lupa anak gadis tan sri lokman yang cute tu. Bertuahnya awak dapat kekasih anak orang kaya... saya apa ada? kekasih pun tak ada... apa pun tak ada... hm...", kata zeckry panjang lebar. barulah hairi sedar siapa yang mengirimkan sms pada dia tadi. rupa rupanya sabrina kekasih hazri. mereka pun melangkah masuk ke dalam kereta. Tidak lama kmudian, kereta evo lancer III itu pun meluncur laju dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro