Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 6

"hairi!... cepat tendang bola tu ke pintu gol!...", pekik coach salim pada hazri. hazri cepat cepat berlari sambil menendang bola sepak di kakinya tetapi tendangannya selalu missed. bola melantun ke arah yang lain. semua ahli pasukannya yang lain menggetapkan gigi, geram dengan kegagalannya menjaringkan gol. ini termasuklah khairul sendiri. coach salim menggeleng gelengkan kepalanya. dia memandang wajah hazri dengan marah. "apahal dengan awak ni hairi?... masukkan bola dalam pintu gol pun tak betul padahal awak ada peluang tadi...", soal coach salim sedikit geram pada anak didiknya itu.

"sorrylah coach... saya tak pandai main bola sepak...", kata hazri serbasalah. "macamana pula awak tak pandai main bola sepak?... selama ni bukankah awak yang menjadi penyerang utama dalam team kita ni tapi kenapa awak tiba tiba tak pandai main bola sepak pulak?", soal coach salim mula bengang dengan sikap anak didiknya itu. "maaflah coach... saya... ahh!... malaslah nak explain... sy rasa saya nak balik ke rumah dulu...", kata hazri sedikit marah. dia terus beredar dari situ.

"kenapa dengan kawan awak tu khairul? dia ada masalah ke? awak pergilah pujuk dia... saya nak suruh diorang ni main dulu... ok boys!... mari kita bermain semula...", kata coach salim. semua ahli pasukan mula bermain bola sepak di padang yang menghijau itu. khairul cepat cepat mengejar hazri dari belakang. dia menarik tangan hazri. "rilekslah kawan... jangan cepat marah... sebenarnya coach salim tu bengang dengan sikap awak ni sebab tu la dia marah pada awak tadi. by the way,knapa awk bersikap lain macam aje petang ni?... awak tak sihat ke? Atau awak ada masalah ke?", soal khairul mula prihatin pada rakannya itu.

perlahan lahan mereka duduk di tepi padang bola sepak tersebut. "sebenarnya saya tak sihatlah... saya nak berehat kat rumah", dalih hazri. "awak sakit apa?", soal khairul. "saya rasa saya macam nak demamlah...", dalih hazri pula. khairul memegang dahi rakannya itu. "tak panas pun...", kata khairul. "saya panas dalamlah...", kata hazri pantas. "kalau macam tu biar saya hantarkan awak balik ke rumah awak...", kata khairul padanya. hazri tersenyum gembira. "terima kasih kawan...", katanya. khairul melangkah menuju ke arah motorsikalnya.

dia naik ke atas motorsikal tersebut. hazri pula duduk di belakangnya. enjin motorsikal di hidupkan. Tidak lama kemudian motorsikal itu meluncur laju dari situ. sampai di rumah kelihatan puan alimah duduk di ruang tamu dengan wajah yang keletihan. "cepatnya awak balik hairi... latihan bola sepak awak dah over ke?", soal puan alimah. "tak... saya malas nak berlatih petang ni mama...", kata hazri selamba. "hm... malam ni giliran awak pula yang memasak... mama letih sangat ni... awak buatlah apa yang patut dalam dapur tu... mama nak pergi berehat dulu...", kata puan alimah. perlahan lahan dia bangun dari tempat duduknya.

"apa?!... memasak?!...", hazri terkejut sakan. "iyalah... kenapa awak terkejut pula?", soal puan alimah kehairanan. "saya tak pandai memasak lah mama...", kata hazri. "hm... dah mula la tu... sudahlah tu... mama tak nak layan gurauan awak tu. mama letih sangat ni. mama nak pergi berehat dalam bilik sekejap...", kata puan alimah selamba. dia terus beredar dari situ. "tapi...", belum pun sempat dia menghabiskan kata katanya itu, puan alimah terus menutup daun pintu bilik tidurnya. hazri terpinga pinga seorang diri di situ.

*** *** ***

zeckry berlari sambil melontarkan bola keranjang ke arah hairi. hairi cepat cepat mengambilnya tapi bola keranjang itu di tepis dan di rampas oleh pemain team yang lain. terpaksa zeckry mengejar pemain berbaju merah itu dari belakang. ketika berlari sempat dia melirikkan matanya pada hairi seperti memberikan isyarat tentang sesuatu tapi hairi tidak paham apa yang dia maksudkan dengan lirikan mata rakannya itu. "apa?", soalnya kebodohan. zeckry menggetapkan bibirnya.

"awak jagalah si febian kat belakang awak tu nanti kawan dia ni baling bola pada dia pula...", kata zeckry pantas. hairi pun terus berlari menuju ke arah budak lelaki yang di maksudkan oleh zeckry. ketika dia sedang berlari tiba tiba bola keranjang jatuh di tangan budak lelaki tersebut. hairi cepat cepat merampas bola keranjang tersebut tetapi dia gagal berbuat demikian. budak lelaki itu berjaya mlompat ke atas dan memboloskan bola keranjang di tangannya. "nah!... tengok... apa dah jadi? kita dah kalah teruk di sebabkan awak...", kata zeckry sedikit marah. "maaflah zeckry... saya tak pandai main basketball lah...", kata hairi.

"ahh!... bohong... sebenarnya awak pandai main basketball ni. awak cuma buat buat tak pandai aje supaya kita kalah kan?...", kata zeckry. "eh... tidak lah... saya cakap betul ni...", kata hairi. "sudahlah tu abang...hazri... janganlah bergaduh... kita datang ke sini untuk bermain bukannya untuk bergaduh...", kata rozanna adiknya dari tepi gelanggang basketball tersebut. mereka pun terdiam seketika.

"sorrylah, zeckry... sebenarnya saya tak ada mood nak main basketball petang ni... saya penatlah... saya nak berehat kat rumah...", kata hairi perlahan lahan. "oh really?... oklah, saya tak nak paksa awak main basketball lagi... mari kita balik ke rumah...", kata zeckry. "thanks zeck...", ucap hairi lega. "urm, guys... sorry we've gotta go now... my friend hazri here need some rest. he felt so exhausted. So see you guys next time...", kata zeckry pada ahli ahli pasukan basketball yang lain di situ. mereka semuanya tersenyum pada mereka. salah seorang daripada budak budak lelaki di situ datang menghampiri mreka bertiga. "ok... anyway, jangan lupa kita berjumpa kat racing track tempat biasa pukul 1.00 malam nanti ye... jangan lupa, ok?...", kata budak lelaki tersebut.

"ok, febian... kami takkan lupa ler... before racing make sure everything is clear... kalau line tak clear bagi tahu saya ya...", kata zeckry selamba. "ok... see you two later...", kata budak lelaki yang bernama febian itu sambil tersenyum pada mereka. mereka hi-five sebelum mereka beredar dari situ. "er...zeck, apa yang korang bincangkan tadi tu ar? korang macam merancang sesuatu aje?", soal hairi ingin tahu. "weh... hazri, kau dah lupa ke? malam ni kau perlu datang ke tempat racing track yang biasa kita gunakan tu... awak pakailah kereta abang saya ni... malam ni kita ada racing car competition... saya dengar Sam nak lawan lumba kereta dengan awak...", kata zeckry pada hairi. "what?!... racing car competition?...", kata hairi terkejut.

"iye... kenapa?", soal zeckry. "saya tak pandai berlumba kereta lah...", balas hairi. "jangan bohonglah... awak tu pandai racing cuma awak tak nak mengakuinya...", kata zeckry. "eh... saya memang tak pandai racing. saya cakap betul ni...", jawap hairi pantas. "dah... dah... dah... korang berdua ni jangan asyik bergaduh. mari kita balik... saya nak berehat ni... letih tengok korang main basketball tadi...", celah rozanna pula. mereka berdua pun terdiam selepas itu. mereka melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Tidak lama kemudian kereta evo lancer III itu pun meluncur laju dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro