Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 4

Hairi mengambil beg sekolahnya lalu di bukanya beg sekolah di tangan. alangkah terkejutnya dia bila dia lihat isi di dalam beg itu penuh dengan buku buku komik. mana pula buku teks dan buku latihannya? dia menggaru kepalanya yang tak gatal. tiba tiba dia ternampak dompet di dalam beg tersebut. handphone nokia x6 pun ada di dalamnya. dia tahu semua barang itu bukan miliknya. dia pasti beg skolahnya telah tertukar dengan beg sekolah budak lelaki yang melanggarnya di shopping mall sebentar tadi. maklumlah rupa beg sekolah mereka sama. itulah sebabnya mereka tertukar beg sekolah secara tidak sengaja di shopping mall tengahari tadi.

perlahan lahan dia mengambil dompet itu lalu membukanya. begitu banyak duit di dalam dompet tersebut. semuanya berjumlah RM150.00. "banyaknya duit belanja sekolah dia ni... hm... mungkin dia anak orang kaya kot... duit belanja sekolah pun banyak... tak macam saya ni. belanja pergi sekolah pun RM2.00 aje tiap tiap hari... hm...", bisik hati kecilnya. dia menarik kad pengenalan budak lelaki tersebut. "hazri bin farouk ismail... no ic nya 930526-12-5001. jadi, tarikh lahirnya 26 may 1993...", hairi membaca butir butir yang tercatit di atas kad pengenalan itu.

"farouk ismail? namanya hampir sama saja dengan nama arwah papa saya... tarikh lahir budak lelaki ni pun sama dengan tarikh lahir saya. 26/05/93. hm... mungkin semuanya ini hanyalah kebetulan kot... hm... mungkin juga...", bisik hati kecilnya. Dia menyimpan kembali kad pengenalan tersebut ke dalam beg sekolah di tangan. dia mengambil handfon nokia x6 yang kelihatan canggih itu. handfonnya sendiri pun tak sehebat handfon yang di pegangnya saat itu. dia menekan nombor handphonenya. dia ingin menelefon budak lelaki yang bernama hazri itu. dia yakin handfon nokia cabuknya ada di tangan budak lelaki tersebut. maklumlah beg sekolahnya kan tertukar dengan beg sekolah budak lelaki tersebut...

*** *** ***

hazri terkejut dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi handphone bergema dari dalam beg sekolahnya itu. lagu ringtone, "dan sebenarnya..." dari Yuna terus bergema. hazri terdiam seketika. setahunya itu bukan lagu ringtone yang di set kannya kat dalam handphone kesayangannya itu. sebenarnya dia setkan lagu ringtone english, "what the hell" dari Avril lavigne. "kenapa pula ringtone lagu melayu ada dalam handphone saya tu ar? siapa yang setkan ringtone lagu melayu dalam handphone saya tu pula?... hm...", soal hati kecilnya. dia membuka beg sekolahnya itu. alangkah terkejutnya dia bila dia lihat semua buku buku komiknya tidak ada di dalam beg tersebut. yang ada hanyalah buku buku teks dan buku latihan. Di selongkarnya beg sekolah tersebut. dia ingin mencari handphone yang berbunyi nyaring itu. handphone nokia 6120 classic itu di capainya. dia terus menjawap panggilan di handphone tersebut.

"hello..."
"hello.... ya... siapa ni?"
"er... ini hazri bin farouk ismail ke?"
"ya... er... ini siapa?"
"saya hairi... budak lelaki yang awak langgar kat shopping mall tengahari tadi... masih ingat saya lagi tak?"
"oh... awak rupanya... ya!... saya masih ingat lagi... eh... kita tertukar beg sekolah lah... beg sekolah awak ada dengan saya... saya minta maaf sebab saya tersilap ambik beg sekolah awak. maklumlah beg sekolah kita kan sama. wajah kita pun sama... hehehe..."

"eh... macamana awak tahu wajah kita sama?"
"saya dah tengok potret keluarga awak tadi. tak sangka pula wajah kita sama....."
"yep... betul cakap awak tu... saya pun ada tengok potret keluarga awak. wajah awak sangat mirip dengan wajah saya. yang lucunya mama awak fikir saya ini anak lelakinya. Tak pasal pasal pula saya di bawanya balik ke rumah. berulang kali saya cakap pada dia yang saya ni bukan hairi anak lelakinya tetapi dia cakap saya bergurau pulak. jadi saya pun diam aje lah. saya sekarang kat bilik tidur awak. by the way, bersih betul bilik tidur awak ni. rajinnya awak berkemas. Bilik tidur awak kemas macam bilik tidur budak perempuan pula... hahaha..."

"ye lah tu... papa awak pun fikir saya ni anak lelakinya. tiba tiba aje drivernya datang membawa saya balik ke villa mewah yang cantik macam istana ni. saya ada cakap pada papa awak yang saya ni bukan hazri anak lelakinya tapi dia cakap saya berlakon pulak. so, saya diam aje lah. anyway, sekarang saya berada di dalam bilik tidur awak. bersepah betul bilik tidur awak tadi. macam tempat pembuangan sampah pula tapi saya dah kemaskannya. em... guess what?"

"what?"
"nama papa awak dengan nama papa saya samalah... awak hazri bin farouk ismail. saya pula hairi bin farouk ismail dan satu hal lagi tarikh lahir kita sama. 26 may 1993. Kenapa nama papa kita dan tarikh lahir kita sama ar?"
"eh... betul ke apa yang awak cakapkan ni?"
"iya... saya cakap betul la ni... kalau awak tak percaya awak checklah kad pengenalan saya kat dalam dompet saya tu. dompet saya ada dalam beg sekolah tu..."
"tunggu sekejap... biar saya check dulu...", hazri pun terus mencari dompet milik hairi itu. dia ternampak dompet tersebut. dia terus mengambil dompet itu lalu membukanya. di tariknya kad pengenalan hairi dari dalam dompet tersebut. dia meneliti semua maklumat yang tertera di atas kad pengenalan itu.

"eh... memang betul lah apa yang awak cakapkan tu... saya hairan juga kenapa terlalu banyak persamaan di antara kita berdua, hah?... apakah semuanya ini hanya kebetulan saja atau sebaliknya?... saya rasa lebih baik kita berlakon. Awak jadi saya dan saya jadi awak. Tujuannya ialah saya ingin menyiasat perkara ini... what do u think about it?"
"Saya tak ada halangan. Lagi pun saya rasa nak siasat juga perkara ini..."
"Oh... kalau macam tu baguslah... kita teruskan saja lakonan kita... kalau awak ada masalah call saya, ya!"
"Awak pun harus call saya bila awak ada masalah, ok?..."
"Ok..."

Tiba-tiba, "hairi... ooooh... hairi... ada orang nak berjumpa dengan awak...", kedengaran suatu suara memanggilnya. "eh... hairi... nanti kita sambung chat lagi ya... mama awak panggil saya ni...", kata hazri perlahan lahan. "ok... saya akan call awak malam nanti... ok, bye...."
"bye..."
talian handphone di tamatkan. hazri pun terus melangkah keluar dari bilik tidur tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro