SEIRAS 3
Ketika hazri sedang duduk di kerusi rotan itu tiba tiba dia ternampak potret keluarga yang tergantung di dinding ruang tamu rumah tersebut. dia pun bangun lalu berdiri menatap potret itu. kelihatan wanita yang mengaku dirinya mama itu sedang berdiri di sebelah seorang pemuda yang berpakaian ringkas. hazri terkejut apabila melihat wajah pemuda tersebut. wajah pemuda itu betul betul seiras dengan wajahnya. rambutnya, matanya, hidungnya, bibirnya, ketinggiannya dan juga susuk tubuh badannya sama saja dengannya.
pendek kata pemuda tersebut hampir sama dengan dirinya. "oooh... patutlah wanita itu fikir saya ni anak lelakinya. rupa rupanya wajah anak lelakinya ini memang serupa dengan wajahku...", bisik hati kecil hazri. tiba tiba, "hairi... kenapa awak tengok gambar tu lama lama?... marilah kita ke dapur. mama dah hidangkan makanan tengahari kat atas meja makan tu...", kata puan alimah. hazri memandang wajah puan alimah seketika. "eh... kenapa awak pandang wajah mama macam tu pula? marilah kita makan sama sama", kata puan alimah. mereka pun pergi ke ruangan dapur.
walaupun ruangan dapur itu kelihatan kecil tetapi semua peralatan memasak dan peralatan dapur yang lain tersusun rapi dan bersih. mereka pun duduk di atas kerusi. hazri memerhatikan hidangan yang ada di atas meja. semuanya kelihatan sedap tapi dia tidak pernah melihat hidangan seperti itu sebelum ini. Perlahan lahan dia mengambil sudu. dia ingin mencuba makanan yang ada di hadapan matanya saat itu. tiba tiba tangannya di tepis oleh puan alimah.
"eh... eh... budak ni... belum baca doa lagi dah nak makan. baca doa dulu baru makan...", tegur puan alimah. hazri terpaku seketika. "baca doa?... saya tak pandai lah...", kata hazri kebodohan. "kenapa pula awak tak pandai baca doa?... hm... semakin hari semakin teruklah awak ni hairi... oklah, biar mama aje yang baca doa tu...", kata puan alimah. dia pun membaca doa. selepas itu mereka pun makan bersama sama. ketika makan, hazri merasa sungguh berselera sekali sehinggakan dia tambah nasi 2 kali dalam piringnya.
"er... ini makanan apa? sedap betul rasanya...", soal hazri ingin tahu. "ini pucuk ubi ikan bilis. yang itu pula pucuk paku pakis. yang ini pula sup ikan haruan halia. ini kan makanan kegemaran awak. takkan awak dah lupa semuanya tu... hmm...", kata puan alimah perlahan lahan. selepas itu hazri mendiamkan dirinya. setelah makan... "kalau awak rasa penat, awak pergilah berehat kat bilik tidur awak tu. mama nak pergi ke sawah dulu. mama nak taburkan baja kat sawah padi mama tu...", kata puan alimah lembut. "baiklah... er... mana bilik tidur saya?", soal hazri ingin tahu. "hish... budak ni... adakah patut bilik tidur sendiri pun dah tak ingat. hm... bilik tidur awak ada kat sana tu...", kata puan alimah sambil menunjukkan bilik tidur anak lelakinya itu. hazri pun terus beredar dari situ. dia membawa beg sekolahnya masuk ke dalam bilik tidur itu. sampai saja di bilik tidur tersebut dia terpaku seketika. "hm... ini bilik tidur budak lelaki ke atau bilik tidur budak perempuan?... kemas betul bilik ni. hm...", bisik hati kecil hazri. bilik tidur itu kelihatan kemas dan bersih.
Tidak seperti bilik tidurnya, asyik bersepah aje. maklumlah dia memang macam tu. selalu membiarkan biliknya bersepah. walaupun orang gajinya sudah berkali kali mengemas bilik tidurnya itu tapi dia akan menyepahkan kembali bilik tidurnya dengan baju kotornya, komiknya dan CD lagunya yang banyak dan macam macam lagi. di dalam bilik tidur tersebut ada meja study, katil, almari baju, radio kecil dan buku buku rujukan. semuanya tersusun rapi. hazri duduk di atas katil itu. walaupun katil tersebut tidak empuk seperti katilnya namun dia merasa cukup selesa. dia berbaring di atas katil itu. Tidak lama kemudian dia tertidur di atas katil tersebut.
*** *** ***
"tuan muda... bangunlah... kenapa tuan muda tidur di atas kerusi sofa ni?... kalau nak tidur, pergilah ke bilik tidur tuan muda...", kata 1 suara. hairi terbangun dari tidurnya. dia lihat seorang wanita yang berumur separuh abad sedang berdiri di depan matanya. siap tersenyum pula tu. "mungkin dia ni pembantu rumah kat sini, kot?... hm, boleh jadi juga", bisik hati kecilnya.
"urm... mana bilik tidur saya mak cik?", soal hairi. pembantu rumah itu memandang wajahnya, kehairanan. "takkan tuan muda lupa bilik tidur tuan muda pulak... hm... bilik tuan muda ada kat tingkat atas. bilik yang hujung sekali tu bilik tidur tuan muda... urm, tuan muda tak nak makan dulu ke?... makanan tengahari dah siap di hidangkan... tuan muda makanlah dulu lepas tu baru tuan muda pergi berehat, yek...", kata pembantu rumah itu dengan suara yang lembut. "ok, saya makan dulu...", kata hairi pantas. wanita itu pun membawa dia ke ruang makan. dia menarik kerusi lalu duduk dekat dengan meja makan itu. dia membaca doa sebelum makan.
"eh... sejak bila tuan muda pandai baca doa sebelum makan? selalunya tuan muda tak buat begitu. Ada ustaz ajar tuan muda berdoa, ke?", soal pembantu rumah itu. "yep betul. er... mak cik, ini makanan apa?", soal hairi ingin tahu. dia memerhatikan semua makanan yang tidak pernah di lihatnya sebelum ini. "ini beefstick. yang ini pula salad sayuran campur dan 1 ni pula sup tom yam... ini kan makanan kegemaran tuan muda, takkan dah lupa kot", kata pembantu rumah yang ramah itu. dia pun makan. selepas makan dia bangun lalu pergi ke tingkat atas. ketika dia hendak melangkah ke tingkat atas tiba tiba langkahnya terhenti di situ juga. kelihatan potret keluarga tergantung kemas di atas dinding tidak jauh dari situ. dia menatap potret tersebut. kelihatan lelaki yang mengaku dirinya papa tadi sedang berdiri di sebelah seorang pemuda yang berpakaian kemas. hairi terkejut bila melihat wajah pemuda tersebut sebijik macam wajahnya pula. semuanya hampir menyerupainya. "oooh... patutlah lelaki itu fikir saya ni anak lelakinya. rupa rupanya wajah anak lelakinya ini serupa dengan wajah saya", bisik hati kecil hairi.
"eh... kenapa tuan muda masih berdiri di situ lagi? pergilah masuk ke bilik tidur tuan muda... tuan muda pergilah berehat dulu", kata pembantu rumah yang menegurnya tadi. dia pun terus naik ke tingkat atas. dia melangkah masuk ke bilik tidurnya itu. dia terpaku melihat keadaan di dalam bilik tidur tersebut. di dalam bilik itu ada almari pakaian, katil, meja study, komputer, hi fi stereo, koleksi buku buku komik dan koleksi CD yang banyak tapi semuanya berada dalam keadaan yang tidak teratur. "hm... ini bilik tidur ke atau tempat pembuangan sampah?... bersepah betul bilik tidur ni. hm...", bisik hairi sendirian. dia lihat baju dan seluar kotor berselerakan di atas lantai. buku buku komik bersepah di sana sini. CD pula berselerak di atas raknya. pendek kata keadaan di dalam bilik tidur tersebut tak ubah macam terkena puting beliung pula. hairi mula mengemas semua barang barang itu. setelah siap mengemas semuanya dia pun duduk di atas katil yang ada di situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro