SEIRAS 20 (TERAKHIR)
Malam itu juga hazri mengirimkan smsnya pada khairul dan nur alia. dia menaip smsnya itu. "hey there... saya akan meraikkan harijadi saya malam esok... kalau nak datang... ini alamatnya bayview height, lot 24, jalan penampang... majlis harijadi itu akan di adakan pada pukul 8.00 malam. tentang transport tu, jangan bimbang saya dan mama akan datang menjemput. jangan banyak tanya. datang ajelah esok, ye?...", sms itu terus di hantarnya. Tidak lama kmudian nur alia membalas smsnya itu. "ok... tapi kenapa majlis harijadi awak di raikkan di penampang pula? kenapa tak buat di rumah awak sendiri?", begitulah bunyi sms dari nur alia. "itu rahsia... kalau alia nak tahu juga alia mesti datang ke majlis harijadi saya esok... saya ada big surprise untuk alia", balas hazri dalam smsnya. "baiklah... saya akan datang...", balas nur alia dalam smsnya. hazri tersenyum gembira. 2 minit kemudian khairul membalas smsnya. "ok... saya akan datang...", hazri berbaring di atas katilnya dengan hati yang gembira. tak sabar rasanya menunggu hari esok. malam itu dia tertidur dengan nyenyaknya...
*** *** ***
pagi itu dato farouk bangun lebih awal dari hari yang biasa. dia menyuruh semua pembantu rumahnya menghias dan mempersiapkan apa yang perlu untuk menyambut harijadi kedua orang anaknya. hairi juga bangun awal pagi itu. Dia telah pun mengirimkan sms pada zeckry dan kawan kawannya supaya hadir di majlis harijadinya. Begitu juga dengan sabrina. Zeckry dan sabrina menyatakan kesanggupan mereka untuk datang meraikkan harijadinya. Mereka berjanji akan membawa hadiah istimewa untuknya. Begitulah kata mereka dalam sms masing masing.
Hairi hanya tersenyum saja ketika membaca sms dari mereka. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke ruang dapur. Dia ingin membuat kek harijadinya dan hazri seorang diri. semua pembantu di rumahnya tercengang apabila melihat dia begitu pandai membuat kek sendiri. hairi tidak peduli akan itu semua. dia melakukan semua kerjanya dengan teliti. setelah selesai dia memasukkan adunan keknya itu di dalam oven. dia membuat kerjanya macam orang perempuan pula. terkejut betul dato farouk apabila dia mlihat hairi membuat keknya sendiri. dia tidak pernah melihat anaknya itu membuat kek sebelum ini tapi hari ini dia tiba tiba saja pandai buat kek sendiri. ini membuatkannya bertambah hairan.
"hazri... awak buat apa tu?... awak buat kek ke?", soal dato farouk. hairi tersengih macam kerang busuk. "ye... papa... kenapa?", soalnya ingin tahu. "papa hairanlah... kenapa awak tiba tiba pandai buat kek ni? dulu bukan main liat lagi awak kalau papa ajak awak buat kerja dalam dapur...", kata dato farouk. "hehe... itu dulu papa... sekarang saya dah berubah... saya belajar buat kek ni dari mama...", kata hairi. "apa?", soal dato farouk pula. "oppsss... i mean saya belajar buat kek ni dari buku resepi mama mia...", dalih hairi pula. "oh... baguslah kalau macam tu. sekurang kurangnya awak dah ada minat nak buat kerja dalam dapur ni. bila dah dewasa nanti awak pandailah buat kerja di dapur sendiri kan?...", hujah dato farouk. "ya... betul tu", jawap hairi sambil ketawa kecil. selepas itu dia mula membantu para pembantu rumahnya membuat hiasan di dalam ruang tamu villa yang besar itu.
*** *** ***
petang itu kelihatan puan alimah dan anak lelakinya sedang bersiap hendak pergi ke tempat yang di tuju. mereka menaiki kereta kancil milik puan alimah. Perlahan lahan kereta kancil tersebut meluncur pergi dari situ. mereka singgah sebentar di rumah khairul untuk mengambil pemuda itu. khairul terus melangkah masuk ke dalam kereta kancil tersebut. Tidak lama kemudian kereta itu meluncur laju dari situ.
Beberapa detik kemudian mereka sampai di hadapan rumah nur alia pula. kelihatan nur alia sedang berdiri menunggu mereka di tepi jalanraya tidak jauh dari situ. kereta kancil tersebut berhenti betul betul di hadapan mata gadis itu. nur alia pun terus melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. perlahan lahan kereta itu meluncur laju dari situ.
*** *** ***
suasana di villa mewah dato farouk begitu meriah sekali. ramai tetamu yang datang menghadiri majlis harijadi tersebut. masing masing berpakaian cantik. ramai juga kawan kawan hazri yang datang malam itu. semuanya budak budak jalanan dan rakan rakan sekolahnya. ini termasuklah zeckry dan adiknya rozanna. hairi dan papanya berdiri di luar villa sambil menyambut tetamu yang datang pada malam itu. mereka bersalaman dengan setiap tetamu yang hadir. "mana mama dan saudara kembar awak ni, hazri? diorang tak jadi datang ke malam ni?", soal tuan farouk mula risau. "jangan risaulah, papa... mereka pasti akan datang juga...", jawap hazri pada papanya itu tiba tiba, "selamat harijadi hazri... semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya", ucap 1 suara. hairi segera memandang ke arah datangnya suara itu. kelihatan sabrina sedang melangkah menuju ke arahnya dengan berpakaian baju kurung berwarna biru dan brtudung warna biru juga. terpegun hairi apabila melihat gadis tersebut. begitu juga dengan zeckry yang berdiri di sebelahnya. sabrina nampak cantik dalam baju kurung tersebut. "Macam ni barulah cantik...", puji hairi. Sabrina tersenyum tersipu sipu malu.
Tiba tiba, "ehemmm...", kedengaran suara orang berdehem panjang. Perhatian mereka kini tertumpu ke arah datangnya suara deheman itu. Kelihatan hazri dan mamanya sedang melangkah menuju ke arah mereka. Begitu juga dengan nur alia dan khairul. Mereka baru saja melangkah keluar dari dalam kereta kancil yang baru tiba di situ. hairi dan hazri terus berpelukan sebaik saja mereka bertemu di depan villa mewah tersebut. semua orang yang ada di situ merasa sungguh terkejut dan hairan apabila melihat wajah mereka yang begitu mirip sekali. Ini termasuklah zeckry, rozanna dan sabrina. begitu juga dengan nur alia dan khairul. masing masing tercengang macam orang bodoh.
"weh... kenapa wajah korang berdua ni sama saja ar?... mana 1 hazri ni? hm...", soal zeckry sambil menggaruk kepalanya yang tidak gatal. hairi dan hazri ketawa mengekek di depan mereka semua. "mari kita masuk ke dalam dulu... nanti barulah kami jelaskan pada semua orang siapa kami yang sebenarnya...", jawap hairi pada mereka semua. mereka pun melangkah masuk ke dalam villa mewah tersebut. sampai di ruang tamu itu, hairi pun membuat pengumuman di hadapan semua tetamunya yang ada di situ.
"sebenarnya saya ialah hairi abang kepada hazri... kami ini kembar seiras sebab itulah wajah kami serupa... buat pengetahuan korang semua kami terpisah ketika kami masih kecil lagi. saya di besarkan oleh mama di kampung dan hazri pula di besarkan oleh papa di bandar. namun kami di pertemukan sebulan yang lalu... ketika itu kami saling tidak mengenali di antara 1 dengan yang lain. kami secara tidak sengaja di bawa balik ke rumah yang berbeza. saya ke rumah papa dan hazri pula ke rumah mama. ketika itulah kami menyedari bahawa kami ini memang ada pertalian darah. saya merasa sungguh gembira sebab saya dapat bertemu dengan papa dan saudara kembar saya... saya bersyukur pada ilahi kerana mempertemukan kami semula setelah sekian lama kami terpisah begitu saja... malam ini saya ingin meraikkan harijadi saya bersama adik kembar saya hazri, papa dan mama saya... mari kita sama sama menyanyikan lagu happy birthday untuk saya dan hazri...", ucap hairi perlahan lahan. mereka pun mula menyanyikan lagu happy birthday untuk hairi dan hazri bersama sama.
selepas itu mereka berdua meniup lilin dan memotong kek yang besar itu. mereka semuanya bertepuk tangan. setelah meniup lilin dan memotong kek, mereka mula menjamu selera sambil mendengar lagu di stereo hi fi milik hazri. ketika mereka sedang menjamu selera di situ, dato farouk berdiri di depan mereka semua. "perhatian para hadirin semua... saya ingin membuat 1 pengumuman penting... saya ingin rujuk semula dengan bekas isteri saya, alimah shamsudin dan dia bersetuju untuk rujuk semula dengan saya...", kata dato farouk dengan gembira sekali. semua hadirin bertepuk tangan. masing masing merasa gembira dengan pengumuman itu. ini termasuklah hairi dan hazri. mereka berpandangan sambil tersenyum gembira. tiba tiba, "mana 1 hazri ni?", soal sabrina sebaik saja dia berdiri di hadapan 2 orang pemuda itu. hairi dan hazri berpandangan seketika. mereka ketawa di depan sabrina. "tak tahu...", jawap mereka berdua secara serentak.
"awak ke hazri?", soal hairi sambil mencuit pinggang kiri hazri. "eh... tidak lah... jangan jangan awak tu yang hazri...", balas hazri gelihati pula. "hish... korang ni... janganlah buat saya confused...", marah sabrina. Dia beredar dari situ tapi hazri cepat cepat menarik tangan girlfriendnya. "alah... janganlah marah sayang... kami bergurau ajelah... anyway, awak kelihatan cantiklah bila pakai baju kurung macam ni...", pujuk hazri sambil memuji tapi sabrina masih juga merajuk. hazri terpaksa mengejar gadis tersebut dari belakang. "Hahaha....", hairi ketawa bila melihat gelagat 2 insan itu. Lagak mereka tak ubah macam pelakon hindustan yang tengah berlakon bercinta pula. tiba tiba, "ketawa happy nampak...", tegur satu suara. hairi lihat nur alia sedang berdiri di sebelahnya. "mestilah happy sebab hari ni kan harijadi saya... by the way, mana hadiah untuk hari jadi saya ar?", soal hairi. nur alia tersenyum lalu mencium pipi kiri hairi. "itu aje hadiah hari jadi untuk awak...", ucap nur alia dengan manja. hairi tersenyum malu. namun jauh di sudut hatinya dia merasa sungguh gembira kerana dia dan familynya kini bersatu kembali dalam suasana yang harmoni...
- Tamat -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro