Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 19

"tuut tuut... tuut tuut... tuut tuut...", kedengaran handphone milik puan alimah berbunyi nyaring. dia tahu siapa yang menelefonnya saat itu. Sudah pasti bekas suaminya dato farouk ingin bercakap dengannya. dia tidak mahu menjawap panggilan di handphone tersebut. dia hanya duduk diam di atas kerusi rotan dengan hati yang sedih. "kenapa mama tak jawap phone call tu?", soal hazri kehairanan melihat gelagat mamanya itu. "awak diamlah... awak buat kerja rumah awak tu...", perintah puan alimah dengan tegas sekali. hazri pun terdiam selepas itu. Tidak lama kemudian dia lihat handphone di tangannya berhenti berdering. "tik tok... tik tok... tik tok...", bunyi mesej tone kedengaran memecahkan kesunyian di ruang tamu tersebut. dia tahu ada sms yang datang. Perlahan lahan dia membuka sms itu lalu membacanya.

"sayang, awak ke tu?... maafkanlah abang kerana tidak mendengar kata kata awak dulu. abang terlalu mengikut kehendak orang tua abang sehinggakan abang tidak mempedulikan hati dan perasaan sayang. abang fikir apa yang mama abang cakapkan itu memang betul jadi abang ikut saja apa yang mereka katakan. Akibatnya sayang yang menderita kerana mama abang tidak baik pada sayang. sejak sayang pergi hidup abg terasa sunyi sekali. abang tidak tahu di mana nak cari sayang sebab abang tidak tahu ke mana sayang menghilangkan diri. itulah sebabnya abang tidak dapat mencari sayang lagi. Harap sayang sudi maafkan kesalahan abang ini..." demikianlah bunyi sms yang pertama di terimanya tapi puan alimah tidak membalas sms tersebut.

Beberapa detik kemudian dia menerima sms yang seterusnya dari bekas suaminya itu. "sayang...mungkin sayang rasa marah pada abang sebab abanglah hidup sayang menderita tapi abang betul betul minta maaf di atas apa yang telah berlaku... abang tidak pandai menghargai cinta sayang. abang mengaku abang terlalu mementingkan diri sendiri. abang jahat dan tidak baik terhadap sayang... tolong maafkan abang. abang betul betul menyesal di atas apa yang telah terjadi... please forgive me...", begitulah bunyi sms yang ke-2 di terimanya. puan alimah masih juga tidak mahu membalas sms bekas suaminya itu. airmata mula mengalir perlahan di atas pipinya. "mama... kenapa mama menangis ni?", soal hazri mula merasa tidak senang dengan reaksi mamanya. puan alimah bangun lalu beredar dari situ. dia biarkan saja handphonenya berdering di atas meja....

*** *** ***

dato farouk kembali mendail nombor handphone bekas isterinya tapi tiada seorang pun yang menjawap panggilan handphonenya itu. dia mengeluh hampa. dia mencampakkan handphonenya di atas kerusi sofa tidak jauh dari tempat dia duduk. hairi yang diam memerhatikannya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada papanya itu. "kenapa wajah papa monyok aje ni? papa ada masalah ke?", soal hairi ingin tahu. dato farouk merenung wajah anak lelakinya itu dengan renungan mata yang sedih. "hazri... maafkanlah papa kerana selama ni papa merahsiakan sesuatu dari awak...", kata dato farouk perlahan lahan. "Maksud papa?...", hairi bersuara sambil memandang wajah papanya."maksud papa ada sesuatu perkara yang belum papa ceritakan pada awak...", kata dato farouk sambil meraup wajahnya dengan tangannya. "Apa dia papa?", soal hairi ingin tahu.

"sebenarnya mama awak belum mati lagi hazri... dia masih hidup... ada 1 lagi perkara yang awak tidak tahu... sebenarnya awak ada abang kembar. namanya hairi. dia sekarang berada di dalam jagaan mama awak. papa sengaja nak rahsiakan semuanya ini dari pengetahuan awak sebab papa tidak mahu awak tahu tentang kisah percintaan papa dengan mama awak yang terhalang tu... buat pengetahuan awak, orang tua papa dulu mahu papa berkahwin dengan anak gadis tan sri ibrahim tapi papa tidak cintakan gadis itu. papa cintakan mama awak. masa tu kami sama sama belajar di kolej. pada 1 hari kami terlanjur. akibatnya mama awak di sahkan mengandung 3 bulan. papa mau menikah dengan mama awak tapi orang tua papa tidak mau merestui pernikahan kami. jadi kami terpaksa menikah secara rahsia di siam. kami hidup bahagia setelah korang berdua selamat di lahirkan ke dunia ini. ketika korang berumur 1 tahun orang tua papa mengajak papa balik ke rumah mereka dan tinggal di sana. pada mulanya mama awak tidak mahu balik ke sana tapi papa yang pujuk dia sehingga dia terpaksa mengikut papa balik ke rumah orang tua papa. masa papa out station pergi ke luar negara mama awak terus di dera dan di maki hamun oleh orang tua papa sehinggakan dia di halau keluar oleh orang tua papa yang kejam itu. papa dapat tahu cerita ni dari pak mat driver papa tu. katanya mama awak melarikan diri bersama abang kembar awak tu entah ke mana. itulah sebabnya papa tidak dapat mencari mama dan abang kembar awak tu. lagi pun ketika kejadian itu berlaku papa tidak ada di samping mama awak. papa sedang sibuk menguruskan syarikat kita di sydney australia. so dari situlah keluarga kita bercerai berai sehinggalah ke hari ni... hairi, maafkanlah papa kerana merahsiakan semuanya ini dari pengetahuan awak...", kata dato farouk panjang lebar.

"papa... tak payahlah papa menceritakan semua kisah pahit tu pada saya sebab saya dah tahu segala galanya. Sebenarnya saya dah baca diari lama papa tempohari. Apa apa pun saya dah maafkan papa. Sebenarnya saya ingin papa berbaik semula dengan mama... kalau papa masih cintakan mama lebih baik papa mencarinya dan memujuknya supaya dia kembali di samping papa... saya ingin melihat mama berada di samping papa...", kata hairi lalu duduk di sebelah papanya. dato farouk merasa terharu dengan kata kata hairi. dia pun terus memeluk hairi erat erat. "sebenarnya papa sudah menemui mama awak... dialah wanita yang papa selalu hubungi dalam handphone selama ini...", kata dato farouk sambil meleraikan pelukannya. "kalau macam tu apa kata kalau kita ajak mereka datang ke sini?esok kan hari jadi saya... so, papa kirim lah sms pada dia suruh dia datang ke majlis harijadi saya esok...", cadang hairi pula. "iya tak iya juga... oklah papa sms dia... tapi mahu kah dia datang ke majlis hari jadi awak tu esok?", soal dato farouk. "dia pasti akan datang papa sebab saya ini kan anak lelakinya. takkanlah dia langsung tak mahu berjumpa dengan saya pula... oh... apa kata kalau papa tulis dalam sms tu yang saya anaknya ingin berjumpa dengan mamanya... gerenti dia akan datang ke sini papa... papa tulislah address rumah ni supaya senang dia datang ke sini", kata hairi lagi. dato farouk pun buat apa yang di suruh oleh anak lelakinya. selepas itu dia trus mghantar sms tersebut...

*** *** ***

"tik tok... tik tok... tik tok...", kedengaran bunyi mesej tone bergema menandakan ada sms yang datang.hazri cepat cepat mengambil handphone itu.dia terus membawanya masuk ke dalam bilik tidur mamanya. "mama ada sms lah...", kata hazri tapi langkahnya terhenti bila dia lihat mamanya sedang menangis tersedu sedan di dalam bilik tidurnya. "mama... kenapa mama menangis ni?", soal hazri lalu memegang bahu mamanya itu. "saya sedih hairi... tak sangka orang yang selalu menelefon dan sms mama tu ialah papa awak sndiri...", kata puan alimah dalam sedu sedannya. "kenapa mama sedih pula?... sepatutnya mama rasa happy sebab papa dah hubungi mama setelah lama terpisah begitu saja... kalau mama masih cintakan papa, mama harus maafkan papa... saya dah baca semua sms dari papa tadi. dia minta maaf pada mama... mama maafkanlah dia ye?...", kata hazri perlahan lahan. "Tidak!... mama sakit hati pada papa awak sebab dia langsung tidak peduli akan hati dan perasaan mama dulu. dia buat mama macam tunggul kayu aje... mama sedih tau", kata puan alimah sambil mnangis.

"mama, janganlah macam tu. sebenarnya saya mahu mama dan papa berbaik semula... tak baik kalau mama berdendam pada papa... buang yang keruh ambik yang jernih. lupakan perkara yang lalu, kita cuba bina hidup baru bersama sama dengan papa...", kata hazri. puan alimah mengesat airmata di pipinya. "mama nak dengar saya baca sms dari papa, tak?", soal hazri sambil tersenyum. perlahan lahan puan alimah menganggukkan kepalanya. hazri pun membaca sms papanya yang tidak sempat di baca oleh mamanya sehinggalah ke sms yang terakhir. "sayang... jika sayang masih cintakan abang dan rindukan abang, sayang datanglah ke majlis harijadi anak kita hazri esok... hazri ingin sekali berjumpa dengan mamanya. katanya dia mahu memeluk dan mencium mamanya. Jika sayang datang ke majlis harijadinya tu tolong bawa anak kita hairi. abang ingin sekali berjumpa dengannya. dia anak abang dan dia perlu tahu yang abang ni papanya. so tolong jangan hampakan permintaan abang ini... abang mengharapkan kehadiran sayang di sisi abang sebab abang masih cintakan sayang... kalau sayang nak datang ke majlis harijadi anak kita tu, inilah alamat rumah abang... bayview height, Lot 24, jalan penampang...", hazri membacanya dengan penuh minat.

"mama... kita mesti pergi ke sana esok... saya pun nak berjumpa dengan papa dan saudara kembar saya tu", kata hazri dengan gembira sekali. puan alimah diam membisu. Tidak tahu apa yang harus di katakannya lagi. "please lah mama... please say yes... pleaseee...", pujuk hazri dengan penuh harapan. "mama tidak mahu pergi ke sanalah hairi...", balas puan alimah dengan malas. "ala... mama ni... sampai bila kita harus hidup terpisah macam ni? tak best lah hidup macam ni... saya nak berjumpa dengan papa dan saudara kembar saya itulah...", kata hazri dengan nada suara yang merajuk. puan alimah memandang wajah anak lelakinya. dia tidak sampai hati melihat anaknya merajuk jadi dia pun terpaksa mengalah. "baiklah... mama akan pergi ke sana... lagi pun mama nak berjumpa dengan adik kembar awak tu...", kata puan alimah perlahan lahan. hazri terus memeluk mamanya. "Oh... thanks mama... you are the best...", kata hazri sambil memeluk mamanya dengan hati yang gembira...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro