Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 17

Sampai saja di villa mewah papanya, hairi terus menelefon hazri. lama juga dia menunggu tapi tak ada siapa pun yang menjawap panggilannya. dia terpaksa mendail semula nombor handphone hazri. Tidak lama kemudian...

"hello..."
"hello... hazri, kenapa tak jawap panggilan saya tadi? awak tengah tidur ke?"
"ya... kenapa hairi?"
"sebenarnya saya nak berbincang dengan awak ni..."
"berbincang? berbincang tentang papa dan mama ke?"
"ya tapi sebelum tu sy nak cakap tentang girlfriend kita tu dulu... lain kali tolong jangan suruh saya keluar dengan girlfriend awak si sabrina tu..."
"kenapa pula?"
"sebab saya rasa kekok bila bersama dengannya. tadi dia memeluk saya dan hampir saja mencium saya... saya tak suka di perlakukan seperti itu..."
"oh ya ke? guess what?... saya pun hampir juga mencium girlfriend awak si alia tu. nasib baik saya cepat cepat sedar kalau tidak tak tahu lagi lah... anyway, saya rasa kekok juga bila keluar dengan girlfriend awak si alia tu. saya fikir lebih baik kita jangan fikirkan tentang girlfriend kita tu buat sementara waktu ni. lebih baik kita fokuskan perhatian kita pada perancangan kita bagaimana hendak mempersatukan kembali orang tua kita..."
"saya setuju... kita ikut aje apa yang telah kita rancangkan tempohari... esok kita mulakan rancangan kita tu... ok?"
"ok... no problem..."
"hey... i've gotta go now. papa dah balik ke rumah ni. bye bro..."
"bye..."

hairi menamatkan talian handphonenya sebaik saja dia lihat papanya datang menghampirinya. "hazri... awak belum tidur lagi?", soal tuan farouk. "belum lagi papa...", jawap hairi sambil menonton TV cerita 'dawson creek' itu. "Pergilah tidur... esok awak kena bangun awal untuk pergi ke sekolah...", kata tuan farouk lembut. "baiklah papa... saya pergi tidur dulu... good night papa...", kata hairi sambil beredar dari situ. "good night", balas tuan farouk perlahan lahan.

*** *** ***

pagi itu kelihatan dato farouk sedang melangkah masuk ke ruang tamu yang indah itu. ketika dia sedang berjalan di situ tiba tiba dia lihat ada sekeping kad berwarna biru di atas meja. di atas kad tersebut tertulis kemas namanya. dia pun terus mengambilnya lalu membacanya...

"assalamualaikum...
hai, si kacak...
apa khabar? Harap awak sihat selalu. sebenarnya tujuan saya mengirimkan kad ini ialah saya ingin berkenalan dengan awak... itu pun kalau awak sudi lah... call atau sms saya di nombor ni (0101234567) sekarang juga!....

Yang ikhlas
- Ima -

"ima?... siapa ima ni, hah?", soal hati kecilnya. seingatnya dia tidak ada kawan pun yang bernama ima. dato farouk terdiam seketika. dia berfikir samada hendak menelefon pengirim kad misteri itu atau pun tidak. namun jauh di lubuk hatinya dia ingin tahu juga siapakah pengirim kad misteri tersebut...

Tanpa di sedarinya kelihatan hairi sedang berdiri memerhatikan gerak geri papanya dari tingkat atas. Dia tersenyum apabila dia melihat papanya membaca kad tersebut. Sebenarnya dia yang menulis kad itu dengan harapan papanya akan menghubungi mamanya selepas ini....

*** *** ***

perlahan lahan puan alimah membuka pintu rumahnya. ketika dia sedang berdiri di situ, tiba tiba saja dia ternampak sekeping kad berwarna merah jambu di atas anak tangga rumahnya. di atas kad tersebut tertulis namanya. dia pun terus mengambilnya lalu membacanya...

assalamualaikum...
hai, si cantik...
Salam perkenalan dari saya untuk awak di sana... mungkin awak merasa terkejut dengan kehadiran kad misteri ini.. Tapi saya cuma ingin berkenalan dengan awak... itu pun kalau awak sudi... Sebenarnya saya dah lama memerhatikan awak dari jauh... Awak seorang wanita yang tabah dan suka berdikari. saya suka wanita yang bersikap begitu... Lebih matang dan berpendirian tegas... Pendek kata awak seorang wanita yang sempurna di mata saya... Saya tahu awak sudah lama menanggung penderitaan dalam hidup ini... Sekarang sudah tiba masanya untuk awak mengecapi kebahagiaan yang seharusnya awak miliki dulu... Terimalah salam perknalan dari saya ini dengan hati yang terbuka... Jika awak ingin berkenalan dengan saya call atau sms saya di nombor ini (0107654321) sekarang juga. saya menanti panggilan dari awak dengan penuh harapan... semoga harapan saya untuk berkenalan dengan awak akan menjadi kenyataan...

Yang ikhlas
- abang Rok -

"siapa abang rok ni ar?...", bisik hati kecilnya. dia tidak tahu siapakah orang yang bernama abang rok itu. puan alimah terdiam seketika. dia berfikir apakah yang harus dia lakukan ketika itu. "perlu ke saya berkenalan dengan lelaki ini atau pun tidak...", bisik hati kecilnya tak keruan...

Tanpa di sedarinya hazri sedang memerhatikan gerak gerinya. Dia bersembunyi di sebalik daun pintu ruang dapur tidak jauh dari situ. Dia tersenyum gembira apabila dia melihat mamanya membaca kad yang di tulisnya itu. Sebenarnya dia yang menulis kad tersebut dengan harapan semoga mamanya menghubungi papanya setelah membaca kad tersebut...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro