Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 11

Hazri terbangun dari tidurnya sebaik saja handphone di atas meja kecil di sebelah katilnya itu berbunyi nyaring. perlahan lahan dia menjawap panggilan di handfonnya.

"hello..."
"hello... hazri, awak dah tidur ke?"
"ye... kenapa? awak ada masalah ke? macamana dengan racing car competition awak tu?... awak berjaya tak dalam pertandingan tu?"
"tak... pertandingan tu di batalkan sebab ada polis datang ke tapak perlumbaan haram tu. zeckry betul betul marah kerana polis datang merosakkan rancangannya malam ni. sekarang saya dah sampai kat rumah ni. anyway, macamana dengan sesi masak memasak awak tu? awak dah berjaya ke jadi chef wan?"
"chef wan apa nyer?... ikan bilis yang saya goreng habis hangus dalam kuali. nasi keras yang saya buat jadi nasi bubur... last last mama awak marahkan saya sebab saya tak pandai memasak..."
"hahahaha... kelakarnya awak ni... hahaha..."
"yelah tu... awak ketawalah puas puas... by the way, tak sangka pula mama awak ni garang sangat orangnya... tadi masa saya sedang merokok dalam bilik awak ni tadi tiba tiba aje dia muncul dan marah pada saya sbab saya merokok. siap tampar pipi saya lagi tu tapi saya sikit pun tak marah pada mama awak sebab saya tahu saya yang bersalah dalam perkara ini. apa yang mama awak cakap tu memang betul. awak bertuah sebab dapat seorang mama yang baik hati dan prihatin seperti dia. eh... lupa pula saya nak bagi tahu awak... si alia ada sms saya sebentar tadi... dia marah sebab awak dah lama tak sms dia..."
"oh ye ke?... jadi awak balas tak sms dia tu?"
"ya... saya dah balas balik sms dia tu. dia kirim gambarnya semasa dia pergi ke majlis perkawinan kakak sepupunya pagi tadi... girlfriend awak kelihatan cantik dalam baju kurung berwarna purple. wajahnya cute macam wajah fasha sandha..."
"eh... jangan awak cuba kacau girlfriend saya tu ye... kalau awak kacau dia, sy sekeh sekeh kepala awak tu nanti...."
"hehehe... buat apa pula saya kacau girlfriend awak?... saya pun ada girlfriend juga..."

"eh... saya ada jumpa girlfriend awak si sabrina di pub gangstarz sebentar tadi. dia nampak cantik macam diana danielle tapi dia terlalu seksilah pula. dia ajak saya menari tapi saya tak nak menari. so dia merajuk tapi dia merajuk sekejap aje... lepas tu dia baik lagi dengan saya"
"hairi... saya harap awak jangan kacau girlfriend saya tu ye... nanti saya sepak sepak punggung awak tu"
"jangan bimbang lah... saya takkan kacau girlfriend awak tu lah. by the way, ada sesuatu perkara yang ingin saya bincangkan dengan awak..."
"apa dia?"
"saya rasa kita ni adik beradik kembar lah... papa awak ada tercicir gambar lama kat ruang tamu tadi. so saya ambiklah gambar tu. saya terkejut bila tengok gambar tersebut. saya lihat mama saya bergambar dengan papa awak. papa awak menggendong bayi lelaki yang comel. mama saya pun turut menggendong bayi lelaki yang comel. agak agaknya bayi lelaki yang mereka gendong tu ialah kita berdua masa kita kecik, tak?... jangan jangan papa awak tu ayah kandung saya tak?... hm..."
"eh... saya pun ada terjumpa gambar keluarga yang sama macam tu dari atas rak buku mama awak tadi. saya pun berfikir macam tu juga. ada kemungkinan besar kita ni memang adik beradik kembar, kalau tidak masakan wajah kita seiras kan?... saya rasa mama awak tu ialah ibu kandung saya lah... hm..."
"hm... boleh jadi juga tekaan awak tu... tapi kita perlu mencari bukti yang kukuh untuk membuktikan yang kita ni memang adik beradik kembar. contohnya macam sijil lahir kita ke... apa ke?... urm... apa kata kalau malam ni kita cari sijil lahir kita tu... awak setuju tak?"
"setuju..."
"kalau macam tu kita mulakan pencarian kita ni sekarang juga. awak cari dalam bilik tidur mama saya... saya pula cari dalam bilik tidur papa awak... kalau awak dah jumpa call saya, ya..."
"ok no problem..."
"bye..."
"bye..."

talian handfon di tamatkan. hazri terus melangkah keluar dari bilik tidurnya. dia mula mencari dokumen penting tersebut di dalam rumah itu. setelah puas mencarinya di atas rak buku di situ, dia mula mencari dalam kabinet yang ada di situ. dokumen yang di cari langsung tidak ada di situ. Perlahan lahan dia membuka pintu bilik tidur puan alimah.

dia ingin mencari dokumen tersebut di dalam bilik tidur mamanya itu. dia lihat puan alimah sedang tidur lena di atas katilnya. dia membuka laci meja kecil yang ada di situ dengan berhati hati. dia mencari dokumen itu di dalam laci tersebut. tiba tiba dia terjumpa dokumen yang di cari. sijil lahir itu terus di ambilnya. laci meja tersebut di tutupnya perlahan lahan. dia segera menyusup keluar dari situ. sebaik saja dia berada di dalam bilik tidurnya dia pun terus membaca semua butir maklumat yang tertera di atas sijil lahir itu. namanya dan nama hairi ada tercatit di atas sijil lahir tersebut. mereka di lahirkan pada hari yang sama. nama ibubapa mereka pun sama. semuanya sama. ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka memang adik beradik kembar seiras. baru dia tahu puan alimah ialah ibu kandungnya sendiri. dalam diam dia bersyukur pada ilahi kerana mempertemukannya dengan ibu kandung yang di katakan oleh papanya sudah lama meninggal dunia beberapa tahun yang lalu....

*** *** ***

Pada waktu yang sama, kelihatan hairi juga telah berjaya menjumpai beberapa keping photocopy sijil lahirnya dari dalam laci meja kerja tuan farouk. dia membaca setiap butir maklumat yang tertera di atas kertas itu. namanya dan nama hazri tertulis dengan jelas di atas kertas tersebut. mereka lahir pada tarikh dan masa yang sama. jadi memang betul apa yang di fikirkannya selama ini. dia dan hazri memang adik beradik kembar. manakala papa hazri pula ialah papa kandungnya sendiri. dia merasa sungguh gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa kandungnya yang di katakan oleh mamanya sudah lama meninggal dunia itu. Cepat cepat dia menelefon hazri. mereka mula berbual panjang tentang sijil lahir yang mereka temui sebentar tadi. mereka berdua sepakat hendak bertemu di hadapan karamunsing shopping mall, bandar K.K pagi esok selepas habis waktu sekolah. mereka ingin bertemu sambil berbincang tentang apa yang harus mereka lakukan selepas ini...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro