Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEIRAS 10

Ketika Hazri sedang berbaring di atas katilnya tiba tiba saja dia terasa hendak merokok pula. dia pun terus mengambil seluar sekolahnya yang di pakainya ke sekolah pagi tadi. seingatnya dia ada membawa sebatang rokok di dalam saku seluar sekolahnya pagi tadi. dia mula mencari rokok tersebut. Tidak lama kemudian dia terjumpa sebatang rokok dari dalam saku seluar sekolahnya itu. dia pun segera memasang api di hujung rokoknya dengan pemetik api di tangan. selepas itu dia menghisap rokok tersebut perlahan lahan. ketika dia sedang leka menghisap rokok di tangan tiba tiba pintu bilik tidurnya di buka orang dari luar. "ya Allah... hairi!... kenapa awak merokok pulak?...", kelihatan puan alimah berdiri di muka pintu dengan wajah yang marah sekali. hazri cepat cepat membuang puntung rokoknya di luar pintu jendela tidak jauh dari situ. "eh... mama... er... mama buat apa kat sini?", soal hazri dengan gugup. puan alimah datang lalu menampar pipi hazri. "paak!...", kedengaran pipi hazri di tamparnya. hazri terduduk di atas katil yang ada di situ. Perlahan lahan dia meraba raba pipi kirinya yang terasa sakit dengan tangannya sendiri.

"hairi... sejak bila pula awak mula merokok ni, hah?... sudah banyak kali mama cakap jangan cuba merokok tapi awak berdegil juga... awak ni kan memang sengaja nak sakitkan hati mama... awak dah lupakah, pak cik awak si amran mati sakit jantung kerana terlalu kuat merokok... awak nak mati macam pak cik awak tu juga ke, hah?...", leter puan alimah dengan marah. hazri tunduk diam di atas katilnya. Tanpa di pelawa, puan alimah duduk dekat dengan anak lelakinya itu. dia menarik nafas berat lalu menghembuskannya perlahan lahan. "sebenarnya mama tak suka awak merokok tapi awak merokok juga di belakang mama. mama sedih dan kecewa dengan sikap awak ni. mama mendidik awak dengan harapan supaya awak menjadi seorang anak yang berguna di masa depan tapi sikap awak ini menyakitkan hati mama...", kata puan alimah dengan wajah yang tegang. "mama bagi duit belanja tu untuk membeli barang makanan di sekolah bukan untuk membeli rokok tapi awak dah salahgunakan duit itu untuk membeli benda yang tak guna tu... awak ingat bagus sangat ke orang yang merokok ni? mereka mendapat lebih banyak penyakit kronik jika mereka tidak berhenti merokok...", kata puan alimah mula bersyarah panjang.

"hairi... janganlah awak merasa sakit hati kalau mama menegur sikap awak ni... mama menasihati awak supaya awak sedar akan kesilapan awak ni... mama tak mahu awak terlibat dengan benda benda yang tidak berguna macam ni... mama sayangkan awak sebab itulah mama menasihati awak. mama menasihati awak untuk kebaikan awk juga...", sambung puan alimah lagi. hazri diam membisu memikirkan kata kata puan alimah itu. dalam diam dia mengakui kebenaran yang di ucapkan oleh puan alimah. "mama... maafkan saya... saya akui saya salah, mama... saya janji tak akan merokok lagi", kata hazri perlahan lahan. puan alimah merenung wajah anak lelakinya itu. "betul ke ni atau awak sengaja nak sejuk sejukkan hati mama?...", soal puan alimah macam tidak percaya. "betul mama... saya cakap betul ni...", balas hazri.

"kalau awak dah sedar baguslah... tapi kalau awak masih merokok di belakang mama lagi mama cekik cekik leher awak tu nanti...", kata puan alimah. "Baiklah mama... saya janji takkan merokok di belakang mama...", balas hazri. Perlahan lahan puan alimah bangun dari atas birai katil itu. "pergilah tidur... mama pun nak masuk tidur ni... selamat malam hairi...", kata puan alimah prlahan lahan. "selamat malam...", balas hazri. Dia segera berbaring di atas katilnya. puan alimah menyelimuti tubuh hazri dengan selimut di tangannya. dia mencium dahi hazri sebelum beredar dari situ. hazri berbaring di atas katil dengan hati yang terharu. Buat pertama kali dalam hidupnya dia mendapat perhatian dari seorang ibu. Itulah yang di impikannya selama ini. Dia mengimpikan perhatian dan kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu. Dan kini dia mendapat kasih sayang dan perhatian itu dari wanita tersebut. Dalam diam dia berazam hendak mengubah tabiat buruknya itu.

*** *** ***

hairi melangkah keluar dari dalam kereta. begitu dengan zeckry, sabrina, suzy dan rakan rakannya yang lain. Tidak jauh dari situ kelihatan febian dan geng gengnya sedang duduk di atas batu besar di tepi jalan itu. mereka melangkah menuju ke arah febian dan geng gengnya. hairi lihat begitu ramai orang yang datang menonton perlumbaan haram malam itu. masing masing membawa kereta ke tapak perlumbaan tersebut. "so macamana? ada bawa wang taruhan tu tak?", soal zeckry pada febian. "ada... sam sudah lama bersedia dalam keretanya tu...", jawap febian sambil menjuihkan bibirnya ke arah sebuah kereta subaru impreza berwarna hitam. hairi lihat sam duduk di dalam kereta tersebut sambil tersenyum sinis padanya.

"apa tunggu lagi? cepatlah masuk ke dalam kereta abang saya tu. perlumbaan akan di mulakan tidak lama lagi... so get ready, my friend...", kata zeckry pada hairi di sebelahnya itu. "maaflah zeck... saya...", belum pun sempat hairi menghabiskan perkataannya tiba tiba, "hoi!... korang semua... cepat berambus dari sini... ada kereta polis datang ke sinilah", jerit seorang budak lelaki cina dari dalam kereta evolution 9 itu. bagaikan lipas kudung, mereka semua terus berlari masuk ke dalam kereta masing masing. begitu juga dengan febian dan geng gengnya. Kereta yang di pandu terus meluncur laju dari situ. hairi terpinga pinga melihat gelagat mereka semua. sayup sayup kedengaran bunyi siren kereta polis bergema memecahkan kesunyian di alam maya yang sunyi sepi itu. hairi tahu tidak lama lagi kereta polis tersebut akan sampai di tempat itu tiba tiba, "hey... hazri!... kenapa awak terpinga pinga kat situ pula? cepatlah kita lari dari sini... nanti polis tangkap kita pula...", jerit zeckry dari dalam keretanya. cepat cepat hairi berlari masuk ke dalam kereta tersebut. kereta itu terus di pandu dengan laju sekali mengalahkan pelesit pula. kecut perut hairi di dalam kereta tersebut.

sebenarnya dia merasa takut bila berada di dalam kereta yang di pandu dengan laju sekali. rasanya tak ubah macam duduk di dalam rollercoaster pula. sungguh mendebarkan dan menakutkan. "kurangkan sikit kelajuan kereta awak ni, zeck... saya rasa polis tak kejar kita lagilah", kata hairi perlahan lahan. zeckry pun mengurangkan kelajuan keretanya itu. "celaka betul lah pihak polis tu... kalau diorang tak kacau kita tadi sudah tentu kita akan menang dan dapat wang taruhan yang banyak tu", kata zeckry sambil menghentakkan tangannya di atas stereng kereta tersebut. Dia betul betul merasa marah ketika itu. "rilekslah kawan... mungkin itu bukan rezeki kita...", kata hairi selamba. namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana racing car competition itu di batalkan. Maklumlah dia bukannya pandai sangat berlumba kereta ni. Dalam diam dia merasa lega...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro