SEIRAS 1
Selepas habis waktu sekolah hairi cepat cepat melangkah keluar dari kawasan sekolah yang sibuk itu. dia lihat mamanya puan alimah sudah lama menunggunya di dalam kereta tidak jauh dari situ. dia cepat cepat melangkah menuju ke arah kereta mamanya. perlahan lahan dia membuka pintu kereta tersebut lalu masuk ke dalam kereta itu. "urm... sebelum kita balik ke rumah. mama nak pergi ke bandar dulu. nak beli barang keperluan dapur sikit...", kata puan alimah pada anak lelakinya itu. "baiklah mama...", kata hairi selamba. perlahan lahan kereta kancil tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan sekolah menengah kampung permai.
*** *** ***
Hazri duduk di dalam kereta mercedez benz milik papanya. dia baru saja keluar dari kawasan sekolah menengah st george yang sibuk itu. "azri... macamana dengan exam bahasa english awak tu, ok tak?", soal dato farouk ingin tahu. "ok pa...", jawap hazri selamba. ketika mereka berada di kawasan bandar yang sibuk itu, hazri ternampak bangunan karamunsing shopping mall yang tersergam indah. "er... papa, boleh tak kita berhenti sekejap kat depan karamunsing shopping mall tu?... saya nak pergi beli CD linkin park kat shopping mall tu lah pa...", kata hazri pantas. "baiklah... tapi jangan lama sangat ok...", kata dato farouk selamba. "ok...", jawap hazri sepatah. "pak mat...", dato farouk bersuara perlahan lahan. "ada apa tuan?", soal pak mat driver kereta mercedez benz itu. "awak tolong berhenti depan karamunsing shopping mall tu... hazri nak beli CD kat shopping mall tu...", kata dato farouk selamba. "baiklah dato...", jawap pak mat pantas. kereta tersebut parking betul betul di hadapan shopping mall yang kelihatan sibuk itu. tanpa membuang masa lagi hazri pun terus melangkah keluar dari dalam kereta papanya. dia berlari dengan pantas menuju ke arah shopping mall yang terletak tidak jauh dari situ.
*** *** ***
"mama, saya nak keluar sekejap... saya tunggu mama kat depan pintu shopping mall ni... kalau mama dah habis shopping mama carilah hairi kat depan pintu shopping mall ni yek...", hairi bersuara pada mamanya itu. "baiklah...", kata puan alimah lembut. dia sedang leka memilih kobis di dalam freezer di depan matanya itu. hairi pun terus beredar dari situ. dia melangkah menuju ke arah pintu utama shopping mall tersebut. ketika dia hendak membuka pintu shopping mall itu tiba tiba bahu kirinya di langgar oleh seorang budak lelaki yang kelihatan hampir sebaya dengannya. beg sekolah yang di sandangnya terus terjatuh di atas lantai. beg sekolah budak lelaki yang melanggarnya itu pun turut terjatuh di atas lantai. "oppss... sorry... aku tak sengaja", kata budak lelaki tersebut dengan pantas sekali. warna dan style beg mereka pun hampir sama. beg warna hitam jenama converse. tanpa melihat wajah hairi, budak lelaki itu cepat cepat mengambil beg sandangnya yang terjatuh di atas lantai. "oh, tak apa... its ok....", balas hairi. belum pun sempat dia melihat wajah budak lelaki tersebut, budak lelaki itu sudah pun pergi dari situ. perlahan lahan hairi mengambil beg sandangnya dari atas lantai. selepas itu dia melangkah kluar dari shopping mall tersebut.
*** *** ***
"pak mat, kenapa si hazri tu lama sangat kat dalam shopping mall tu?... cuba awak pergi cari dia. kalau awak nampak dia, cepat cepat bawa dia ke sini... saya tak ada masa nak tunggu dia ni... saya ada meeting selepas ni", kata dato farouk pantas. "baiklah dato... biar saya yang pergi mencari dia...", kata pak mat pantas. dia terus melangkah keluar dari dalam kereta itu. dia melangkah menuju ke arah shopping mall tersebut.
*** *** ***
Hairi sedang berdiri tidak jauh dari pintu shopping mall itu. tiba tiba seorang lelaki berumur separuh abad datang padanya lalu menarik tangannya. "eh... eh... apa ni?... pak cik ni siapa? kenapa tarik tangan saya ni?", soal hairi kehairanan. "jangan pura pura tidak tahu lah tuan muda... papa tuan muda sedang menunggu tuan muda di dalam kereta tu...", kata pak mat pantas. "apa?... papa?... setahu saya papa saya dah lama meninggal dunia lah...", kata hairi semakin hairan. "sudahlah tu... jangan bergurau lagi... ini bukan masanya untuk bergurau. mari ikut pak cik... nanti papa awak marah pada awak pula sebab awak dah lama berlegar dalam shopping mall ni...", kata pak mat dengan serius. dia menarik tangan hairi supaya beredar dari situ. Mereka melangkah menuju ke arah kereta mercedez benz yang terletak tidak jauh dari situ...
*** *** ***
Selepas membeli CD linkin park, hazri pun terus melangkah keluar dari shopping mall itu. tiba di luar bangunan kompleks membeli belah tersebut dia terpinga pinga seketika. kereta mercedez benz milik papanya sudah tidak ada lagi di situ. dia merasa sungguh hairan. ke mana perginya kereta papanya itu pun dia sendiri tidak tahu. tiba tiba, "oh... awak ada di sini rupanya. awak tolong angkat barang barang ni...", kata seorang wanita di sebelahnya. hazri mmandang wajah wanita tersebut dengan penuh tanda tanya. "er... siapa puan ni? saya tak kenal puanlah...", kata hazri. "eh... kenapa dengan awak ni? tiba tiba cakap macam tu pula?... saya mama awak lah... cepat angkat barang barang ni semua. barang barang mama ni semuanya berat tau...", kata puan alimah dengan pantas. "mama? tapi setahu saya mama saya sudah tiada di muka bumi ni...", kata hazri kebingungan. "hm... awak bergurau lagi kan?... dahlah tu, jangan bergurau lagi. tolong angkat barang mama ni...", kata puan alimah pantas. mahu tak mahu dia terpaksa mengangkat barang wanita itu. mereka melangkah masuk ke dalam kereta kancil yang terletak tidak jauh dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro