Serial 2
Halo-Halo!
Kita jumpa lagi reader-reader ku. Ye tahu awak semua dah bosan sangat dengan Series pertama. Takpe, Kali ni kita buat yang baru. Kita back ke cerita awal...
Dimana Nik dan Shah pernah hilang masa diorang jadi budak-budak masa tu.
And, aku siapkan sipnosis Kali ni-
Nik dan Shah, dua orang yang Seiras tapi bukan kembar ini memutuskan untuk bercuti dengan berkhemah di sebuah hutan yang pernah menjadi saksi pengalaman menyeramkan mereka semasa kecil. Walaupun Shah masih dihantui oleh kenangan mereka hilang berjam-jam dalam hutan itu, Nik berkeras untuk kembali, beranggapan bahawa ini adalah peluang untuk mengatasi ketakutan lama.
Namun, sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam hutan, suasana yang sunyi dan misteri mula mengingatkan mereka tentang apa yang pernah berlaku dahulu. Bunyi-bunyi aneh, bayangan yang sukar dijelaskan, dan perasaan diperhatikan mula menghantui mereka. Nik yang sebelum ini yakin mula merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena, sementara Shah semakin pasti bahawa mereka tidak bersendirian.
Ketika malam semakin gelap, mereka menyedari bahawa sejarah kelam hutan itu belum berakhir. Kini, mereka harus berdepan bukan sahaja dengan ketakutan masa lalu, tetapi juga sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya. Adakah mereka mampu keluar dengan selamat, atau adakah hutan ini akan menjadi penjara abadi mereka sekali lagi?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro