Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

~ Prolog ~

"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Anak lelaki!" Izlan sujud syukur. Gambar palaroid yang diberikan isterinya itu ditatap entah keberapa kali. Sempat dicium isteri yang tersenyum bahagia sambil menggosok perutnya.

"Abang, nanti kita nak namakan dia apa?" Tanya Isterinya bernama Luna.

"Hmm, Nik Adam? Macam mana?" Izlan duduk sebelah isterinya, perut isteri diusap manja.

"Cantik namanya, memang abang dah fikir lama ke?"

"Ya, senang sikit dan mudah untuk dia tulis nama dia nanti." Ujar Izlan. Luna menyandar manja di dada suaminya. Dia juga ikut suka dengan nama tersebut.

"Semoga dia membesar menjadi anak yang ceria, sayang tak sabar." Luna tersenyum bahagia.

Izlan mengangguk. Dahi isterinya dicium.

Belum sempat dia berkata, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Nada dering yang digunakan berbeza dari nada dering orang luar. Maksudnya, ia nada dering khas dari keluarganya.

Izlan membuka telefonnya.

Setelah membuka ruang whatsapp. Izlan tertawa besar membuat Luna berkerut dahi.

"Kenapa bang?"

Izlan menunjukkan skrin telefonnya. Sebaik melihat, Luna pula terkejut sambil menutup mulutnya dek tidak sangka dengan berita yang disampaikan oleh kembar suaminya, Azlan.

"Allahuakbar, kuasa tuhan.." Luna tangis bahagia. Kembarnya, Lina juga sudah mengetahui jantina anaknya juga.

"Anaknya juga lelaki. Mereka memberi nama.." Izlan tersenyum sebaik melihat nama anak Azlan.

"Shah Fuan. Nama dia macam bunyi arab." Luna tertawa kecil.

"Itu sebab diorang kat tanah suci kota Mekah sekarang. Tak sangka ya, Nik Adam dapat geng nanti." Luah Izlan.

"Tapi kan bang, kita semua ni kembar. Rasa-rasanya anak kita nanti, seiras tak?" Tanya Luna tertarik.

"Eh yela. Kalau perempuan, boleh tahu lagi. Tapi kalau dah dua-dua lelaki.."

Luna dan Izlan berpandangan.

"Seiras tapi bukan kembar?" Serentak mereka menyebut buatkan masing-masing merasakan ia satu keajaiban bakal terjadi. Sebuah kebetulan 1000 dalam 1.

"Wah."

.
.
.
.
.

Azlan menggosok perut isterinya Lina. Lina yang ketika itu sedang menonton cerita di Netflix, tertawa kecil. Lucu mungkin.

"Tak sangka Luna dapat anak lelaki juga." Luah Azlan.

"Hmm, cakap pasal ni kan.." Lina mengalih tablet. Pandangannya fokus ke wajah si suami yang tenang dan tampak cool.

"Tak rasa mereka seiras nanti daddy?"

Azlan diam. Dia beralih pandang cermin kaca memperlihatkan kota suci Mekah.

"Seiras, tapi bukan kembar."

"Ya, pasti mereka seiras." Lina tersenyum lebar.

"Shah Fuan, walaupun kita semua bakal dapat anak yang seiras, belum tentu perangai mereka sama." Tambah Lina lagi.

"Maksudnya?" Azlan kembali menatap Lina, berkerut dahinya.

"Maksudnya, mereka pasti ada perwatakan berbeza kelak. Macam daddy dengan Izlan. Izlan tu sembang je lebih, tapi daddy? Cool jer. Tu yang buat mummy cinta kat daddy, daddy punya perwatakan tu, tenang sangat." Luah Lina sambil cucuk pipi Azlan.

Azlan senyum kecil.

"Sayang pun, yang membezakan dengan Luna. Sayang ni kuat dan terlalu berani. Ingat lagi orang tu pergi simbah air dekat muka kacak ni." Cerita Azlan buat Lina termalu.

"Ala daddy, jangan cerita malulah."

"Nanti nak cerita kat Shah, macam ni lah daddy jumpa mummy kau dulu." Makin rancak Azlan mengusik buat Lina tertawa.

"Hahaha, ingat lagi muka terkedu daddy masa kena simbah air coklat tu."

"Memanglah, yang salah Izlan. Kita yang kena." Azlan cuit hidung Lina.

"Kalau bukan salah Luna jugak, kita tak jumpa macam ni." Lina tayang senyumnya sambil menampakkan giginya putih bersih.

"Tak, bukan salah sesiapa. Ni semua takdir."

Ya kerana masalah kecil, mereka berjodoh. Masalah Luna dan Izlan yang salah faham tentang beg kerja mereka yang tertukar di airport. Entah siapa yang ambil dulu, sampai rumah baru perasan. Kerana bengang, si Luna guna Lina untuk memarahi si Izlan yang disyaki mengambil tanpa melihat melihat beg label. Tapi yang datangnya, malah Azalan. Begitulah dua kembar itu pula berjumpa. Persengketaan itu diselesaikan dengan dua petugas airport pula kerana tersalah orang ketika memberi. Mana taknya, dua-dua sama. Maka selesai disitu, dan mereka saling bermaaf-maafan. Jodoh tak ke mana kan? Sejak hari itu, pasangan kembar itu saling berkenalan hinggalah ke jinjang pelamin.

"Ya, takdir. Dan takdir Shah Fuan dan Nik Adam juga nanti. Macam manalah nanti bila diorang besar? Tak sabarnya." Lina gosok perutnya. Dia tersenyum kecil.

"Semoga dia membesar dengan sihat dan berani macam mummy dia." Azlan mencium dahi isterinya. Bahagia dirasakan.

"Aamiin."

........

Empat tahun berlalu, di sebuah perkampungan.

Shah mencicip kek di meja makan dengan sopan. Keramaian di dalam rumah agam kayu jati itu jelas menunjukkan keluarga itu menyambut birthday party milik neneknya. Ya, panggilan untuk neneknya ialah.

"Tokma, Shah nak pergi tandas dulu." Sopan Shah meminta izin pada neneknya yang sedang berborak dengan kenalannya.

"Ha ye. Jangan lama sangat dekat tandas tu, nanti hantu raya intai." Pesan neneknya sempat mengusiknya buat Shah takut dalam diam. Digagahi juga ke bilik air sebab tak tahan dah.

Bunyi burung hantu kedengaran di luar. Jiwa kanak-kanak kecik sudah semestinya akan gemuruh.

Cepat-cepat Shah melepas hajat dan hendak keluar dari tandas dan kembali ke ruang tamu. Dilihat daddy nya sedang gelak ketawa. Berkerut dahi kecil itu, rasanya dia tidak pernah melihat daddynya gelak besar.

"Aie, cepatnya tukar baju? Meh duduk sini." Daddy nya menariknya memberi makanan lain. Padahal keknya belum habis lagi.

Shah hendak memakan keknya, tapi dihalang daddynya.

"Eh, kek orang ni. Jangan makan."

"Caya punya." Shah tak mengalah, dia ambil kek itu lalu memakannya buat daddynya menganga.

"Bertuah punya anak. Mak, ni kek sape dia makan ni?"

Tokma yang lalu dekat situ berpaling.

"Oh kek dia tu."

"La, ye ke. Tak perasan pulak dia ambik kek." Kata lelaki itu garu belakang kepala. Dia kembali berborak dengan yang lain dan bergelak ketawa sakan.

Shah risau. Dia tak pernah lihat daddynya tertawa besar begitu. Dia takut.

"Daddy.." Panggilnya, tetapi disebabkan suasana bising, ditambah perbualan daddynya yang rancak siap tergelak macam lupa dirinya, buatkan Shah dalam ketakutan. Menggigil tangannya. Terus tangannya mengambil gelas kosong di atas meja dan dihempas ke lantai.

"PRANG!"

Satu ruang tamu terkejut dengan bunyi tersebut. Mencari arah punca. Shah menangis teresak-esak, luka dikaki tidak dihiraukan, dia tak suka daddynya begitu.

"Ya Allah, kenapa ni?" Terus dirinya dihampiri si daddy.

"Kenaphe? Kenaphe daddy bicing. Ketawa, ketawa, ketawa. Shah Tak syuke." Pelat dirinya berkata sambil menangis lagi. Teruk tangisannya sambil tolak daddynya dek takut.

"Daddy?" Walaupun hairan, dia mengangkat anaknya lalu dibawa ke sofa meski anaknya itu degil. Beberapa tetamu ada yang membantu menyapu kaca pecah.

Tetiba, bunyi tangisan seseorang pula kedengaran. Suaranya mirip juga seperti Shah. Apalagi, semua tertoleh melihat gerangan yang menangis itu dalam celahan orang. Rupanya tengah duduk main belon.

Dia seiras dengan Shah, sedang memegang belon. Tetamu mula berkerut.

"Nik ada dua! Huarghhhh!" Tangisannya menjadi lebat. Jarinya lurus ditunding takut ke arah Shah yang digendong daddynya.

Shah yang turut melihat Nik, ikut menangis.

Nik dan Shah, dua-duanya menangis kuat. Tidak menjangka situasi tersebut. Membuatkan semua tetamu kebingungan.

"Ya Allah Iz, itu anak aku." Azlan muncul dari pintu luar. Terus dihampiri Iz yang mengendong Shah. Anaknya diambil semula. Mendengar tangisan dari dalam rumah, dia sudah mengagak apa yang terjadi.

Shah dan Nik terkedu. Berhenti tangisan mereka melihat sepasang wajah yang seiras daddy dan Papa mereka.

"Ya Allah, empat tahun tak jumpa kau. Sampai aku sendiri pun dah silap anak." Ujar Izlan lalu tergelak besar. Apalagi, satu ruang tamu kembali bising dan tertawa dengan keadaan tersebut.

"Shah okey? Sorry daddy kat luarlah tadi." Ujar Azlan meniup luka yang tergores di kaki Shah. Mujur luka tak dalam.

"Patutlah dia marah aku sebab bising." Datang Izlan bawak Nik dalam gendongannya. Nik terlihat polos memegang belon kuning. Melihat Shah yang turut melihatnya.

"Nik ada dua!" Jeritanya sambil tunding Shah. Shah mendengar jeritan Nik tersentak takut, terus dipeluk daddynya. Melihat ke belakang. Takut.

"Dia ni pemalu dan pendiam Iz. Beza dengan Nik yang lincah dan aktif.." Datang Lina merangkul tangan suaminya. Mujurlah dia dah pakai baju warna sedondon dengan Azlan.

"Lah, ambik perangai Azlanlah tu." Perli Izlan lalu tertawa lagi.

"Tadikan kita dah tukar baju dia bang, tak ingatlah tu." Datang pula Luna mencubit pipi Nik geram.

Nik yang tak tahu apa-apa, menggosok-gosok pipinya.

"Dia terus lari keluar nak ambik belon, tak sempat nak kejar." Sambung Luna buat Nik tersengih bila mamanya jeling dia.

"Aku tak expert wo dia Shah. Bukan main dia tolak aku tadi." Jelas Izlan sambil curi pandang Shah yang ketakutan.

"Mungkin sebab dia perasan perwatakan kau, dia tahu aku tak gelak macam orang gila." Sindir Azlan pula.

"Hahaha, wah. Shah, ni pakcik." Izlan cuba panggil lembut. Shah kembali pandang depan perlahan-lahan.

"Mummy, daddy ada dua." Shah berkata perlahan, sambil jarinya comel buat dua.

"Nik pun ada dua." Nik pula balas.

"Caye Shah." Shah tunjuk diri sendiri. Sape Nik?

"Nik, Nik!" Jerit Nik tak setuju sambil tunding Shah. Kiranya dia ingat boleh control orang? Nak sama nama jugak? Mentang-mentang muka sama.

"Shah!"

"Nik!"

"Shah!"

"Niklah!"

"Shah!"

"Nik!"

"Ah sudah.." Serentak mereka berkata, buatkan mereka akhirnya tertawa. Perjumpaan semula keluarga kembar itu buatkan suasana menjadi meriah dengan kedua anak yang seiras itu, tapi bukan kembar.








Okey, pause-pause. Ada sesiapa yang dah bosan? Awalnye, baru prolog kot. Hehehe. Tak tahu nak cakap u rugi ke tak, Sebab aku buat base on imagination. My brain my delulu~

Okey, back to story. Well, banyak-banyak cerita aku rasanya buku ni baru ada prolog. Masuk kes hantu? Okey, next chapter baru Ada. Cuma nak kenalkan dua ketul anak kucing aku yang comel ni dulu.

Shah: Kucing? Huh? 😒
Nik: Haha, author samakan kita dengan kucing.. 😂
Author: ✌🏻 I need a ✨

Jangan lupa support.

Seperti biasa, saya ni baru lagi berjinak dalam bidang horror. Kalau silap salah tolong tegur jangan sampai buat author sensitif huhuhu. Nanti, susah kita nak jumpa kat padang Mahsyar untuk saling memaafkan. Hehehe gurau.

Well, my imagination my delulu~ Lepas baca kena vote tau ye reader kesayanganku semua... Nanti tak nak update next chapter..muehehe.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro