Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9 Kes [3.1]

Shah dan Nik menarik nafas. Melihat penunggu yang mula terlihat tidak tentu arah. Mata merah garang itu merenung mereka dengan marah.

"Keluar dari tempatku!"

Nik dan Shah berpandangan. Tak faham. Nak guna Google translate tak?

"Hantu arab weh." Nik terpanar.

"Mesti warga asing ni." Shah geleng kepala.

Danial dari jauh tepuk dahi. Sempat lagi buat lawak.

"Korang berdua dah siap ke?" Danial menarik perhatian mereka.

"Saya dah bersedia untuk dirasuk." Nik tersengih. Orang biasa takut dirasuk tapi dia teruja pula. Dia berdiri di tengah ruangan. Danial ambik tempat di pintu masuk. Risau setan tu buat magik lontar angin kan? Selalu macam tu. Mujur dia bekalkan batu berzikirnya buat pagar kedua.

"Dah siap." Shah betulkan nafas. Dia buka kekuda silat.

Nik tarus gigit jarinya, darah keluar batalkan wuduk. Darah dijentik pada penunggu tersebut. Apalagi menggila la setan tersebut. Siapa tak nak darah free?

"Sekarang!" Shah jerit.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Rantai terus dicabut, dilempar pada Danial.

Memandangkan Nik mempunyai tenaga rohani yang lemah, terus dirinya dirasuk. Bagai disedut memasuki tubuhnya.

Tubuh Nik terus jatuh ke lantai. Menggigil keras dan tergeliang-geliut bagai cacing kepanasan.

Shah terus berlari menuju ke arah Nik. Baru sahaja hendak mengunci tubuh tersebut, Shah terlempar deras ke dinding.

"Shah!" Danial menjerit risau. Tapi dia tak boleh masuk pagar mereka!

Nik terapung di udara. Kepalanya terteleng ke arah Shah bersama senyuman ngeri. Wajah pucat kebiruan dan pastinya hodoh.

Dah bukan Nik dah.

"Seriesla Nik? Kau baling aku?" Shah tercengang sambil tahan dadanya dek senak kena lempar tadi. 

Kene balas dendam ni!

Nik jatuh, kali ini wajahnya betul-betul ngeri. Tersenyum menatap Nik.

"Kenapa kau berpihak pada manusia? Bukankah kita sama?" Ucapnya dalam bahasa arab. Suara dan nadanya jelas nyata seperti perempuan. Merangkak perlahan-lahan ke arah Shah. Ia iblis, bukan mahluk penunggu tersebut.

"Hah? Aku tak faham kau cakap apa iblis.." Shah tersenyum sinis. Terus dia menyerang Nik.

Pergelutan antara mereka berdua sangat sengit, mata Shah menghitam keseluruhan. Beradu kedua-duanya di tengah ruangan yang tadinya tenang bagai dilanda angin kuat entah datang dari mana. Habis barangan berterbangan. Bagai dilanda garuda.

"Nasib buat pagar kedua." Danial menghela nafas lega. Bacaannya diteruskan. Dia memejam matanya membantu Nik di bawah sedar.

"Kau memang mencari mati." Shah tersenyum lebar, pencak silat dibuka layak pesilat handal. Jelas seperti orang lain. Bahkan juga membalas dalam bahasa arab. Segala serangan ditangkis dan dikawal. Kadang mengunci Nik yang dirasuk.

"Allahuakbar!" Shah terus memukul dada Nik, buatkan dia termuntah darah.

Bacaan surah pelindung, surah seribu dinar digunakan. Apalagi, meraung makhluk tersebut.

"ARGHHHHHH!"

Nik terus berlari hendak keluar, sayangnya pagar dicipta tebal dua kali ganda buatkan dia terpelanting kembali jatuh di hadapan Shah.

"ARGHHHHHH, panas! Tak guna kau manusia!" Nik menyerang Shah, berniat untuk mencekik, tapi Shah elak dan tendang pinggang Nik.

Nik yang dirasuk berusaha bangun, merangkak serupa cicak akhirnya melekat di siling. Dalam keadaan terbalik.

"Kau seharusnya bersatu dengan kami! Bukan bersama manusia!" Marahnya. Sudah tentu tiada sesiapa memahami percakapan kedua-dua mereka.

"Aku Islam. Apa kau buta?" Shah menyeringai. Sudah jelas itu bukan dia tapi dalam dirinya masih sadar.

"Ti-tidak mugkin, siapa engkau!?" Nik merangkak menjauh. Jika ia Islam? Bermaksud ia lagi kuat!?

Shah menyeringai lebar dengan sinisnya. Dia membuka tangannya seumpama memperkenalkan dirinya.

"Rahsia.." Satu matanya normal, satu lagi matanya hitam menyeluruh. Tampaknya, manusia itu, tahu dalam dirinya ada sesuatu. Dan mereka bekerjasama.

.
.
.
.
.
.

Nik menghela nafas geram.

Kabus bayang sekeliling buatkan dia sukar mencari penunggu tersebut dalam bawah sedarnya. Entah kenapa kali ini dia merasa iblis yang menghuni di tubuh si hantu penunggu agak sukar di tanggani.

Dia tak nak buang masa mencari, lebih baik melawan dengan cara tersendiri.

Nik duduk di lantai.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Matanya dikatup.

Surah kursi menjadi pilihan. Tiga Qul dibaca sekilas. Setelah membuka matanya, kini dia berada di lobi. Suasana lobi suram dan sunyi. Tiada sesiapa disana, ada kabus entah datang dari mana menambahkan lagi sekitar menjadi ngeri dan terasa berbahaya.

Nik tahu, jika guna lif. Dia akan tersesat. Jika guna tangga, dia lagilah tersesat.

"Aku tahu engkau makhluk syaitan sering menganggu manusia." Senyuman sinis melebar. Jika manusia biasa, pasti gelisah dan ketakutan. Tapi tidak Nik, dia suka berada di alam itu kerana, ia tempat yang sunyi dan suram. Membuatkan dia lebih fokus dan mudah bertarung.

"Engkau, menganggu tempatku." Mata merah muncul di kegelapan. Pasti Nik sudah melakukan sesuatu sehingga mahkluk itu terpaksa menonjolkan dirinya.

'Lah, boleh pulak dia cakap melayu. Tadi kemain advance ayat dia. Mengada.'

"Tapi kami tidak mengancam engkau." Nik berpeluk tubuh.

"Keluar dari tempatku!"

"Why? Apa yang kau risaukan hah? Kitorang stay dua malam je. Bagilah can."

Nak tercengang setan tu. Boleh pulak Nik ajak berdebat dengannya.

"Ku tidak peduli!"

Amboi kau, drama!

"Ahh, aku lagilah tak kisah, kalau kau melawan memang takde pilihan lain aku kena bakar kau." Nik mengugut. 

"Hahaha, aku tidak takut! Kau bakar aku sekalipun, aku tidak akan mati! Akulah yang terkuat! Hahaha." Ucapnya berlagak sambil mengelilingi Nik.

Nik mengangguk faham. Kalau diperkirakan umur dan usia syaitan tersebut, mungkin sudah beratus tahun. Jadi, yang berbahasa Arab sebelumnya adalah iblis. Dan dihadapannya ini syaitan, anak buahnya?

Jadi, pangkatnya juga berubah jika menerima iblis sebagai jenderalnya. Al hasilnya, jika dibakar, pasti tidak mati.  Kecuali..

Nik tersengih.

"Ye ke, kalau macam tu. Aku tinggal sembelih engkau jela." Nik tiup kuku, siap kerling sambil senyum mengejek. Apalagi, iblis itu menggeletar seluruh badan. Itu kelemahannya! Bagaimana manusia itu boleh jumpa!?

Dia berundur menjauh saat Nik mendekat. Hendak lari, entah kenapa terasa ada benteng sekelilingnya meski ia alamnya. Hamba Allah ini, bukan mahluk biasa!

"Siapa engkau!?"

Nik menyeringai lebar.

"Siapa aku? Aku pemburu agama."

Di sebalik kegelapan lainnya, terlihat Danial tersenyum pendek.

'Nampaknya dia boleh mengurusnya.'

.

.

.

.

.

Shah gesit menangkap mahluk tersebut, seperti lipas berterbangan melompat kesana sini. Dia menyedari iblis penunggu itu mulai diam. Pasti Nik melakukan sesuatu di dalam sana.

"Shah! Ini masanya, sembelih dia sekarang!" Arah Danial dari jauh. Sudah mengetahui kelemahan mahkluk tersebut.

Shah menatap dingin. Nik berjaya dapatkan kelemahannya.

"Rupanya pangkat kau agak tinggi, patutlah surahku tidak lut." Gumam Shah.

Sebaik Shah berjaya menangkap kaki iblis tersebut, ianya  meronta-ronta untuk dilepaskan dan akhirnya merayu dan melutut.

"Lepaskan aku, aku tidak akan menganggu kalian." Ucapnya dalam bahasa arab. 

"Hah? Ada aku kisah?" Balas Shah yang bermata hitam. Sudah tentu membalasnya dalam bahasa arab juga.

"A-Aku janji tidak akan menganggu manusia, biarkan aku hidup di dunia ini." Rayunya lagi, kali ini berlinangan air mata darah. Drama ni, drama.

"Engkau makhluk penuh tipu daya, Nabi Adam saja terpancing dengan engkau. Apakan kami manusia biasa." Shah menyindir.

Makhluk iblis itu menggigil ketakutan. Hendak lari, dia masih dalam pagar. Dia tidak dapat melepaskan diri dari dua manusia itu!

"Arghhhh! Mati kau!"

Belum sempat Shah menahan serangan tiba-tiba itu, Nik akhirnya jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Sunyi seketika. Mata Shah kembali normal seperti biasa.

"Ergh.." Nik terbatuk, membuka matanya. Dia berjaya keluar. Dia kemudiannya menatap Shah lama.

"Lambatlah gila." Ayat pertama dari Shah. Dahla dengan muka seposennya! Tak risau lansung!

"Ha? Engkau tak reti mintak maaf ke hah? Badan aku sakit gila!" Marah Nik, dah genggam penumbuk dah tu. Tinggal nak hayun je ni!

"Siapa suruh lambat. Sibuk travel alam lain lagi." Ucap Shah buat gaya whatever nya.

"Aku rasa nak rebus je kau ni."Nik tersengih geram membayangkan Shah dijadikan lauknya.

"Masak gulai daging manusia tiga rasa sedap ni." Nik menyisingkan lengan baju. Bangkit hendak menangkap Shah yang berura-ura ke abang Danial mereka.

"MARI SINI KAU! MUAHAHAH!"

"Nik kanibal, nik kanibal. Nik kanibal. Nik kanibal." Shah lari sambil seluk dua-dua poket dan berpusing mengelilingi Danial. Nik kejar dari belakang macam orang kelaparan. Danial hanya mampu menggeleng, pening dengan telatah mereka.

"Diorang ni tak penat ke, ape bendalah diorang makan sampai masih boleh bergaduh lagi ni." Danial bercekak pinggang. Membiarkan Nik dan Shah jadi bebudak riang bermain disekelilingnya.

Pintu bilik terbuka. Dean dan yang lain keluar dari sana. Terjengul wajah terkedu dan tergamam masing-masing. Danial tersenyum manis.

Panik gak! Panik gak! Paniklah!

"Seperti dalam kontrak kita, video yang korang rakam akan menjadi milik kami. Dilarang untuk mempublikasikannya. Jika melanggarnya juga, kami akan menyaman kesemua orang yang terlibat. Jika tidak mahu sebarang masalah timbul kehadapan nanti, tolong rahsiakannya. Kerana, bukan agensi kami sahaja yang melarangnya, bahkan ada agensi lain juga akan memburu kamu semua kerana menjaja kekuatan kami. Kehidupan biasa kamu semua, bagai neraka selepas itu."

Jelas dan padat buatkan ahli kumpulan itu saling berpandangan dan mengangguk setuju. Mereka tidak mahu mencari masalah. 

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro