Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 [ Nik ]

Hasil buruan Shah menjadi pesta makan yang besar-besaran, penuh dengan keceriaan dan keriangan. Daging rusa yang segar dipanggang dengan bumbu khas, aroma wangi yang menyebar memenuhi udara, mengundang penduduk kampung berkumpul untuk merayakan kejayaan yang tidak dijangka.

Tok Janggut dan Tok Deruma berdiri di depan, wajah mereka berseri-seri, menunjukkan rasa bangga terhadap pencapaian Shah. "Engkau memang hebat, Shah! Tidak sangka dalam masa yang singkat, engkau dapat membuktikan kebolehan engkau," ucap Tok Janggut sambil menepuk bahu Shah dengan penuh rasa hormat.

Penduduk kampung, yang sebelum ini meragui kemampuan Shah, kini melihatnya dengan pandangan baru.

Mereka berkumpul di sekitar api unggun, sambil menikmati hidangan yang lazat dan berborak mesra, suasana menjadi semakin meriah.

"Saya hanya melakukan apa yang saya mampu," jawabnya merendah diri, tetapi dalam hati, dia merasakan kebanggaan dan kepuasan yang mendalam. Dia tidak hanya memburu haiwan, tetapi juga mendapatkan tempat dalam hati penduduk kampung.

Sementara itu, Melur memandang Shah dari jauh, senyuman manis terukir di wajahnya. Dia dapat melihat betapa Shah menjadi tumpuan, bukan hanya kerana hasil buruannya, tetapi juga kerana keberaniannya yang luar biasa. Hatinya bergetar dengan perasaan yang sukar dijelaskan.

Ketika malam semakin gelap, nyala api unggun mencipta bayang-bayang menari di sekeliling mereka. Tok Deruma, yang kini mengambil alih majlis, mengangkat gelas sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Shah. "Mari kita raikan keberanian dan kemanpuan Shah! Semoga ini menjadi permulaan kepada anak muda yang lain untuk bersaing di masa hadapan!"

Sorakan dan tepukan tangan memenuhi ruang malam.

Ketika dia melangkah ke depan, mengangkat gelasnya, perasaannya berdebar akan perkara yang terjadi ke atasnya sekarang. Dia, tidak suka akan keramaian begini!

Untuk pertama kalinya, dia takut. Wajah Nik di cari namun, dia hanya menangkap belakang Nik yang pergi meninggalkan keramaian itu.
.
.
.

Di sudut lain, Nik duduk bersendirian, melihat Shah dikelilingi oleh penduduk kampung yang bersorak-sorai, memuji kejayaannya. Rasa cemburu membara dalam hatinya, semakin menyesakkan.

Dia merasakan seolah-olah semua perhatian kini tertumpu kepada Shah, sedangkan dia sendiri terasa terpinggir. Sedangkan dialah yang mencadangkan idea berburu itu.

“Aku pun boleh buat macam tu,” bisiknya perlahan, tetapi hanya untuk dirinya sendiri. Kejayaan Shah semakin menambahkan rasa tidak puas hatinya. Ketika Tok Deruma dan Tok Janggut mengangkat gelas untuk meraikan keberanian Shah, Nik hanya mampu memandang dengan penuh rasa kecewa.

Rasa marah dan kesedihan bercampur aduk dalam diri Nik. Dia bangun dari tempat duduknya, tidak mahu lagi berada di situ. “Apa gunanya semua ini?” katanya dalam hati, sambil berpaling pergi dari majlis yang sedang meriah itu. Langkahnya cepat, meninggalkan kebisingan dan tawa di belakang.

Tanpa menoleh lagi, Nik berjalan menuju ke rumah, memikirkan betapa tidak adilnya situasi itu. Dia tahu Shah bukanlah bersalah, tetapi perasaan cemburu itu menguasainya.

"Kenapa dengan aku ni?" soalnya pada diri sendiri, sambil menghayun langkah.

Setibanya di rumah, Nik melabuhkan dirinya di atas tempat pembaringan, merenung siling. Dia merasa seolah-olah hilang arah, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam hatinya, ada rasa marah bukan sahaja terhadap Shah, tetapi juga terhadap dirinya sendiri kerana tidak mampu mengatasi perasaannya.

“Pelik, patutnya aku rasa bangga, bukan jealous,” bisiknya, tetapi suaranya tidak mampu menenangkan hatinya yang bergejolak. Kecewa menekan jiwa, dan dia hanya dapat terbaring, terperangkap dalam kesedihan yang menyelubungi dirinya.

Nik menutup mata, berusaha untuk mengabaikan semua perasaannya itu.

“Nik,” panggil Shah dengan lembut, memecah keheningan yang menenangkan. Nik membuka mata, melihat Shah duduk di sebelahnya, wajahnya sedikit cemas.

Namun Nik lantas baring membelakanginya.

“Kau dah makan?” tanya Shah sambil mencuri pandang ke muka pintu. Risau Melur datang mencuri dengar.

Nik membelakangi Shah, seolah-olah enggan menunjukkan wajahnya. “Dah,” jawabnya dengan nada datar, menahan perasaan yang berkecamuk di dalam hati.

Shah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan nada suara Nik, dengan sikapnya yang tampak dingin. “Nik, aku dah tahu kenapa Tok Janggut tak benarkan kita pergi sebelum bulan purnama merah,” ucap Shah, memecah kesunyian yang tegang itu.

“.......” Nik terdiam, tidak memberi respon.

“Nik, aku cakap dengan kau ni,” Shah menegaskan, ingin menarik perhatian sepupunya itu.

“Apa dia?” Nada suara Nik kedengaran kasar, menunjukkan bahawa dia tidak bersedia untuk berkomunikasi.

Shah menarik nafas dalam-dalam, merasakan ketegangan di antara mereka. “Kau kenapa gila?” tanya Shah dengan nada yang bingung.

“Kau yang gila!” balas Nik dengan keras lalu berpaling menghadap Shah, dia menunding jarinya tepat ke arah dahi Shah, seolah-olah ingin menegaskan betapa marahnya dia.

Shah terdiam, tidak tahu apa lagi yang perlu diucapkan.

“Kau terlalu terbuka, Shah. Kau tak patutnya tarik semua perhatian satu kampung. Kita ke sini nak cari cara balik!” Marah Nik, namun nadanya masih dikawal.

Shah terdiam, merasakan kepedihan dari kata-kata Nik. “At least, aku tak cakap kita ada mata ketiga dan kita tahu seni bela. Aku dah sorok sebaik mungkin. Aku tak tahu Tok Janggut buat party besar-besaran macam ni.” Shah membela dirinya dengan muka sedih.

Melihat Shah pertama kali menarik muncung, Nik merasa terganggu. Nik menarik nafas panjang, kelihatan lebih tenang. Dia mengangkat tangan, meminta maaf dengan ikhlas. “Okey, aku mintak maaf sebab tengking kau. Tapi, satu je aku nak pesan, kau jangan take action dalam beberapa hari ni. Kau sekali keluar terus jadi artis.” gerutu Nik sambil melemparkan mimik menyampah.

Shah tertawa mendengar gurauan itu. “Eh kejap, sejak bila kau gelak ni? Nampak buruk sia,” Kutuk Nik.

Mati gelak Shah. Terus dia pamer muka benci dia. Nik melihat Shah seperti itu terasa tenang.

"Inilah my brotha!" Nik peluk Shah gembira.

Shah menolak geli.

“Kau nak aku jadi apa gila?” soal Shah dengan nada bingung.

Nik tersengih, merasakan bahawa ini adalah moment yang tidak biasa bagi mereka berdua. “Duduk rumah je dulu,” katanya, merancang untuk mereka berdua.

Shah mengangguk akur, dia memutuskan untuk mengikuti rancangan Nik, rancangan memburu itu pun rancangan Nik. Patutnya dia berterima kasih dengan benar.

"Pasal bulan purnama merah." Shah tiba-tiba bersuara buat Nik terus mendekat.

"Kau dapat maklumat?"

Shah mengangguk.

If kita try pergi sebelum waktu dia, kita tak akan selamat.”

“Tak selamat?” Nik terkebil-kebil.

Shah mengangguk perlahan. “Kita akan hilang di antara dua dunia. Tak de jalan pulang, dan tak de tempat untuk kita kat sini lagi. So kena kekal kat sini sampai bulan purnama merah tiba. Diorang akan memastikan kita selamat.”

Nik mengangguk faham akhirnya.
"Tak apalah, nak buat macam mana. Kita kena tunggu."

"Tapi aku rasa, macam tak kena weh Nik."

"Ha?"

"Macam Tok Janggut tipu aku."

Nik terdiam. Shah ni, sejak stay situ, terlalu berterus terang dan jujur.

"Kita tengok dululah macam mana."

Shah mengangguk. Mengiakan kata-kata Nik.

“Nik, kita terlepas pandang satu lagi,” Shah tiba-tiba bersuara lagi, kali ini cemas dan gelisah, membuatkan Nik berkerut.

“Apa dia?” tanya Nik, merasa curiga.

“Sejak kita masuk kampung ni, kita tak nampak makhluk halus,” jawab Shah, matanya melirik ke arah pintu seolah-olah mengharapkan sesuatu akan muncul.

Mereka berdua bertatapan, saling memandang dengan risau, keliru dan bingung. Pertanyaan itu mengisi ruang antara mereka, mencipta ketegangan yang tidak tertanggung.

Ketenangan kampung yang awalnya menyenangkan kini terasa berat, dan mereka berdua tahu bahawa ada sesuatu yang lebih dalam yang perlu mereka hadapi bersama.

"Nik, normal ke masuk alam bunian tak ada hantu?"

"Kali ni aku tak tahu Shah, apa yang pasti kita beli je la garam." Nik tersengih.

Shah garu belakang leher. Sedang memikirkan sesuatu.
"Aku risau kampung ni pakai garam kasar."

Meledak tawa Nik akhirnya.










Sambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro