Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 Kes [3.0]

Bunyi unggas dan cengkerik saling bersatu hati menjadikan suasana yang kelam dan gelap itu menyeramkan.

Satu lembaga berbaju putih dan berambut panjang setia berdiri di sebelah dinding. Memerhati sekumpulan individu yang sedang bergelak tawa menceroboh tempat orang.

Lembaga itu bersama mata merah, wajahnya buruk menyeringai marah. Perlahan dia mendekati sekumpulan itu. Jelas-jelas mereka tidak nampak kewujudannya di antara mereka.

Bunyi pijakan lantai buatkan mereka mula bersiaga dengan kamera terarah disekeliling mereka.

"Joe, kau dengar tak apa yang aku dengar?" Ujar individu yang melihat sekelilingnya.

"Ya, dia dah muncul Dean." Ucap Joe mula memasang kamera ditangan.

Mereka yang seramai lima orang itu melihat sekeliling.

"Keluar kau! Tunjukkan keberadaan kau!" Ujar salah seorang mereka dengan berani.

Sunyi. Hanya terdengar derap tapak kasut mereka. Keadaan mereka yang tadinya genting kembali mereda.

"Eleh, main sorok-sorok pulak hantu ni, kenapa tak main cak cak je dengan aku? Hmph." Gurau Joe tak lapik. Dia membetulkan kameranya.

Sebaik dia toleh belakang, kesemua pandang dia tak berkelip.

"Korang dah kenapa?" Hairan Joe sambil tersengih.

Mereka tak balas, sebaliknya menunjukkan satu arah.

"Belakang kau Joe, jangan gerak. Aku nak rakam." Dean terus buat kerja. Peluang emas dapat melihat jelas lembaga hitam yang berdiri tegak di belakang Joe.

Joe telan air liur. Tak pasal-pasal dia jadi umpan. Kamera ditangan disediakan. Padah mulut badan binasa, padah kata tiada makna. Patutnya dia tak perlu gurau lebih-lebih.

Lembaga itu, jelas menyerupai manusia. Berambut panjang mencecah pinggang. Seketika, ia hilang tiba-tiba.

"Dah hilang ke?" Tanya Joe perasan riaksi kecewa mereka.

"Yela kot." Dean betulkan kameranya. Kejap ada lampu kejap tak. Nak kena beli baru ni.

Dean menoleh kebelakang. Waktu itulah lembaga itu menampakkan dirinya.

"Allah!"

Dek jeritannya, semua orang terus menoleh sama. Masing-masing bersedia dengan kamera.

"Duh, kamera aku!" Ucap yang lain.

Kamera mereka gelap gelita. Rosak dek hantu. Dean pandang Joe setelah melihat lembaga tadi hilang.

Joe?

Mereka semua turut pandang Joe. Ada yang tak kena.

Kamera kembali berfungsi. Mereka rakam Joe.

"Dean, dia kena rasuk." Bisik ahli lain. Dean mengangguk, dia bersiap sedia membaca surah, namun belum sempat dia mendekati Joe.

Joe lantas merangkak, serupa beruk. Lidahnya terjelir menatap kumpulan itu.

"Allah Joe, jangan macam ni." Dean tak kuat. Joe yang sepatutnya bertugas merukyah mereka, alih-alih Joe yang kena rasuk.

"KAU GANGGU TEMPAT AKU!" Jelas-jelas suara wanita disebalik tubuh lelaki itu. Joe melarikan diri.

"Cepat kejar dia!"

Mereka berempat terus mengejar, masing-masing tak mengalah merakam situasi yang dihadapi mereka.

Dean menyuluh kawasan bangunan gelap terbiar. Mereka kini berada di tingkat satu. Entah mana hantu tu bawa Joe.

"Joe!"

"Joe mana kau!"

Berharap pemilik badan akan menjawab meski mereka tahu Joe kena rasuk.

"Dean, kita berpecah nak?"

"Kau gila Mat, nanti diorang pulak yang kena rasuk. Sape nak urus?" Geram Dean.

"Kami masih boleh jaga diri. Betul kata Mat, kalau kita tak berpecah kita takkan jumpa Joe." Ujar Lan pula.

Dean ketap bibir. Diam sejenak.

"Yelah, Mat dengan aku. Kau dengan Ben. Call aku kalau jumpa dia." Ben sedari tadi berdiam mengangguk mengerti.

Mereka berempat berpecah mencari Joe di tingkat satu bangunan itu.

Bangunan itu, flat lama yang tidak digunakan. Apa yang mereka tahu, bangunan tersebut ada penunggu. Kerna itulah mereka ingin melihat mata kepala sendiri.

Bunyi jeritan jauh dari mereka kedengaran. Dean dan Mat berpandangan sekilas lalu mereka berlari ke arah tersebut.

Setelah tiba, hanya tersisa kamera dan torchlight. Milik Ben dan Lan.

"Tengok, aku dah cakap dah. Lagi bagus kita melekat weh. Ni mana pergi diorang kalau bukan kena kacau." Bengang Dean. Rambut dikusut kasar.

Mat melihat jam.

"Takpe, dekat subuh dah ni. Kita boleh jumpa." Yakin Mat sambil menyuluh sana sini. Kamera masih setia ditangan.

Waktu itulah, mereka terlihat Joe. Ya Joe.

"Joe? Kau ke tu?" Tanya Dean cuba mendekati.

"Dean, jangan dekat sangat." Mat risau.

"Baca kursi Mat." Arah Dean. Mat akur dan lantas membaca surah Kursi.

"ARGHHHHHH!" Joe menjerit. Meramas rambutnya kasar.

"Keluar kau dari tubuh dia!" Dean terus meluru ke arah Joe.

Bergelut mereka disitu.

Joe yang dirasuk berusaha cekik Dean. Biji lada di dalam poket terus dikeluarkan lalu ditekan pada dahi Joe.

Surah kursi dibaca.

"Allahuakbar!" Jerit Dean nyaring dan akhirnya Joe jatuh pengsan tidak sedarkan diri selepas itu.

Mereka berdua lantas memapah Joe ke tingkat bawah. Lagi selamat duduk dalam kereta.

"A-Apa terjadi? Aku dekat mana ni?" Joe akhirnya sedar. Terpinga-pinga.

"Kau kena rasuk Joe, ni Ben dengan Lan hilang." Adu Dean.

"Sebelum tu kau minum air ni dulu, nak ikut tak?" Tanya Mat sambil keluarkan air mineral yang sudah dibaca. Nak kuatkan balik tenaga dalaman Joe.

Joe minum air yang diberikan.

"Kita jangan berpecah."

.
.
.
Pencarian diteruskan ke tingkat atas. Berbagai bunyi mereka dengar saat bersama.

Ada yang berlari.

Barang jatuh.

Bunyi mendengus.

Ada juga seperti bayang manusia.

Entah mereka selalu bersangka itu Ben atau Lan. Setelah diperiksa tiada pula.

"Nak masuk waktu subuh weh." Ujar Mat sambil melihat jamnya.

"Kita terpaksa do, takde pilihan lain." Dean menggeleng kepala.

Selepas beberapa minit berkumandangnya azan di telefon Joe. Sudah masuknya waktu subuh. Saat mereka hendak kembali mencari di tingkat atas, rupanya Ben dan Lan ada di tingkat bawah. Tak naik-naik pun. Dua-dua tidur bawah tangga.

"Kena sental diorang ni." Joe menggeleng kepala.

.
.
.
.

Shah menutup fail yang diberikan abang Danial.

"Sekarang kumpulan ni dah besar, dah ramai orang join sejak mereka berjaya tangkap gambar beberapa ekor hantu." Cerita Danial.

"Kenapa diorang kena cari hantu bang Danial?" Nik menyoal bersama mimik tak suka.

"Hmmm, untuk fun?" Danial angkat bahu sambil tersenyum.

"Diorang datang tempat setan, lepastu buat benda bodoh seru-seru setan. Mencari masalah betullah." Shah mengomel geram. Kasar.

"Diorang mencari, bukan menyeru. Benda tu datang atau tak, itu dia punya hal." Sangkal Danial backup kumpulan tersebut.

"Bukan sama je ke? Based in video abang bagi tadi macam seru je." Nik bingung.

"Kalau seru, diorang guna barang pelik-pelik dan melakukan perkara yang berisiko. Diorang tak nak tanggung risiko jadi tak nak guna cara tu." Jelas Danial.

Shah dan Nik mengangguk.

Maksudnya guna asap kemenyan atau menjampi ala-ala menyeru sambil buat persembahan. Ade faham?

"Tapi bang Danial, suka ke dengan aktiviti paranormal ni semua? Kitorang tak suka." Jelas Shah mendapat anggukan Nik.

"Hmm, kalau takde mereka. Ramai manusia masih tak percaya yang kita ni duduk satu alam dengan makhluk halus. Sekarang zaman moden, anak-anak muda dah tak percaya benda semua tu wujud. Sebab tu kumpulan paranormal ni membuktikan perkara ni ada. Abang tak menyebelahi diorang, abang cuma cakap benda betul je." Jelas Danial tersenyum manis. Alahai bang, baik betul dia ni.

Shah dan Nik sekali lagi terangguk-angguk.

Ye lah, kalau diorang cerita kat member sekolah. Sah-sah kena gelak. Faham-faham.

"Jadi, bila kitorang boleh start misi ni?" Tanya Shah hendak tahu.

"Hmm, malam ni. Diorang dah jumpa tempat untuk aktiviti diorang. Korang kena bermalam. Nanti abang bagitau yang korang stay dengan abang." Jelas Danial.

"Eh, jadi abang ikut jugak ke?" Nik teruja.

"Ya, ini misi tahap menengah. Sedikit bahaya sebab melibatkan banyak orang yang takde kelebihan macam kita. Jadi, abang ada untuk langkah berjaga-jaga."

Shah dan Nik tidak sabar.

.
.
.
.

Malamnya.

"Serieslah pusat perubatan Islam ni hantar budak-budak?" Mat menyuluh muka Shah dan Nik buatkan mereka terasa silau.

"Kami akan bertanggungjawab." Danial menghadang cahaya lampu suluh yang mengenai Nik dan Shah. Kesian, awal-awal dah kena judge.

"Korang baliklah, kami tak jamin weh bawak budak-budak ni." Joe melarang keras. Belakangnya ada beberapa orang turut membawa beg masing-masing. Dalam 10 orang mungkin tidak termasuk mereka bertiga.

"Saya akan menjaga mereka." Danial tunduk kepalanya, dah gaya orang jepun mintak maaf. Shah dan Nik berpandangan.

"Korang semua berlagak betullah, bukan korang nampak pun setan tu." Ujar Shah berani. Tak suka dia tengok abang Danial mereka berkeras backup mereka berdua.

"Padahal ade yang mengikut korang. Takkan tak perasan?" Nik perasan ada yang menyamar jadi manusia disana. Tapi dia tak boleh lihat jelas kerana keramaian tersebut. Dia yakin, makhluk itu menyamar.

Joe dan ahli kumpulannya berpandangan. Betul ke? Nak percaya, diorang tak berani menyangkal.

"Biar budak-budak ni ikut Joe, tapi kalau diorang kena rasuk, kau uruskan." Dean muncul sambil tunding jari pada Danial.

Danial mengangguk sambil tersenyum.

"Hmm, ikutlah. Pandai-pandai jaga diri sendiri." Joe mengalah. Mat menggeleng, sempat dia jeling budak-budak tu.

Shah dan Nik puas hati.

Jam dilihat. Aktiviti paranormal akan dilakukan tengah malam nanti. Jadi mereka disuruh buat apa-apa aktiviti yang tak memenatkan. Kumpul tenaga untuk malam nanti.

.
.
.
.

Bunyi ketukan menganggu lena Joe.

"Masuklah, pintu tak kunci." Joe bercakap mamai. Kembali menyambung tidurnya.

Tak lama lepas tu, bunyi ketukan makin kuat. Agak kasar dan bingit.

"Hoi!" Joe bengang, dengan rambut kusut masainya dia bangun dari baring meluru terus ke pintu.

Sebaik pintu terkuak, terlihatlah kawan-kawannya di ruang tamu.

Ada yang tidur kat sofa, ada yang tengah melantak, ada juga yang bersiap-siap pack kamera.

"Siapa main ketuk pintu si*l!? Aku nak tidur bodoh!" Pekat Joe maki sampai satu ruang tamu kehairanan.

"Siapa ketuk pintu kau Joe? Kitorang buat kerja masing-masing." Balas Dean kepelikan.

"Weh jangan nak backup lah! Aku penat drive korang buat aku macam ni. Jangan sampai aku tak join." Ugut Joe sambil menunding kesemua manusia dalam ruangan itu.

"Ya Allah Joe, gila kitorang nak kenakan kau. Macam tak biasa kau memang tido sebelum kita start. Takkan kami ni tak de otak." Mat bangkit, geram betul dengan Joe yang menuduh bukan-bukan.

Orang lain tidak berani menyampuk. Biarlah ahli lama selesaikan masalah mereka.

"Apa yang terjadi ni?" Pintu utama terbuka. Muncul tiga susuk tetamu. Sudah tentu Danial, Nik dan Shah.

Kesemua ruangan itu terdiam. Takkan nak dicerita masalah kecik dekat orang luar?

"Bang, nak tanya. Kita ada perempuan ke dalam team abang?" Dah lama Nik nak pendam, akhirnya terluah jugak kecurigaannya.

"Aku tak masukkan perempuan. Kos biaya bilik naik." Dean bercakap sambil buat kerjanya kembali. Masing-masing kembali buat kerja mereka, membiarkan Joe yang masih membatu di pintu.

"Kalau bukan korang ketuk, siapa ketuk?" Joe, semestinya mencari siapa yang perdajalkan dia. Tak puas hati lagi.

"Kau series ke pintu bilik kau kena ketuk?" Tanya Ben sedari diam.

Ucapannya buat semua orang terdiam. Bukan tak biasa mereka kena ganggu, tapi..

"Baru pukul 10 malam, awal lagi." Gumam Dean.

Masing-masing terdiam. Akhirnya sudah dimulai ya?

"Homestay ni ada penunggu." Danial tiba-tiba bersuara. Buatkan semua pandang dia yang tersenyum manis. Boleh pulak senyum masa tengah keadaan macam tu. Sape tak seriau woi!

"Hmm, makan masa ni nak pagar bilik." Joe garu kepala. Tak nak pandang Danial.

"Hmm, sempat lagi ni." Dean bersiap-siap tolong Joe.

"Boleh serahkan hal ni kat kitorang?" Danial bersuara tiba-tiba.

"Ni bukan benda main-main Danial." Dean menegur.

"Maksud kau, bawak budak-budak kat belakang kau tu? Heh, boleh percaya ke? Ingat Danial, apa-apa jadi kat budak-budak tu, bukan tanggungjawab kami. Kalau kami terlibat, kami terpaksa saman agensi entah apa-apa korang tu." Jelas Joe. Dari awal lagi memang tak suka dengan keberadaan mereka bertiga.

"Baik. Tiada masalah. Abang Dean tak yah risau, kami profesional dalam kerja ni." Danial tersenyum manis. Sangat manis.

Nik dan Shah telan air liur bersama wajah risau. Abang Danial tak boleh dicabar.

Mereka hiraukan Danial dan yang lain. Kembali buat kerja masing-masing. Joe kembali masuk tidur dalam bilik. Aktiviti memagar biar Danial dan yang lain urus.

"Hm, nampak macam boleh bakar je bang Danial. Kita buat sini dululah." Cadang Shah sambil buka beg. Mengeluarkan garam yang dibungkus mereka dari rumah.

"Weh, aku tak nak kena rasuk kat sini. Kalau terlepas, entah mana setan tu bawak badan aku nanti?" Nik tak setuju. Lagi-lagi orang ramai rumah tu, dia tak jamin.

"Takpe, kita pagar satu rumah ni dulu. Korang bawak garam korang kan?" Tanya Danial nak tahu.

"Ya."

"Nik, tambah ni sekali." Danial bagi satu botol air. Berisikan batu kristal di dalamnya. Entah batu apa dalamnya.

"Apa ni bang?" Nik belek botol tu, nampak unik.

"Batu berzikir."

.
.
.
.

Shah letakkan semua garam dekat sisi dinding. Dia puas hati bila satu rumah berjaya dipagar membuatkan makhluk itu terkurung dalamnya.

"Korang semua jangan rosakkan pagar aku. Jangan salahkan aku kalau salah seorang dari korang kena rasuk." Shah bagi amaran, tapi yang lain buat muka tak peduli.

"Kau dah buat Nik?" Shah mendekati Nik yang buat satu bulatan garam dilapisi air botol yang diberi Danial.

"Kau tengok air ni Shah, makin aku tuang tak kurang-kurang." Nik terpesona.

"Batu berzikir ni, jarang ada weh. Mana abang Danial dapat ek?" Shah ikut terkagum.

" Jadi ni kita nak teruskan ke? Diorang ni bukan setuju pun." Nik tukar topik. Dia mencebik melihat orang-orang disana.

"Abang Danial tengah borak dengan abang Joe kat dalam bilik."

Tak lama lepas tu, keluar Joe bersama abang Danial.

"Guys, kita semua stay dalam bilik dulu. Tinggalkan dua kamera hidup dekat luar. Aku nak tengok kalau betul diorang nak musnahkan penunggu tu." Joe cakap sambil bercekak pinggang. Sekilas matanya menatap Nik dan Shah.

"Hah!? Kecik weh bilik kau." Mat tak suka.

"Ikut jela." Dean kemas barangnya. Setuju je. Sempat melihat Danial tersenyum manis. Entah macam mana si Danial ni lunturkan hati beku Joe ni.

"Boleh aku tinggalkan henfon aku dekat luar?" Ben tiba-tiba bersuara. Dia memang pendiam, kalau dia bersuara adalah sebabnya.

"Ha, kita boleh tahu jugak diorang buat apa." Sokong yang lain pulak.

"Setuju!"






Bersambung











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro