7 Kes [2]
Nik menutup bukunya. Di dalam rumahnya ada sesuatu. Ya, penunggu atau lebih tepat roh tak tenteram yang liar. Suka sangat nak kacau dia.
Bunyi kaki berderap laju sedang berlari di luar biliknya buat dia menghembus nafas kasar. Saat ini, papa dan mamanya tidak pulang ke rumah. Mereka terpaksa bermalam dek emergency di wad.
"Kau jangan sampai aku pagar satu rumah.." Ugut Nik sambil tersenyum sinis. Dia dah berani hadap dah. Dulu memang tak boleh, sebab tu dia dan Shah kena duduk kampung. Membesar disana beberapa tahun dan berubat sekaligus.
Iblis itu mampu menjadi orang lain. Makanya Nik tidak suka iblis yang menyerupai papa dan mamanya itu. Bukan sekali dia kena, sampai setiap malam dia takut dibuatnya.
Sekarang tidak, dia mampu menghadapi iblis tersebut.
Jam tangan dilihat. Sudah masuk 10 malam. Telefon bimbitnya dicapai dan ingin membuat panggilan ke atas Shah.
"Hello Shah, kau buat apa?"
"Tengah baca kes kedua ni."
"Oh ye ke, weh. Kau nak stay dengan aku tak seminggu ni?"
"Jangan cakap kau takut hantu pulak?"
"Aku sunyi weh. Bukan takut. Hehehe."
"Yela, besok aku stay dengan kau."
"Yeay! Sayang kau!"
"Mengada. Ni kes kedua ni macam mana? Kau join tak?"
"Eh mestilah. Kes tu mintak apa? Cari orang hilang lagi ke?"
"Tak, kita bersihkan satu bangunan ni."
"Apa!? Cleaner!?"
"Slowlah gila! Pekak telinga aku!"
"Hehehe, sorry."
"Aku tak sure, maklumat dalam fail ni cakap ada penampakan terlihat dekat CCTV."
"Jadi?"
"Staf diorang diganggu mana yang balik lewat."
"Kalau macam tu balik awallah, senangkan?"
"Bukan tu masalahnya, bos ni dah panggil Ustaz. Tapi kerjanya memagar sebab setan ni tak tunjuk diri. Tapi, Ustaz tu dah buat yang terbaik. Masalahnya, setan tu pulak makin memberontak. Setiap malam habis diseleraknya office tu buat staf-staf sana jadi muak. Ustaz yang memagar tu pun tak ada dah. Katanya dekat luar negeri."
"Jadi, kita pulak ke kena settlekan masalah dia?"
"Lebih kurang. Kau marah ke?"
"Eh mana ada, hahaha. Kau ingat aku suka ke buat kerja sisa-sisa orang?"
"Aku tahu kita ada pengalaman macam tu dekat kampung, tapi percayalah. Kali ni bergaji."
"Sebab tu aku tak banyak bising. Hehehe."
"So, bila nak check office tu?"
"Besoklah, kita ada access kan dari bos bangunan tu?"
"Ada."
"So, jumpa besok."
Tuttttttttttttt..
.
.
.
.
.
.
.
Shah menatap telefonnya. Nik ni, kalau bengang dan marah, senyum dia lain macam. Ni mesti tengah geram dengan setan dekat rumah dia tu.
"Mikail, pagi besok aku bangun kau jangan duduk dalam almari."
"Dah tu aku tido mana?" Mikail yang bersila dalam almari berkerut. Tak puas hati.
"Tidola atas lantai. Bukan kau rasa sakit pun." Shah menjawab acuh tak acuh. Bukan sebab kesian, tapi bau yang dikeluarkan Mikail itu boleh dihidunya. Ingat hijab pendengaran dan penglihatan je ke terbuka? Semua anggota dia boleh rasa tau.
Maka, dia boleh cium bau Mikail yang busuk!
"Tak nak aku." Mikail buat muka taik dia.
"Kau nak aku letak garam dalam tu?" Ugut Shah buat Mikail yang sedia pucat bertambah pucat.
"Eeee, yela-yela." Mikail terus tarik pintu almari. Mengurung dirinya di dalam.
Kalau manusia biasa, memang dah seriau dengan keadaan tersebut. Manakan tidak, pintu almari tiba-tiba ditutup kuat? Tak ada angin pun.
Tapi tidak Shah yang mampu melihat.
.
.
.
Di sekolah
Cikgu Razak mengetap bibir. Marker ditangan sedari tadi berpusing di jari. Lama.
"Nik, Shah. Awak berdua keluar dari kelas saya sekarang. Berdiri sampai kelas habis."
Takde ribut, takde angin dua-duanya tercengang.
"Eh kejap, kejap. Kenapa kitorang kena keluar? Apa salah kitorang?" Nik soal berani.
Satu kelas pandang mereka berdua. Berani menjawab cikgu disiplin?
"Ye cikgu, apa salah kami?" Shah ikut bertanya pelik.
"Kau berdua tak sedar apa yang korang berdua buat?" Cikgu Razak sambil mengangkat kening.
Nik dan Shah berpandangan.
"Takkan sebab kami terlanggar cikgu kot? Kitorang dah mintak maafkan?" Nik tersengih. Sedar salah mereka.
"Kami tak perasan cikgu kat situ. Sorry." Shah mintak maaf tak ikhlas. Pandang keluar tingkap.
"Tak perasan? Yang awak berdua asyik lari, lari, lari dah kenapa? Siapa yang kejar awak berdua sampai tak boleh nak bantu saya berdiri balik? Dahla sambil mintak maaf tu siap lari tinggalkan saya."
"Ha? Bukan hari pertama korang macam tu, setiap hari!" Cerita Cikgu Razak bengang.
Nik bersiul. Muka tak bersalah.
Shah menguap, tak kisah.
"Kurang ajar, keluar kelas sekarang!" Bengang Cikgu Razak dengan sikap kedua-duanya. Buang air liur dia je!
Nik tersenyum.
"Apa senyum-senyum!? Kena hukum boleh senyum lagi!?" Marah Cikgu Razak.
Nik ketap bibir. Tahan senyum.
"Jomlah lepak kantin." Bisik Shah. Apalagi, keluar je dari kelas. Mereka terus membelok arah.
"Tak best la sekolah ni. Banyak puaka." Ucap Nik tak lapik. Dia bersiul-siul sambil berjalan santai. Kedua tangannya diletak dibelakang kepala.
"Nak buat macam mana, semua ni salah kau yang pergi tegur semua setan dekat sekolah ni. Cuba jangan ramah sangat." Ujar Shah buat Nik tersengih. Memang salah dia.
"Kau tak marah ke? Sebab aku kau dapat nama buruk jugak?"
"Kita saling memerlukan. Aku tak kisah kau menggila sekalipun. Tapi."
"Tapi?"
"Jangan sesekali kau usik hantu bila tak ada aku. Aku jadi susah kalau partner buat kes tak ada."
"Wah, ni yang aku sayang kau." Ucap Nik peluk bahu Shah. Shah biarkan.
"Cakap pasal touring bangunan tu hari ni kan, aku buat search sikit. Yang bangunan tu baru disiapkan beberapa bulan lepas. Viral dekat internet bangunan tu jadi bangunan terseram. Cerita dia paling famous dekat tingkat enam. Banyak jugak gosip cakap pasal tingkat tu. Ada yang cakap orang bunuh dirilah, kes bunuhlah. Tapak digunakan tu tanah perkuburanlah. Dan banyaklah seram dia." Cerita Nik.
"Biasalah tu, setan kalau dah sayang tempat tu memang berusaha nak halau manusia." Ucap Shah senada. Tak risau pape.
"Tapi, kau yakin tu setan jenis iblis ke? Bukan roh? Kalau roh gentayangan susah sikit nak handle. Iblis boleh lagi kalau nak dibakar." Jelas Nik.
"Kau prefer apa?"
"Hantu?"
"Kita claim setan pun hantu. Jadi apa beza setan dan hantu?" Shah menyoal balik.
"Er, beza perkataan je kan? Hehehe." Nik tak faham.
"Hantu tak wujud, tapi manusia suka bagi gelaran setan, makhluk halus dan roh gentayangan tu hantu. Jadi, kita ada tiga jenis hantu." Shah buka jarinya dengan tiga.
"Cer kau explain, tak faham aku." Nik tertawa. Dia tahu sebut je.
"Hantu pertama kita selalu sebut syaitan. Setan ni makhluk macam pocong dan pontianak serta setan yang famous dekat luar sana. Mereka ni iblis."
"Hantu kedua yang kita selalu jumpa makhluk halus. Diorang ni pelbagai rupa dan jenis. Macam makhluk pelik berkepala burung gagak tapi badan manusia. Mereka ni macam-macam rupa. Diorang pun tinggal bersama di alam kita."
"Hantu ketiga paling banyak manusia gosip ialah roh tak tenteram. Roh tak tenteram ada dua kategori, satu yang liar dan normal. Yang liar akan serang manusia dan normal cuma usik dan sakat je. Contoh normal macam Mikail. Yang liar macam dekat rumah kau. Tunggu masa je nak rasuk kau."
"Tapi Shah, yang liar kenapa dia start menyerang?" Nik tak faham.
"Yang liar tu dah dirasuk iblis. Jadi, mereka bukan lagi roh yang normal. Sebab tu, roh normal ni tak banyak. Banyak dah kena rasuk sebab takde yang nampak mereka dan mereka sunyi. Sebab tu jadi liar."
[Author buat spekulasi sendiri ye bahagian ni✌🏻]
Nik terdiam. Kaunter kantin didapatkan dan memesan nasi lemak dan air. Berfikir-fikir sesuatu.
"Shah, roh tak tenteram tu.. Qarin kan?"
"Ya, mereka macam kembar kita, dia tiru segala perbuatan kita dan apa yang kita lakukan masa hidup. Qarin kita berlegar-legar macam roh. Jika Allah mengkehendaki, ia akan pergi sendiri. Jika manusia tu tak mati tenang, qarinnya pula akan buat kerja arwah. Macam dialah yang tak mati tenang tu."
Penjelasan Shah buat Nik termenung. Sambil mengunyah nasi lemak, dia cuba mencerna maklumat itu sedalam-dalamnya. Banyak benda dia tahu.
"Mana kau belajar weh?" Tanya Nik melebar sengihnya.
"Buku. Bukan macam kau, gila game. Tu otak tertinggal dalam game kau main."
"Hoi, kau perli aku ke?" Nik menyoal sambil senyum geram. Cari gaduh ni.
"Benda boleh cakap jujur." Ucap Shah selamba. Geram dengan muka kerek Shah. Nik panas.
"Muka kau lagi hodoh macam lubang bontot jamban!" Tak pasal-pasal muka kena claim. First time wo dia marah.
"Muka kau dengan aku same je, takde beza."
Akhirnya, meletus gelak Nik. Dia tak bolehlah bayang dia buat muka macam Shah.
"Weh, macam mana kau serius? Jap, aku try serius." Nik tiru mimik Shah. Tercantum dua kening dia dek nak tiru muka Shah.
Shah angguk kagum.
"Well, aku tak macam tu. Sekurangnya kau boleh buat muka tercekik tertelan durian." Shah mengejek.
"Sakit muka aku. Tak nak lah serius." Nik kembali ke wajah normalnya. Dia tersengih balik.
Shah angkat bahu.
.
.
.
.
.
"Budak?" Lelaki itu terkejut.
"Ada masalah dengan kami?" Shah keluarkan satu fail hitam tentang lelaki itu yang menyewa agensi mereka.
Bukti ditangan Shah buat lelaki itu mengigit bibir. Ya, dia dan kawannya yang menandingi perjanjian tersebut. Depan mata.
"Kitorang form 2 la, tengah membesar. Jadi, boleh kau bawak kitorang pergi tingkat enam?" Nik bertanya sambil tersenyum ramah.
"Aku boleh percaya kau berdua ke?" Soal lelaki itu kurang pasti.
Nik dan Shah memandang di antara satu sama lain. Ini adalah soalan sama untuk orang yang tidak mengenali dan mempercayainya mereka.
Ya, mereka dah biasa dengan soalan ni. Takkan nak letak terang benderang atas kepala mereka kot.
B.O.L.E.H P.E.R.C.A.Y.A K.E?
"Nak kitorang buktikan ke?" Nik tersengih senget, ini yang dia nak. Alang-alang dekat magrib dah ni.
Lelaki itu mengangguk.
"Kalau macam tu, tunjuk toilet sekarang. Banyak setan berkumpul dekat sana time-time ni." Ucap Shah selamba buat riak lelaki itu berubah.
Mereka tiba di tandas.
"Jadi, mana setannya?" Provok lelaki itu.
"Nah." Nik bagi sesuatu.
"Garam?" Meski dia tahu itu garam, dia menerimanya.
"Kau balinglah mana-mana." Arah Shah.
Tak peduli bahasa kasar mereka. Yelah, dah lelaki tu tak respect diorang, buat apa panggil abang ye dok?
Sekali lelaki itu baling dekat lantai tandas.
"Bang!"
Kesemua pintu tandas tertutup dan terbuka sendiri dengan bising dan kuat. Pintu disetiap terhempas sendiri.
Lelaki itu terundur takut. Terbutang luas matanya melihat sekeliling. Pertama kali dihadapkan perkara pelik seumur hidupnya.
"Jadi, kau rasa dalam CCTV tu main-main lagi ke? Ada orang perdajalkan kau?" Soal Shah.
"Tak-tak. Aku percaya. Ma-Mari keluar." Lelaki itu tak tunggu lama, terus keluar dari situ.
"Kenapa kau upah agensi kami sedangkan kau tak percaya hantu?" Hairan Nik.
"Bukan aku, kawan aku yang upah korang. Dia tak ada hari ni sebab demam. Katanya dia kena ganggu." Ujar lelaki itu mulai baik percakapannya. Manakan tidak, kena tunjuk depan-depan pulak tu.
"Jadi, ada dua tuan bangunan. Rakan kongsilah ni?" Shah bertanya.
"Tak, ada tiga orang." Lelaki itu menjelaskan.
Nik dan Shah berpandangan.
"Kenapa tak mintak tolong Ustaz?" Shah nak tahu.
"Ustaz? Memang kami jumpa Ustaz. Katanya mereka ada banyak orang. Ustaz tu yang bagi kad ni." Lelaki itu keluarkan kad hitam. Nampak macam betul-betul buat kerja rahsia.
Nik melongo kagum. First time tengok kad agensi mereka.
"Perubatan Islam ye. Memang orang lain juga akan tersilap tengok luarannya. Kami ni pem.."
"Shah." Nik tegur.
"Ah.." Shah lupa. Mereka dibawah umur, untuk kerja macam ni memang bahaya jika majlis-majlis badan perundangan tahu. Tak sia-sia kena saman syarikat perubatan Islam a.k.a Pemburu agama.
"Bawa kami kat tingkat enam."
"Ya."
.
.
.
Nik perasan jejak kaki satu roh gentayangan yang memeluk lutut di sudut dinding. Perempuan?
"Dia normal." Nik memberi maklumat.
"Tahu, aku pun nampak." Shah yang menyeluk kedua-dua poket itu turut menatap roh tersebut.
"Jadi, memang ada hantu ke?" Tanya pemilik bangunan tersebut dengan riak pucat.
"Ya. Malam ni kosongkan bangunan. Security pun jangan bagi masuk kat tingkat enam ni." Arah Shah.
"Ba-Baiklah."
Shah dan Nik baru sahaja hendak keluar dari pejabat tersebut, roh itu bangkit perlahan-lahan. Matanya putih mengalir air mata darah. Nik break.
"Nik, bukan sekarang." Tegur Shah.
"Ya aku tahu." Nik tersenyum kecil. Mereka akhirnya keluar dari pejabat tersebut.
.
.
.
.
Pintu masuk bangunan di azan. Tak lupa Nik memagar pintu masuk bangunan. Biar hantu lain tak masuk. Nanti susah pulak nak urus.
Mereka berdua ke tingkat enam. Kali ni suasananya sangat sunyi dan suram. Redup cahaya bulan memasuki tingkap-tingkap kaca. Cantik.
Sayangnya, sekeliling pejabat sudah pun berselerak. Berkat info mereka, selepas sahaja Isyak semua barang office berterbangan disana sini. Bagai tongkang pecah. Sebab tu banyak staff muak dengan hantu itu.
"Kenapa kau buat macam tu?" Shah bertanya pada susuk tubuh langsing berpakaian cantik sedang membelakanginya.
Tidak berjawab. Nik pula dilihat sedang memagar seluruh pejabat serta dinding pejabat. Biar setan tu tak lari mana-mana.
"Jawab aku. Kalau kau tak bagi kerjasama aku bakar kau. Mana kau nak?" Ugut Shah. Dia keluarkan botol air mineral dan membasuh kedua-dua tangannya. Surah pelindung diri dibaca.
"Tolong selamatkan aku.." Ucapnya perlahan-lahan menoleh. Terlihatlah wajahnya yang membusuk serta berlubang-lubang. Matanya mengalir air mata darah.
"Apa yang boleh aku tolong?" Shah cuba ingin tahu.
"Shah, kenapa kau tetiba tolong dia? Kita tak boleh terlibat dengan urusan mereka. Biar Allah mengadili." Nik kehairanan dengan sikap prihatin Shah tiba-tiba.
"Aku tahu apa aku buat, kau diam jela." Shah masih berdegil buat Nik geleng kepala. Meskipun, dalam diam juga serba salah untuk membantu sebenarnya.
"Aku, aku dibunuh. Ni tak adil buat aku!" Wanita tu koyak. Menangis lagi rancak.
Mana-mana rancak ek.
Habis berterbangan segala kerusi perabot dan barang pejabat. Dah macam dilanda tsunami.
"Nik, sekarang!"
Nik akur. Lekas dia tanggalkan rantainya dan berlari ke arah roh tersebut.
Tak lama kemudian, keadaan yang tadinya bising dan cemas kini tiba-tiba berhenti mendadak. Nik berjaya dirasuk.
Shah bagi masa Nik mencari jalan keluar. Jika Nik tak keluar dalam sepuluh minit, dia akan membakar makhluk itu sendiri.
"ARGHHHHHH!" Nik yang dirasuk berlari tempang ke arahnya. Tangan menjulur hendak mencekik. Wajah Nik terlihat memburuk di mata hijabnya.
Shah mengelak.
"Kau kenapa nak bunuh aku setan!?" Bengang Shah. Sempat pulak dia gaduh-gaduh manja kat situ.
"Kau, kau arghh! Manusia!"
Shah beranggapan roh itu mulai dirasuk iblis. Shah mengetap bibir. Tak de pilihan lain, dia kena bakar makhluk tu dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
.
.
.
.
Nik kebingungan. Seperti biasa, keadaan sekelilingnya hitam putih. Dia keluar dari pintu kanan, masuk pintu kiri. Naik tingkat atas, muncul tingkat bawah. Dia masih di tempat yang sama.
Dia terkurung?
Di tempatnya saat ini, adalah bangunan yang belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses pembangunan. Dia kembali masa lalu sama seperti dia kembali pada masa lalu di dalam hutan itu!
Nik mencari kunci hendak keluar. Surah pilihan menjadi rujukan saat berada dalam pagar sesat.
"Allahuakbar!"
.
.
.
.
"ARGHHHHHH!" Hantu itu meraung-raung. Roh pendendam sememangnya sukar hendak keluar. Dah dapat tubuh, ingin dia guna sesuka hati hantu itu.
Shah memulakan bacaan. Dia tahu Nik sudah membantunya. Dengan langkah bismillah, dia lantas menuju ke arah Nik yang dirasuk.
Leher Nik dicekik. Tangan kanan membawa lada hitam. Menekan dahi Nik dengannya.
Apalagi, makin kuat raungannya.
"ARGHHHHHH, tak guna kau manusia!"
Itulah kata-kata terakhirnya sebelum Nik longlai tidak sedarkan diri.
"Alhamdulillah. Selesai." Shah terduduk kepenatan, memangku kepala Nik di atas pahanya.
.
.
.
.
Nik melihat kiri kanannya, sekejap dia tidak memberi perhatian sekejap perhatiannya ke arah lain.
Shah yang mengecek sampul duit yang diterima oleh mereka menoleh Nik. Dia perasan, Nik lepas sedar je tak banyak cakap. Agak pelik bagi Nik yang sememangnya bukan sifatnya ceria.
"Nik, jom balik." Ajak Shah memecahkan perhatian Nik. Nik tersedar lantas mengangguk.
"Ah ya ya."
"Kenapa dengan kau ni?" Shah bertanya ingin tahu.
"Hantu tu dibunuh Shah. Aku, tahu rupa pembunuh tu."
Shah menghela nafas.
"Kita tak boleh masuk campur. Ini hukum alam. Orang takkan percaya kita kalau tak ada bukti." Jelas Shah buatkan Nik terangguk-angguk.
"Aku kena mandi air delima la Shah. Tenaga rohani aku menurun tengok kejadian tragis tu depan mata." Luah Nik nampak macam sedih.
"Ya, aku tolong kau nanti. Dah, kita dah selesaikan misi kedua kita. Nak rehat tak sebelum buat misi seterusnya?"
"Rehat kot. Dua hari berturut-turut dah ni."
Shah mengangguk. Nik meski mentalnya kuat, tetap sahaja dia bukan manusia berhati batu, dia masih ada sifat belas yang membuatkan dirinya hampir luluh jika kes berkenaan melibatkan pembunuhan. Nik pasti kepenatan tenaga.
"Shah..." Suara Nik yang perlahan buat Shah tidak dengar.
"Aku rasakan, kita explore banyak tempat seram nak?" Cadang Nik tiba-tiba buat Shah berkerut pelik. Tiba-tiba?
"Kenapa? Kau bosan sangat ke? Kerja kita berbaloi Nik." Pelik Shah.
"Apa kata, kita ambik misi yang mencabar sikit?"
"Maksud kau?"
"Misi, melibatkan bangunan-bangunan terbiar? Hehehe." Nik kembali ceria. Dirasakan ideanya agak hebat.
Shah menggeleng.
"Aku tak jamin dulu."
"Misi seterusnya, kita explore bangunan lama!"
"Nik....."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro