6 [ Melur ¹ ]
Malam itu, bulan purnama bersinar terang, mencipta suasana tenang di kampung Paya Rimbun. Shah dan Melur berjalan di sepanjang jalan setapak yang menghubungkan rumah-rumah penduduk. Ketenangan malam diserikan dengan bunyi desiran angin dan cengkerik bernyanyi di sekeliling mereka.
“Melur, kampung ini nampak berbeza pada waktu malam,” kata Shah, suaranya sedikit teragak-agak. Dia tidak biasa berbual dengan perempuan, apatah lagi dalam suasana yang baru seperti ini. Lagi-lagi, dia terasa jasadnya kosong.
“Ya, memang lain. Aku suka malam-malam seperti ini. Semua orang berkumpul dan bersembang,” jawab Melur sambil tersenyum, tanpa menyedari ketidakselesaan Shah.
Shah memandang sekeliling, terkesan dengan keindahan alam semulajadi, tetapi hatinya berdebar. “Malam ni tenang,” katanya, berusaha untuk menambah perbualan walaupun tidak mahir dalam bersosial. Apatah dengan perempuan!
Melur berhenti sejenak, memandang Shah. “Kenapa engkau tidak senyum? Ada yang tidak kena?”
Shah terkejut. Dia jarang senyum, dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab. “Aku... memang tak pandai senyum,” jawabnya jujur, menundukkan kepala.
“Oh, tidak apa. Senyum itu bukanlah perkara penting. Apa yang penting adalah kita bisa berbual dan mengenali antara satu sama lain,” Melur menjawab, cuba untuk menghiburkan Shah.
Mereka terus berjalan menuju tepi tasik, di mana airnya berkilau dibawah sinaran bulan. “Lihat, air tasik ini sangat cantik,” kata Melur, mengalihkan perhatian Shah dari rasa malunya.
“Haah,” Shah mengangguk. Dia merasa lebih tenang melihat keindahan alam.
“Cuba engkau cerita tentang diri engkau, Shah. Apa yang engkau suka buat?” Melur bertanya, mengharapkan untuk membuka perbualan lebih lanjut.
“Aku...Suka membaca,” jawab Shah ringkas, berusaha untuk menyampaikan sesuatu tanpa merasa terlalu tertekan.
“Buku apa yang engkau baca?” Melur terus bertanya, seolah-olah ingin memastikan perbualan itu tidak terhenti.
Shah menggeleng. “Buku fiksyen. Tentang pengembaraan.”
“Pengembaraan? Itu menarik! Aku suka cerita tentang perjalanan ke tempat-tempat baru,” balas Melur dengan penuh minat.
Shah merasakan sedikit kelegaan. Sekurangnya ada jugak topik hendak diborakkan.
Mereka berbincang tentang buku-buku dan cerita pengembaraan yang mereka suka. Melur memberi Shah lebih banyak soalan, dan walaupun Shah tidak selalu tahu bagaimana untuk menjawab dengan baik, dia menghargai usaha Melur untuk berborak.
Malam itu, mereka tidak melakukan banyak perkara yang mencabar. Hanya berjalan, berbual tentang hal-hal kecil, dan menikmati suasana malam yang tenang. Shah masih tidak pandai senyum, tetapi dia merasakan bahawa kehadiran Melur membuatkan dia sedikit selesa.
Setelah beberapa ketika berjalan di tepi tasik, suasana malam yang tenang meliputi mereka. Melur terus bercakap tentang tempat-tempat menarik di kampung, sementara Shah hanya mendengar tanpa banyak bicara.
“Kampung ini penuh dengan cerita,” kata Melur, matanya bersinar. “Contohnya, ada satu tempat dipanggil Batu Cinta. Kononnya, pasangan yang berdoa di situ akan kekal selamanya.”
Shah mengangguk, menunjukkan minat tanpa menambah kata. “Menarik,” balasnya ringkas.
Melur melangkah lebih dekat ke tepi tasik, melihat ikan-ikan yang melompat ke permukaan air. “Kau lihat itu? Ikan-ikan ini sangat jinak. Mereka muncul bila ada cahaya,” katanya sambil menunjuk.
Shah tidak menjawab, memandang ke arah tasik yang diterangi cahaya bulan. Dia terpesona dengan keindahan malam itu, tetapi wajahnya tetap tidak memaparkan sebarang senyuman.
“Bila aku kecil, aku sering datang ke sini dengan teman-temanku. Kami akan menangkap ikan dan bermain,” Melur mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya, seolah-olah ingin membawa Shah ke dalam kenangan manis itu.
Malam itu berlanjutan dengan perbualan yang tenang. Melur berkongsi cerita tentang penduduk kampung, adat resam, dan pelbagai tradisi. Shah mendengar dengan tekun, merasakan suasana ini membawa sedikit kebahagiaan ke dalam dirinya yang selama ini gelisah.
“Bila kau cakap macam ni, aku rasa suka sikit dengan kampung ini,” Shah akhirnya berkata, jujur dengan perasaannya.
“Semoga engkau boleh merasai semua keindahan yang ada di sini. Kampung ini adalah satu keluarga besar,” balas Melur, dan Shah menyedari bahawa dia juga mula merasa terikat dengan tempat itu. Sukar dia tafsirkan perasaan dia sekarang.
Mereka akhirnya duduk di tepi tasik, menikmati keindahan malam, dan Shah merasakan bahawa walaupun dia tidak pandai bersosial, ada sesuatu yang istimewa tentang persahabatan mereka yang sedang terjalin.
.
.
.
"Baru balik?" Sapa Nik di sebelah pintu. Di tangannya terdapat komik. Walaupun komik itu sudah selesai dibaca, nampaknya Nik masih membaca untuk menghidangkan bosannya.
Shah masuk tanpa membalas.
"Pergi date tak ajak aku ek?" Usik Nik lagi kali ni sengaja.
"Melur bawak aku tunjuk kampung." Shah mengelak.
"Alah, aku pun boleh tunjuk gile." Nik speak bontot Shah. Tapi Shah tak balas. Dia baring, memikirkan apa yang perlu dilakukannya besok. Takkan nak duduk rumah lagi?
"Nik, kau pergi memancing lagi ke besok?"
"Haah, nak tolong Tok Deruma cari rezeki. Kesian, kita dah menumpang, kenalah buat cara menumpang." Ujar Nik, sekaligus terdengar sedikit memerli.
"Aku, tak berapa pandai nak rapat dengan orang kampung."
Nik yang tadi baring lalu duduk.
"Apa kata kau pergi memburu, ikut Tok Janggut."
"Tok Janggut? Ketua kampung?"
"Ya, pastu kau tanyalah jugak kenapa kita tak boleh keluar kampung ni lebih awal dari bulan purnama merah."
Shah mengangguk.
"Besok aku try."
Suasana hening terus menyelubungi ruang kecil itu. Nik khusyuk menatap komiknya, sekali-sekala ketawa kecil tanpa mempedulikan Shah yang duduk di hadapannya. Shah, sebaliknya, tenggelam dalam fikirannya sendiri, resah. Tangannya mencengkam lutut, tanda hatinya bergelora.
"Nik."
"..."
"Nik!" Suaranya lebih tegas kali ini.
"Hah, apa?" Nik mengangkat kepala, sedikit terganggu.
"Pandang aku, boleh tak?" Shah mendesah, nadanya memohon.
Nik merenungnya sambil mengeluh kecil. "Kau ni kenapa, Shah? Tak senang aku nak habiskan bab ni."
"Aku... aku dah seminggu tak dengar suara dia," ujar Shah perlahan, suaranya sedikit serak.
"Suara siapa?" Nik mengerut dahi, bingung.
"Siapa lagi kalau bukan kembar aku," Shah akhirnya bersuara, matanya merenung jauh.
Nik terdiam seketika, wajahnya berubah serius. Dia menutup komiknya perlahan dan meletakkannya ke tepi.
"Shah... mungkin dia cuma... rehat? Tidur, mungkin? Kau pun tahu, selama ni tak ada apa-apa yang mencurigakan kat tempat ni. Tak ada bahaya pun," Nik cuba meyakinkan Shah, nadanya lembut.
"Tapi, dia tak pernah senyap macam ni," balas Shah, jelas tidak puas hati. "Aku... aku rasa macam hilang arah, Nik. Selalu dia ada. Dia bimbing aku."
Nik memandang Shah lama. "Kau lupa? Kau kuat, Shah. Kau tak perlukan dia sepanjang masa. Mungkin dia senyap sebab dia tahu kau boleh uruskan sendiri."
Shah menggeleng, menggigit bibirnya. "Aku tak pasti. Aku rasa kosong... macam separuh dari aku hilang."
"Hei." Nik merapatkan diri, menepuk bahu Shah dengan lembut. "Kau bukan separuh, kau adalah kau. Kembar kau tu... dia cuma ada untuk bantu kau, bukan untuk kawal hidup kau."
"Tapi, aku tetap risau. Kalau sesuatu jadi pada dia?" Shah memandang Nik cemas.
"Kalau betul sesuatu jadi, kau tak rasa kau patut tunggu dia muncul? Kalau dia perlukan kau, dia akan datang, Shah. Percayalah pada dia... Dan percayalah pada diri kau sendiri," Nik mengakhiri dengan senyuman kecil.
Shah diam, memandang Nik yang cuba menenangkan. Dalam hening itu, ada rasa hangat mengisi ruang. Mungkin benar, fikir Shah. Dia harus percaya.
Nik pula dalam diam juga risau. Dia perasan Shah lebih banyak berdiam dan banyak bertenang seminggu ni. Pelik..
Bersambung?
Siapa kembar Shah? Siapa 'dia' yang dimaksudkan Nik?
Ha?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro