6 Kes [1]
2000+pp
"Jadi, camne kau berak? Taik kau macam mana? Transparent jugak ke?" Tanya Nik tak berlapis. Berdas-das soalan dia kasi kat hantu Mikail.
"Budak ni, ada jugak aku rasuk kang." Mikail elak, berselindung belakang Shah.
"Kau rasuk, aku bakar kau." Shah jeling Mikail buat hantu itu tertelan air liur.
"Korang ni peliklah. Mana ada orang pergi interview hantu."
Eh ngaku pulak dia tu hantu.
Shah dan Nik saling berpandangan.
"Ada, kitorang." Nik tersengih.
"Hmmm.." Mikail tak tau nak cakap apa lagi. Dia bergerak menuju almari, duduk dalam tu diam-diam. Penat layan Nik kot.
Nik sengih je, tak nak kacau dah. Hantu pun penat layan dia.
"Jadi, kenapa family kau tetiba datang ni?" Tanya Shah akhirnya. Pelik sebab Nik tiba-tiba datang satu keluarga.
"Aku ada satu cite, family aku kena kacau kat tempat keje."
"Kacau? Setan ke?"
"Bukan, manusia."
"Aku ingat apa." Shah berpeluk tubuh. Mendengar cerita Nik lebih jelas.
Keluarga Nik ni keluarga Dokter. Memang balik malam atau kadang-kadang je. So, Nik akan tinggal sorang.
Keluarga Shah ni keluarga melibatkan math. Papa Azlan arkitek, mamanya pula lecture accounting.
"Manusia bertopengkan setan, Along." Nik tersengih.
"Oh, diorang nak apa?"
"Diorang kata family kita ada hutang. Tokma cakap tak tau. Arwah Atok pun baik orangnya." Jelas Nik.
"Jadi, macam mana boleh ada hutang, mak kita pun yatim piatu." Jelas Shah kepelikan.
"Itu yang jadi tanda runsing aku, papa dan mama aku kata tak selamat duduk rumah. Makanya dibawak aku kesini." Cerita Nik sambil rebah dirinya di atas katil.
"Ni korang nak stay sinilah?" Tanya Shah.
"Kemungkinan besar. Hehehe. Kongsi katil nak?" Nik kenyit mata. Dasar.
"Rumah ni besar, bilik banyak lagi." Shah pergi halau Nik. Tarik Nik keluar dari bilik.
"Weh, kita dah lama tak tidur sekatil." Nik memuncung. Mata dah bulat mintak kesian.
"Blah la." Shah halau Nik keluar bilik. Pintu ditutup rapat-rapat. Shah memang nak bersendirian je sekarang.
"Aku nak pulang..Aku nak pulang..Aku nak pulang..Aku nak pulang.."
Shah menghela nafas payah.
"Kau nak menggumam sampai pukul berapa? Aku nak tidur." Shah menjeling tajam.
"Aku nak pulang, tengok adik-adik aku. Aku risaukan adik-adik aku kat rumah." Cerita Mikail.
"Mak bapak kau mana?" Shah mencapai telefonnya.
"Diorang dah lama meninggal dunia."
"Kalau aku pergi tengokkan diorang, kau boleh mati tenang?"
Mikail menoleh. Senyumannya mula terbentuk.
"Ya."
.
.
.
.
.
Keesokkan harinya.
Di hadapan mereka, tersergam sebuah bangunan yang menempatkan orang-orang tua atau lebih tepat rumah orang tua.
Orang tua yang dihantar disana mempunyai banyak sebab. Alasan paling popular adalah tak mampu jaga mereka. Anak-anak tak ada masa tengokkan orang tua mereka.
Tapi, orang tua yang menjadi pencarian mereka, datang ke rumah jagaan orang tua ini kerana hendak mencari kawan. Katanya bosan duduk rumah.
Ni alih-alih duduk situ, akhirnya hilang. Entah ke mana orang tua tu pergi.
"Bismillahirrahmanirrahim."
Mereka melangkah masuk ke pusat penjagaan orang-orang tua dengan hati yang berdebar-debar. Misi pertama kot, kalau gagal buat apa kelebihan yang ada pada mereka? Ye dok?
Disana sini, terdapat orang tua yang sedang bersiar-siar dan beriadah. Ada jugak yang terlihat borak sorang padahal ada yang 'menemani.'
"Encik Man tak nak bangkit dari katil dia. Dari semalam tak nak keluar bilik. Risau dibuatnya."
Shah dan Nik pekakkan telinga mereka mendengar perbualan perawat-perawat yang menjaga orang-orang tua disana.
"Assalamualaikum nurse, saya datang nak melawat Nek Bedah." Nik sapa nurse dekat kaunter.
"Nek Bedah? Puan Raudhah ye. Anak berdua ni siapa?" Tanya nurse itu berkerut dahi. Tak pernah tengok mereka berdua dekat situ.
"Kami kenalan Nek Bedah, anaknya minta kami tengokkan barang Nek Bedah. Masih simpan lagi tak?" Tanya Nik tersenyum manis seraya memberi sampul surat berisi pesanan anak Nek Bedah.
Ada sebab anaknya tak ambik barang-barang Nek Bedah. Takut orang tua tu dah balik tetiba je.
"Hm, boleh. Saya panggilkan nurse lain hantar kamu berdua ke sana." Ucapnya tersenyum tipis. Nampak dia tak ikhlas je..
Nik dan Shah mengikuti seorang lelaki berbaju hijau. Mungkin seorang student practical. Tengok gaya pun masih dangkal dengan selok-belok bangunan.
"Bang, berapa lama dah kerja sini? Kita pusing tempat sama." Tegur Shah.
"Sorry, abang baru dua hari kat sini." Ucapnya sambil meminta maaf.
"Hmm blok B, bangunan sebelahlah." Jelas Nik meninggalkan lelaki itu. Dek terpinga-pinga ditinggalkan, dia pula mengikuti Nik dan Shah. Aduhai malunye.
Tak sampai lima minit berpusing-pusing tadi, mereka akhirnya tiba di sebuah bilik VVIP yang disediakan untuk Nek Bedah. Kaya juga anak Nek Bedah sambil dapatkan bilik peribadi ya.
"Macam mana Nik? Nampak apa-apa?" Tanya Shah. Meski diorang ada kelebihan untuk melihat penampakan, Nik istimewa melihat jejak makhluk halus.
Nik melihat ke sisi katil, ada satu jejak kabus hitam yang menyerupai tapak kaki. Seakan sedang berjalan keluar dari dalam bilik.
"Ya, mungkin Nek Bedah dirasuk atau mengikuti sesuatu." Jelas Nik sambil mengambil Yassin dalam begnya.
Yassin itu diberi pada abang yang setia mengikuti mereka. Dari tadi, riaknya berkerut.
"Letak ni pada bawah bantal Nek Bedah."
Akur sahaja, dia turuti Nik bagai dipukau. Nik lantas memagar bilik Nek Bedah setelah itu.
"Mari kita follow jejak kaki tu, entah dia bawa dekat mana Nek Bedah." Shah keluar setelah urusan pagar memagar Nik selesai.
Dari bilik, sehinggalah keluar dari kawasan pusat penjagaan orang-orang tua. Mereka tiba di luar bangunan.
"Macam mana dia terlepas security?" Shah hairan.
"Mungkin security tu pun kena tutup pandangan dia atau kena ganggu." Nik tersengih. Dia boleh imagine setan tu main bo bo Cak dengan security yang berjaga.
Jejak kaki berkabus asap hitam itu membawa mereka ke dalam hutan belakang tanah perkuburan.
"Sies weh masuk? Dengan baju sekolah kita lagi ni." Nik tersengih lewa. Tak menyangka pulak kena jadi macam ni.
"Aku tak rasa kita kena masuk." Shah tak sedap hati.
"Ya, dengan banyak mata merah macam nak telan orang tu." Jelas Nik pula sambil meneropong matanya dengan tangan.
Disana sini terlihat makhluk yang pelbagai rupa.
"Dia dirasuk ni." Shah memberi kesimpulan.
"Tapi kalau duduk dalam hutan, dia tinggal mana selama dua bulan?" Soalan Nik buat Shah ikut delima.
"Kita datang besok nak? Esok cuti, senang sikit nak prepare barang." Cadang Shah.
"Boleh gak tu."
.
.
.
.
Malam minggu.
"Jap, jap, jap. Asal malam? Dekat tengah malam buta dah ni?" Shah belek jam tangan. Hampir 12:30 tengah malam. Diorang keluar pun family tak tau. Masa yang tidak dijangkakan.
"Malamlah diorang tengah buat party." Nik bersemangat. Tak sia-sia dia menghilang sekejap siang tadi untuk mengelak Shah mengajaknya.
"Bahaya weh." Shah risau.
"In Sya Allah ada aku." Nik tersengih.
Shah nak tak nak follow Nik. Risau jugak hilang anak orang tu. Mereka sedari awal sudah memagar diri. Backpack yang dibawa sekadar baju dan seluar spare jika tersesat.
Torchlight ditangan masing-masing menyuluh sekitar hutan. Meski tampak gelap, cahaya bulan membantu urusan mereka.
"Srrrkk." Bunyi ranting dipijak membuat mereka berpaling ke arah belakang.
Tiada.
Bunyi apa yang mereka dengar?
"Kau masih nampak ke jejak tapak kaki dia?" Tanya Shah cuba membuang sepi diantara kita.
"Masuk hutan dah tak nampak dah. Banyak jejak sekarang." Nik melihat sekeliling sambil menyuluh tanah. Pada matanya, dia hanya melihat tanah yang berkabus asap hitam dimana-mana.
"Kalau macam tu, kita tak ada clue. Sia-sia masuk weh." Jelas Shah.
"Haaaaaa..."
Serentak kepala mereka berdua menoleh ke arah kanan. Berkat pendengaran dua kali ganda itu, terdengar suara seseorang yang sedang bernafas.
Entah manusia atau makhluk halus.
Dari mata mereka, terlihat satu sosok tubuh tegap dalam kegelapan. Berdiri tegak. Mematung.
"Assalamualaikum.." Shah menegur.
Tiada balasan. Mereka saling berpandangan.
"Shah, aku nak bagitau something ni tapi kau jangan marah." Nik menoleh.
"Apa dia?" Shah berkerut. Jangan buat hal Nik.
"Aku, dah terbatal wuduk."
Entah angin kuat mana yang mencelah perbualan mereka buatkan masing-masing menutup mata.
"Allahuakbar.."
Dia sudah berada di tempat lain. Tepi sungai.
Nik terpinga-pinga. Lampu suluh ditangan disuluh sekeliling.
'Ah sudah.' Nampaknya dia sudah dirasuk.
.
.
.
Shah beriak serius. Nik dirasuk. Saat ini, boleh dilihat Nik sedang bergelut dengan diri sendiri. Rantai dileher Nik sengaja dilepaskan oleh makhluk tersebut.
Nik ketawa mengilai. Dia lantas melarikan dirinya dari Shah. Shah mengejar pantas. Semak belukar diredah. Mujur barang yang dibawa tidak terlalu berat.
Shah tak melarikan pandangannya. Bersyukur dirinya bahawa cahaya bulan membantu dirinya meski saat ini terlihat banyak makhluk halus yang cuba menghalang dirinya mendapatkan Nik yang dirasuk.
"Berambus." Mata Shah bertukar hitam. Kesemua makhluk lari ketakutan. Gerun dengan aura yang dikeluarkan Shah.
Ya, dia mempunyai sesuatu yang pastinya menakuti semua makhluk rendahan.
Nik masih dikejar. Saat keluar dari hutan, mereka akhirnya tiba di sebuah bangunan terbengkalai. Suram dan seram sudah pasti.
Nik tiba-tiba berhenti. Berpusing-pusing ke belakang. Menatap Shah bersama wajah hodoh Nik yang berubah dek dirasuk.
"Keluar kau dari badan dia." Shah buka bunga-bunga silat. Tempat yang sesuai untuk membakar makhluk tersebut.
"Kekuatan yang diberi oleh bangsa kami, seharusnya kau berpihak pada kami manusia." Ujar makhluk yang merasuk Nik.
"Kekuatan ini diberikan oleh Allah SWT. Aku menggunakannya di jalan Allah. Engkau makhluk hina suka bercakap kias dan mengumpan ku ke lembah neraka. Aku tidak tertipu seperti manusia lain." Balas Shah dingin.
"ARGHHHHHH!" Makhluk itu bengang, tidak berjaya memanipulasi Shah yang kuat imannya.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
Shah bersiap, makhluk itu mulai menyerang.
.
.
.
Nik berjalan sekitar sungai, dia menyedari ada bangunan terbengkalai di seberang sungai. Namun bukan itu yang menjadi tanda tanyanya. Ada sebuah pondok kayu yang tersergam di sisi sungai itu.
Nik berdiri disana. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa pelindung pemagar diri. Lantas, air yang dibaca surah pilihannya di bawa keluar. Dibaca dan direnjis sekitarnya.
Waktu itulah, terdengar raungan nyaring kesakitan.
"Nek Bedah.."
Sekujur tubuh terbaring di dalam pondok itu memperlihatkan tubuh Nek Bedah. Tidak tunggu lama, dia mendekati tubuh Nek Bedah yang sedikit kurus.
Saat menyentuh Nek Bedah, sekilas sebutir ingatan masuk memperlihatkan situasi dihadapannya.
Ada seorang, pemuda lelaki? Memukau Nek Bedah dari jauh. Jelas ia menggunakan ilmu sesat.
Nek Bedah dikurung cukup lama atas sebab yang dia tidak tahu. Membunuh? Tidak juga, pemuda itu memberikan makanan setiap hari. Apa motifnya?
'Siapa lelaki ni? Dia tahu guna ilmu pukau?'
"Wan..."
Nik tersedar. Ingatan yang masuk dalam mindanya tadi terus menghilang. Nik lantas memagar seluruh pondok dengan garamnya. Surah pilihan dibaca.
Nek Bedah didekati lalu dibacakan surah Rukyah dan surah Kursi. Tangannya disarung dengan sarung tangan getah hitam. Dia memegang kepala Nek Bedah. Kunci untuk keluar dari alam itu.
"Allahu la illaha illa Huwa, Al-Haiyul- Qaiyum..
La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati was ma fil-'ard
Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi..
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khaifahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima Shha'aWasi'a kursiyuhus-samawati Wal ard,
Wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyil-Azheemmm!! ALLAHUAKBAR!!!"
.
.
.
"Nik!"
Shah mendekat. Saat dia bertarung dengan makhluk tersebut, Nik tiba-tiba pengsan.
"Nik, bangun Nik." Shah keluarkan air bacaan mereka. Penutup botol dibuka dan air itu disapu pada wajah Nik.
"Haaa!" Seakan lemas, Nik tersedar akhirnya. Seakan lari marathon, dia terlihat semput. Nik menarik nafas dan menghembus kasar nafasnya.
"Nik, Alhamdulillah. Kau okey tak?" Shah bertanya.
"Aku okey. Shah, aku jumpa Nek Bedah. Mari ikut aku." Nik tak tunggu lama, tak hiraukan dirinya yang belum sepenuhnya mengembalikan tenaga dalamannya, dia menarik Shah sekuat hati.
Saat mereka pergi seberang sungai melalui jambatan kecil, akhirnya mereka tiba di sebuah pondok. Namun pondok itu dikunci dari luar.
"Kunci? Tadi aku masuk tak kunci pun." Nik keliru.
"Kau kat alam lain Nik memanglah. Jadi Nek Bedah ada dalam ni ke?"
"Haah."
Tak tunggu lama, Shah ambik batu sebesar lengannya. Memecah mangga itu dengan kuat. Tak sampai lima minit, mangga itu rosak dan terbuka.
Pintu ditolak. Seperti dikatakan Nik, Nek Bedah ada di dalamnya.
"Alhamdulillah. Kita berjaya." Nik tersenyum lebar. Shah ikut bersyukur.
.
.
.
.
.
Sampul putih berisi duit disua dihadapan Nik dan Shah. Nik dan Shah yang baru sahaja pulang dari sekolah sudah dijemput kereta bercermin gelap. Rupanya klien mereka berdua.
"Puan, macam tebal je isinya? Puan bagi berapa?" Nik terkebil-kebil, sempat mengukur pulak sisi sampul tu.
Buat lawak pulak Nik ni.
"Aku tak sangka agensi Pemburu agama mengambil anak muda untuk membantu kes aku. Disebabkan tempoh kontrak diberikan masih agak panjang, tapi kau berdua telah selesaikannya dengan cepat." Ujar wanita itu seraya tersenyum manis dan agak terlihat sangat kaya.
"Kami cuma mencuba." Ujar Shah pula.
"Ya, berkat kau berdua beban aku dah hilang. Jadi, siapa pemuda yang mengurung bonda aku?" Tanya wanita itu pada Nik.
"Erm, saya tak berapa sure. Tapi nama dia Wan, dia yang pukaukan Nek Bedah ke hutan." Jelas Nik buat riak wajah wanita itu berubah.
"Ini?" Wanita itu mengeluarkan satu gambar dalam dompetnya. Lantas ditunjukkan pada Nik.
"Ya, dia." Laju Nik mengangguk.
"Hmmmm, terima kasih sekali lagi. Urusan kita dah selesai." Wanita itu bangkit dari duduk. Namun, sebelum dia pergi, sempat dia berkata sambil tersenyum senget.
"Oh ya, aku pelanggan tetap agensi Pemburu agama kau berdua. Mungkin kehadapan nanti, aku akan menyewa kau berdua lagi." Ujarnya lalu pergi.
"Pelanggan tetap?" Nik menutup mulut.
"Menyewa kita ya?" Shah mengambil sampul putih di atas meja.
Dua ribu. Masing-masing dapat 1K.
"Hmm, berbaloi dengan kerja kita." Shah menyimpan duit mereka. Ni kalau keluarga mereka tahu, kena soal mereka. Baik mereka habiskan duit tu.
"Wah, aku rasa makin bersemangat do nak buat misi seterusnya." Nik tersengih gembira.
"Nampaknya kita kena beli perlengkapan lagi bagus dari sebelumnya." Shah mengangkat kening.
"Jom shopping!" Nik menjerit suka.
.
.
.
.
.
Wanita tadi tersenyum melihat gelagat dua anak seiras itu dari dalam kereta bercermin gelap.
"Manalah Danny dan yang lain kutip dua anak tu." Ujarnya tersenyum pasrah. Jelas Danny benar-benar memaksudkan yang mereka berdua mampu mencari bondanya.
"Puan Hartini?" Pembantunya di hadapan memanggil.
"Hm, kita pergi balai sahaja. Ikhwan dah melampau. Entah bomoh mana dia belajar main ilmu hitam bagai. Tsk!" Hartini berang mengingat adiknya itu.
"Tapi, dia tak apa-apakan bonda Puan." Pembantunya serba salah.
"Kali ni aku tak kan lepaskan dia, dah dua kali dia cuba ugut bonda dengan cara ni. Ingat bonda terima perangai dia? Disebabkan harta pewaris dia jadi tak betul. Ilmu hitam? Dia ingat dia bomoh!?" Hartini meledak marah.
"Puan sabar puan. Kalau begitu, kita gerak ke balailah." Pembantunya berserah. Terpaksa menerima permintaan Puan Hartini.
Kes pertama. [Selesai]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro