Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 [ Melur ]

Seminggu sudah berlalu. Tiada apa yang berlaku.

Petang itu, Shah duduk termenung di sudut rumah, merenung jauh ke luar jendela. Dirinya yang lebih suka bersendirian menjadikannya sukar untuk bercampur gaul dengan penduduk kampung. Berbeza dengan Nik, yang dalam sekejap sahaja sudah berjaya mendapatkan teman-teman sebaya dan kini sedang asyik memancing di jeti.

Tok Deruma pula keluar sejak pagi, katanya ada urusan perniagaan di hujung kampung. Maka, tinggallah Shah seorang diri di rumah bersama Melur.

Shah menghela nafas panjang. Hatinya sedikit gusar. Selama ini dia tidak pernah merasa resah hanya kerana berduaan dengan seorang gadis. Dia teringat waktu dia membawa Marina ke rumahnya dahulu, meskipun ada abang Marina, Mikhail, yang berlagak seperti hantu penjaga, dia tidak pernah rasa segugup ini.

Tetapi dengan Melur, kenapa perasaannya berbeza? Debar di dada sukar untuk dikawal.

“Shah?”

Satu suara lembut memecah lamunannya. Shah tersentak dan segera menoleh ke muka pintu. Di situ, Melur berdiri sambil tersenyum manis seperti biasa.

“Mari, kita makan jemput pisang. Melur masak sendiri,” katanya sopan.

Shah hanya mengangguk tanpa sepatah kata dan bangkit perlahan menuju ke beranda.

Di luar, suasana petang cukup damai. Sungai yang mengalir tenang di depan rumah serta keindahan kampung yang disimbah cahaya jingga matahari hampir terbenam mencipta pemandangan yang menenangkan jiwa. Namun, bagi Shah, debaran dalam hatinya langsung tidak surut.

“Melur,” Shah memulakan bicara, cuba mencari topik untuk menghilangkan kekok. “Kau ini usianya berapa, ya? Lebih tua dari aku dan Nik?”

Seminggu itu, Shah dan Nik juga berjaya menguasai beberapa bahasa klasik. Berkat Melur, mereka mampu bertutur dalam bahasa tersebut.

Melur tersipu malu, tetapi tetap menjawab dengan tenang. “Shah, Melur ini masih muda. Baru 13 tahun.”

Shah hampir ternganga mendengar jawapan itu. “Oh...” Dia hanya mampu mengangguk, cuba menyembunyikan rasa terkejut. Sekali-sekala, dia menjeling Melur dari sisi, mengamati wajahnya yang manis.

Namun, setiap kali pandangan mereka bertembung, Shah segera melarikan matanya.

“Shah pula?” tanya Melur, memandangnya dengan penuh minat.

“Aku... Setahun saja tua dari kau.” Shah menjawab perlahan, cuba menyembunyikan kegugupan.

Melur tertawa kecil. Suaranya lembut, namun cukup untuk membuat Shah merasa tidak keruan.

“Shah, aku ingin tanya sesuatu,” kata Melur tiba-tiba. “Kenapa engkau jarang benar senyum?”

Shah mengerutkan dahi, sedikit keliru dengan soalan itu. “Aku? Entahlah. Memang dah biasa begini.” Dia tunduk, memandang lantai kayu rumah itu.

Ada sebab dia tak senyum. Dia dah biasa.

“Kalau kau tersenyum, pasti kau kelihatan sangat kacak,” puji Melur tanpa segan.

Shah mendongak, terkejut dengan kata-kata itu. Mata mereka bertaut seketika, dan jantung Shah terasa seperti hendak melompat keluar dari dadanya.

“Kalau aku tersenyum,” Shah cuba bergurau untuk meredakan suasana tadi, “bukankah aku akan kelihatan seperti Nik?”

Melur tertawa lagi, menutup mulutnya dengan sopan. “Tidak sama sekali. Engkau dan Nik, meskipun wajahnya serupa bak kembar, tapi perangai dan auranya jauh berbeza.”

Shah menggeleng perlahan. “Kami seiras, tetapi kami bukan kembar.”

Melur mengerutkan dahi, bingung. “Bukan kembar? Maksudnya?”

“Kami berasal dari rahim yang berbeza. Ibu dan ayah kami masing-masing adalah kembar, sebab itu wajah kami seiras.” Shah menerangkan.

“Oh...” Mata Melur membulat, tanda dia benar-benar kagum. “Jadi kalian memang tiada pertalian darah?”

Shah mengangguk. “Kami hanya kebetulan kelihatan serupa. Kami sepupu.”

Melur tersenyum kecil, seolah-olah mengerti. “Itulah sebabnya perangai engkau berdua sangat berbeza,” katanya perlahan, matanya memandang Shah dengan lembut.

Shah hanya mengangguk setuju. Memang benar, dia dan Nik seperti siang dan malam.

“Tapi...” Melur tiba-tiba bersuara, memecahkan kesunyian. “Itu juga sebab Melur lebih suka Shah.”

Shah terkaku. Matanya segera menatap Melur, mencari maksud sebenar di sebalik kata-kata itu.

Melur hanya tersenyum kecil, wajahnya merona sedikit kemerahan. “Shah berbeza. Melur rasa...Itu yang buat Melur tertarik.”

Shah tidak mampu berkata apa-apa. Kata-kata Melur tadi terus terngiang-ngiang di telinganya, sementara suasana damai petang itu terasa semakin sunyi. Di dadanya, debaran semakin kencang, dan untuk pertama kalinya, dia benar-benar keliru dengan apa yang dirasakannya.

Shah menelan liur, berusaha menenangkan debaran hatinya yang semakin menggila. Dia berpaling ke arah sungai, berpura-pura menikmati pemandangan, tetapi hakikatnya dia sedang cuba mencari kata-kata untuk menjawab pengakuan Melur.

“Melur...kau ni suka bergurau, kan?” Shah akhirnya bersuara, nada suaranya datar, cuba mengawal getar yang mungkin kedengaran.

“Melur tidak bergurau, Shah.” Suara Melur lembut tetapi tegas.

Shah memberanikan diri memandang gadis di sebelahnya. Wajah Melur yang selalu ceria kini kelihatan serius.

“Tapi... kita baru saja kenal,” balas Shah, separuh berbisik. “Aku pun tak tahu berapa lama aku akan berada di sini. Aku dan Nik, kami...” Dia terhenti, tidak pasti bagaimana mahu menjelaskan situasi mereka.

'Manusia..'

“Melur tahu,” potong gadis itu perlahan. “Kalian berdua tidak berasal dari sini. Tapi, siapa kata kalian harus pergi?”

Shah terdiam. Kata-kata Melur seolah-olah membawa makna yang lebih mendalam. Dia mengerutkan dahi, cuba mencari maksud Melur.

“Melur... apa maksud kau?”

Melur memandang Shah dengan mata yang bersinar redup. “Shah, kampung ini memerlukan lelaki seperti engkau. Seseorang yang tenang, berfikiran jauh. Dan...” Dia tersenyum sedikit. “Melur juga mahu kau tinggal di sini.”

Shah tersentak. Perkataan itu terasa seperti perangkap yang halus tetapi sukar dielakkan.

“Aku tak faham,” kata Shah mengelak, pura-pura tidak memahami niat Melur. “Kenapa aku? Kenapa bukan Nik?”

Melur tersenyum lagi, kali ini dengan ekspresi yang sukar ditafsir. “Nik berbeza. Dia mudah mesra dengan semua orang, tetapi hatinya ringan. Dia tidak akan kekal lama di sini.”

Shah semakin keliru. “Dan kau fikir aku... akan kekal?”

Melur tidak menjawab terus. Sebaliknya, dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke pinggir beranda, memandang ke arah sungai yang mulai memantulkan cahaya jingga matahari terbenam.

“Shah, kadang-kadang bukan kita yang memilih untuk kekal,” katanya perlahan, hampir seperti berbisik kepada dirinya sendiri. “Kadang-kadang, tempat yang memilih kita.”

Shah merasakan bulu romanya meremang. Kata-kata Melur itu terasa seperti amaran yang terselindung di balik nada lembutnya.

“Melur,” Shah bersuara, nadanya tegas. “Aku dan Nik tak boleh tinggal kat sini. Dunia ini...Bukan tempat kami.”

Melur berpaling, dan kali ini wajahnya tidak lagi ceria. Ada kesedihan yang terlukis di matanya.

“Shah,” katanya perlahan. “Engkau pasti itu keputusanmu? Kalau engkau pergi, tidak ada jaminan engkau akan dapat kembali ke sini.”

Shah menghela nafas, tetapi sebelum dia sempat menjawab, bunyi ketukan keras di pintu rumah memecah suasana.

“Shah! Shah!” Suara Nik kedengaran, nadanya cemas.

Shah segera bangkit dan berlari ke pintu. Ketika dia membukanya, Nik berdiri di luar, wajahnya pucat seperti kehilangan darah.

“Aku ada problem." kata Nik, nafasnya termengah-mengah.

Shah berkerut, menunggu Nik selesai menarik nafas.

"Telefon aku jatuh dalam tasik!"

Shah tutup mata. Geram dan sabar dengan sikap Nik buat orang suspens!

Nik tersengih-sengih. Dapat juga kenalkan Shah.

"Pinjam phone kau, nak ambik gambar."

Shah menggeleng kepala.

"Dah habis battery."

"Alah.."

Shah tersenyum sinis. Tadi dia kena prank, kena balik kat Nik.

"Pergila memancing." Halau Shah lembut. Dari beranda rumah itu, boleh dilihat jeti dari jauh.

"Yela." Jawabnya sedikit sedih.

Lantas tangannya sempat mengambil satu dua keping jemput Pisang lalu di letakkan di dalam mulutnya.

"Aku pergi dulu."

Shah menggeleng kepala. Melur melihat tadi tertawa kecil. Gelagat tak ubah adik dan abang.

"Melur, aku nak mandi dulu," kata Shah mengangkat punggung.

Lupa terus perbualan mereka.

"Ya? Tunggu bentar," balas Melur, lalu berlari ke dalam biliknya. Sebentar kemudian, dia kembali dengan membawa sepasang baju lusuh yang kelihatan sederhana tetapi menarik.

"Pakai ini. Orang kampung tidak memandang kalian jika mengenakan pakaian ini," ujarnya sambil menghulurkan baju itu kepada Shah.

Ada empat pasang kesemuanya. Mungkin dua lagi untuk Nik. Patutlah seminggu itu dia sering melihat Melur menjahit.

Shah mengangguk, terharu dengan perhatian Melur. "Terima kasih, Melur. Kau baik sangat kat kami."

Dia memeriksa baju yang dihulurkan, terpesona dengan sulaman dan jahitan yang sangat kemas.

"Cantik, macam mana kau boleh buat macam ni?" tanya Shah, rasa ingin tahunya akan baju yang kelihatan unik di matanya. Tidak pernah terjual jika di zamannya. Karya seni halus yang kuno namun sangat menarik!

"Ah, itu hanya kemahiran biasa. Semua gadis di kampung ini belajar menjahit sejak kecil," jawab Melur dengan senyuman manis. “Kami menghargai seni dan tradisi kami.”

Shah mengangguk faham. " Terima kasih Melur, aku hargai sangat. Kampung ni, banyak yang unik ya?"

Melur melihat Shah dengan penuh minat. "Jadi, kau rasa nyaman di kampung ini?" Tanyanya tiba-tiba.

"Aku cuba menerima." Jawab Shah, merendahkan suara.

"Mau ikut aku jalan-jalan malam ini Shah? Bisa kita melihat suasana kampung pada waktu malam."

Shah terjeda.

'Date?'

"Hmm, baiklah. Aku mandi dulu."

"Terima kasih Shah. Oh iya, jangan lama-lama. Air perigi itu sangat menyejukkan. Dan selepas itu, kita bisa pergi berjalan-jalan di sekitar kampung," Melur mengajak, matanya berkilau penuh harapan.

Shah mengangguk. Wajahnya tidak memaparkan sebarang emosi namun, dalam hatinya sangat segan dengan keramahan Melur.

"Apa aku buat ni.." Shah meraup wajahnya. Kesal. Boleh pulak dia terima tawaran Melur untuk keluar selepas ini.

Setelah selesai, Shah keluar dari tempat mandi, mengenakan baju lusuh yang diberikan Melur. Dia memeriksa penampilannya yang baru. Baju itu terasa nyaman dan sesuai dengan suasana kampung.

Ketika melangkah keluar, Melur sudah menunggu dengan senyuman menawan. "Engkau kelihatan hebat, Shah!" katanya teruja, membuatkan wajah Shah memerah meski tidak ada senyuman di wajah itu.

"Terima kasih, Melur. Kau pun, cantik," balas Shah, tidak mampu menahan rasa kagumnya.

Ya, Melur sangat cantik. Berbeza pakaiannya. Sangat indah dengan selendang merah di kepala. Tampak, seperti anak dara yang anggun.

Melur tertawa kecil, matanya bersinar. "Mari, kita pergi."

Shah akur. Pelik kenapa dia tidak menolak. Atau lebih tepatnya, dia seakan dipukau.

'Aku tengah date ke ni?' Soalnya lagi pelik pada diri sendiri.






Bersambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro