3 Dendam
"Kau rasa pocong berjalan tak Shah?" Nik keluarkan soalan merapu sambil sedap makan sate.
"Kau rasa dia boleh lepaskan ikatan kat kaki dia?" Shah pula ikut bodoh menyoal Nik. Sate ditangan tak jadi dimakan. Ikut berfikir.
"Emmmm, selalunya tali ikatan kat jenazah memang dibuka sebelum masuk liang lahad dalam kubur." Ragu-ragu Nik menjawab. Betul ke tak eh?
"Ikut kaulah nak cakap apa, yang penting aku dah pagar kawasan perkhemahan ni. Jangan salah satu di antara kita dirasuk, aku tak nak buang tenaga." Ujar Shah menggigit sate nya.
"Shah, kalau kita tendang dia, agak-agak dia lompat ke berlari?" Soal Nik tersengih.
"Uhurk!"
Tersedak Shah. Lantas Shah tepuk dadanya, ketulan daging yang menyumbat di kerongkongan berjaya dikeluarkan. Nik menyengih tak bersalahnya.
"Kau jangan nak mula dulu eh, lebam sebelah biji mata kau nanti." Ugut Shah lantas pergi dari situ. Malas peduli Nik yang merapu apa entah lagi. Kalau makin berlama duduk sisi Nik, dia pun ikut bodoh.
Sekumpulan pelajar yang sedang berborak didekati.
"Shah, marilah lepak sini. Korang berdua asyik date berdua je." Ujar si ketua kelas, menepuk bahunya.
"Hah? Siapa nak dating dengan mangkuk ayun tu?" Soal Shah buat muka jijik. Dengan Nik? Loyar buruk banyak tuh!
"Hmm, cakap pasal korang berdua ni, okey ke pindah sekolah baru? Bandar pulak tu." Tanya si penolong kelas.
"Kitorang okey je, kenapa korang tanya?" Datang Nik mencelah. Senyuman yang melebar itu menjelaskan bahawa dua orang bermuka iras itu senang di ketahui oleh sesiapa pun disana.
Si Nik yang ceria dan Si Shah yang dingin.
"Lagipun, dah lama jugak duduk kampung. Tak salah bersekolah bandar ikut family masing-masing. Takkan selamanya kitorang menyusahkan tok Ma" Ujar Shah pula. Kayu diambil dan menjolok unggun api.
"Tok Ma halau kitorang.." Nik memuncung sedih.
Rakan sekelas yang mendengar cerita mereka tertawa. Siapa tak kenal Tok Ma? Orang tua paling comel dalam kampung mereka dan paling suka bersedekah pada orang yang susah.
"Nanti raya, jangan lupa balik kampung. Kitorang ni bukan budak bandar, jadi jangan sombong pulak." Celah rakan sekelas yang lain.
"Korang semua je yang dah biasa perangai pelik kitorang selama tiga tahun ni, kenapa nak sombong." Nik simpul senyum kecil.
"Siapa pelik? Si pesilat handal dan berkemampuan berkomunikasi dengan makhluk halus? Itu bukan pelik bagi kami, itu hebat." Ketua kelas memuji.
"Memandai je kau." Nik tolak bahu si ketua kelas. Tak suka dengan gelaran itu.
"Tapi kami pun ada kelemahan, kami mudah dirasuk." Sambung Shah. Bergantung dengan doa, kekal berwuduk dan surah pelindung adalah senjata terbaik mereka saat ini.
"Kami ni, beban orang kampung. Tak sanggup nak menyusahkan orang kampung lagi. Cukuplah dengan korang pun asyik cari kami masa hilang dekat sekolah. Kami sendiri serik." Luah Nik.
"Kitorang ni, problem." Tambah Shah menggeleng kepala.
Keadaan menjadi sunyi. Sedih bila bukak topik sesi luah meluah ni. Semua jadi sendu pulak.
"Kami, ada buat sesuatu sebagai hadiah perpisahan.." Si penolong kelas memecah kesunyian.
Nik dan Shah angkat kepala.
Dua utas rantai yang mempunyai kristal cantik berhablur garam di dalamnya. Shah berwarna hitam dan Nik berwarna putih. Masing-masing mendapat rantai yang sama kecuali warna yang berbeza.
Di tengahnya ditampal nota perpisahan.
"Apa ni?" Shah kebingungan.
"Ini, buatan kami sendiri. Segala surah, zikir dan doa kami tanamkan dalam garam yang dikristalkan. In Sya Allah, korang lepas ni tak dirasuk. Ni bukan tangkal tau, ni hadiah perpisahan kami." Ujar si ketua kelas.
"Wah, kreatif do korang." Jawab Nik ceria, entah macam mana air matanya mengalir. Terharu dalam sedih? Rantai itu diterima dengan hati yang sesak.
"Ya Allah Nik, kau tak payah nangis bagai." Si ketua kelas ikut bersedih. Kawannya dipeluk.
Kerana situasi tersebut, separuh kelas ikut menangis. Perpisahan yang pastinya menimbulkan banyak kenangan buat mereka.
"Gila kitorang tak bersedih. Lapan tahun kot, dari sekolah rendah sampai form 2 ni korang semua je sanggup berkawan dengan kami berdua." Shah menggenggam rantai tersebut. Matanya sedikit merah dek menahan air matanya.
"Kalau kitorang tak hilang masa tu, kitorang mesti jadi budak normal macam korang. Kitorang cemburu weh." Luah Nik sambil menangis. Ada sisa tawa sedikit di tangisannya.
"Dah, dah. Kitorang tak kan putus kawan semata-mata sebab tu. Kitorang faham apa yang berlaku." Pujuk ketua kelas.
"Terima kasih. Kitorang pasti akan balik, Ijan.." Janji Shah.
Ijan, si ketua kelas mengangguk mengiakan.
Ijan menepuk belakang Nik. Berharap kawannya itu tidak bersedih. Setelah semuanya bertenang, Nik kembali ceria.
"Nurul, kau tak nak confess dekat aku ke? Aku dah nak pindah dah ni." Gurau Nik seraya tersengih, hingus di hidung di lap. Air mata dikesat. Sengaja buat lawak sebelum berpisah.
Nurul si penolong kelas menarik muka dengan jijik.
"Siapa suka kau gila?"
Tawa mereka semua bersatu.
.
.
.
Tiga pagi.
"Okey, aku pergi tendang pocong tu. Kau pergi bukak tali dekat kepala dia. Macam mana?" Nik soal dengan sengihnya.
"Kau ni, tak habis-habis dengan plan tadi?" Shah menguap. Lampu suluh ditangan disuluh pada taburan garam dan air yang dibaca surah pelindung. Banyak juga senjata pelindung diri.
"Kenalah. Banyak-banyak setan, setan ni je suka sakat kita. Kita kena balas dendam." Nik menegaskan. Penumbuk sulung dikepal geram.
Masih ingat lagi, tika dirinya diusik pocong itu setelah selesai latihan silat, dia lari tak cukup tanah sebab berfikir hantu bungkus itu merangkak kejarkan dia.
Sudahnya dia fake hope, rupanya pocong tu tak kejar. Berdiri tegak je sambil tenung dia macam dia tengah buat show bogel dekat situ, nak je dia cucuk mata pocong tu.
Sempat jugak dia pergi baling selipar dekat kepala pocong tu pada malam kejadian tersebut sebelum balik rumah dengan puas hatinya.
"Oh, ni kau nak cakap kau nak tinggalkan kenangan lah ni?" Shah tengah blur pagi-pagi tu. Memang dia mamai ikut segala rancangan rosak plus gila si Nik. Tak pernah dibuat orang.
"Yes." Semangat pulak Nik bila tengok Shah terangguk-angguk. Excuse me, bukan angguk setuju! Tu dah tersengguk-sengguk ngantuk!
"Cepatlah." Nik heret Shah keluar khemah. Pelajar lain dah sedap beradu.
Shah ikut. Dengan mata separuh buka, dia ikut jejak Nik masuk hutan belakang tapak perkhemahan mereka.
"Rantai ni ada. Jadi kita tak mudah dirasuk sebab kita dah siap pakej wudhu dan doa pelindung." Nik tersengih licik.
Shah tak cakap banyak. Matanya yang kuyu dibuka mencari sosok hantu bungkus.
Terasa sesuatu jatuh mengenai bahu, lekas diambil selamba.
"Tadi dia ada, mana dia pergi ek?" Nik garu kepala. Kiri kanan kepalanya dibawa melihat sekeliling.
"Tali ni nak buat apa weh?" Shah berkerut. Tali ditangan disua pada Nik. Tak tengok pun.
"Bila masa aku bagi tali?" Nik kepelikan menoleh dan melihat.
Alangkah terkejutnya apabila dilihat ular hijau yang bergeliang-geliut di tangan Shah.
"ARGHHHHHH!" Jeritan Nik buat Shah membuka selebar-lebar matanya. Hilang terus kantuknya.
"Weh bodoh! Asal kau tinggalkan aku!?" Marah Shah apabila perasan Nik dah gerak dulu.
Sempat member lambai siap cakap pape roger. De f*cklah!
Ular ditangan terus dibaling jauh. Kelibat Nik melarikan diri dikejar.
"Mana tapak kita weh!?" Nik buntu. Kiri kanan mencari tapak perkhemahan mereka. Cemas.
"Jap, apa motif kau lari tadi? Ular daun je kot." Shah tarik nafas dalam-dalam. Semput jap.
"Saje, nak bagi kau cergas balik. Hehehe."
"Mu bod* la."
"Tapi sebelum tu, kita dah sesat. Aku rasa tadi sini tempat kita masuk." Nik tercium sesuatu. Wangi? Eh? Bulu romanya naik. Sah ada yang tak kena.
"Kita dah sesat, ada setan ganggu penglihatan kita." Ujar Shah, dia masih berfikir dengan tenang saat ini.
"Bodohlah! Aku nak pocong tu je, bukan hantu lain." Ucap Nik lalu tertawa geram. Nampak psycho pulak.
"Hantu lain? Mak cik langsir ke?" Shah berkerut suluh dekat pokok tinggi. Dia perasan sesuatu.
Terus kepala Nik ikut melihat ke arah yang dimaksudkan. Setelah melihat wanita hodoh berbaju merah, terus membutang mata Nik.
"Tu bukan langsir bodoh! Tu langsuir!" Marah Nik dalam masa yang sama menarik Shah jauh dari situ.
Langsuir berbaju merah berbahaya. Mereka jenis pendendam dan pembunuh. Tak kira budak-budak ke tak, mereka tak kan tinggalkan mangsa.
Langsuir tu! Terbang kejar mereka!
"Kau pergi baca Al-Fatihah sepuluh kali dan tiga kul. Aku akan cari surah untuk keluar pagar sesat ni. Kali ni, kita boleh keluar." Nik tertawa seronok.
"Boleh pulak kau gelak masa-masa macam ni." Shah meraup wajahnya. Bagi hilang ngantuk sat.
"Tak, aku tengah membayangkan lagu ni. Berlari berkejaran, lupakan segala duka ~ "
Shah ketap mulut, tak boleh gelak. Nanti Nik jadi makin gila. Tak tahu nak serius ke nak gelak. Fikiran dia pun teracun dengan lirik lagu tersebut.
....
Mereka berhenti. Cukuplah bermain kejar mengejar. Penat.
Shah dan Nik saling membelakangi antara satu sama lain. Nik tutup mata, mencari pagar sesat dengan ilmu batin yang dipelajari. Shah pula melindungi mereka berdua. Botol garam yang dibekal, terus ditabur membentuk bulatan.
"Hihihihihihiihi.." Langsuir yang terasa kemenangan mengejar dan mula menerkam.
Namun kerana dinding garam, langsuir itu terlanggar dinding ampuh dan terpelanting jauh. Keadaan terselamatkan.
"Allahuakbar.." Shah telan air liur bila tengok si mak cik langsuir bangkit. Kali ni, merangkak dengan tubuh terbalik! Mengelilingi mereka seakan harimau hendak membaham mangsanya!
"Uihh, berbulu mata aku tengok. Cepatlah Nik." Shah gesa Nik. Sambil itu, terkumat-kamit mulutnya membaca surah Kursi dan seribu dinar. Surah pelindung dan senjata.
Cik langsuir mengilai sakit. Mengundur jauh dengan surah dibaca Shah. Sakit mestilah bertukar pedih. Mengilai pastinya bertukar menjadi raungan.
"Aku dah jumpa jalan keluar." Nik akhirnya bersuara. Mata dibuka menoleh arah kanan. Lekas, dia tarik Shah dan terus lari tak toleh belakang lagi.
Ya, syarat keluar dari pagar sesat adalah jangan menoleh ke belakang.
.
.
.
.
.
Saat tiba, keheningan sejuk pagi mula terasa mencengkam kulit badan.. Bunyi azan subuh sayup-sayup kedengaran.
"Dah agak, kita masuk alam lain." Nik tersengih kepenatan. Lantas jatuh terbaring di lantai tanah.
Kalau masa berjalan cepat, tahulah mereka berada di alam lain tadi.
"Ni semua salah kau." Shah ikut baring sebelah Nik. Tak dihiraukan mereka yang sudah kotor bermandi lumpur tanah dan peluh masam.
"Apa pulak salah aku, aku tahu kau pun nak balas dendam."
"Balas dendam? Aku rasa pocong tu pun tengah gelakkan kita sekarang." Shah menghela nafas geram.
Nik tertawa. Nampaknya tak sempat buat kenangan dengan pak cik bungkus.
"Korang! Allahuakbar!" Ijan mendekat. Nampak semua rakan sekelasnya muncul bersama wajah risau.
"Aduh korang ni, mesti buat masalah lagi kan?" Nurul perasan Nik tersenyum-senyum kambing.
"Bukan aku." Shah melarikan wajahnya dilihat rakan sekelas.
"Dua kali limalah." Ijan ketuk kedua-dua kepala mereka.
"Sakit." Shah tersenyum kecil. Nik menyengih tak bersalahnya.
"Dah, jom kita mandi sungai. Pagi-pagi ni sedap mandi sejuk-sejuk." Ajak Ijan memecah suasana janggal tersebut. Kebiasaan dua orang seiras bukan kembar itu ialah, mereka suka cari pasal dengan hantu. Dah biasa sangat.
"Jom!" Nik bersemangat.
"Weh, bagi aku tidur dulu.. Huarghhhh."
"Ah takde-takde."
.
.
.
.
"Kau rasa hantu takut garam tak Nik?" Soal Shah tiba-tiba.
Nik memusingkan kerusinya menghadap Shah. Jarinya diletak ke bawah dagu. Tingkahnya serius.
"Garam kasar ke garam halus?"
"Pala otak kau, boleh pulak kau serius dengan muka macam tu?" Shah bengang. Komik ditutup kasar.
Nik tertawa.
"Kenapa dengan garam? Kenapa bukan air?" Soal Nik ikut pelik dengan soalan Shah.
"Sebelum ni, abang Danial guna garam buat pagar." Shah ingat kelebihan pemuda itu. Ada sesuatu yang mengusik dirinya.
"Garam? Kau lagi gila dari akulah, kau nak baling garam dekat sekolah? Nak satu sekolah tau kau gila? Hahahahaha. Aku rasa air lagi normal." Nik tertawa, tak boleh bayang Shah bawak garam dan renjis-renjis satu sekolah.
"Woi!"
Nik tersedar. Terus dia sentuh rantai dekat dadanya di dalam baju sekolah secara spontan.
"Kau termenung apa tu?" Shah datang dekat.
"Aku teringat kenangan kita masa pertama kali nampak hantu sama-sama." Nik tertawa kecil.
"Hah? Kita tak perlu buat semua tu dekat sekolah baru kita." Shah bercekak pinggang, menghadap bangunan sekolah di hadapan mereka.
"Ya, kita tak perlu renjis-renjis lagi." Nik tersengih mengingatkan kenangan mereka.
"Aku rasa malu gila buat semua tu." Shah mengetap gigi. Menyesal pun tak guna. Nik sekadar tertawa.
"Alhamdulillah, kita banyak senjata sekarang. In Sya Allah, sekolah baru ni akan menjadi permulaan kehidupan kita." Nik bersemangat. Senyumannya melebar.
"Ya, Aamiin."
Bersambung.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro