2 Rukyah
Ustaz Syamim mengucap panjang setelah melihat sosok yang mengikuti Shah dan Nik.
"Danial, tolong pagar rumah Ustaz. Khairy, tolong bantu Danial. Danny dan Iskandar, bantu Ustaz ikat mereka berdua di kerusi ni dan tahan jika mereka ingin lepas." Pinta Ustaz Syamim cuba berlagak tenang.
Keempat anak muridnya mengangguk dan melakukan tugas mereka dengan serius. Keadaan agak tegang dimana kedua-dua anak itu mula bertingkah takut akan keadaan sekeliling mereka. Sudah pasti, mahluk itu menyedari.
"Lepaskan aku!" Raung Nik, tapi bukan Nik.
"Ustaz, kenapa dengan anak kami?" Azlan kerisauan. Sampai-sampai sahaja sudah diminta ikat pulak.
"Mereka dirasuk. Mohon kamu berdua jaga pintu diluar." Pinta Ustaz Syamim.
"Allahuakbar.." Izlan mengucap panjang. Dengan lekas mereka akur mengikut sahaja permintaan ustaz Syamim. Mereka berserah.
Keadaan menjadi cemas dan tegang saat terasa angin deras tiba-tiba datang entah dari mana. Kesemua perabot dalam bilik menempatkan mereka menjadi tunggang langgang.
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” Danny menggumam.
Ustaz Syamim memulakan ayat pertama.
"Al-Fatihah.."
"صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ"
Surah yang dibaca diulang tidak takut oleh satu Jin yang menduduki tubuh Shah.
"Hahahaha." Sepertinya jelas mengejek Ustaz Syamim.
"Semua, kursi dan kemudiannya rukyah kedua-duanya!" Arah Ustaz Syamim.
"Bismillahirrahmanirrahim..."
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!" Meraung kedua-duanya kesakitan sebaik mendapat tiga kali bacaan dari Ustaz Syamim dan yang lain.
"Mereka terbakar.." Iskandar tersenyum puas.
Ya, dari sosok kedua-dua mereka, terlihat jelas lembaga di tengah-tengahnya terbakar. Bau hangit menyeruak ke seluruh ruang.
"Jangan bagi mahluk lain rasuk mereka! Lekas buka botol garam sekarang Danny!" Arah Ustaz Syamim lagi buatkan kedua-dua mereka terkedu.
"Hehehehehe.." Sudah terlambat untuk mereka menyedarinya.
"Apakah?" Iskandar menjauh dari kedua-duanya.
Bau yang hangit sedari tadi kini hilang malah bertambah dengan bau busuk yang kuat.
"Nampaknya bukan satu yang menghuni jasad mereka." Gumam Danny namun didengari Ustaz Syamim dan Iskandar.
"Hahahahaha! Jasad mereka milik kami!"
PRANG! Cermin kaca bilik mulai pecah. Entah bagaimana tali yang diikat pada kerusi Shah sudah putus.
Apalagi, Shah yang dirasuk terus keluar dari jendela rumah.
"Ustaz!" Danial muncul bersama Khairy di jendela. Sudah pasti mereka sudah bersedia. Pagar sudah dibuat, jadi Shah yang dirasuk kini sudah terperangkap dari dalam. Tidak dapat melarikan diri membawa jasad Shah.
"Danny, Iskandar! Teruskan membaca dan rukyah Nik, halau ia dan gunakan cara apa sekalipun yang buat segala syaitan dan jin tidak mendampingi dia!" Pinta Ustaz terus terjun keluar dari jendela tingkap yang sudah pecah.
"Iskandar, tahan dia.." Danny menyapu tangannya dengan air botol yang dibekalnya. Mulutnya berkumat kamit membaca surah pelindung dan segala surah yang kuat untuk menghadapi Nik yang ketawa terbahak-bahak.
"Engkau merasuki tubuh anak ini, kenapa?" Danny mula bersoal jawab.
"Hahaha, kau siapa!? Engkau makhluk yang harus dihapuskan! Kenapa aku harus menjawab!? Hahahaha." Suara garau yang bertindih dan bukan suara budak-budak seharusnya.
"Aku hamba Allah." Tanpa sebarang amaran, terus Danny mencekik Nik. Tangannya yang dibasahkan dengan air bacaannya mendapat impak besar.
Nik meraung-raung kesakitan. Roh jahat yang menumpang tubuh Nik mula kelihatan hendak keluar. Saat itu, Iskandar yang menahan tubuh Nik terus menarik paksa roh tersebut dengan kasar.
Kesannya, kesemua roh jahat yang menghuni jasad Nik terus keluar bagai burung kelawar yang diganggu kejutan oleh manusia.
"Allahuakbar!" Is menghentam dengan kalimah suci, lantas membakar mereka.
Nik mendadak pengsan.
Danny pula terus mengunci rapat surah pilihan pada tubuh Nik dengan air yang dibaca. Garam yang sudah lama di dalam poket baju terus membuat bulatan pada tempat kerusi Nik. Membentuk seperti pagar berduri untuk seluruh makhluk jahat yang ingin mendekati.
Iskandar dan Danny bernafas kelelahan dan saling berpandangan. Selesai.
"Kesian sekali, kecil-kecil mereka dah jadi macam ni." Ujar Iskandar mengusap kepala Nik.
"Dan paling penting, lubang hijab mereka bocor teruk. Hijab pandangan mereka, mungkin tidak dapat diselamatkan lagi." Danny menghela nafas kecewa. Dia sangat bersedih dengan nasib yang menimpa kedua anak itu.
"Shah, tubuh dia sangat kuat. Tapi mental dan rohaninya itu tidak sekuat Nik. Pelik, seharusnya mereka menerima impak rasuk yang sama." Hairan Is.
"Mereka bukan kembar Is. Itu yang membezakan kekuatan mereka."
Is mengucap.
"Allahuakbar.."
.
.
.
.
Di hadapan halaman rumah
Terlihat Shah yang dirasuk itu bergelut sendiri di tanah. Terlihat merobek badannya sendiri.
"Ustaz, kenapa dengan dia?" Danial kerisauan, Khairy sedari tadi menutup telinganya. Jeritan dari roh jahat dalam diri Shah seakan memekik tidak mahu keluar.
"Shah sedang bertarung dengan dirinya sendiri, lekas baca ayat kursi."
Halaman yang dipagari, sukar untuk Shah yang dirasuk itu lari.
"Allahuakbar, anak aku.." Lina tiba di tempat kejadian diikuti Luna dibelakangnya.
"Ta-Tak guna, anak ini arghhhh!" Raung Shah.
Badan Shah bergeliang-geliut di tanah. Tanda kesakitan saat Ustaz Syamim mula membaca.
Shah yang dirasuk hendak menyerang Ustaz Syamim. Terbang hendak menerkam. Ustaz Syamim yang tahu segala ilmu persilatan mengelak, dan berjaya menangkap kaki Shah.
Shah dihentam ke tanah. Dirinya ditindih di belakang seraya tubuhnya itu berjaya dikunci.
"Lepaskan!"
"Danial Khairy, pagar!" Arah Ustaz Syamim akhirnya.
Danial dan Khairy dengan tangkas menebar garam sekeliling Shah dan Ustaz Syamim membuatkan mereka terkurung.
"وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!"
Shah mendadak pengsan.
Keadaan yang genting dan sengit kembali tenang. Danny dan Iskandar tiba disana.
"Alhamdulillah." Ustaz Syamim mengucap syukur.
.
.
.
.
.
.
.
Kedua anak yang dibaringkan kini di atas lantai ruang tamu itu dilihat dan dibersihkan.
"Maksud Ustaz?" Izlan masih tidak faham.
"Apakah sebelum ini, mereka pernah membuka sesuatu yang sepatutnya tidak boleh dibuka? Semacam barang ilmu hitam?" Ustaz Syamim ingin tahu.
"Ustaz nak cakap, anak kami guna ilmu hitam?" Luna terkejut. Menggeleng tidak percaya.
"Mustahil. Mereka anak yang polos dan umur mereka masih muda, bagaimana mungkin mereka bermain ilmu hitam Ustaz." Azlan membantah keras.
"Bukan bermaksud saya mereka bermain ilmu hitam, tapi tubuh mereka bersatu dengan sesuatu yang memungkinkan mereka mudah dirasuk. Jika tidak menemukan alasan dan sebab ia terjadi, kami juga sukar untuk menyembuhkan mereka." Ustaz Syamim menenangkan mereka.
Keadaan sunyi.
"Sebelum ini, mereka pernah hilang di hutan." Lina tiba-tiba membuka cerita.
"Hilang?" Danny, anak murid Ustaz Syamim bersuara.
"Mereka dijumpai di hutan tebal belakang sekolah mereka. Hutan tu, belum pernah dimasuk dan masih di dalam aktiviti penguatkuasa. Pihak bomba menemukan mereka setelah dua hari. Apabila mereka sedar, mereka tidak ingat apa yang berlaku, hal yang mereka ingati adalah mereka masuk satu gua disana. Pihak berkuasa telah mencari gua yang dimaksud tapi ia tiada disana." Lina menceritakan tentang itu.
"Bagi kami ia tak masuk akal dan kemungkinan mereka berdua mengalami halusinasi." Tambah Izlan.
"Tidak, ia bukan halusinasi." Danial menyampuk.
"Maksudnya?" Azlan ingin tahu.
"Ia pernah terjadi ke atas saya, iaitu peralihan ruang dan alam lain. Ia satu kelebihan dan juga satu kelemahan. Kemungkinan besar, mereka berdua telah memasuki kawasan makhluk lain." Cerita Danial.
"Ia musta.."
"Memang kedengaran mustahil, tapi ia memang terjadi ke atas mereka berdua. Dunia kita, ada alam lain dan ada makhluk lain yang berkongsi tempat tinggal bersama kita. Jangan lupa, kita juga makhluk Allah." Ustaz Syamim menegaskan.
Mereka sekeluarga terdiam.
"Mereka mungkin telah disesatkan sesuatu di dalam hutan." Iskandar mencelah. Dia menyentuh kedua-dua kepala Shah dan Nik.
"Mereka juga, akan menghadapi hal yang sukar mulai sekarang." Danny mengeluarkan botol pewangi buatannya.
"Kami, tak mampu selamatkan hijab penglihatan mereka yang sudah bocor. Apa yang kami mampu lakukan, hanya menyelamatkan mereka dari terus di rasuk." Ustaz Syamim menundukkan kepalanya, meminta maaf.
"Allahuakbar." Luna menangis, memeluk Lina. Mereka tidak menerima hakikat tentang itu.
"Ustaz, kami akan bayar lebih untuk anak kami. Tolong, kembalikan anak kami sihat semula." Pinta Izlan merayu.
"Ini bukan soal bayaran, ini soal mereka..Yang mampu bertahan atau tidak. Dan, saya tidak mampu lakukan banyak hal, jadi saya serahkan pada anak didik saya." Ustaz Syamim menegaskan.
"Buat masa sekarang, kami akan mendidik mereka berdua. Kes Shah dan Nik, hampir dengan kes saya. Saya akan berusaha untuk buat mereka kembali ceria seperti biasa." Danny menyedapkan kedua hati keluarga kembar itu.
"Terima kasih." Azlan dan Izlan serentak berterima kasih. Syukur ada cara lain untuk buat anak mereka kembali normal seperti anak yang lain. Mereka tidak mahu, anak mereka berubah. Semoga, cara ini tidak mengganggu kehidupan anak-anak mereka.
Apa itu Rukyah
Tujuan ruqyah adalah untuk menyembuhkan penyakit sama ada penyakit rohani mahupun jasmani, penyakit disebabkan sihir, gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya.
Terdapat beberapa kaedah ruqyah yang biasanya digunakan dalam rawatan, namun yang paling utama ialah ia hendaklah selari dengan syariat Islam.
Syarat-syarat Ruqyah Berhasil
1. Niat
Pastikan niat anda betul. Niat untuk menyembuhkan segala gangguan/penyakit yang ada dalam diri menggunakan ayat-ayat al-quran kerana Allah SWT.
2. Yakin
Bacalah ayat-ayat daripada Al Quran dengan yakin, jelas dan kuat semasa dalam proses meruqyah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Menyembuhkan.
3. Konsisten
Seperti rawatan-rawatan lain, proses rawatan menggunakan ayat ruqyah juga perlulah konsisten. Amalkan bacaan yang diajarkan setiap hari dan setiap masa untuk hasil yang positif
Bersambung
Jangan lupa vote ya, kita akan nantikan pengembaraan mereka! Mari semua! Masuk dalam fantasy author ! Hehehe.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro