Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19 Penyondol

Luna menunggu lif di depannya untuk naik ke tingkat Lima. Stetoskop yang berjuntai di jubah hospitalnya terus disangkut di lehernya. Jam tangannya dibelek. Sudah tepat pukul 10 malam, terasa malas dirinya mahu balik ke rumah. Kalau bukan sejak isu suaminya curang, dia tidak akan berkelakuan begini.

Saat pintu lif terbuka luas, seorang gadis berbaju putih lusuh bersama patung teddy bear kecilnya bediri di penjuru lif.

Luna masuk tidak teragak-agak. Punat lif ditekan ke tingkat lima. Bau bunga harum semerbak memenuhi ruang lif itu. Luna menoleh sekilas ke arah gadis di belakangnya, berambut panjang menutupi wajah gadis itu, tidak bersuara dan tertunduk sahaja dari tadi seolah-olah patung kecil di tangannya itu lebih menarik.

"Puan, pelawat ke?" Luna menegur ramah. Namun sapaannya tidak dibalas.

Luna menarik nafas, terasa hati. Namun apabila lif berhenti di tingkat satu, Luna berunsur sedikit ke belakang. Mengira ada orang lain yang akan masuk.

Tiada. Kosong. Tiada sesiapa yang menunggu disana.

Punat lif ditekan kembali.

Saat lif tiba di tingkat lima, lif itu tidak terbuka malah membawanya ke tingkat paling atas. Tingkat 15.

Setahunya tingkat itu masih dalam proses pembaikan dan paling penting punat untuk nombor lima belas tidak ada lansung.

'Eh, kenapa dengan lif ni? Rosak ke?' Soal Luna risau, kut-kut terkandas dalam lif, susah jugak.

Pintu lif terbuka luas. Hanya gelap gelita yang terbayang di hadapan mata. Namun gadis yang selama ini dengannya di dalam lif itu selamba keluar tanpa menoleh ke arahnya.

"Eh puan, buat apa kat tingkat ni!?" Luna bertanya sedikit terjerit. Melihat gadis itu menjauh ke depan masuk ke arah kegelapan.

Pelik, kalau gadis itu pelawat tak mungkin pesakit ditempatkan kat situ. Staff jauh sekali kerana jelas tak pakai seragam atau petugas yang mempunyai kad akses diri.

Gadis itu, sudah hilang dari pandangan. Sunyi dan sepi. Lorong lurus mempunyai katil dan kerusi roda rosak ditempatkan di lorong itu terlihat agak, menyeramkan.

Melihat keadaan itu, Luna mula tidak sedap hati. Punat ditekan-tekan semula namun pintu lif itu tetap terbuka luas.

"Dah kenapa ni?" Cemas Luna melihat angka nombor tingkat itu masih sama. Lima belas.

Tiba-tiba dia mendengar sesuatu. Bisikan-bisikan halus menjadi dekat dan jelas. Tingkat itu sangatlah gelap dan hanya menerima biasan lampu dari dalam lif itu sahaja.

Luna berhenti menekan. Mengecilkan matanya melihat hujung koridor tingkat itu.

Dari jauh, baju putih itu, gadis tadi berdiri disana memandangnya tajam. Luna berdegup pantas.

Tiba-tiba gadis itu bertindak di luar kebiasaan, tubuh gadis itu seakan bergerak tidak normal dan bergeliang geliut ditarik ke belakang, lantas kaki pula sudah terjuntai cacat mengawang di udara. Kepalanya berpusing kebawah lalu matanya bertukar hitam.

"Doktor cari saya?" Soal makhluk itu akhirnya.

Luna terkejut besar.

Punat lif ditekan-tekan laju. Cemas dan ketakutan. Makhluk itu semakin mengawang ke arahnya. Air mata Luna sudah keluar mengakir namun tidak berputus asa menekan. Hampir sahaja! Pintu lif tiba-tiba tertutup rapat akhirnya.

Punat lif tingkat lima ditekan semula.
Telefon bimbitnya berbunyi lantas poket jubah doktornya diseluk.

Suara anaknya Nik di hujung talian. Jantungnya berdegup kencang apabila bumbung lif itu berbunyi kuat bagaikan ada objek besar dan berat jatuh diatasnya. Terhenjut badannya akibat terkejut dan cemas.

"Doktor cari saya?" Tanya makhluk itu lagi. Luna tersungkur jatuh dalam lif. Tidak menjangka makhluk itu akan mengikutinya! Bisikan-bisikan itu bergema di dalam lif.

"Kau siapa!?"

Talian tadi seolah-olah ditelan arus. Antara dengar dan tidak, dia masih mendengar suara anaknya memanggil dirinya.

Luna mematikan talian itu, menanti lif itu membawanya ke tingkat lima. Luna bangkit perlahan-lahan.

Ting!

Pintu lif terbuka luas. Nik tepat menanti di muka pintu lif.

"Ma, Nik jemput mama. Mama tak nak balik ke?" Tanya Nik sambil berpeluk tubuh menantinya.

Lina menarik nafas lega dan menahan pintu lif sambil memerhati bumbung lif itu.

"Mama tengok apa tu?"

Namun baru sahaja Luna hendak keluar dari pintu lif itu, gadis yang sama berbaju putih lusuh berambut panjang dan membawa anak patungnya melintas di hadapannya di belakang Nik.

Luna terkedu.

"Mama okey tak ni?"
"Mama okey." Pantas Luna menjawab. Namun nadanya sedikit bergetar. Wajahnya pucat.

Luna takut. Dia tahu itu makhluk halus. Dia diganggu. Bagaimana dia tahu? Dia yang terlebih dahulu menggunakan lif dan tidak sampai tiga minit sampai di tingkat lima. Sedangkan makhluk itu? Takkan guna tangga kecemasan dan lebih cepat sampai darinya? Mana logik situasi itu?

"Mama, jom balik. Mama nampak macam tak sihat ni." Ujar Nik risau.

Hidungnya, mencium bau busuk Dari dalam lif. Walaupun banyak makhluk halus di hospital itu, namun bau ini sama dengan bau di rumahnya.

Nik mengetap gigi gerahamnya. Marah. Wajah pucat mamanya, tidak boleh menipunya. Mamanya itu, menyembunyikan sesuatu.

.
.
.

Tajam mata Shah melihat adengan di meja hadapannya. Dia yang mengenakan masker bersama topi hitam dan berjaket denim itu merakam segala-galanya.

"You, dah sebulan kita macam ni tau. Kenapa tak jujur je kat Luna?"

"Nantilah Aliya, nanti I bincang dengan Luna. You jangan risau, you akan jadi isteri I jugaklah."

"Eee, janganlah janji je."

"Ye, dah-dah. Makan dulu."

"Tak nak, i nak ke toilet dulu." Ucap Aliya itu, a.k.a penyondol.

Izlan mengangguk sambil tersenyum.

Sebaik wanita itu bangkit pergi, Shah mengekori wanita itu sehingga ke belakang restoran. Pelik, tapi itulah tujuan wanita itu.

"Bodoh! Dah nak habis minyak aku guna. Tak jatuh jugak Izlan ni!" Makinya geram sambil mencari sesuatu di dalam tas begnya.

"Mana minyak ni aduh! Siallah, beribu aku berabis beli benda alah ni, kenapa susah sangat kau ni Izlan! Ni semua salah betina tu, entah pagar apa kau buat dekat rumah kau tu!" Bebelnya tak berhenti-henti.

Sebaik mendapat barang itu, Aliya mengeluarkannya. Membelek botol yang terisi apa entah di dalamnya.

Shah yang memerhati jauh, melihat satu makhluk berbulu halus di seluruh badan. Menjelir lidahnya menjilat wajah Aliya. Aliya malah tidak menyedarinya kerana hijab pandangannya masih terpelihara.

Shah menggeleng kepala. Akhirnya dia sudah tahu kenapa pak ciknya berkelakuan pelik.

Shah keluar dari tempat persembunyian lantas dengan sengaja melanggar wanita itu dari arah belakang.

Botol itu jatuh tergolek ke depan.

"Hoi!"

"Sorry kak." Shah lantas ambil botol yang jatuh itu. Aliya hendak merampasnya kembali namun Shah pantas memasukkannya ke dalam poket.

"Seronok ke guna minyak dagu ni kak?"

"Eh kau, bak sini balik barang aku! Kalau tak aku jerit kau curi barang aku."

"Jeritla kak, saya pun jerit sekali yang akak guna minyak dagu ni dekat lelaki dekat meja tadi."

"Kau stalk aku!?"

"Taklah kak, saya berminat dengan barang akak ni. Saya nak berurusan dengan bomoh akak ni. Boleh?"

"Betul ni?"

"Ye kak."

Aliya keluarkan telefonnya. Nombor bomoh itu diberikan pada Shah.

"Macam mana kau tahu aku guna minyak dagu?"

"Sebab aku tahu." Sebelah mata Shah bertukar hitam. Aliya berundur takut.

"Kau takut?"

"......"

"Bukan kau jugak penunggang agama?" Tanya Shah sinis, matanya kembali normal.

Shah terus pergi tanpa kata apa-apa.

.
.
.
.

Izlan tengok jam. Lama jugak Aliya ditandas.

"Assalamualaikum Bang."

Izlan menoleh. Melihat seorang budak lelaki entah dari mana. Nampak macam sebaya anak dia.

"Waalaikumussalam. Ye dik, kenapa?"

"Bang, boleh tolong saya tak dekat sana? Basikal saya jatuh dalam longkang." 

"Kenapa abang?" Hairan Izlan. Banyak-banyak orang kenapa cari dia?

"Sebab, abang je kacak."

Izlan tertawa. Memandai je budak ni.

"Sekejap je.." Ujarnya.

Izlan terus bangun. Menolong. Entah kenapa, bau wangi pada tubuh budak itu buat hatinya yang gelisah itu terasa tenang.

"Mana basikalnya?" Tanya mereka setelah tiba di hadapan longkang tepi restoran itu.

"Minta maaf ye bang."

Belum pun sempat menoleh, libasan mengenai tengkuk leher Izlan.

Puk!

Tepat belakang leher, Izlan jatuh dalam pelukan Mustaqim.

Mustaqim tengok kiri kanan. Tak ada orang. Terus diheret masuk ke satu kereta putih. Mustaqim ikut masuk sebab nak jaga Izlan di tempat duduk belakang.

"Terima kasih Mustaqim."

Mus tersenyum.

"Sama-sama bang, bukan selalu saya buat kerja ni." Ucap Mustaqim tertawa kecil.

"Oh, dah lama ke berkawan dengan Shah dan Nik?"

"Hmm, lama jugak bang. Kitorang kenal dalam kelab silat."

"Baguslah. Patutlah adik uncle pengsan terus dibuat kamu. Ingatkan kamu pukul dia dulu atau tunggu Shah."

"Takdela, dah siap plan macam ni. Cuma tak expert abang tolong sekali."

"Izlan tu, kembar uncle, Nik anak saudara uncle, tak sanggup tengok mereka berpecah belah.."

"Faham..."

"Kamu tak perlu berabang sangat Mustaqim, dah tua dah uncle." Ucap Azlan tanpa emosi lansung di wajah.

"Tua apanya, nampak muda lagila bang. Tak macam bapak orang. Patutlah perempuan semua usha abang berdua tau." Puji Mustaqim melambung.

Azlan menggeleng kepala.

Pintu sisi tempat duduk depan terbuka. Shah muncul disana.

"Dah dapat, jom pergi rumah Ustaz Syamim dy."

"Jom." Enjin kereta yang sedia hidup itu, terus bergerak ke destinasi seperti dalam rancangan mereka.

Mus diam dibelakang sambil tersenyum buat-buat.

'Susah sangat dua-dua senyum. Saling tak tumpah personaliti diorang ni.'















"Jangan cari masalah dengan aku."

Nik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro