Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 [ Nik ³ ]

Dua pengawal yang menyamar sebagai penduduk kampung berjalan berhati-hati ke belakang rumah Tok Janggut. Melihat tiada pengawal yang berjaga disana lagi memudahkan urusan mereka.

Malam yang sunyi membantu mereka bergerak tanpa disedari. Dalam gelap, mereka menemui penjara buluh serupa sangkar yang disebut dalam laporan mereka sebelum ini.

Di dalam sangkar itu, Nik duduk bersandar, matanya memandang mereka dengan penuh harapan tetapi tidak berkata apa-apa. Dia tahu apa-apa pergerakan atau suara boleh mengundang bahaya.

“Ini dia,” bisik pengawal pertama. “Lekas buka sangkar ini sebelum ada yang melihat.”

Pengawal kedua mendekati penjara buluh itu, memandang Nik dengan teliti. “Hmm… Dia ni tidak nampak seperti orang kampung, benar? Engkau rasa dia dari mana?”

“Dari mana pun bukan urusan kita,” jawab pengawal pertama sambil memeriksa kunci penjara buluh. Yang diikat dengan tali dedaunan tebal. “Kita cuma disuruh menyelamatkan dia.”

Mereka menggunakan pisau mengeratnya.

Pengawal kedua mencangkung dekat dengan Nik, mengerutkan kening sambil mencium udara di sekelilingnya. “Tapi engkau perasan tidak? Bau dia pelik. Macam bau—”

“Diamlah!” Pengawal pertama memotong, matanya tajam memandang rakannya. “Jangan beri pandangan. Tugas kita bebaskan dia, bukan mencari tau tentangnya.”

Sementara itu, Nik hanya duduk diam, memerhati kedua-dua pengawal itu bertengkar perlahan. Matanya sesekali melirik ke arah sekitar, memastikan tiada sesiapa yang datang. Tenaganya sedikit lemah dek berusaha siang tadi untuk melepaskan diri. Untuk berbual, dia terlalu lemah.

“Kalau aku tidak buat pandanganku, engkau tidak rasa benda ini janggal?” Pengawal kedua tetap membantah sambil menggaru dagu. “Dia bau macam ayam di masak goreng.”

Pengawal pertama menghentikan perbuatannya seketika, menoleh perlahan dengan wajah tidak percaya. “Ayam goreng?”

“Iya, serius. Engkau tahu tidak bau ayam di goreng tu bagaimana? Nah, bau dia ni macam tu,” kata pengawal kedua sambil menunjuk ke arah Nik, yang hampir tersenyum tetapi cepat-cepat menundukkan kepala.

Pengawal pertama menggeleng kepala dengan kesal. “Aku tidak percaya aku kena kerja dengan engkau. Cepat buka pintu sangkar tu!”

Pengawal kedua menurut sambil mengeluh perlahan. Dengan beberapa gerakan, mereka berjaya membuka pintu sangkar dan memotong tali yang mengikat Nik. Kain disumbat di mulut Nik dibuangkan. Pengawal pertama menghulurkan tangan.

“Bangun. Ikut kami.”

Nik berdiri tanpa berkata apa-apa, hanya mengangguk perlahan. Dia tahu, lebih baik dia diam daripada menimbulkan keraguan.

Ketika mereka mula bergerak, pengawal kedua tiba-tiba bersuara lagi. “Hei, engkau rasa dia bunian luar, kan? Kalau bukan, bagaimana dia bisa bau seperti—”

“Dah, diam!” Pengawal pertama menyentap, hampir menampar kepala rakannya. “Engkau ini memang tidak tahu berhenti bercakap, kah?”

“Bukan aku saja perasan! Aku rasa, kalau dia bukan bunian, kita patut—”

“Kalau engkau tidak berhenti bercakap, aku yang akan tinggalkan engkau dalam sangkar tu nanti!”

Nik mengikut di belakang mereka sambil menahan tawa. Sungguh pelik, tetapi dalam keadaan tegang, mereka masih sempat bertengkar seperti budak kecil.

“Eh, tapi serius, jika dia bukan bunian, engkau rasa dia bisa makan makanan bunian?”

“Diamlah! Kalau engkau tidak tahu sangat, tanya dia sendiri!” bentak pengawal pertama, jelas sudah hilang sabar.

"Tapi pemaisuri bukahkah sudah mengajar kita mencium bau mer-"

Zingg!

Pisau belati di lehernya. Hampir sahaja. Pengawal pertama betul-betul sudah marah.

Pengawal kedua akhirnya tersengih-sengih membalas. Tidak bersuara lagi setelah hampir menerima hujung pedang rekannya.

Nik hanya berjalan tenang, menyembunyikan senyuman. Mereka akhirnya sampai ke lorong yang gelap, jauh dari rumah Tok Janggut. Pengawal pertama menoleh ke arahnya.

“Dengar sini, engkau selamat sekarang. Tapi jangan terlalu banyak bicara, faham?”

Nik hanya mengangguk lagi. Dalam hatinya, dia bersyukur dibebaskan.

Pengawal kedua menarik Nik untuk berlari, tetapi langkah mereka terhenti apabila seorang wanita muncul dari arah hutan. Wajahnya dikenali. Nik tergamam kerana mengenalinya, Melur. Dengan tenang, dia berdiri di hadapan mereka, bersilang tangan, tetapi senyuman dinginnya membuat suasana bertambah tegang.

“Ke mana kalian hendak bawa dia?” Melur bertanya, suaranya lembut, tetapi jelas menyimpan niat lain.

Pengawal pertama segera melangkah ke hadapan, melindungi Nik di belakangnya. “Ini bukan urusanmu. Kami diutus untuk membawanya keluar.”

Melur menggeleng sambil ketawa kecil. “Membawanya keluar? Di kampung ini, tiada sesiapa yang keluar tanpa izin Tok Janggut. Kalian tahu itu.”

“Kami tidak perlu izinnya,” balas pengawal pertama, tegas. “Tugas kami jelas. Jangan halang kami.”

Melur melangkah lebih dekat, matanya memandang tajam ke arah Nik yang berdiri kaku. “Engkau fikir Tok Janggut akan biarkan pengkhianatan ini? Kalau aku beritahu dia, kalian tahu apa yang akan terjadi, kan?”

Pengawal kedua yang sedari tadi diam mencelah, suaranya cuba bertenang. “Kami tidak mahu masalah. Cuma beri laluan. Kami akan pergi tanpa menimbulkan kekacauan.”

“Masalahnya, kalian sudah menimbulkan kekacauan,” jawab Melur, senyumannya kini hilang. “Tahanan ini…Dia penting untuk Tok Janggut. Kalau kalian fikir aku akan biarkan kalian bawa dia pergi begitu saja, kalian salah besar.”

Pengawal pertama semakin hilang sabar. “Aku beri amaran terakhir. Menyingkirlah.”

Melur berdiri teguh di tempatnya. “Kalau aku tidak mahu?”

Situasi bertambah tegang, tetapi sebelum pengawal pertama sempat bertindak, suara derap langkah terdengar dari arah belakang mereka. Beberapa orang penduduk kampung muncul, berdiri di sisi Melur, masing-masing membawa kayu dan parang.

“Engkau fikir engkau boleh keluar dari kampung ini begitu saja?” kata Melur, kali ini dengan nada penuh keyakinan. “Di sini, kami semua keluarga. Kalian orang luar. Apa-apa yang cuba kalian buat, kami akan tahu.”

Pengawal pertama dan kedua saling berpandangan. Mereka tahu peluang untuk melepaskan diri semakin tipis, tetapi mereka tidak boleh menyerah.

“Kita tidak ada pilihan,” bisik pengawal kedua kepada Nik. “Bila aku beri isyarat, lari sekuat tenaga.”

Melur yang menyedari bisikan itu mendekat dengan penuh percaya diri. “Jangan cuba buat sesuatu yang bodoh. Jika kalian menyerah sekarang, aku pastikan Tok Janggut tidak akan terlalu keras terhadap kalian.”

Nik memandang ke arah pengawal kedua. Dia tahu, apapun keputusan yang dibuat, risikonya besar. Pengawal pertama menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, “Kami tidak akan menyerah.”

Melur tersenyum dingin. “Jika begitu, aku tidak ada pilihan selain memastikan kalian tidak akan keluar dari sini hidup-hidup kecuali, Nik.”

Namun, sebelum Melur sempat memberi arahan, bunyi riuh dari jauh menarik perhatian semua orang. Seolah-olah sesuatu sedang mendekat dengan cepat. Dalam kekeliruan itu, pengawal pertama memberi isyarat kepada Nik.

“Sekarang! Lari!”








Bersambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro