Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 Cari ²

Nik tenung Eton, Eton pandang dinding. Dua-dua membisu. Shah pula bercekak pinggang melihat telatah dua-duanya.

"Macam mana nak settle ni?" Shah akhirnya bersuara setelah lama berdiam.

"Sumpah do, aku ingat dia penunggu." Nik masih berbalah.

"Berapa kali nak cakap, saya bukan penunggu!" Eton masih bersuara geram.

"Eh, dah ni apa? Ni apa?" Nik tunjuk satu-satu. Dari rambut Eton yang kusut masai macam reban ayam sampailah dari baju bundle dalam sampah mana dia kutip.

"Saya beli dekat Cik langsuirlah."

Nik mencebik. Mengarut!

"Dah tu kenapa kau tido dalam tandas!"

"Sebab sejuk, satu rumah ni panas!"

Shah yang selama ini serius tertawa kecil. Beli dari cik langsuir ek? Okey, part tu lawak.

"Jadi, selama ni kau boleh keluar masuk rumah ni?" Shah kembali serius.

"Ya."

"Tapi kenapa rumah Nik?"

"Sebab saya suka view dekat belakang rumah ni." Ujar Eton.

Nik menganga. Muka Eton macam tak jujur je.

"Eh kejap, aku perasanlah, kenapa kau tetiba tukar bahasa panggilan diri ek? First kita kenal aku-kau guna, lepastu saya awak."

"Ye ke?" Eton buat-buat lupa.

"Ke, kau suka aku!? Kau skodeng aku selama ni! Kau hantu stalker!" Ujar Nik terkejut buat mata Eton yang sedia bulat jadi bulat.

'Eh kantoi ke?'

"Woi, aku kat sini lagi. Nak bersawit tu besok-besok jela. Aku nak tau kau ni boleh keluar masuk rumah kan?"

Eton angguk dengan soalan Shah. Nak berapa kali cakap ni? Nik pula berpeluk tubuh, tak suka Shah potong babak klimaks dia. Eeee!

"Jadi, kau tahu setan mana keluar masuk rumah ni?" Soal Shah lagi.

"Ya, sebab ni bukan rumah saya, jadi saya takda hak nak larang." Ujar Eton lurus.

Nik tepuk dahi, Shah tarik nafas kesal.

"Kau tahu tak, keluarga aku kena sihir?" Nik akhirnya kembali fokus.

Mata Eton membulat.
"Sihir? Apa tu?"

'Ya Allah bengapnya dia!' Serentak Nik dan Shah berkata.

"Sihir tu, dia hantar setan-setan atau iblis untuk hancurkan keluarga aku. Kau sendiri tahukan mak bapak aku tak nampak mereka." Ujar Nik.

Eton mengangguk faham.

"Hari tu, saya jumpa dua makhluk serba hitam dekat luar pagar. Rupa dia macam manusia tak kepala belalang. Saya tak kenal mereka jadi saya jalan je masuk rumah. Pastu, semalam saya tengok ada toyol hitam dekat dapur. Pastu, ada jembalang bertanduk kerbau dekat bilik mama dan papa awak Nik. Dekat bilik kerja papa awak pulak, Cik merah, ape name Dia ek, Jin errr tak ingatla nama dia, tapi dia tu suka hasut bapak awak." Cerita Eton panjang lebar sampai Nik menganga Shah untuk pertama kali matanya terbuka besar.

"Pehal kau tak cerita kat aku selama ni!" Bentak Nik tetiba, marah. Bukan marah sebab Eton baru bukak cerita, dah la hantu tu lurus.

Dia marah sebab pagar dia banyak lubang. Ingat satu je. Banyak yang dah masuk rupanya. Pandai betul menyorok.

Terhenjut bahu Eton. Terkejut.

"Sa-Saya, ingat mereka kawan Nik. Macam Nik layan saya." Ucap Eton takut-takut.

Nik tarik nafas dalam-dalam.

"Kau nak buat bila ni?" Shah Tanya Nik.

"Hari ni jugak, tapi sebelum tu..Kena cari kepala siapa yang hantar semua ni."

"Pastu?"

"Aku pusing sihir dia." Nik tersenyum sinis.

Shah diam. Kalau Nik tekad dia tak boleh buat apa dah.

"Dan kau, kalau dah keluar, masuk balik. Kau guna jalan mana sebenarnya? Lubang tu jugak ke?" Tanya Shah pada Eton.

Eton angguk.

"Dulu sebelum Nik buat pagar, saya terkurung. Lama jugak sampai ada satu manusia mana entah korek dekat tanah depan rumah. Saya nampak pagar awak buat terbakar Nik. Er, saya tak nak bagitau sebab saya nak keluar jugak masa tu. Hehehe."

Nik malas nak cakap apa lagi. Dia terasa hati. Benda penting macam ni Eton tak nak bagitau.

"Takpela, benda dah jadi."

.
.
.

Duit dihulur pada Mus. Mus kira. Nik menghela nafas lemah, Shah tengok je.

"Aku tak taula kenapa bomoh sekarang nak duit banyak, tapi pergi kemana duit tu? Rumah pun masih guna rumah kayu." Hairan Nik.

"Hahaha, aku tak taula. Tapi apa aku tau bomoh sekarang cas macam nak pergi jumpa doktor pakar. Dah takde konsep sedekah seiklasnya. Kau nak berubat dengan bomoh ni mesti bayar dulu baru boleh ubat. Bomoh sekarang pun double standard." Ujar Mus selesai kira duit.

Shah sekadar geleng kepala.

Rumah usang buruk nak jatuh itu dipandang mereka.

Banyak makhluk halus yang kecil disana. Namun, apa yang membuat Nik dan Shah tertarik, adalah makhluk berambut putih yang duduk di tepi masuk pintu rumah.

Kukunya terlihat panjang kehitaman. Makhluk itu menyeringai hingga ke pipi dan menampakkan taringnya. Seolah-olah tersenyum kearah mereka berdua padahal ia adalah satu panorama yang menyeramkan.

"Pehal setan tu senyum kat kita?" Bisik Nik
"Entahla, kita pergi hari tu tak ada pula." Shah berseluk poket. Menatap bosan makhluk tersebut.

Mus lalu sebelah makhluk tersebut.

"Ada orang.."

Mus berhenti. Dia tak takut. Namun tertanya-tanya.

"Tapi kami dah ada janji jumpa masa ni Cik Kunti."

Kuntilanak itu mengangguk.

"Tunggu."

Mus mendengus. Boleh pulak setan tu nak pujuk dia bersabar.

"Kau khadam siapa?"

"Bukan urusanmu manusia."

Mus mendengus, dia kembali ke Nik dan Shah. Masam wajahnya.

"Kenapa?"

"Ada orang lain dalam rumah tu." Mus memuncung di rumah bomoh itu.

Nik dan Shah dan berpandangan.

.
.
.
.

"Siapa yang kacau kerja tok?"

"Aku dah jumpa budak-budaknya. Memang celaka, kacau periuk nasi aku!"

Dua bomoh saling berborak itu masing-masing mencari cara untuk hapuskan orang yang hendak kacau periuk nasi tok ketuanya.

"Syamim tu memang tak guna, dia pergi wariskan semua ilmu putih dekat budak-budak tu." Ujar lelaki dipanggil tok.

"Aku boleh hantar dan takut-takutkan mereka." Ucap anak muridnya.

"Aku tau apa aku buat. Biar aku bagi amaran kecil dulu. Kau tunggu je Syamim. Aku tak main-main dalam hal ni. Kau datang kutuk apa aku buat selama ni. Nasihat aku bagaikan kau wali tuhan. Macam kau ada tiket masuk syurga. Kau tengok kalau neraka yang aku miliki mampu bagi kau hidup macam dalam syurga." Ujar lelaki tua itu.

Hatinya sangat sakit dengan Ustaz Syamim. Ditahan-tahan amarahnya selama ini. Namun bila bab masuk periuk nasinya yang selama ini dia guna untuk cari rezeki, dia tak boleh berkompromi lagi.

Tanpa mereka sedar, perbualan kedua-duanya direkodkan Shah dan Mustaqim. Nik? Dia pergi pagar semua hantu dekat luar sana.

.
.
.

Pergi sahaja orang tua itu, Mus masuk jumpa bomoh tersebut. Mus masuk selepas itu.

"Tadi siapa?" Tanya Mus sengaja nak tau.

"Tu tok guru. Aku ni masih dikira anak murid dia."

"Oh, jadi nak kata kau punya ilmu ni tak menjadi? Palsu?"

"Eh tak, saya boleh 'hantar' jugak."

Mus menghidu sesuatu.

"Kau ada hantar kat keluarga ni?" Mus keluar satu gambar.

Bomoh itu melihat teliti. Nampak macam dia tidak tahu.

"Tidak, mungkin tok guru kenal." Ujar bomoh itu menggeleng. Dia keluarkan satu kertas kayu yang terlihat Kotor.

"Ini nama-nama bomoh aku kenal termasuk tok guru aku yang dari atas sekali."

"Jadi, kau tak kisah aku hancurkan satu-satu bomoh yang kau tulis ni?" Soal Mus dingin.

Bomoh itu diam. Memikir lama.


























Bonus

"Siapa guru korang?" Mustaqim tanya benar-benar nak tahu.

"Kenapa nak tahu?" Nik tanya balik.

"Kau nak kenal diorang?" Shah soal.

Mustaqim angguk sambil genggam kedua-dua tangannya. Menunduk menatap meja. Dengan nada bergetar dia membalas.

"Aku nak tengok kekuatan diorang, sangat-sangat."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro