Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 [ Nik ² ]

Kampung Bunian yang sunyi itu tiba-tiba riuh rendah dengan suara penduduk yang berkumpul di sekitar Tok Janggut. Di tengah-tengah kalangan itu, Melur, seorang gadis cantik, pura-pura menangis teresak-esak. Air matanya mengalir deras, mencipta suasana simpati di kalangan penduduk yang tidak mengetahui kebenaran. Nik, sepupu Shah, berusaha keras membela sepupunya yang dituduh merogol Melur.

“Tok Janggut! Ini semua fitnah! Shah tidak mungkin melakukan perkara sebegitu!” Nik bersuara tegas, namun suaranya tenggelam di tengah keramaian yang bersetuju dengan Melur.

“Diam, Nik! Melur adalah gadis yang baik. Tiada sebab untuk dia berbohong,” seorang penduduk kampung, Pak Mat, menyampuk.

“Bagaimana engkau semua boleh percaya dengan satu cerita tanpa bukti? Shah masih lemah selepas pertempuran dengan makhluk semalam! Dia tidak mungkin melakukan perkara keji itu!” Nik menentang, marah dengan sikap penduduk yang cepat melatah.

Melur, yang mendengar semua ini, semakin merenggutkan tangisannya, menambah pilu di hati penduduk kampung. Tok Janggut, To Deruma dan beberapa penduduk bunian yang lain, dengan senyuman licik, mengambil kesempatan di atas keadaannya.

“Cukuplah, Nik! Kami semua tahu apa yang berlaku. Melur adalah mangsa! Dia tidak akan menipu,” Tok Janggut berkata sambil melirik kepada Nik. “Jika kamu terus membela Shah, kamu juga akan menderita.”

Nik mengetap bibir. Sangkanya pergi ke rumah Tok Janggut dan berbincang baik-baik akan menyelesaikan keadaan. Rupanya bertambah teruk.

Baru sahaja hendak membuka bicara lagi, pandangannya berpinar-pinar. Seakan mabuk. Dirinya menahan penangan pening melampau yang tiba-tiba menjengah.

Namun, dia kalah.

Tanpa disedari oleh Nik, dia telah diminumkan sesuatu oleh Tok Janggut yang mengakibatkan dia jatuh pengsan akhirnya.

"Kau masukkan apa dalam minuman dia!" Marah Shah dengan melihat sekilas air yang di berikan pada mereka.

Keadaan ini membuatkan Shah berang dan ingin bangkit untuk melawan, tetapi tubuhnya masih tidak kuat. Dia masih lemah akibat pertempuran sebelum ini.

“Jangan sentuh Nik!” jerit Shah, tetapi tiada yang akur apabila beberapa penduduk kampung menahannya.

Shah dipisahkan dari Nik dan ditangkap, kedua-duanya ditempatkan di tempat yang berbeza. Nik dipenjarakan dalam penjara buluh dibelakang rumah Tok Janggut, manakala Shah diikat di tiang rumah Tok Janggut.

Selepas itu, kedatangan Ratu Bunian ke rumah Tok Janggut disambut dengan penuh kesenangan. Tok Janggut, yang berpuas hati dengan kedatangan Ratu, mula membincangkan tuduhan terhadap Shah.

“Ratu, saya bawa ufti emas seperti yang dijanjikan. Namun, ada satu perkara penting yang perlu kita bincangkan,” Tok Janggut berkata dengan suara merendah. “Anak muda ini, telah merogol Melur. Penduduk kampung setuju untuk menikahkan mereka berdua.” Tanpa memperkenalkan Shah.

Ratu Bunian, seorang wanita berwibawa, merenung tajam ke arah Shah yang terikat. Meski wajahnya bercadar, namun auranya sudah menunjukkan dia bahaya. “Adakah ini benar? Apakah engkau benar-benar melakukan perkara ini?” Dia bertanya, suaranya tegas namun berwajah ragu.

Wajah Shah itu seakan bukan rakyat bunian. Rambut Shah sangat kemas jika dibandingkan anak-anak muda bunian lain. Rambut dipotong kemas itu, jelas menunjukkan Shah bukan orang situ. Ratu Bunian rasakan ada yang tidak kena.

Shah dengan nada keras berbicara, “Ratu, saya tidak bersalah! Melur… Dia berbohong! Tolong percayakan saya!” tetapi suaranya ditenggelamkan oleh tangisan Melur yang kembali meraung.

“Cukuplah! Apakah buktinya? Melur, kenapa kamu menangis?” Ratu bertanya, tetapi Melur, masih berlakon, hanya menundukkan kepalanya.

Ratu Bunian menarik nafas pendek di sebalik cadarnya.

“Melihat air matanya, aku tidak harus mengabaikan penderitaannya. Aku setuju untuk pernikahan ini, tetapi dengan syarat, kita jemput Raja Bunian sebagai saksi,” ujar Ratu, dan keputusan itu disambut oleh sorakan penduduk kampung.

Hanya Tok Janggut dan Tok Deruma saling membalas pandangan.

Ratu Bunian menatap Shah lama. Jika ada suaminya, mungkin dia boleh membezakannya.

'Aku tidak lupa meski sudah beribu tahun.' Ucap Ratu Bunian itu di dalam hati.

Shah merasakan dunia seakan runtuh. Dia telah kalah dalam pertempuran bukan sahaja melawan makhluk halus, tetapi juga melawan takdir.

“Tidak! Ini tidak adil!” Shah menjerit dengan suara penuh kehampaan. Namun, semua penduduk kampung sudah terpesona dengan permainan Melur dan keangkuhan Tok Janggut.

Akhirnya, tanpa ada jalan keluar, Shah terpaksa menerima takdirnya. Dia ditinggalkan di tiang rumah Tok Janggut, dan Nik di dalam penjara buluh, menanti saat mereka akan dipisahkan selamanya oleh kepentingan dan kebohongan.

.
.
.

Keesokan harinya, Nik yang terkurung di dalam pagar buluh menyaksikan dengan penuh rasa cemas dan marah bagaimana orang-orang kampung berbondong-bondong membawa kayu pokok, masing-masing tampak ceria seolah-olah sedang bersiap untuk satu perayaan yang megah. Suasana di luar begitu hidup, tetapi bagi Nik, ia bagaikan menanti nasibnya ditentukan dalam penjara yang penuh kesunyian.

"Hoi!" jeritnya, suara penuh desakan memecah keheningan.

Salah seorang lelaki yang menjaga penjara itu, dengan langkah santai, menghampiri Nik dan menyahut dengan senyuman sinis. "Mereka buat apa?" tanya Nik, cuba memahami situasi yang menjeratnya.

"Majlis pernikahan Melur dan Shah," jawab lelaki itu, wajahnya tampak berpuas hati, seolah-olah berita itu adalah sesuatu yang menggembirakan.

Mata Nik membuntang, terkejut dan penuh kehairanan. "Lepaskan aku! Aku tahu Shah takkan setuju semua ni!" suaranya bergetar, gabungan antara kebimbangan dan kemarahan.

Lelaki itu tertawa, bunyi tawa yang menjengkelkan telinga Nik. "Jangan begini, engkau dan Shah ada peranan di alam ini. Darah engkau dan Shah, harus melahirkan keturunan yang berumur panjang dan abadi," ujarnya, membuatkan Nik berasa seolah-olah dia sedang mendengar sesuatu yang tidak masuk akal.

Nik ternganga, marahnya semakin membara. "Engkau semua gila! Engkau semua jadikan kami sebagai manusia alat puak kau!" teriaknya, suaranya mengandungi kemarahan yang mendalam, menggema dalam penjara buluh yang sempit itu.

Dia cuba mengocangkan pagar penjara dengan sekuat tenaga, tetapi usahanya sia-sia, seakan pagar itu melekat kuat ke dalam tanah, tidak tergoyahkan oleh sebarang usaha. "Duduk diam-diam sehingga majlis selesai," kata lelaki itu dengan nada tenang, seolah-olah meredakan amukan Nik. "Setelah itu, engkau pula, harus menikahi adik aku pula," tambahnya, senyuman misteri tergantung di bibirnya, seolah-olah merancang sesuatu yang lebih besar dan lebih menakutkan daripada apa yang Nik mampu bayangkan.

Nik terdiam, hatinya berdegup kencang, merasa terperangkap dalam jalinan nasib yang dikhianati, di mana kebebasan dan cinta seolah-olah menjadi permainan di tangan orang lain.

...

Aliya melepaskan cadar di muka. Wajahnya yang tertutup rapi itu akhirnya terbebas dari pandangan orang ramai.

"Penat dinda?"

Aliya menoleh sambil tersenyum manis.

"Tidaklah..Sekadar berjalan-jalan di seluruh kampung bukanlah penat sangat. Kanda?"

Hendra tersenyum.

"Kita sudah tua. Dinda juga sudah menjamah usia."

Aliya tersenyum kecil. Wajahnya sentiasa awet muda itulah menyebabkan hampir seluruh keturunan puak bunian mempersoalkannya. Kerena itu, dia memakai cadar sentiasa.

Malah, ibunya juga tertanya-tanya kenapa dia kekal sedemikian. Hal itu kerana jiwanya masih Aliya bukan Sari. Aliya sebelumnya manusia menjadi roh gentayangan, mati tidak diterima bumi. Setelah memasuki jiwa Sari, dia kekal awet muda seperti sekarang.

Hanya suaminya sahaja, tahu siapa dirinya. Suaminya, yang sudah tampak berusia namun masih gagah perkasa. Terlihat masih kacak meski sudah beribu tahun usianya.

Beribu tahun? Ya, berkat hubungan intim suami isteri sudah semestinya. Kuasanya diberikan pada si suami.

Aliya menarik telapak tangan Hendra lembut.

"Tapi dinda takut untuk meninggalkan rakyat kita." Ucap Aliya tersenyum tipis.

Hendra memeluk bahu isterinya.

"Selagi usia masih berpihak dengan kita, usah risau dengan keselamatan rakyat kita. Anak-anak kita menjaga mereka." Ucap Hendra memujuk.

Aliya tersenyum saja.

"Tapi, dinda khuatir satu perkara kanda." Luah Aliya tiba-tiba.

"Apa ia?"

Aliya lama berdiam diri.

"Pekan hadapan, rakyat kampung Paya Rimbun mengadakan majlis pernikahan. Mereka menjemput Kanda sebagai saksi."

Hendra tersenyum kecil.

"Jadi apa masalahnya?"

Aliya terdiam sejenak. Lalu memandang sekeliling.
"Bukahkah kanda tahu jiwa dinda adalah manusia sebelumnya?"

Hendra berkerut. Memberi perhatian kali ini.

"Saat melihat anak itu, dinda rasa dia manusia. Mustahil anak bunian mendapat potongan rambut kemas sebegitu. Dinda meski sudah lama hidup, tapi dinda tidak lupa." Ujar Aliya berbisik.

Hendra mengusap dagu.
"Jadi, dinda mahu kanda selidik kampung itu?"

"Iya, dinda rasa mereka sorokkan sesuatu. Anak muda yang dituduh merogol itu juga seakan terseksa. Dinda tidak berani memberi kenyataan lebih."

Hendra menghidu sesuatu.

"Besok Kanda lihat ya?"

Aliya mengangguk. Itu lebih baik dari memikirkan terus.






Bersambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro