15 [ Nik ¹ ]
Orang kampung yang membawa obor dan senjata tajam semakin mendekati Shah, yang terbaring lemah di tanah. Mereka kelihatan berang, tekad untuk membelasah Shah setelah apa yang dilakukannya ke atas Melur, anak dara bunian di kampung mereka.
Namun, sebelum mereka sempat melangkah lebih dekat, satu bayangan melintas di hadapan mereka dengan pantas. Nik muncul dari kegelapan, tubuhnya tegap, berdiri sebagai perisai di antara Shah dan orang kampung.
"Jika kalian ingin menyentuh dia," ujar Nik dengan nada tegas, "kalian perlu melepasi aku dahulu."
Seorang lelaki bertubuh besar dari kalangan orang kampung maju ke depan, mengacukan parang ke arah Nik. "Dia harus bertanggungjawab!"
Ujar lelaki itu separuh menjerit membuatkan semua orang mengikut membentak.
"Serahkan Shah!"
"Dia harus bertanggungjawab!"
"Serahkan Shah pada kami!"
Nik tidak menjawab segala kata-kata mereka. Sebaliknya, dia berdiri dalam posisi siap bertarung. Dengan satu gerakan pantas, dia mengelak ayunan parang lelaki itu tadi dan melibas kaki lawannya dengan satu tendangan rendah, membuat lelaki itu terjatuh.
Yang lain tidak berundur. Beberapa orang kampung menyerang serentak, tetapi Nik bergerak seperti angin, lincah mengelak setiap serangan. Dia memutar tubuhnya, melayangkan tendangan ke dada salah seorang, membuatkan lelaki itu terhuyung ke belakang. Dengan gaya silat yang tangkas, Nik menangkap lengan salah seorang yang cuba menikamnya, lalu memutarnya sehingga senjata terjatuh ke tanah. Lalu dada lelaki itu dihentak dengan lutut. Lelaki itu terkapar ke tanah dengan terbatuk-batuk.
"Aku takkan biarkan kalian menyakiti dia!" jerit Nik sambil berdiri teguh, matanya tajam memandang kumpulan itu.
Tok Deruma maju selangkah, wajahnya penuh dendam. "Dia hancurkan maruah Melur! Aku mahu dia bertanggungjawab!" Marahnya.
Sekali lagi, serangan berlaku. Nik dengan langkah silat handal menumpaskan beberapa muda anak kampung. Tiada sesiapa mampu melawannya. Tiada sesiapa yang berjaya menumpaskan Nik. Nik menatap satu-satu wajah yang cuba melawan.
Orang kampung mula teragak-agak, melihat bagaimana Nik berjaya menumpaskan beberapa orang tanpa sekalipun mencederakan mereka dengan serius. Tidak menyangka selama ini Nik yang dikenali sangat ceria itu rupanya jaguh berlawan! Mereka pandang remeh!
Beberapa langkah ke belakang mula diambil, menunjukkan keraguan mula menguasai hati mereka. Tok Deruma mendengus kesal.
"Apa yang kalian lakukan ini adalah zalim!" kata Nik. "Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah! Jika benar dia bersalah, biarlah hukum dijalankan dengan cara yang betul, bukan dengan cara kalian bertindak seperti binatang liar!"
Ketegasan Nik membuatkan mereka terhenti. Orang kampung mula saling berpandangan, ada yang teragak-agak untuk meneruskan.
Tok Janggut melangkah ke hadapan, tongkatnya mengetuk tanah. "Kalau engkau kata dia tidak bersalah, buktikan, Nik. Tapi kalau engkau salah, engkau akan tanggung akibatnya juga."
Nik menarik nafas panjang, wajahnya tenang tetapi penuh keyakinan. "Aku akan buktikan. Tetapi malam ini, tiada siapa akan menyentuh Shah. Jika kalian salah menghukum, darah aku dan Shah akan jadi dosa kalian semua."
Tok Deruma mengangguk.
"Besok pagi, kalian harus kerumah ku! Jika tidak, kami tidak akan membantu kalian keluar dari sini semasa bulan purnama merah. Kalian akan terkandas di antara sempadan dunia."
Nik tidak peduli. Tidak dihirau Tok Janggut dan Tok Deruma menatapnya tajam.
Orang kampung mula surut, walaupun masih berbisik-bisik. Nik berlutut di sisi Shah, membantu sepupunya itu bangun. "Aku ada, Shah. Kita akan bersihkan nama kau," katanya perlahan.
Shah yang keliru hanya akur. Dirinya tidak terdaya dipapah oleh Nik menuju ke pinggir tasik, kali ini mereka sendiri memasang khemah mereka, berhampiran dengan kampung tersebut. Mereka tidak perlukan sesiapa lagi.
.
.
.
.
.
"Jadi, aku dituduh rogol Melur?" Shah akhirnya bersuara setelah lama berdiam. Melihat Nik yang dari tadi bersusah payah membangun Khemah tanpa membantu. Manakan tidak, hendak berdiri teguh dia masih tidak mampu.
"Ya, aku tak percaya."
Shah tersenyum sinis.
"Bukan kau nak ikut kepala sendiri?"
Nik menarik nafas panjang.
"Shah, kita manusia. Dan aku tak nak kita duduk sini. Kalau kau dengan Melur jadi pasangan suami isteri, kau duduk sini selama-lamanya." Ucap Nik buat Shah terpegun.
Penjelasan Nik ada benarnya. Patutlah Melur akhir-akhir ini sering mengodanya. Dia buta.
"Kau buta Shah, aku tahu sangat si Melur tu dia buat apa kat kau." Ujar Nik masuk ke dalam khemah. Dia mengemas apa patut.
"Jadi, kenapa kau still nak aku stay kat rumah tu?" Hairan Shah.
"Sebab rumah Tok Deruma yang paling dekat dengan Jeti. Boleh tengok hujung tasik tempat kita berlabuh hari tu. Kita boleh terus lari ikut jalan paling dekat." Ujar Nik terlihat bijak di mata Shah.
Shah menarik nafas. Selama ini dia terlalu bersikap negatif.
"Aku mintak maaf."
"Tak, aku mintak maaf sebab biarkan kau seorang bertahan."
"Aku pun mintak maaf sebab mudah emosi."
Nik datang dekat. Dengan tamparan lembut di bahu Shah, dia tersenyum ceria.
"Kau je aku ada sekarang ni. Aku takde sape-sape lagi dalam hutan ni Shah. Kau, keluarga aku."
Shah terharu.
.
.
.
.
.
Tok Deruma merenung jauh ke dalam api unggun kecil yang menyala di hadapannya. Asap nipis yang berpusing ke udara membawa bersama aroma dedaunan kering, seolah-olah menggambarkan kekeliruan yang membelenggu fikirannya. Tok Janggut, berdiri di sisi, tangan menggenggam tongkat kayu yang ukirannya penuh dengan lambang-lambang kuno.
"Kita tidak harus lepaskan Shah pergi begitu saja," ujar Tok Janggut, nadanya tegas, matanya tajam memandang Tok Deruma. "Dia adalah kunci kepada ramalan lama. Jika dia hilang, segalanya akan musnah."
Tok Deruma menghela nafas berat. "Aku tahu itu. Tapi melibatkan Ketua Bunian bukanlah jalan yang bijak. Kau tahu betapa ketua pantas mengenali manusia. Jika Ketua tahu Shah berasal dari dunia manusia, kita juga yang akan diadili. Bukankah itu lebih menyulitkan keadaan?"
Tok Janggut mengerutkan dahi, memikirkan kata-kata Tok Deruma. "Jadi, apa yang harus kita lakukan? Kita tidak punya banyak masa. Nik sudah mula curiga dengan niat kita."
Tok Deruma tersenyum nipis, namun sinar matanya dipenuhi rahsia. "Bukahkah Ratu Bunian ada. Dia satu-satunya yang tidak mampu membezakan manusia dan bunian."
Tok Janggut terkebil-kebil. Dia lupa dia menjemput ratu besok pagi! Kebetulan sekali dia ingin memberi ufti. Kejadiannya sangat tepat pada masanya.
"Engkau tahu kita sudah tua?"
Tok Deruma tertawa.
Tok Janggut terpempan sebentar, kemudian mengangguk.
"Tetapi, bagaimana jika Ratu Bunian menyedari sesuatu yang tidak kena?"
"Itulah sebabnya kita harus berhati-hati. Segala pergerakan, segala kata, mesti diatur dengan teliti. Jika kita bermain dengan bijak, Shah akan kekal di sini dan takdir ramalan akan berpihak kepada kita."
Mereka sepakat untuk menggunakan tuduhan itu sebagai alasan untuk mengurung Shah. Di sebalik keadilan palsu yang cuba ditunjukkan kepada rakyat bunian, mereka tahu permainan mereka adalah demi satu tujuan kelangsungan bangsa mereka. Namun, Shah, yang tidak bersalah, Nik pula akan melawan dengan segala daya. Perjuangan ini bukan lagi sekadar soal tuduhan, tetapi juga tentang kebebasan dan kebenaran yang terpendam di sebalik helah kaum bunian.
Angin malam bertiup perlahan, membawa suara unggun api yang berkeriut, seolah-olah menyetujui rancangan mereka yang penuh tipu daya. Ratu Bunian pasti tidak akan mengetahui niat mereka yang tersembunyi di sebalik setiap langkah yang diatur.
.
.
.
.
Malam yang hening. Melur dibiliknya membuka helaian buku kulit yang sudah lama. Kitab Purba yang diwaris ibunya kepadanya.
Membaca dengan teliti dan senyuman kecil terbentuk di bibirnya.
Ramalan.
Ia tentang ramalan puak bunian.
Takdir ramalan itu menyebut tentang sesuatu yang lebih luar biasa dan penuh kontroversi dalam dunia bunian. la tertulis dalam kitab purba mereka, satu nubuat yang hanya segelintir bunian tahu. Ramalan itu berbunyi:
"Jika seorang manusia bersatu dalam pernikahan dengan bunian, dan lahirlah seorang zuriat dari penyatuan itu, maka darah manusia yang mengalir dalam tubuh anak bunian itu akan memberi anugerah umur panjang melangkaui generasi."
Ramalan ini telah menjadi rahsia yang dijaga rapi, kerana ia membawa implikasi besar kepada dunia bunian. Anak-anak bunian biasanya memiliki umur panjang, tetapi dengan darah manusia, umur mereka boleh menjadi abadi, melangkaui zaman dan memecahkan sempadan takdir.
Sebab itulah, Ratu dan Raja bunian masih ada sehingga sekarang. Entah keturunan apa diwarisi Ratu Bunian menyebabkan umurnya kekal panjang sekarang.
Melur menginginkannya juga. Abadi. Abadi bersama pasangannya, Shah.
"Shah, aku merindui engkau." Bisiknya tersenyum penuh makna.
Tok Deruma dan Tok Janggut percaya Shah adalah kunci kepada ramalan ini. Jika Shah berkahwin dengan salah seorang bunian, anak yang lahir akan membawa perubahan besar kepada kaum mereka, menjamin kelangsungan bangsa bunian untuk ribuan tahun lagi, kemungkinan akan abadi. Namun, masalahnya, Shah dan Nik masih tidak tahu tentang peranan pentingnya dalam ramalan ini, dan jika mereka memilih untuk kembali ke dunia manusia, ramalan itu mungkin tidak akan menjadi. Bulan purnama merah, adalah dimana pintu dunia bunian ditutup oleh Raja bunian sendiri.
.
.
.
.
Bersambung?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro