Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 Jin

Shah diam memerhati tingkah Nik sejak dari tadi. Bukan apa, saat ini sahaja boleh dikira beberapa kali budak Nik ni bukak mulut.

Datang rumah dia cakap nak study sama, bincang untuk persediaan peperiksaan. Tapi, apa bincang kalau belajar sendiri je ni.

Tahulah dia Nik ada something disembunyikan. Diam Nik tanda masalah!

"Kau ada masalah ceritala." Shah akhirnya bersuara. Dia pun bukan boleh rilex Nik diam.

"Tak de pape, kepala aku pening je ni." Balas Nik acuh tak acuh.

Shah terkebil-kebil. Pening? Saat kali terakhir dia ingat Nik memang pernah pening tapi masih boleh gelak macam orang gila.

"Pening kau bercampur masalahkan?"

Pen ditangan Nik berhenti, dia diam.

"Bukan masalah kau." Balasnya perlahan tidak menyakitkan hati Shah.

Shah menarik nafas dalam. Buku ditutup.

"Kau masih tak boleh terima kekuatan kau?"

Ya, Nik tak boleh terima apa yang ada dalam dirinya.

"........" Tidak menjawab.

"Nik, aku cakap dengan kau." Shah berkerut dahi. Rasa pertama kali Nik abai dia.

"Nik!"

"Aku nak jadi manusia biasa!"

"......"

"Kau normal Nik." Shah memujuk.

"Normal? Dengan mata kita macam ni? Nampak benda yang sepatutnya kita tak nampak? Kau ingat aku suka!?"

Shah telan air liur. Wajah Nik saat ini, sangat tertekan.

"Nik, bawak mengucap."

Nik beralih pandang lain. Wajahnya mula sayu.

"Kau, tak nak terima anugerah Allah bagi kat kau?"

Shah bermain psikologi sambil memujuk.

"Allah bagi kelebihan ni kat kita sebab Dia tahu kita mampu. Manusia yang paling mampu dan membantu umat Islam yang lain."

"Ada lagi yang paling tak mampu hadap ujian lain, macam rakyat Palestine.."

"....."

"Kau, takut apa kat kekuatan kau ni?"

"........"

"Kalau kau berkeras, nak cari cara tutup hijab kau..Kau, nak tinggalkan aku?"

Kali ini Nik perlahan menoleh melihat Shah. Terkedu.

"Kau tak keseorangan. Aku ada Nik."

Air mata Nik berguguran. Terus dia mendapatkan Shah, dipeluk erat sambil menangis teresak-esak seakan anak kecil.

"Aku ada Nik, kau jangan sedih. Bukan kau seorang je hadap semua ni. Abang Danial, abang Danny, abang Khairy dan Abang Is semuanya sama macam kita. Paling penting, kita ada member yang faham siapa kita, Mus. Jadi, kau jangan fikir kau seorang je Nik."

Nik terangguk-angguk. Dia mengesat air matanya.

"Thank dowh sedarkan aku. Aku hampir buat kerja gila."

"Kerja gila?" Shah terkebil-kebil.

"Aku nak pergi ke alam bunian."

Pak pak Pak.

Dapat tiga pukulan das dekat kepala Nik. Nik gosok sakit. Dia tahu Shah akan marah.

"Kau memang gila."

Nik tersengih. Ya, dia gila. Mungkin, dia memang harus berhenti mencari tahu. Dia harus menerima takdirnya.

"Kalau aku tak boleh tutup hijab pandangan aku, aku mesti cari tahu kenapa ia berlaku kat kita Shah." Nik mengutarakan persoalan yang lama dipendam.

"Hmm, betul juga. Kenapa, harus kita?" Shah ikut berkerut. Memikirkan perkataan Nik. Selama ni dia cuma nak atasi keberanian dia.

"Kita kena cari tahu macam mana mata batin kita jadi macam ni." Nik pejam mata. Dia cuba mengingati dimana ianya terjadi.

"Waktu kita dijumpa pihak bomba, aku tak ingat kita darjah berapa tapi sejak hari tu kita alami benda pelik. Ustaz Shamim lepas rawat kita pun cakap mata kita tak mampu diselamatkan. Terima takdir kita." Ujar Shah panjang lebar.

"Kita kena siasat Shah. Aku tak tahan."

"Jadi, kita nak mula yang mana dulu?"

Bunyi deringin telefon bimbit milik Shah menganggu perbualan mereka.

"Siapa?" Nik kepelikan.

"Mama kau datang, mummy aku suruh buat air." Shah bangun. Nik lantas ceria semacam bila Mamanya datang lepak rumah makciknya.

Sebaik mereka tiba dibawah, badan mereka meremang. Entah aura kegelapan ataupun suasana mulai kelam.

Busuk.

Shah berpandangan dengan Nik.

"Sini rupanya anak Mama, call tak diangkat."

Luna menghampiri Nik.

Waktu itulah, mata Nik membutang.

"Siapa?" Shah menapak mendekati makciknya.

"Kenapa kau berdua ni?" Izlan pandang kedua-dua yang memandang tajam ke arah Luna.

Lina ikut memandang adiknya. Biasa sahaja.

"Kamu berdua.." Luna cuba menegur. Pelik melihat keduanya menatapnya seakan ingin telan.

"Jangan ganggu keluarga aku!" Tempik Nik tiba-tiba buatkan semua orang diruang tamu itu terperanjat.

"Nik.." Azlan berpaling menatap Izlan.

Bam! Bam! Bam!

Bunyi siling seakan hendak roboh, rumah seperti dilanda garuda tiba-tiba. Masing-masing mencari tempat berlindung namun Nik dan Shah status di tempat mereka.

"Shah, Nik!" Azlan dibawah meja makan bersama isterinya menunduk mengelak batuan kecil.

"Mari sini!" Izlan pula menjerit.

"Gempa bumi!" Luna menjerit nyaring.

"Ini bukan gempa bumi." Nik melotot tajam ke arah makhluk besar di pintu masuk rumah. Shah ikut menatap tajam.

"Jin."

"Keturunan Adam.."

"Berambus.." Nik buka bunga silat.

"Hanya tuan aku yang berhak halau aku."

"Siapa hantar kau!" Mata disebelahnya hitam sepenuhnya.

"Hahahahahaha! Manusia.."

"Jangan apa-apakan keluarga aku!"

Dia lesap begitu sahaja.

"Ada yang busuk hati dengan keluarga kita." Gumam Shah didengari Nik.

Nik lantas mendapatkan Mamanya lalu tubuh mamanya dipusing kiri kanan.

"Kenapa ni sayang?" Hairan Luna.

"Mama, jujur dengan Nik. Ada apa-apa terjadi selama ni?" Soalan Nik buat masing-masing berkerut dahi.

Luna mendekati adiknya.

"Gempa bumi dah takde." Ujarnya risau.

"Mummy, tadi bukan gempa bumi." Shah menegur.

"Itu gangguan ke?" Tanya Azlan pula. Tahu akan kelebihan si anaknya itu.

"Ye daddy."

"Nik, kenapa?" Izlan memegang bahu anaknya. Untuk pertama kali melihat si anak terlalu marah sampaikan mujanya sedikit merah mesti kulitnya agak putih melepak.

"Ada orang hantar sihir kat keluarga kita. Dan kuncinya ada pada Mama. Sebab tu Nik spotcheck Mama. Tapi, takde pulak." Nik menghela nafas geram.

Luna pandang Lina.

"Cakap pasal tu, ye Mama rasa ada sesuatu yang menganggu Mama kebelakangan ni." Ujar dirinya akhirnya.

Mereka semua berkumpul, Luna siap menghidangkan minuman serta biskut untuk dijamah.

"Mama rasa, ada yang tak kena kat tempat kerja baru Mama. Buat kerja semua macam tak kena." Luahnya sedih. Rahsia yang dia selalu kongsi dengan Azlan akhirnya diluah juga dengan kakak dan Abang iparnya.

"Bos buli mama ke?" Nik soal tajam. Papa dia tak jawab, biar dia urus!

"Tak, cuma. Rakan sekerja Mama macam tak suka Mama. Pernah sekali Mama borak dengan mereka, mereka cakap Mama busuk dan gaya macam tak mandi. Sebab tu jugak, client yang Mama berurusan dulu pun tiba-tiba tak nak dengan Mama. Mama pelik tau, padahal Mama sentiasa pakai perfume, mandi bersih. Semuanya."

Nik berkerut.

"Kalau orang lain nampak, mungkin pandangan keluarga sahaja dilepaskan Nik." Shah merasa sesuatu.

"Ya, biar aku buka pagar deria kita semua."

Nik menutup mata. Mulutnya terkumat kamit membaca surah. Tangannya mula menyapu telapak tangan Mamanya lantas ditiup perlahan.

Sebaik membuka matanya.

"Allah!"

Semua terkejut.

"Ke-Kenapa?" Luna terkebil-kebil takut dan risau.

Deria bau mereka mula menghidu.

"Ya Allah, apa diorang buat kat sayang." Azlan sudah merengek hendak menangis. Isterinya terus dipeluk.

"Nik sayang, cerita kat Mama." Luna takut.

"Nik." Izlan mengangguk, memegang kepala anak saudaranya agar bertenang.

Nik menarik nafas. Dia bukan takut, bukan hairan. Dia.

"Nik, tenang. Kau boleh marah, tapi sekarang bukan masanya." Tegur Shah akhirnya.

"Aku akan cari sampai dapat." Tekadnya.

Luna, sedari masih terkejut. Tidak memberi kata apa-apa. Dia tergamam, takut dan risau.

Saat ini, wajah adiknya sangat buruk. Seakan banyak kudis dan luka. Pucat dan jauh dari rupa asalnya.

"Lina." Luna akhirnya menangis teresak-esak.

Lina mengerti pandangan mereka akhirnya ikut menangis.

"Apa salah Mama Nik, apa salah Mama sampai orang buat Mama macam ni." Tangisnya di pelukan suaminya.

"Nik akan balas." Tekadnya.

.
.

.
.
.
.
.
.

Wassup guys! Sorry for late update. Very buzy this week. Manyak task kerja kena handle with care. And, sorry cerita tak gempark, ingat nak buat series lagi nanti macam Housemate aku hantu. Tapi, wait for bulan 12 ni, kita update banyak². Sebab? Merry Christmas ma! Whehehehege.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro