Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14 Kenapa

Nik termenung, siling ditatap lama. Cuba hendak bertenang dalam keadaan dirinya tertanya-tanya dengan nasib sendiri.

Dirinya yang terbaring di katil lantas bangkit. Mengeluh dan mengeluh lagi.

"Aku bersyukur ada mata, tapi aku tak nak mata ni." Nik meraup wajahnya. Stress.

Dari dulu lagi, bukan dirinya suka ada mata istimewa itu. Bahkan tidak menginginkannya.

Mustahil tidak boleh diubati sedangkan Allah SAW berkata setiap penyakit ada penawarnya.

'Tapi mata ni bukan penyakit, melainkan anugerah Allah SWT kat aku.'

Nik turun dari katil, terus ke meja tulis. Dia mencoret-coret sesuatu. Sesuatu yang bakal mengubah dirinya.

"Kalau Ustaz Syamim tak boleh ubat aku, biar aku ubat diri aku sendiri. Biar aku cari penawar, untuk tutup hijab ni." Tekad Nik. Dia berazam mencari penawarnya sendiri. Meski dia harus menempuh pelbagai setan dan iblis.

.
.
.
.

Keesokan harinya.

Kemunculan Mustaqim dengan Nik serta Shah buatkan suasana batch mereka merasa hairan di masa yang sama, si seiras tapi bukan kembar itu memperoleh kawan.

Bukan kawan biasa tu, pesilat terhandal yang sentiasa mewakili sekolah sehingga peringkat kebangsaan.

"Mus, kau famous ke?" Tanya Nik nak tahu. Mana tidaknya, semua mata pelajar menatap mereka sahaja.

"Hmmm, entahlah. Aku tak berminat dengan berkawan dengan budak-budak munafik. Belang aku benci hidu kepuraan manusia. Berkawan sebab nak populariti yang ada pada aku. Sebab tu aku banyak mengelak untuk bergaul." Jelas Mustaqim panjang lebar.

"Oh, aku ingat kau tak reti berkawan." Ucap Shah buatkan Mustaqim terus tatap Shah bengang.

"Tapi, korang berdua sejak hari pertama masuk memang memang tak de sesiapa ke nak berkawan?" Tanya Mustaqim pelik.

Sebab satu, mereka ada rupa. Dua, mereka terkenal dengan Seiras tapi bukan kembar dan yang terakhir, mereka pun bukan bodoh mana, still masuk kelas bijak pandai juga, bezanya mereka B dia A. Sebelah kelas je.

"Mungkin..." Nik tersengih-sengih. Teringat ada orang tertangkap dirinya bercakap seorang di belakang kelas. Sangkanya pelajar, rupanya roh gentayangan. Waktu itulah ramai yang tak nak mendekati dek disangka gila. Dua, sebab mungkin silapnya mengabaikan ajakan beberapa orang yang mahu rapat dengannya? Seperti melepak dan karok? Maaflah, dia bukan jenis buang masa. Dia dah diajar menghargai waktu yang ada. Last, mungkin kerana dia pelik? Ya, hampir setiap hari mereka lari hampir satu sekolah. Shah? Budak tu muka dingin dan kosong. Berkawan? Dalam mimpi dia nak buat semua tu.

Mustaqim menggeleng kepala mendengar penjelasan mereka.

"Minggu depan ada exam, korang mohon untuk tukar kelas ke kelas aku dengan syarat naikkan markah paper semua subjek korang." Ujar Mustaqim buat keduanya terkebil-kebil.

"Eh, boleh ke?" Nik bersemangat. Persekitaran yang baru lagi!

"Sekolah ni okey je, dengan syarat capai standard yang diorang nak la." Mustaqim tersenyum bangga. Dia pun naik kelas sebab syarat macam tula.

Nik dan Shah sesama pandang.
"Jom ke pejabat pengetua sekarang." Gesa Nik tersengih. Bukan dia terus ke guru kelas, ini derect terus ke pengetua. Bapak berani.

"Dia tak bagi, aku bagi seekor hantu kacau dia." Kata Shah bangga dengan muka kosong plus dingin dia. Macam orang takde perasaan betul.

Mustaqim mengangga. Kau rase?

"Kita nak ke pejabat ke? Tak naklah aku ikut." Mustaqim mengelak. Berura-ura hendak pergi.

"Eh eh kau nak lari mana, teman kitorang." Nik sengih jahatnya. Memang tak dia nak bagi Mustaqim lepas.

"Naya pak Karim." Mustaqim pasrah. Shah senyum sinis.

...........

Pejabat pengetua.

Tengok luar lawa. Dalam? Pekat, kusam dan boleh dikatakan ada aura kegelapan di mata istimewa mereka bertiga, ya. Pesilat seperti mereka tahu ilmu apa digunakan oleh pesilat masing-masing sesama mereka yang istimewa. Masing-masing dah tegak bulu roma.

"Bro, baru aku tahu kenapa kau tak nak kesini." Nik menyiku Mustaqim yang menunduk takut.

"Ni, niat membunuh dan berjaga-jaga." Gumam Shah yang hanya mereka sahaja dengar disitu.

"Dari dulu aku tak suka pengetua ni. Garang." Bisik Mustaqim.

"Tapi ni, bukan ilmu hitam. Ini ilmu putih meski aura dia nampak hitam." Gumam Shah lagi.

"......."

"Jadi tak masuk ni?" Mustaqim menyoal Nik.

"Macam tak jadi." Nik buat muka seposen.

"Ye, next time aa." Kata Shah pula. Mereka berdua terus nak berpusing ke belakang tapi Mustaqim dengan jahatnya pergi tarik terus masuk dalam.

'No!'

*Boleh bayang tak muka Dua ekor tu macam mana? Hahaha!*

.
.
.
.

"Cikgu, diorang berdua ni nak tukar kelas." Ujar Mustaqim berani-berani takut.

Pengetua bertag nama hitam di dadanya itu mengangkat kening.

"Nak tukar kelas? Setahu saya baru sebulan awak berdua kat kelas baru tu, ada masalah ke?" Tanya Pengetua itu.

"Ya, cikgu Azman. Pelajar pulaukan kami. Kalau boleh, kami nak tukar kelas setelah peperiksaan." Ucap Shah sedikit berani.

"Kami ada masalah komunikasi sikit dengan pelajar lain." Ucap Nik tersengih janggal sambil garu pipi.

Cikgu Azman pandang Mustaqim.

"Mereka guna cara awak?"

"Ya, dan saya rasa mereka boleh membanggakan cikgu Azman seperti saya yang saya buat sekarang." Ucap Mustaqim sedikit berlagak. Tangannya spontan membelai kepala Pak Belang.

Azman memerhati tingkah Mustaqim yang membelai angin kosong. Meski mata batinnya tidak melihat makhluk tersebut, dia tahu dia tidak boleh pandang remeh pada Mustaqim.

Jika Mustaqim yang memperkenalkan dua orang pelajar dihadapannya ini, pasti keduanya sangat istimewa. Mustaqim, bukan dia tidak tahu pelajarnya itu ada Saka. Setiap Kali hari jumaat, memang tak nampaklah batang hidung dia dekat perhimpunan.

Masuk sahaja ke pejabatnya, dapat dirasakan niat berjaga-jaga dari keduanya. Bahkan boleh dirasakan keduanya seperti terlihat beberapa orang yang dia kenal sebelum ini. Mungkin halusinasi?

"Baiklah, borang permohonan ada diluar, cari di rak. Selama proses permohonan sila ulang kaji untuk peperiksaan akan datang. Bagi borang permohonan pada guru kelas awak sebelum peperiksaan. Saya akan terima jika markah awak berdua mencapai standar kelas hadapan." Ujar Azman.

"Baiklah, terima kasih Cikgu Azman." Nik tersenyum teruja. Shah menunduk sedikit kepalanya tanpa mengucap terima kasih. Mustaqim juga mengucap terima kasih.

Mereka bertiga keluar dari dalam pejabat. Masing-masing berpandangan.

"Pekat bhai aura mengancam dia. Sesak nafas aku." Nik tarik nafas. Tak pernah dia rasa takut menghadapi lawan. Hantu pun tak de sangat menyeramkan.

"Aku rasa, better jangan dekat dengan dia." Ujar Shah pula.

Mustaqim pula angguk macam burung belatuk. Dia? Pengetua dah tak sentuh dia selagi dia tak kacau pengetua.

.
.
.
.

Di rumah.

Nik ulang kaji. Dahinya sekejap berkerut, sekejap menghela nafas bingung.

Dia terus menyandar ke kerusinya. Hantu Eton yang tengah tengok cerita di telefonnya dibiarkan.

'Pak cik Hendra cakap, nak tutup mata hijab yang terbuka kena cari dia, tapi kena cari orang tua cina tu dulu. Hmmm bila nak pergi ni?'

Nik garu kepala, susah untuk merangka rancangannya.

"Aduh, stress."

Eton menoleh.

"Jangan stress-stress, nanti cepat tua."

Nik jeling. Menyampah.

Perumpamaan apa kau cakap tu hantu? Sempat lagi hantu ni ek?

Eton menyengih sahaja. Makin hari makin tak takut dengan Nik.

Nik tu cakap je, buatnya tak.

Nik kembali termenung.

"Cari Pak Cik Hendra, kena masuk alam bunian kan?"

Nik garu kepala. Antara boleh ke tak? Atau boleh? Sebenarnya tak boleh?

'Allah..'












First at all, sorry for slow update. Buzy and really don't have a time upon Wattpad. 😢

Thank for your comment and make me try to update. 🥺

If you vote many than 10 vote, I will double update for you. 😌

Don't worry, I don't stalk u, I'm really busy 😂 But for my 💕 reader setia maybe I stalk u? Hehehe, gurau.

Last but not least, this book maybe have a session? Who knows? Macam Housemate aku hantu 😁

Sorry kalau membosankan. I try make it fun. In sya Allah. 😊





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro