Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 Saka

Shah meregangkan seluruh badannya. Empat orang tumpas di lantai termasuk Nik.

"Pinggang aku~" Nik memang tak boleh lawan Shah. Tapi part pagar makhluk halus, dia lagi pandai dari Shah.

Sebenarnya, Nik dah tumpaskan tiga orang, tinggal beradu dengan Shah je sebenarnya.

"Wau, muka dingin lagi hebat." Bisik kedengaran disekeliling. Dah takde name ke?

Shah pekakkan telinga. Mata mengerling Mustaqim yang duduk bersila di lantai. Menatapnya tajam seakan ingin membahamnya disitu juga.

"Kau tak guna sepenuhnya tenaga kau." Tegur Mustaqim dengan muka gerunnya.

"......." Shah buat tak tahu. Tiga orang dibantai ditolong kembali untuk bangkit.

"Kau dengar tak aku cakap?"

Nik pandang Shah. Perasan ruang kelab jadi sunyi semacam.

Mustaqim bangkit. Berlari dan hendak menerkamnya.

Nik terbutang mata. Orang lain tak mahu terlibat dan hanya melihat.

Baru sahaja setengah jalan..

"Allahuakhbar!"

Mustaqim terus jatuh. Keadaan itu disaksikan semua orang dengan kehairanan.

"Mu..Mustahil!" Bentak Mustaqim.

Shah senyum sinis.
"Aku mendapat perlindungan Allah." Selamba dia berkata.

"Mustahil! Kita sama!" Mustaqim bentak. Dia bangkit perlahan-lahan, Kali ini berwaspada.

"Ya sama, tapi bezanya aku beragama Islam dan berpegang ajarannya." Shah kemenangan.

Mustaqim membatu. Sangkanya mereka serupa. Nik dilihat, tenaga rohani Nik sungguh padat di matanya. Makhluk halus tahap rendahan sahaja sudah lari darinya inikan tahap sepertinya. Sungguh, dia tak nak bermain sorok-sorok dengan Nik. Dia tahu akan kalah dengan pagar sesat dibuat Nik sendiri. Sebab itu dia ingin lawan Shah.

Tapi siapa sangka Shah tidak seperti dirinya. Jasad itu, sepenuhnya beragama Islam. Mustaqim mendengus. Kembali duduk.

"Pertarungan dibatalkan." Mustaqim kerling ketua kelab. Ketua kelab yang tidak memahami apa-apa sekadar mengangguk.

Pelik.

.
.
.

Saat pulang sekolah, Shah dan Nik sekali lagi dihadangi oleh Mustaqim.

"Apa ni?" Nik memuncung geram.

"A-Aku nak berkawan." Katanya malu-malu sambil wajah dipaling ke arah lain. Membulat mata Nik dan Shah. Nik siap gosok lagi, nak kepastian betul ke tak.

"Kau cakap apa? Kitorang tak dengar jelas." Usik Shah senyum sinis.

Mustaqim mendengus.

"A-Aku nak balik!" Mustaqim geram. Sengaja betul!

Mustaqim terus berpusing pergi.

"Hehehe, tunggula Mus.." Nik berlari sambil sengih lalu bahu Mustaqim dipaut.

"Mus?" Mustaqim keliru sejenak.

"Nama kau panjang sangat." Shah pula disisi Mus. Jadilah Mus ditengah antara mereka berdua.

Mus mengangguk. Menerima panggilan itu, memandangkan orang lain akan memanggilnya Akim.

"Kenapa korang berdua kuat sangat?" Mus akhirnya bertanya.

"Sebab, kitorang bertapa kat hutan selama tiga tahun?" Nik ingat moment dia kat kampung.

"Kami belajar dengan lagenda?" Shah juga bingung harus jawab apa. Tak yakin dirinya kuat.

Muka Mus masam. Jawapan itu sungguh luar biasanya. Sukar untuk dia mengejar Nik dan Shah.

"Ala, kau pun apa kurangnya, ada pak belang." Nik puji sambil jeling belakang. Ada pak belang mengekori. Ya, jika dimata mereka sudah pasti menyedarinya.

Mus tahu keduanya istimewa mampu melihat belang yang gagah itu tersenyum bangga.

"Belang, nampaknya spesies kau tak terancam. Ada jugak manusia ingat kau." Usik Mus pada pak belang.

"Spesies terancam? Kau ingat aku binatang!?" Marah harimau itu.

Mus dan Nik mengekek ketawa.

Shah sekadar senyum sinis.

"Bagaimana engkau keluar dari jasad itu?" Pak belang tiba-tiba mengajak berbual. Tatapannya melihat Shah.

Shah angkat bahu.

"Masa budak ni lemah. Roh dia hampir dimakan masa usianya muda lagi, jadi aku tak nak perumah aku kosong dan aku menghalang ia terjadi sebelum dia mati." Jawab Shah bersama mata sebelahnya hitam.

"Nama kau siapa?" Mus tertarik.

"Dia takkan bagitau." Nik menguap. Bosan dengan makhluk yang sudah menghuni jasad Shah. Mereka tak serasi.

"Tapi, kau memang tak boleh berpisah dengan Shah kan?" Tanya Mus lagi.

Makhluk itu tersenyum sinis. Lantas mata Shah kembali normal.

"Dia, kembar aku."

.
.
.
.
.

Rumah Nik

Nik bosan. Makhluk yang berada di tangga menghalang laluannya.

"Tepi, aku nak naik." Dahla penat, ada pulak nak cari gaduh dengan dia ni.

Hantu itu tak bergerak lansung. Menatapnya dengan mata merahnya. Wajah pucat diselindung rambut kusut berjuntai.

"Tepi atau aku pagar kau? Nak mana satu?" Nik cekak pinggang. Geram. Perut terasa semacam pula.

"Siapa kau?"

Mata Nik membulat, wah! Ini pertama Kali hantu tu ajak dia borak!

"Ehem, aku nak naik. Cepat, aku nak baca doa kursi ni.." Nik tadah tangan, walaupun teruja, tapi berkenalan dengan si hantu itu perkara kedua, yang penting dia nak berak dulu.

"Kau...Siapa?" Lagi. Tak putus asa.

Nik mengetap bibir. Nak memulas dah ni!

"Hei Eton, kau tepilah aku takda masa nak layan kau sekarang." Dengan selamba Nik redah tolak hantu tu ke tepi dinding lantas berlari masuk bilik.

Berdentum bunyi pintu bilik apabila ditutup.

Naik ternganga hantu tu.

"Aku bukan Eton.." Memandai betul Nik ni bagi nama.

.
.
.
.

Nik lega, perut digosok puas menandakan dia sudah membuang hajat besar tadi..Ek, bukan hajat. Membuang air besar hehe.

"Eton! Oo Eton!"

Berdesup satu angin masuk melalui pintu bilik. Lembaga itu terus memuncung tak suka.

"Panjang betul muncung tu, boleh sangkut baju." Ejek Nik terkekeh ketawa.

"Saya bukan Etonla!" Hantu itu menghentak kaki tak suka.

"Eh eh, kau tak payah nak berdrama kat sini. Aku watak utama dalam bilik ni sekarang." Gesa Nik sengaja.

Hantu tu terus diam. Jangan dibuat Nik marah, kang dikurung disitu jugak. Naya dia.

"Saya bukan Eton."

"Jadi nama kau siapa?" Tanya Nik sambil angkat kening.

"Nama.."

Dek lama menunggu, Nik tersengih. Datang idea nak usik lagi si hantu.

"Ha, lupa nama sendiri.." Usik Nik.

"Sa-Saya tak lupalah, saya cuma tak ingat." Hantu itu mengigit bibir pucatnya.

"Alah, ingat dengan lupa sama je maksudnya. Kau tak payah nak kelentong aku, aku lagi tahu bahasa melayulah."

Hantu itu terdiam. Kalah.

"Nama kau Eton sekarang. Suka ke tak suka ke, bukan masalah aku. Sape suruh kau lupa nama kau." Nik tersengih. Menang!

Si hantu Eton mengetap bibir. Tak suka!

"Lagi satu, kau jangan suka suki nak menyerupai mak bapak aku. Macamlah aku tak tahu itu kau. Dah la busuk, serabai pulak tu." Ucap Nik tak segan menghina.

Si hantu makin menunduk.

"Apa lagi ek, kau jangan nak mengada duduk dalam toilet bilik aku. Banyak lagi bilik kosong, toilet bilik aku jugak tempat ko tidur. Tak sejuk ke?" Soal Nik.

"Hantu mana rasa sejuk." Jawab Eton selamba.

"Ha menjawab!" Nik cekak pinggang. Terdiam terus si hantu Eton. Nik nampak je buat garang. Padahal dalam hati dah tergelak berdekah-dekah.

"Aku nak membuang pagi-pagi jadi tak selesa. Kalau kau hantu normal, kau tak malu ke satu tandas dengan aku?" Usik Nik dengan muka nakal.

"........"

"Kenapa diam?"

Nik semakin rapat.

"Kau jangan sampai aku..Buat something kat ko.."

"Gatal!"

Terus melesap si hantu Eton. Terus meletus gelak Nik.

"Pehal dia nampak comel dow.. Bapak kelakar dia tu rupanya." Nik tersengih sendiri.


























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro