13 [ Qarin ]
4077pp
First at all, sorry kalau maklumat ni menganggu cara u all berfikir tapi ini sekadar 'perumpamaan' sahaja.
Just an idea dan direka-reka untuk awak semua faham jalan cerita Qarin Shah.
Okey back to story, Qarin ni satan yang terdiri bangsa Jin jugak. So, disebabkan Shah punya rohani dia dah tak de buatkan pembatas komunikasi diorang yang selama ini terlindung akhirnya terbuka.
Buatkan Shah dan Qarin dia boleh bercakap sesama sendiri. Berbeza dengan Nik, dia masih ada pembatas dan seperti manusia normal macam Danny dan yang lain.
Qarin Shah ni sebenarnya jahat, sangat jahat sejak dari Shah kecik lagi. Sejak dia boleh berkomunikasi dengan Shah, fikiran Shah asyik terjerumus dengan kata-kata Qarin dia.
Sebab tu Shah nak Nik ada dengan dia supaya Nik boleh temankan dia dari lakukan perkara menyesatkan.
Contohnya bahagian ni.
Dia ada dengan Shah masa kena rasuk tu, bila Shah nyawa-nyawa ikan, Qarin dia bertindak menghalau setan yang lain rasuk Shah dan menjadi Shah.
Maka dia yang ambil alih, sebab kalau Shah tak ada, dia pun tak de. Jadi, jasad tu sebolehnya haram dia bagi kat setan lain. Sebab tu Shah tak sesuai jadi pemagar sebab Qarin Shah memang tak bagi sesiapa rasuk Shah lagi. Kecuali jika betul² Qarin Shah tak dapat mampu lawan yang makhluk terkuat seperti Jin Islam.
Sebab tu dekat sini, Nik memang tak serasi dengan Qarin Shah.
Al hasilnya, Qarin dia still ada cuma muncul pada saat dia nak je. Contohnya bila Shah diganggu oleh bahaya lain.
Dia bukan bersifat pelindung, Qarin ni cuma nak melindungi perumah dia.
Ingat Mustaqim chapter 14? Saka. Masa tu, pak Belang hidu keberadaan Jin. Sebab tu dia nak tumpaskan Shah. Ingat Shah pun membela jugak.
Tapi Shah kata, diri dia sepenuhnya Islam jadi, Jin tu jenis apa sampai tak boleh usir kan? Kene Rukyah pun Qarin Shah still power.
Walaupun Qarin Dia power, satu je kelemahan dia. Ayat suci al-Quran. Bukan terbakar. Cuma terdiam je. Tugas dia pun cuma menyesat Shah. Qarin Shah, bukan Islam tapi Kafir.
Sebab tu Shah diam je. Tak social sangat.
Okey, selesai kat sini. Kita tambah beberapa maklumat penting pasal Qarin pula. Ni author dapat Dari luar la.
Yang dekat author tulis kat atas tu "Rekaan dan pandangan semata-mata."
Uhuhuhu bila baca ni, rase geram jugak dengan Qarin sendiri. Dia yang buat kita, kita pulak dipersalahkan. Hahaha.
Disebabkan kita dah tahu serba sedikit, jadi kita bolehlah teruskan dengan cerita Shah first time borak dengan Qarin dia.
Ye, masa ni Shah masih budak-budak lagi. Kejadian ni lepas kena rasuk, chapter ( Rukyah).
[ Qarin ]
Shah menutup peti sejuk perlahan-lahan. Seminggu berada di rumah Ustaz Syamim membuatkan dia jarang minum air manis, tapi bukan itu yang merunsingkannya sekarang. Matanya liar memerhati ruang dapur, seolah-olah ada sesuatu yang mengintai dari sudut gelap. Dadanya berombak kecil, dan dia menggigit bibir menahan resah. Meski dia mampu melihat mereka, dia masih mampu bertahan seperti biasa dek ajaran abang Danny dan yang lain.
"Shah..."
Dia tersentak. Suara itu, halus, mendayu-dayu, tapi jelas memanggil namanya. Pantas Shah melangkah ke ruang tamu, mencari perlindungan di sisi Tok Ma.
"Tok Ma..." Shah memanggil neneknya dengan nada manja, namun matanya tidak lekang dari Nik yang tidur dengan lena di atas riba Tok Ma.
"Ya, Shah? Kenapa cucu Tok Ma ni? Dari tadi macam tak tenteram saja," Tok Ma memujuk, tangannya mengusap kepala Shah lembut. Shah ni sekejap kesana kesini. Pelik melihat tingkah cucunya yang satu itu.
Shah menggigit bibir lagi, sebelum akhirnya membuka mulut. "Shah dengar orang panggil nama Shah, Tok Ma. Tapi... bila tengok sekeliling, tak ada siapa pun." Ya, bila semua makhluk disekelilingnya, terasa bukan mereka yang memanggil.
Tok Ma tersenyum kecil, cuba menenangkan cucunya yang jelas kelihatan gelisah. "Perasaan Shah saja tu. Jangan difikirkan sangat. Kadang-kadang benda-benda ni cuma mainan fikiran."
Namun Shah tahu, ini bukan hanya sekadar perasaan. Selepas peristiwa dia hilang di hutan tempoh hari, segalanya berubah. Dia mula mendengar suara-suara, melihat bayang-bayang yang orang lain tidak nampak. Dan Nik, sepupunya yang tidak tahu takut, sering membuat keadaan bertambah buruk.
Shah mengeluh. Dia masih ingat peristiwa di pasar ketika mereka membeli kuih muih. Nik, dengan selambanya, menegur makhluk tanpa kepala yang muncul di hadapan mereka. "Pak cik, pak cik! Mana kepala pak cik?" katanya dengan nada ceria, seolah-olah makhluk itu hanyalah manusia biasa. Bongok Nik.
Shah merenung lantai kayu di kakinya. Kini, suara itu datang lagi.
"Shah..."
Kali ini lebih dekat, lebih nyata, seakan-seakan di depan mukanya. Namun, ia tiada.. Shah memejamkan matanya rapat-rapat, cuba mengabaikan panggilan itu. Namun, semakin dia cuba melawan, semakin suara itu menyeru dengan nada yang serupa dengan suaranya sendiri.
"Kau dengar aku, kan? Aku kembar kau. Aku ada kat sini..."
Shah terdiam, tangannya menggeletar. Hatinya memberontak antara ingin melawan atau menyerah. Tiba-tiba, dia bangkit berdiri, seolah-olah dipukau oleh suara itu.
"Eh, nak pergi mana tu, Shah?" soal Tok Ma, hairan melihat cucunya yang tergesa-gesa menyarung selipar.
"Shah nak jumpa Ijan!" balas Shah cepat, sebelum meluru keluar tanpa menoleh lagi.
Tok Ma menggeleng kecil, tidak sampai hati untuk menghalang. "Budak-budak ni... bila dah nak main, macam mana pun tetap berkeras," katanya perlahan.
Nik bangun dari lena dengan mata separuh terbuka. "Tok Ma... Shah mana?" soalnya sambil menggosok matanya yang masih mamai.
"Dia keluar, katanya nak jumpa Ijan. Nik pergi cuci muka dulu, ya. Jangan main jauh-jauh."
Nik mengangguk, kemudian berjalan ke singki. Tetapi langkahnya yang riang tiba-tiba terhenti. Dia berdiri tegak, memandang sesuatu yang tidak terlihat oleh Tok Ma.
Makhluk itu, tanpa kaki, merangkak dengan tubuh separuh terheret memandang Nik tajam, seolah-olah mencabar. Nik hanya tersenyum lebar, matanya bersinar penuh nakal.
"Tok Ma! Nik pergi dulu!" teriaknya tiba-tiba, melangkah tinggi-tinggi seolah-olah sedang bermain lompat pagar, melintasi makhluk itu tanpa rasa gentar.
"Hati-hati, Nik! Jangan balik lambat, ya!" balas Tok Ma, namun Nik sudah hilang dari pandangan, menuju ke arah yang sama seperti Shah.
Makhluk itu mendengus geram. "Budak ni... berani betul," gumamnya, sebelum menghilang dalam bayang senja.
.
.
.
.
"Ijan! Ooo Ijan!"
Suara Nik lantang memanggil dari luar rumah, memecah kesunyian petang. Tak lama kemudian, seorang budak lelaki seusianya muncul dari tepi rumah sambil menggalas cangkul kecil di bahunya. Mata Ijan sedikit berkerut melihat Nik datang sendirian.
"Apa hal, Nik?" tanya ljan sambil mendekat.
"Shah ada kat sini?" Nik terus ke tujuan. Matanya liar memandang sekeliling, berharap melihat kelibat sepupunya.
Ijan menggeleng, dahi masih berkerut. "Tak ada. Tapi mak aku cakap tadi dia nampak Shah kat pasar. Cuba cari kat sana," jawabnya.
Nik melongo. Shah kat pasar? Shah ada duit ke nak pergi pasar? fikirnya, hairan.
"Okay, terima kasih, weh!" balas Nik sambil melambai sebelum berlari
menuju ke pasar.
Pasar kecil di hujung kampung sibuk seperti biasa. Orang ramai memenuhi lorong-lorong sempit, membeli barang dapur atau sekadar berbual kosong. Nik berjalan pantas, matanya memerhati setiap sudut, mencari Shah.
Namun, selepas beberapa minit mencari, kelibat Shah langsung tidak kelihatan. Hatinya semakin risau. Dia berhenti sejenak, cuba mengawal nafas sambil memandang ke arah sungai berhampiran pasar. Dari jauh, dia melihat sekumpulan budak lelaki sedang berkumpul di tepi sungai itu.
"Nak cari Shah kat sana ke?" gumamnya sendirian sebelum melangkah mendekati kumpulan itu.
Ketika dia hampir sampai, matanya menangkap sosok Shah di tengah kumpulan tersebut. Wajahnya yang risau tadi berubah ceria. "Shah!" jerit Nik teruja sambil berlari ke arah sepupunya.
Namun, langkahnya terhenti secara tiba-tiba. Senyuman di wajahnya memudar. Pemandangan di hadapannya membuatkan darahnya berderau.
Shah sedang mencekik seorang budak lelaki dengan kedua-dua tangannya. Budak itu meronta-ronta, wajahnya kebiruan, manakala budak-budak lain yang berada di tepi sungai kelihatan ketakutan, muka mereka lebam dan penuh luka.
"Woi, Shah! Kau buat apa!?" Nik menjerit terkejut, lalu meluru ke arah Shah dan menolak tubuhnya dengan kasar. Cengkaman Shah terlepas, membuatkan budak lelaki itu terhumban ke tanah sambil terbatuk-batuk, cuba mendapatkan nafas.
Nik beralih pandang ke arah Shah, matanya tajam memerhati. "Shah, kau buat apa? Kau tak macam ni!"
Namun, Shah tidak kelihatan seperti dirinya yang biasa. Mata kanannya kini berwarna hitam pekat, seolah-olah tiada bola mata di situ. Senyuman aneh menghiasi wajahnya yang basah dengan peluh.
"Jangan ganggu aku!" jerit Shah, suaranya garau dan menakutkan.
"Kau bukan Shah! Kau siapa yang merasuk dia!?" balas Nik dengan nada marah, keberanian luar biasa terpancar dalam dirinya.
Shah tertawa sinis, suara tawanya seperti bergema di udara. "Kenapa kau nak sibuk, Nik? Kau fikir kau boleh selamatkan dia? Shah tak perlukan kau!"
"Shah tak pukul orang!" Bentak Nik, masih berkeras mempertahankan sepupunya.
"Aku Shah! Diorang yang mula dulu, Nik! Aku cuma balas balik apa yang mereka buat kat aku!"
"Tapi Shah tak macam ni! Shah tak bergaduh!"
Perbalahan mereka berakhir apabila Shah, atau makhluk yang berada dalam dirinya, melayangkan pelempang kuat ke pipi Nik. Tamparan itu membuatkan Nik jatuh terduduk ke tanah.
Nik mengangkat wajahnya, matanya penuh kemarahan dan air mata. "Kau bukan Shah!" jeritnya, bangkit dengan tekad. Tanpa ragu, dia meluru ke arah Shah, menumbuk sepupunya itu dengan seluruh kekuatan yang dia ada.
.
.
Pertarungan mereka menarik perhatian orang ramai di kawasan pasar. Budak-budak yang ada di tepi sungai cuba meleraikan mereka, namun Shah terlalu kuat. Tenaganya bukan seperti budak biasa, malah lima orang dewasa sekalipun tidak mampu mengawalnya.
Namun yang lebih mengejutkan, Nik dapat melawan Shah. Setiap tumbukan Nik seperti memiliki kekuatan luar biasa, walaupun tubuh kecilnya kelihatan lemah. Mereka terus bergelut di tanah, saling menyerang tanpa henti.
"Hentikan!"
Suara tegas itu datang dari arah lorong pasar. Empat orang pemuda muncul, setiap seorang kelihatan serius dan penuh keyakinan. Salah seorang daripada mereka, Danny, mendekati Shah dengan penuh berhati-hati.
"Shah, sudah. Mari balik," ucap Danny, suaranya lembut tetapi penuh ketegasan. Dia mendekat, membaca surah-surah tertentu sambil menyentuh dahi Shah.
Shah mengerang kecil sebelum tubuhnya menjadi lemah. Dia terjatuh ke tanah, tidak sedarkan diri.
Danny menoleh ke arah Nik. Pandangannya terkejut apabila melihat Nik yang masih berdiri, tetapi tubuhnya menggeletar hebat. Matanya merah, dan air mata darah mengalir di pipinya. Nik mengayunkan tinjunya ke udara, seolah-olah masih mahu berlawan.
"Dia terlalu banyak guna tenaga." Ucap Danny kepada dua rakan lain, Khairy dan Danial. Mereka masih menahan Nik, yang kini kelihatan seperti hilang kawalan.
"Kita kena cepat latih mereka," ujar Is, salah seorang daripada pemuda itu, dengan nada risau.
Danny mengangguk. "Bawa mereka balik rumah Tok Ma."
.
.
.
Rumah Tok Ma yang biasanya tenang kini dipenuhi dengan kehadiran pemuda-pemuda itu. Shah masih tidak sedarkan diri, terbaring di atas tilam kecil di ruang tamu. Nik, walaupun sudah ditenangkan, masih duduk di sudut ruang tamu dengan tangan menggenggam kuat lututnya. Matanya menatap lantai, penuh dengan kekeliruan dan kemarahan. Iskandar yang menemani rapat hanya mengusap rambut Nik, supaya dengan cara itu menenangkannya.
Tok Ma, yang baru selesai menyediakan minuman, membawa dulang ke ruang tamu. Wajahnya kelihatan risau, tetapi dia cuba untuk tetap tenang.
"Apa sebenarnya yang berlaku, Danny?" tanya Tok Ma, meletakkan dulang itu di hadapan mereka.
Danny menghela nafas panjang sebelum menjawab, "Tok Ma, Shah dan Nik... mereka bukan budak biasa."
"Bukan budak biasa? Apa maksud kamu?" Tok Ma memandang mereka satu persatu.
Khairy menjelaskan, "Mereka ada... sesuatu yang istimewa. Tapi, apa yang kami nampak tadi Shah, dia dirasuk sesuatu yang cuba menguasai dirinya. Nik pula... dia ada kekuatan luar biasa, tapi dia belum tahu cara mengawalnya. Bahkan jika Nik hilang sadar, dia juga akan dirasuk dengan makhluk lain."
"Mereka masih mentah, Tok Ma," tambah Is. "Kalau kita tak buat apa-apa, benda ni boleh jadi lebih teruk."
Tok Ma berfikir lama. Waktu Ustaz Syamim merukyah kedua-dua, ucapan yang sama keluar dari mulut Ustaz itu.
Sekarang, Ustaz itu menitipkan anak-anak muridnya melatih Nik dan Shah kerana kekuatan mereka lebih kurang sama.
Tok Ma terdiam seketika, merenung wajah Shah yang masih pucat. "Kamu semua cakap seolah-olah tahu apa yang sedang berlaku. Ceritakan semuanya, jangan sembunyikan apa-apa."
Danny mengangguk, wajahnya serius. "Tok Ma, Shah dan Nik adalah sebahagian daripada golongan yang kami panggil 'Pemburu agama.' Mereka dilahirkan dengan anugerah, tetapi juga menjadi sasaran makhluk-makhluk dari dimensi lain seperti makhluk halus. Shah dan Nik punya kebolehan mendengar dan melihat makhluk halus sejak kejadian di hutan belakang sekolah itu, tetapi mereka belum tahu cara melindungi diri mereka. Sebab itulah mereka seperti sekarang. Shah pula mudah tertekan dengan Jin Qarin dalam dirinya. Pengaruh besar melakukan kejahatan."
Tok Ma memandang Nik, yang kini menggigil kecil. "Dan Nik?"
"Nik..." Danial memandang Nik dengan rasa simpati. "Dia ada kekuatan luar biasa, tetapi emosinya terlalu mudah dipengaruhi. Kalau dia tak belajar kawal kekuatannya, dia boleh mencederakan orang lain, atau dirinya sendiri. Jika tidak terkawal, dia pula akan dirasuk dengan makhluk lain."
Tok Ma termenung. Fikiran tentang Shah dan Nik selama ini hanya sebagai budak biasa mula berubah. Dia tak sangka cucu-cucu yang dia jaga dengan penuh kasih sayang sebenarnya menyimpan rahsia sebesar ini. Sangkanya Ustaz Syamim mampu mengubat mereka dalam masa terdekat itu. Hampanya, Allah Maha perancang. Siapa kita mampu mengubahnya.
"Jadi apa yang kamu semua rancang nak buat?" soal Tok Ma akhirnya.
Danny memandang ketiga-tiga rakannya sebelum bersuara. "Kami akan latih mereka. Bantu mereka kawal diri, pelajari kebolehan mereka yang sedia ada dan bersedia untuk menghadapi apa saja. Tapi... kami perlukan persetujuan Tok Ма."
Tok Ma mengangguk perlahan. "Kalau itu yang terbaik untuk mereka, Tok Ma izinkan. Tapi... Jangan biarkan mereka terluka."
.
.
.
.
Qarin Shah pov.
Shah melangkah perlahan, bayang tubuhnya menyatu dengan kegelapan malam. Lagaknya seperti pencuri yang cuba menyelinap tanpa disedari. Rumah Tok Ma sunyi sepi, hanya bunyi detik jam di ruang tamu menemani. Dia tahu ini adalah waktu yang sempurna untuk menjalankan 'misi'.
Sampai di dapur, Shah berhenti sejenak. Matanya menyapu kawasan itu dengan teliti. Dia menarik nafas lega apabila tiada sesiapa di sekitar. Langkahnya kemudian menuju ke peti sejuk. Ditariknya pemegang peti sejuk itu dengan berhati-hati, cuba mengelak bunyi derit pintu.
Pandangan Shah bersinar ceria apabila melihat kek coklat di dalam peti sejuk. Kek itu tampak menggoda, seolah-olah memanggil namanya. "Heh, ini rezeki aku malam ni," bisiknya sambil tersenyum lebar. Tangannya pantas mencapai kek itu, tetapi belum sempat dia menggigit, tiba-tiba lampu dapur menyala.
Shah terkejut. Matanya memandang tajam ke arah pintu dapur. Berdiri di situ, Nik dengan wajah geram, bersilang tangan di dada.
"Kau nak sumbat berapa banyak lagi kek dalam perut kau, Shah? Tak cukup-cukup ke?!" Nik mengomel sambil memandang tajam ke arah Shah.
Shah atau lebih tepat, Qarin dalam dirinya mengalihkan pandangan dengan rasa bengang. "Tsk, sikit je pun. Suka hati aku lah, perut aku!" balas Qarin itu sambil menyimpan kembali kek ke dalam peti sejuk dengan kasar.
Peti sejuk ditutup dengan hentakan kuat, menyebabkan bunyi berdentum yang memecah keheningan malam. Nik tersentak, wajahnya bertambah merah.
"Woi! Peti sejuk Tok Ma boleh rosak kalau kau buat macam tu!" bentak Nik, marah tetapi masih cuba mengawal nada suaranya.
Qarin itu hanya menjelir lidah sambil ketawa kecil. "Bluerkkk," ejeknya dengan sengaja, mahu menaikkan darah Nik.
Nik mengenggam penumbuk, wajahnya semakin tegang. "Sabar... sabar... ini Shah, bukan setan." bisiknya kepada diri sendiri. Lalu, dia mula membaca beberapa ayat suci al-Quran dengan suara perlahan tetapi tegas.
Shah tiba-tiba tersentak. Tubuhnya yang tadi tegang mula relaks, matanya yang berkilat berubah menjadi normal. Dia mengerutkan dahi, keliru.
"Aku... Aku buat apa kat dapur ni?" soal Shah bingung, memandang Nik dengan mata yang jernih.
Nik menghela nafas panjang, menahan rasa geram. "Hmm, 'kembar' kau nak sumbat kek lagi dalam perut kau," jawab Nik dengan nada sarkastik, memutar bola matanya.
Shah mengerutkan dahi, merasa sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya. Perutnya tiba-tiba memulas dengan kuat. Wajahnya berubah pucat.
"Arghhh... Kenapa perut aku ni?" Shah memegang perutnya sambil berlari ke arah tandas.
Nik berdiri di situ, memandang Shah yang hilang di balik pintu tandas. Dia menggelengkan kepala perlahan. "Kenapa dia tamak sangat?" gumam Nik, kecewa. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu bahawa ini bukan salah Shah sepenuhnya. Qarin yang menyelubungi Shah adalah musuh sebenar mereka.
Nik menghela nafas lagi. "Aku kena buat sesuatu... Kalau tak, aku juga yang makan hati tiap hari," gumamnya sambil meninggalkan dapur.
.
.
.
.
Shah menatap shampoo di tangannya, matanya yang hitam sebelah memancarkan kilauan licik. Sebuah senyuman nakal menghiasi wajahnya, penuh dengan rancangan yang hanya dia tahu.
"Ambik kau, kacau aku lagi," bisiknya perlahan sambil mencampurkan sesuatu ke dalam botol shampoo itu. Tangannya lincah menggoncang botol, memastikan campurannya sebati. Puas hati dengan hasil kerjanya, dia menyusun semula barang di bilik air sebelum keluar dengan tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Shah melangkah ke dapur dan duduk sambil mengunyah roti, cuba mengabaikan perasaan aneh yang berputar di hatinya. Sesuatu terasa tidak kena, tetapi dia memilih untuk mengabaikannya.
Beberapa minit kemudian, Nik muncul di dapur dengan hanya bertuala.
"Shah, jangan masuk bilik air dulu. Aku nak mandi sekejap," ujar Nik dengan santai sebelum menghilang ke dalam bilik air.
Shah mengangguk tanpa berkata apa-apa. Namun, hatinya mula berdebar. Ada sesuatu yang tidak kena. Tiba-tiba, terdengar jeritan kuat dari dalam bilik air.
"ARGHHHHHHH! YA ALLAH!"
Shah tersentak, hampir terjatuh dari kerusi. Matanya terarah ke pintu tandas yang tiba-tiba terbuka luas. Di sana, berdiri Nik dengan wajah panik dan badan yang penuh dengan kesan hitam pekat. Bau petrol memenuhi udara.
"Shah! Tolong aku, Shah! Apa kau buat ni?!" Nik menjerit, nadanya penuh dengan kegeraman dan ketakutan.
Shah membatu, matanya membulat. "Bukan aku! Nik, bukan aku! Aku tak buat apa-apa!" Shah menggeleng, cuba membela dirinya. Namun, dalam hatinya, dia tahu sesuatu yang lain sedang berlaku.
Pada saat itu, Tok Ma muncul di pintu dapur dengan wajah terkejut besar. "Ya Allah, cucu aku! Apa dah jadi ni?" Dia segera berlari menghampiri Nik, membersihkan muka Nik dengan tudungnya tanpa peduli kotornya.
Shah tergamam. Dia tahu ini bukan perbuatannya. Namun, ingatannya kabur, seolah-olah ada sesuatu yang mengawal dirinya tadi. Mata hitamnya terasa berdenyut-denyut, membuatkan kepalanya berputar.
"Nik, aku tak sengaja... Aku..." Shah tergagap, suaranya penuh dengan ketakutan dan rasa bersalah.
Tanpa menunggu lebih lama, Shah tiba-tiba berlari keluar dari dapur, meninggalkan Tok Ma dan Nik yang masih terpinga-pinga. Dia tidak tahu ke mana hendak pergi. Air mata mula mengalir di pipinya, dan dadanya terasa sesak.
"Kenapa ini semua kena kat aku? Kenapa aku tak dapat kawal diri aku?" Shah memukul kepalanya sendiri di dinding bilik, berharap dapat menghalau suara-suara yang bergema dalam fikirannya. Dalam hatinya, dia tahu ini semua bukan dirinya. Ini kerja Qarin. Qarin yang selama ini menghantui hidupnya.
Tetapi bagaimana dia hendak menjelaskan semua ini kepada Nik? Kepada Tok Ma? Dan bagaimana dia hendak melarikan diri daripada dirinya sendiri?
.
.
.
.
.
"Shah..."
Suara itu lembut, seakan penuh dengan pujukan. Namun Shah yang sedang baring di atas lantai hanya mengerutkan dahi, cuba menghiraukan panggilan Nik yang mengganggu.
"Bangunlah..."
Shah mendengus kecil sambil menutup matanya rapat-rapat. "Kau nak apa, Nik? Aku mengantuklah..."
"Aku nak cakap sesuatu la."
Shah mendengus lagi, malas untuk melayan. "Cakap jela, aku dengar ni."
Namun, tiada balasan. Suasana sepi.
Shah membuka sedikit matanya, melihat ke arah Nik yang hanya duduk di lantai.
Dengan kepala tunduk menekur. Bibir Nik bergerak-gerak, seakan berbisik sesuatu yang tidak jelas. Shah berkerut. Hati kecilnya mula berasa tidak sedap.
"Weh, Nik... kau okay ke?" soal Shah sambil bangun dari posisi baringnya.
Tiba-tiba, kepala Nik terangkat. Wajahnya menyeringai dengan senyuman menyeramkan, matanya memancarkan kilauan hitam yang jahat. "Hahahahaha! Tubuh ni... tubuh ni jadi milik aku sekarang!"
Shah tersentak, tubuhnya secara refleks bergerak ke belakang sehingga belakangnya terhentak pada dinding. Walaupun rasa sakit menjalar, itu bukan yang merisaukannya. Mata Shah terbeliak melihat keadaan Nik.
"Kenapa sekarang...?!" Shah mendesis, nadanya panik.
"Keluar kau dari tubuh dia la sial!" bentak Shah.
Nik yang dirasuk menyeringai lagi. "Kau siapa nak halang aku? Kau dua kali lima sama macam aku, kan? Hah, Qarin hina!"
"Aku tak sama macam kau!" balas Shah dengan suara garang, namun itu lebih kepada Qarinnya yang menjawab.
Makhluk yang merasuki Nik ketawa sinis. "Kalau kau bukan macam kami, jadi kau siapa sebenarnya?"
"Aku sepupu dia!" balas Shah keras. Suaranya bergema, dan seketika itu, matanya kembali normal. Shah tersentak. Qarinnya telah kembali menguasai tubuhnya, entah bagaimana.
Nik yang dirasuk cuba melarikan diri, namun Shah dengan pantas menangkap kaki Nik. Pergelutan pun tercetus. Bilik yang dalam keadaan baik itu pun mula menjadi hura hara. Sana sini rosak semuanya.
Masing-masing tidak mengalah. Shah, yang masih bergelut dengan pengaruh Qarinnya, terus membelasah Nik tanpa kawalan. Nik pula, meskipun dirasuk, cuba melepaskan diri dengan mencakar dan menjerit, sambil sesekali memanggil Shah agar berhenti.
"Aku cakap, lepaskan aku!" jerit Nik yang dirasuk, tetapi suara itu bukan lagi suara Nik.
Buk! Satu penumbuk Shah mengenai wajah Nik. Nik mengerang kesakitan, tetapi itu tidak menghentikan Shah.
"ARGHHHHH!" raung Nik, nadanya garau dan mengerikan.
Bunyi hiruk-pikuk itu menarik perhatian Tok Ma yang berada di luar. "Nik! Shah! Apa yang korang buat dalam sana?! Gaduh ke?!" Suara Tok Ma bergema bersama bunyi pintu yang ditolak kasar.
Namun Shah tidak mengendahkan panggilan tersebut. Matanya kini menghitam sepenuhnya, dan kekuatan luar biasa mula mengalir dalam tubuhnya. Tangannya yang mencengkam kepala Nik semakin kuat, tidak mahu dilepaskan. Nik, yang tubuhnya dikuasai makhluk lain, tergantung di udara dengan sebelah tangan Shah sahaja.
Shah atau lebih tepatnya Qarinnya- menyeringai, penuh dengan keangkuhan. "Dengar sini, kau dengan aku tak sama, setan. Aku ada tempat aku. Aku ada tujuan aku, aku ada tugas aku. Kau? Kau cuma setan pangkat rendah yang cuba cari tuan baru. Budak ni milik aku. Budak ni mainan aku. Kau cuba lagi rasuk dia depan aku, aku akan hancurkan kau!"
Dengan kata-kata itu, Shah menekan dahi Nik dengan kuat. Nik meraung, suaranya bertambah garau dan menyakitkan telinga. Seolah-olah ada pertarungan antara dua kuasa di situ.
Shah yang tersenyum menyeringai tiba-tiba bersuara lagi, tetapi kali ini lebih perlahan. Matanya memandang
jauh, seakan menyedari sesuatu.
"Aku... aku jumpa tujuan aku," gumamnya, diikuti tawa kecil yang makin lama makin kuat.
"Hahahaha! Aku akan jadi kuat! Demi korang berdua! Demi menghancurkan semua yang cuba ambil hak aku!"
Perlahan-lahan, kekuatan itu surut, dan mata Shah kembali normal.
Namun, sesuatu telah berubah dalam dirinya sebuah tekad yang lahir daripada kegelapan yang bersembunyi di dalam jiwanya.
"Bismillah.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Tidur?"
Tok Ma terkebil-kebil di muka pintu, matanya memerhati keadaan bilik yang berantakan—seolah-olah medan pertempuran yang baru ditinggalkan. Nik dan Shah sudah terbaring di katil masing-masing, tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Aura bilik itu terasa berat, menyesakkan dada, seolah-olah menyembunyikan rahsia yang menunggu untuk terungkap. Dengan hati yang berdebar, Tok Ma melangkah masuk.
"Nik! Shah!" panggilnya, suaranya tegas namun diselubungi sedikit getar. Tiada respon. Kedua-duanya kelihatan lena, seolah-olah dunia di sekeliling mereka tidak lagi wujud. Tok Ma merengus kecil, menghampiri Nik terlebih dahulu.
"Nik..." Panggilnya lembut sambil menunduk, tangannya yang tua menyentuh dahi Nik dengan penuh kasih. "Bangun, cu. Kita belum makan malam lagi," pujukkannya perlahan, cuba mengejutkan cucunya. Namun, Nik tetap diam, wajahnya seperti kaku di bawah pengaruh lena yang dalam. Keadaan ini membuat hati Tok Ma semakin gundah.
Pandangannya kini beralih ke Shah. Dengan langkah yang berat, dia menghampiri cucunya yang seorang lagi. "Shah..." panggilnya perlahan, penuh debar. Namun, apa yang berlaku seterusnya menghentikan seluruh dunianya.
Shah tiba-tiba membuka matanya, tetapi hanya sebelah—dan mata itu hitam sepenuhnya, tanpa putih, tanpa jiwa. Pandangan mata itu tajam dan dalam, seakan-akan menembusi terus ke hati Tok Ma, membuatkan bulu romanya meremang. Hatinya bergetar hebat. Dia tahu mata itu bukan milik Shah. Itu... sesuatu yang lain.
"Jaga Nik bila aku tak ada," suara Shah kedengaran, tetapi nada dan intonasinya langsung tidak menyerupai cucunya. Ia dalam, dingin, dan penuh amaran. Tok Ma tergamam, tetapi dia hanya mampu mengangguk perlahan, tubuhnya membeku di tempat. Dia kenal suara itu, dia tahu siapa yang berbicara melalui tubuh Shah. Sesuatu yang lama, sesuatu yang menakutkan, sesuatu yang seharusnya tidak kembali.
Kemudian, Shah kembali menutup matanya. Segala-galanya kelihatan seperti biasa, kecuali satu—air mata yang perlahan mengalir di pipinya. Air mata yang penuh dengan cerita, penuh dengan derita yang tidak terungkap. Dengan hati yang dipenuhi rasa risau, Tok Ma menyapu sisa air mata itu, tangannya menggeletar sedikit.
"Tok Ma jaga kedua-duanya," bisiknya, seolah-olah memberi janji kepada sesuatu yang tidak kelihatan. Namun jauh di dalam hatinya, dia tahu janji itu membawa beban yang berat—beban yang belum pasti mampu ditanggungnya.
Ketika keluar dari bilik itu, Tok Ma memandang kembali ke pintu yang kini tertutup. Malam yang dingin itu terasa semakin berat, seolah-olah menyimpan sesuatu yang bakal melanda. Dan dia tahu, malam itu hanyalah permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar. Sesuatu yang akan menguji hati, jiwa, dan keimanannya.
Tamat kisah Qarin dia.
Bonus..
Dapur.
Nik garu pipi, masih mamai dan ngantuk.
"Kenapa macam badan aku lenguh sangat ek.." Gumamnya sendiri.
Shah hirup hot Koko dengan cuak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro