Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 Silat

Persekitaran padang dipandang bosan oleh Nik, tapi Shah pulak selamber je baring tepi rumput sambil menghayati keindahan alamnya. Mujur mereka saat ini berteduh di bawah pokok yang rendang. Disitulah kita tahu mereka nampak sangat ponteng kelas.

"Boring sekolah ni." Ucap Nik tanpa ragu.

"Sebelum-sebelum ni kau cakap benda sama." Kata Shah sambil matanya tertutup rapat.

Nik tersenyum kelat. Tak menyangkal fakta itu.

"Kita ikut arus Nik, apa yang jadi kat kita terima je. Takdir kita dah tertulis." Shah buka mata sambil kerling dia.

Di tengah padang itu, ada satu lecak air besar. Disana mereka terlihat satu lembaga berkepala babi tetapi berbadan manusia itu berjalan-jalan ditengahnya. Bagi Nik dan Shah, mereka memang lansung tiada masalah melihat makhluk tersebut. Sebab? Mereka dah biasa dengan sekeliling mereka.

Angin halus bertiupan di belakang mereka. Seketika, terasa sunyi yang teramat.

Nik telan air liur. Shah kembali lelap mata.

"Mu duo bahayo ke mare, bawo sial ke tempet ako." Pelat bahasa makhluk itu berkata di belakang mereka. Nik tak balas, Shah buat bodo.

"Pergi mu duo jaoh-jaoh!"

Angin kuat melintasi mereka. Lantas buat sekeliling sunyi kembali. Tiada jejak kelibat makhluk itu lagi.

"Setan pun tak suka kita Shah." Nik akhirnya bersuara bersama senyuman payah. Mengalir air mata di pipinya mengenang nasib mereka sebegitu rupa.

"Kau nak pindah sekolah, kalau ya aku ikut?"

Nik menggeleng dengan soalan Shah. Dia mengesat air matanya lantas tersenyum.

"Aku boleh bertahan lagi."

.
.
.
.
.

Kelas sunyi dan hening apabila mereka masuk.

Tiada sesiapa hendak berbicara dengan mereka. Well, sejak hari pertama masuk pun budak-budak kelas tu jarang menegur mereka. Tegur bila perkara tu penting je.

"Kau berdua pergi mana?"

Berhenti langkah Nik dan Shah. Melihat gerangan suara tersebut.

Marina?

"Ponteng." Jawab Shah malas lalu duduk ke kerusi. Nik pula keluarkan buku, acah jadi budak baik.

Marina buat muka tak puas hatinya. Entah apalah difikir minah tu. Sudahlah membocor rahsia mereka. Tak puas hati lagi tu.

"Apa?" Soal Shah sambil angkat kening. Marina masih menatap geram ke arah mereka lalu pandang ke depan kelas.

Ekor mata Nik melihat sesuatu yang menjulur seperti ular masuk ke dalam kelas. Apalagi, membatu dirinya disitu juga.

Saat ular itu berhenti tepat sebelahnya, Nik berpeluh dingin. Bukan takut, tapi geli!

Ular itu mengangkat kepalanya. Tinggi menyamai meja belajar mereka.

"Ku perlu bantuanmu berdua."

Hening. Shah buat muka bodo. Nik terus letak kepala ke meja. Buat-buat tido.

"Ada dua anak bunian tersesat ke alam manusia, bisakah kamu berdua mencari mereka?"

Barulah Shah palingkan kepala dan Nik mengangkat kepalanya.

"Bunian?" Serentak pula Nik dan Shah berkata sambil tatap ular itu.

Jin.

Ya, jin. Tiber je.

"Apa yang kami dapat?" Nik berbisik.

"Pahala."

Shah terus menyeringai sinis dan Nik mengemam mulutnya. Menahan tawa.

"Jika kau berdua tidak mahu, tidak apa-apa." Ucap ular itu kembali menjalar keluar dari pintu belakang kelas.

Nik menghela nafas, Shah diam. Iklan Jap ek.

Ketukan di pintu kelas buat semua berpaling. Takde cikgu kan? Buat kerja sendiri.

"Bang Farhan, kenapa ye?" Tanya ketua kelas pada remaja bernama Farhan itu. Di name tag dadanya tertulis pengawas dan di tangannya tersemat borang.

"Korang ada dua student baru kan? Ni borang kelab ni, tolong isi sekarang. Aku nak hantar terus ke cikgu Roshan." Ujar Farhan memandangkan dia nak jumpa terus cikgu sukan itu.

Nik bangun. Mengambil borang memandangkan ketua kelas dah pandang mereka.

"Kembar ke?" Farhan soal takjub.

"Seiras, tapi bukan kembar." Balas Nik acuh. Kertas diambil dan terus ditulis. Borang Shah juga ditulisnya sama.

"Wah, eh..Kelab Silat? Korang berdua pandai bersilat ke?" Soal Farhan terkejut. Dipandang Nik dan Shah dari jauh silih ganti.

Para pelajar dalam kelas pula sudah berbisik, kagum atau menghina.

"Setakat lipat orang boleh lagi." Ucap Nik bersama senyumnya.

Farhan tersenyum lebar.
"Baguslah, jadi korang junior aku. Aku naib pengerusi dekat kelab tu. Jumpa korang berdua petang ni." Ucap Farhan terus tepuk bahu Nik.

Setelah Farhan pergi, Nik kembali tempat duduk.

"Aku tak pernah tahu kau pandai silat Nik." Mat menegur. Kali ni dia tak jahat. Cakap elok-elok kan?

"Kau tak tanya." Balas Nik sambil tersenyum kecil. At least pembuli dia masih menegur mereka.

"Tapi mase kitorang buli kau, asal tak balas?"

Nik tersengih.

"Aku tak suka buli orang lemah."

Deg

Semua sentap.

.
.
.
.
.

Nik dan Shah berpeluk tubuh, dua anak kecil comel berjubah putih tepi hutan itu mereka tatap. Mereka saling berpandangan.

"Macam mana korang berdua boleh terkeluar ni?" Nik menyoal pelik. Bukan pagar sesat bunian kebal ke?

"Main dalam sangat ni." Shah mendekati keduanya lalu duduk melutut menyamai ketinggian dua budak itu.

Sekolah baru mereka ni, ada hutan kat belakang. Yes, memang dalam bandar tapi sekolah mereka ni hujung bandar dan paling sejuk sebab ada bukit  hutan dekat belakang sekolah.

Cuma mereka tak masuk sebab sedar ada penjaga. Jin ular. Makanya, hanya lalu sahaja.

Terbiasa? Yes, sekolah lama merekalah hari-hari lalu kampung bunian. Boleh kata, hari-harilah sapa penduduk bunian yang kebetulan satu kampung dengan mereka. Mereka boleh tahu mana satu bunian dan mana satu manusia.

Contohnya, pak cik Hendra. Orang tua bunian tu sekali seminggu datang ke kampung mereka untuk menziarah penduduk kampung bunian lain. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Bak kata orang, dah tahu tempat mistik jangan gatal nak tahu lebih. Ha gitu.

"Ambe Melur ini kakanda Rino." Si budak Melur petah bersuara.

"Ha? Kau faham Shah?" Nik toleh pandang Shah. Shah angguk. Bukan sekali, bukan dua kali. Berkali-kali jugaklah dia nak belajar bahasa klasik tu.

"Ini bukan tempat kamu. Pergi balik. Bahaya."

Si Rino mengangguk faham, ditarik tangan Melur masuk hutan balik.

Shah bangkit berdiri.

"Hutan ni pun macam nak kena jarah dah tu, comfirm penduduk bunian sibuk nak kemas barang pindah." Ujar Nik risau. Manusia suka membangunkan sesuatu.

"Sebab manusia zaman sekarang mana ada dah percaya benda ni semua." Shah bergerak pergi diikuti Nik dari belakang.

Setibanya mereka ke kelab Silat. Ramai juga menatap mereka. Paling penting, ada satu aura busuk disana.

"Korang dah sampai? Masuklah!" Farhan tarik kedua masuknya dan dibawah ke depan ruang.

Seperti biasa, sesi perkenalan diri.

Sehinggalah tiba seorang budak lelaki sebaya mereka, dibawa kedepan oleh abang Farhan.

"Dia ini orang kuat kami, Mustaqim. Sebaya kau berdua dan dari kelas depan. Dia ni pemalu sikit orangnya. Hehehe." Jelas Farhan, cuma ayat hujung sahaja dibisiknya.

Nik tersengih dan Shah menyeringai.

"Kami tak nak cari gaduh." Nik berpeluk tubuh.

"Jangan ganggu kami." Shah berkata pula.

Farhan terkebil-kebil, masing-masing tercengang. Dilihat Mustaqim yang selama ini sukar tersenyum itu buat mereka terpanar.

"Semoga kita bisa akrab." Ucap Mustaqim menghulur tangannya. Senyumannya melebar misteri.

"Tsk." Shah terpaksa, supaya makhluk itu tak melebih pulak masa sesi perkenalan ni.

"Hmmm." Nik pun terpaksa menyalami Mustaqim.

"Memandangkan korang je tahun pertama dan ade tiga orang lagi satu batch, apa kata kita melakukan perlawanan? Kami nak ukur kekuatan kau berdua." Si ketua kelab bersuara.

"Ya, sudah tentu." Mustaqim tersenyum leret. Sekali lagi mereka membatu.

Nik dan Shah kepelikan. Apehal sejak diorang datang sunyi macam dalam gua kelab ni?

Mustaqim dilihat. Makhluk dibelakangnya dijeling malas oleh mereka.

"Aku tak tahu saka pak belang ada keturunan." Bisik Nik pada Shah.

"Saka terpaling sial kita jumpa tahun ni." Gumam Shah dingin.














Hello guys, sorry to say but author nak maklumkan yang author akan lambat update Dari semasa ke semasa sebab buzy dengan kerja.

Cerita dah nampak makin mengarut, so author pun akan mengarutkan Dia lagi.

Jadi, author mintak maaf ye.

Kalau nak update, Komen dekat bawah ye. In sya Allah author usaha untuk updatekan.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro