Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 [ Makhluk ¹ ]

Nik termenung di tepi tingkap rumah orang bunian temannya yang memberinya tumpangan. Fikirannya bergolak memikirkan pergaduhannya dengan Shah. Kata-kata terakhir Shah sebelum mereka berpisah masih terngiang-ngiang di telinganya, membuatkan dia resah dan serba salah.

Namun, suasana yang tiba-tiba menjadi kecoh di luar rumah mengejutkan Nik. Dia terdengar suara jeritan dan laungan orang kampung. Dengan penuh rasa ingin tahu, dia segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

“Sepupu kau! Dia rogol Melur! Dia lari!" Jerit seorang penduduk kampung, suaranya penuh dengan kemarahan.

Nik terdiam, seolah-olah tidak percaya apa yang baru didengarinya. “Ape? Tak mungkin!” balasnya, nada suaranya menggambarkan kekeliruan.

Tanpa berlengah, Nik bergegas ke rumah Tok Deruma. Setibanya di sana, suasana semakin tegang. Orang ramai berkumpul bersama obor-obor di tangan masing-masing, wajah mereka penuh emosi. Tok Deruma berdiri dengan wajah serius, matanya memancarkan kemarahan yang mendalam.

Di tangga rumah, Melur kelihatan duduk lesu. Bajunya koyak, dan tubuhnya dilitupi kain yang agak lusuh. Wajahnya nampak sugul, namun matanya sukar dibaca.

“Mana Shah?” tanya Nik dengan tegas, walaupun di dalam hatinya, dia berharap semua ini hanyalah salah faham.

“Dia melarikan diri setelah mencemarkan kehormatan cucu aku!” balas Tok Deruma, suaranya keras dan penuh emosi.

“Tak mungkin! Shah tidak buat perkara begitu!” tegas Nik, membela Shah dengan sepenuh keyakinan. Dia tahu Shah suka Melur, tapi dia takkan melakukannya!

“Dia sudah lari ke seberang tasik! Kita mesti kejar dia. Dia harus bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan!” Salah seorang penduduk bersuara lantang, disambut dengan sokongan orang ramai.

Nik memandang sekeliling, cuba mencari sebarang tanda yang menunjukkan kebenaran dalam tuduhan itu. Namun, semua orang nampaknya berpihak kepada Tok Deruma.

Dia kemudian menoleh kepada Melur, memerhatikannya dengan lebih dekat. Ada sesuatu yang membuatkan hati Nik berbisik bahawa ada perkara yang tidak selari dengan apa yang sedang berlaku.

“Shah harus kembali dan menanggung akibat perbuatannya!” tekan Tok Deruma, nadanya jelas menunjukkan rasa kecewa dan kemarahan.

“Tak! Saya yakin Shah tidak bersalah. Dia bukan orang yang sanggup melakukan perbuatan sebegini!” balas Nik yakin.

Namun, suara orang kampung semakin memuncak. “Tangkap dia sebelum makhluk di seberang tasik menemukannya! Kita tak bisa biarkan dia lari begitu saja!”

Nik mengetap bibir, berasa serba salah. Dia tahu Shah kini dalam bahaya besar jika dikejar makhluk-makhluk yang menghuni seberang tasik. Namun, tuduhan berat ini membuatkan dia terperangkap antara kepercayaan dan kenyataan.

Tanpa berlengah, Nik memutuskan untuk bertindak. Dia tahu hanya dia yang boleh menyelamatkan Shah dan mencari kebenaran di sebalik semua ini. Dengan tekad yang bulat, dia melangkah keluar dari keramaian, mengejar jejak Shah sebelum orang kampung menemukannya.

.
.
.
.
.

Shah berlari tanpa menoleh ke belakang. Nafasnya sesak, tetapi dia tahu berhenti bukanlah pilihan. Di sekelilingnya, malam semakin pekat, dan bunyi-bunyi aneh bergema dari segala arah. Makhluk-makhluk itu menghampiri, langkah-langkah mereka beriringan dengan desiran angin yang dingin menusuk tulang..

'A-Aku dah lalu pembatas dunia..'

Dalam keadaan terdesak, Shah cuba mengingati segala ilmu yang pernah dia pelajari. Ayat-ayat pelindung yang dia hafal mula terlintas di fikiran. Tiba-tiba, suara dari dalam dirinya bergema, suara yang selalu mendampingi dan melindunginya sejak dia budak lagi.

'Hahahaha! I'm back!'

"Kenapa baru sekarang kau bersuara!?"

"Kampung tak guna tu, tutup hijab kau dan kekuatan aku, lepas lalu sempadan ni aku dapat cakap dengan kau budak."

Shah tersedar. Sudah menganggak, kampung bunian itu yang bermasalah!

"Shah, guna kekuatan kau!"

Shah menggenggam tangannya dengan erat."Macam mana aku nak lawan makhluk-makhluk ni? Mereka kuat!” Shah senyum sinis.

Suara itu membalas dengan mengejek. Kau ingat cara Ustaz Syamim? Ikut cara dia!"

Makhluk-makhluk itu mula menampakkan diri, bergerak keluar dari bayang-bayang hutan. Wajah mereka yang tidak bermuka membuatkan Shah mengigil. Tubuh mereka menyerupai manusia, tetapi aura yang mereka pancarkan jelas berbahaya. Makhluk ratusan tahun memang agak menyeramkan.

Shah menarik nafas panjang tenang dan mula membaca ayat-ayat yang dia ingat. Setiap kali dia melafazkan satu ayat, tubuhnya terasa lebih ringan, dan keberaniannya mula bangkit. Tiba-tiba, pendampingnya mengambil alih seketika, membuatkan Shah merasa seperti ada kekuatan luar biasa yang mengalir dalam tubuhnya lagi. Sebelah matanya menghitam semua.

Hehehe my turn. suara itu memberi kedengaran tidak sabar. “Aku pinjam kekuatan kau." Senyumannya melirik. Cukup gembira kerana terbebas.

Makhluk-makhluk itu menyerang serentak, cuba menggenggam tubuh Shah. Tetapi dengan satu gerakan tangkas, Shah mengelak dan melawan menggunakan kayu yang ditemuinya di tanah. Setiap kali dia mengayunkan kayu itu, terpelanting jauh makhluk tersebut, membuatkan makhluk-makhluk itu mengundur sedikit.

"Hahahaha! Lemah! Makhluk ratusan tahun konon!" Shah menjerit, suaranya bergema di tengah kegelapan dalam hutan itu.

Salah satu makhluk menghampiri dengan lebih agresif, tetapi Shah dengan pantas membaca ayat terakhir surah tertentu. Makhluk itu berhenti, lalu melarikan diri ke dalam kegelapan.

"Biar aku buat,” Shah kembali.

Namun, makhluk-makhluk yang lain masih mengelilingi Shah, menunggu peluang untuk menyerang. Dia tahu perjuangannya belum selesai. Dengan tekad yang semakin kuat, Shah bersedia menghadapi gelombang serangan berikutnya, berharap Nik atau seseorang akan menemui dan membantunya sebelum terlambat.

Shah berdiri tegak, walaupun tubuhnya lelah dan napasnya tersengal-sengal, pendamping dia terlalu banyak guna tenaga dia. Makhluk-makhluk itu mula mengelilinginya, bergerak dengan perlahan tetapi penuh ancaman. Mereka tidak menyerang sekaligus, seolah-olah sedang menunggu Shah melakukan kesalahan pertama.

Bismillahirrahmanirrahim,” Shah membaca, suaranya bergetar tetapi penuh keyakinan.

Makhluk yang terdekat tiba-tiba menyerang, mengayunkan tangan mereka yang berbentuk cakar tajam. Shah mengelak dengan tangkas dan membalas serangan dengan kayu di tangannya, tetapi kayu itu patah. Dia jatuh ke tanah, dan seekor makhluk berjaya mencakar betisnya namun Shah segera bangkit sambil melafazkan Surah Al-Falaq:

Qul a’uzu birabbil-falaq, min sharri ma khalaq…”

Tiba-tiba, cahaya kecil muncul di tangannya, melingkupi tubuhnya seperti perisai. Makhluk itu mundur sejenak, terganggu oleh cahaya tersebut. Shah melangkah ke hadapan, mengambil keberanian dari kekuatan yang dia rasakan.

Seekor makhluk lain menerkam, berjaya melukakan bahu Shah namun Shah segera membaca ayat dari Surah Al-Ikhlas:

Qul huwallahu ahad, Allahus-samad…”

Cahaya ghaib semakin terang, dan makhluk itu langsung melompat ke belakang, melolong kesakitan seolah-olah terbakar. Shah menyedari, ayat-ayat itu bukan hanya melindunginya tetapi juga menjadi senjata.

Salah satu makhluk terbesar tiba-tiba menyerang, memimpin yang lain untuk menyerbu Shah secara serentak. Shah tidak mempunyai pilihan selain melawan habis-habisan, Luka-luka seakan birat cakar yang panjang ditubuhnya tidak dihiraukan lagi, darah-darah mengalir banyak tidak peduli. Dengan suara yang lantang, dia membaca ayat Kursi:

Allahu la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum…”

Cahaya ghaib seakan pagar diri melapisi tubuh Shah dan menyala terang seperti mentari, membuat makhluk-makhluk itu terhenti. Mereka berguling di tanah, menutupi wajah yang tidak bermuka, seolah-olah cahaya itu membakar mereka dari dalam.

Namun, Shah tahu bahawa ini hanyalah sementara. Dia menguatkan hati dan membaca potongan Surah Al-Jin:

Wa anna masajida lillahi fala tad’u ma’allahi ahada.”

Seketika itu, bunyi gemuruh memenuhi udara, seperti ada angin kencang yang menghalau makhluk-makhluk itu. Mereka mula melarikan diri ke dalam kegelapan, melolong dengan suara yang menusuk telinga.

Shah berdiri di tengah-tengah kegelapan yang kini sunyi. Tubuhnya lemah, tetapi hatinya terasa ringan. Dia tahu pertempuran ini bukanlah yang terakhir. Makhluk itu semua, hanya mekarikan diri.

Dia jatuh, menyembam ke tanah. Bernafas termenggah-menggah.

“Terima kasih…” Shah berbisik kepada pendampingnya atau lebih tepat, kembarnya.

Jin Qarin.

Tsk, kalau aku yang keluar lagi lama, aku tinggal penggal satu-satu kepala mereka." suara Qarinnya itu menjawab angkuh. Ayat al-Quran, hmph!

Bunyi jeritan orang kampung mendekat. Senyuman Shah terlakar. Payah betul dirinya untuk bangkit.

Qarin ya...

Shah menutup mata. Teringat memori akan dirinya menerima Jin Qarin disisi. Entah kenapa, saat ini dia boleh pula terkenang semula akan, penerimaan Jin Qarin dalam dirinya.









Bersambung?





Qarin? Nak dengar kisah Qarin Shah tak? Wkwkwkwkw

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro