Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 Berani sangat

"Aku dah pergi kat alamat yang kau bagitau tu, tapi tak ada sesiapa kat sane. Bila aku tanya jiran kau, dia cakap mereka dihantar ke rumah yatim piatu."

"Kau tahu ke rumah yatim piatu tu?" Mikail terbang mendekat.

Shah mengangguk.

"Tahu, ini aku nak kesanalah. Aku datang ni pun lupa ambik laptop. Seminggu aku duduk dengan Nik. Kalau aku balik tengokkan kau jela."

"Terima kasih Shah."

"Hmmm, tak ada permintaan karut apa-apa kan?" Shah mengangkat kening sebelah.

"Setakat ni tak ada apa-apa lagi." Perlahan nada itu membalas. Shah membaca sesuatu. Hantu, tipulah bukan sekadar satu permintaan sahaja.

.
.
.
.

Shah menghela nafas lemah.

"Apahal kau ikut aku gile?" Shah menyoal tak suka.

"Aku nak ikutlah, nak tengok bakal girlfriend kau hehehe."

"Kepala otak kau girlfriend!" Marah Shah terus ketuk kepala Nik.

Mengaduh si Nik.

Setibanya mereka di pondok pengawal, Shah  membuat lawatan ke atas nama diberikan Mikail.

Mereka dibenarkan masuk.

Saat itu, mata mereka tertancap pelbagai makhluk dan rupa berada disana. Budak-budak kecil yang bermain kejar-kejaran tidak menyedari makhluk disekitar mereka.

Hanya seorang budak kecil bermain seorang diri. Tetapi ada yang menemani, budak itu seakan mampu melihat entiti itu dan mereka bermain bersama. Nampak dia dipinggirkan.

"Assalamualaikum dik." Sapa Nik sambil tersenyum manis.

Budak kecil itu menoleh. Dia ikut tersenyum.

"Adik, mana kak Marina?"

"Kakak Ina? Ada kat dalam rumah. Acu panggilkan ya." Katanya sopan.

"Terima kasih." Serentak Shah dan Nik berkata.

Sebaik budak itu pergi, Nik dan Shah serentak memandang hantu budak kecil yang nampak seusia 'Acu' itu.

"Kau tak ada kawan nak bermain ke? Dengan manusia jugak kau nak ikut." Marah Shah dingin. Mata hitamnya mengeluarkan aura mengancam.

Hantu budak kecil itu menggigil ketakutan, lalu lari dari situ.
Anak mata Shah kembali normal.

"Kau ni, dengan hantu pun nak marah." Ejek Nik lantas menyengih. Tapi Shah malas nak gaduh.

"Assalamualaikum, ada apa ya jumpa saya?"

Mereka berpaling, muncul satu sosok tubuh yang mereka kenali.

"Eh?" Mereka tercengang.

"Nik Shah? Korang buat apa kat sini?" Hairan Marina.

"Kitorang? Nak Cari Marina." Nik bingung.

"Akulah Marina." Marina balas hairan.

"Adik Mikail?" Tanya Shah pula buat Marina terkedu.

"Takkan classmate kita kot, Mikail tak bagitau pun berapa umur adik dia gila. Dia lupa umur adik sendiri pulak tu." Umpat Nik selamba pada Shah.

"Abang? Kenapa korang cakap pasal arwah abang aku? Kenapa?" Marina menggigil ingin tahu. Tangannya seakan ingin berpaut pada sesuatu tapi dia masih menahan rasa ingin tahunya.

"Kau adik dia ke? Hari ni kau free tak?" Shah berpeluk tubuh. Masih kekal tenang.

"Free, kenapa?"

"Kau tahukan abang kau dah meninggal?" Nik pula bertanya.

"Ya aku tahu." Marina balas laju. Menatap tanah. Pasti sukar untuknya menerima kepergian abang tersayang.

Shah menghela nafas. Pandang Nik, dia juga ikut diam. Pasti dia merisaukan sesuatu.

Sesuatu yang buatkan mereka akan terpinggir suatu hari kelak.

.
.
.
.
.
.
.

Marina berdebar. Ini kali pertama dia masuk bilik lelaki. Walaupun sekarang dalam rumah itu ada family Shah, tapi still rasa tak selesa.

"Korang nak tunjuk apa sebenarnya?" Akhirnya Marina bersuara.

Nik ambil tempat duduk di kerusi. Shah duduk tepi katil. Mikail yang perasan khadiran adiknya terbang mengelilingi Marina. Wajahnya berubah rindu.

"Kau tahukan rumah ni tempat abang kau meninggal?" Tanya Shah. Marina angguk.

"Disini tempat kejadian tu, lepas lima tahun aku rasa, polis bongkar kisah rumah ni. Kes pembunuhan." Cerita Nik cuba-cuba ingat. Dia pernah selidik jugak tentang itu, dan mendapati abang Danial mereka pernah terlibat dengan rumah tersebut. Dialah yang menyerahkan bahan bukti tersebut.

"Ya, aku tahu dan aku tak boleh ke sini sebab ni rumah orang. Aku nak tahu sangat apa yang terjadi pada dia." Marina mendekati jendela. Pemandangan kolam dihadapan buatkan dia tenang.

"Kami nak jujur satu benda kat kau. Perkara ni memang di luar logik akal manusia biasa." Ucap Shah.

"Kami tak sangka kau classmate kami, dan kami tak jangka jadi macam ni. Tapi, kami dah ready kena sisih satu sekolah kalau perkara ni menyebar." Ujar Nik sayu sambil senyum.

Marina menoleh. Tak faham.

"Sisihkan korang? You mean satu sekolah pulaukan korang? Ada apa sebenarnya?" Bingung Marina.

"Kau mesti takkan percaya." Nik luah sedih.

"Dan kau pasti akan cakap kami gila." Ucap Shah pula.

Marina terdiam. Ape benda tu?

"Kalau korang tak jelaskan memang aku takkan faham weh. Cuba jujur kat aku, ape benda korang nak sampaikan sebenarnya ni." Marina tak tahan lagi.

"Kitorang ada indera keenam, mampu melihat makhluk halus." Jujur Shah, dia tahu Nik takut membicarakan pada orang luar. Lagi-lagi classmate mereka.

Pernah terjadi, sebelum ini. Mereka dipulaukan kerana kelebihan tersebut. Namun, setelah orang kampung dan sekolah sudah terbiasa dengan sikap dan perangai mereka. Mereka mula menerimanya perlahan-lahan.

Tapi, ini adalah bandar dimana zaman kemajuan teknologi yang boleh menyebarkan isu terkini. Siapa saja mahu mempercayai hantu?

"Apa yang korang merepek ni?" Soal Marina tertawa sinis. Gila? Ya, mereka gila.

"Kami boleh nampak makhluk halus." Jelas Nik yang sedari diam sejak tadi.

"Jadi kau nak cakap kau mampu nampak roh abang aku!" Marah Marina seakan dipermainkan.

"Ya." Balas Shah tenang.

"Merepek." Marina terus keluar dari bilik tersebut. Memang dia tak percaya semua tu. Memang tak!

Nik menghela nafas lemah. Shah pandang Mikail yang sudah buat muka sedih.

"Aku, mintak maaf.."

"Kau tak tahu adik kau tu satu kelas dengan kitorang?" Soal Nik senada.

"Tak tahu."

"Kitorang dah sedia mental kena pulau lepas ni satu kelas." Ujar Shah pasrah.

Nik menghela nafas payah.

"Maafkan aku."

.
.
.
.

Hujan lebat di pagi itu. Awan gelap buat kelas menerima kegelapan seperti malam. Sama seperti keadaan Nik dan Shah kini. Satu kelas menjauhkan mereka. Siapa lagi kalau Marina yang menjaja cerita.

Dulu mereka pernah menerima keadaan sebegini di sekolah kampung dahulu, namun lama kelamaan perangai orang kampung mula menerima kelebihan mereka berdua kerana benar. Ustaz Shamim juga menjelaskan pada mereka..

Tapi sekarang, ini di bandar..

'Tiada siapa yang percaya....'

Bisik-bisik kedengaran. Nik yang seorang ceria menjadi diam. Bukanlah dirinya. Riak wajahnya terasa dipinggirkan jelas terlihat. Berbeza dengan Shah yang sememangnya kering lagi batu.

"Oi."

Satu sepakan mengena sisi meja Nik. Naik terangkat bahu Nik.

"Ye?" Nik kepanikan. Dia tak suka orang pandang dinginnya. Dia tak suka.

Shah pula, menjeling sahaja.

"Betul ke kau boleh nampak hantu?"

Nik tak menjawab. Kalau dia jujur, tanggapan mereka bagaimana?

"Kalau ye pun, ada kacau kau ke?" Soal Shah berani.

Budak lelaki sebayanya itu yang mempunyai dua lagi rekannya dibelakangnya tertawa galak. Yang lain hanya memandang sahaja. Si Mat and the geng ni terkenal dengan kaki membuli sesama rakan sekelas.

Sejak hari pertama mereka masuk, tiga orang itu tidak pula menganggu mereka.

Tapi hari ni, baru tunjuk belang?

"Wah, tunjuk hero kau ye Shah? Memang betullah tu korang boleh tengok hantu?"

"......"

"Ada hantu tak dalam kelas ni?" Usik Mat. Rekannya tertawa.

Macam manalah diorang ni tersesat masuk kelas pandai ni.

"Aku tanyalah pekak!"

BOOM!

Kilat memancar. Bekalan elektrik terputus.

Masing-masing ketakutan.

"Kau nak tengok hantu sangat ke?" Usik Shah senyum sinis.

Semua mata mencari kelibat Shah dalam kegelapan.

"Kau jangan main-mainlah gila!" Marah Mat akhirnya.

Terasa terlanggar sesuatu di kakinya, Mat cuba mencapainya.

Batang penyapu.

Guruh berdentam detum. Cahaya memancarkan keadaan kelas.

Mat terkedu.

Saat ini, terlihat kelas kosong, tiada sesiapa. Dia keseorangan! Dari cahaya itu, dia terlihat kelibat lembaga di hadapan kelas.

"Siapa kau!?" Mat menjerit takut.

"Mat........" Suara halus di sebelah kanannya. Cepat Mat melibas sebelahnya.

Kosong.

Tiada.

"Mat......."

"Pergi! Jangan ganggu aku!"

Sebaik dia menoleh kehadapan, lembaga di hadapan terus merangkak laju ke arahnya.

"ARGHHHHHHH!"

.
.
.
.
.

Mat menggila terkena sampuk lantas jatuh ke lantai. Kelas menjadi kecoh. Para pelajar perempuan terjerit-jerit ketakutan sehingga membuatkan kelas sebelah menyebelah terjenguk-jenguk ingin melihat..

"Dia apehal gila!" Rakan Mat panik.

Para pelajar lain ketakutan, tidak mendekati Mat yang terlihat menggeletar di atas lantai bersama mata yang naik ke atas. Sekejap-sekejap mulutnya memaki dan memarah tidak jelas.

"Jangan ganggu aku!" Ucapnya seakan menolak sesuatu di udara dalam keadaan masih terbaring di atas lantai.

"Sial!" Raungan Mat berselang seli dengan guruh itu tersangatlah jelas.

"Ketua kelas, pergilah panggil ustaz ke apa. Dia kena sampuk ke tu?" Shah yang masih duduk di kerusi tersenyum sinis dengan selamba.

Ditambah lagi dengan hujan lebat serta guruh diluar, menampakkan lagi keadaan Shah sangat menyeramkan.

Masing-masing dah cuak keseraman.. Ketua kelas bercermin mata terus berlari keluar melapor kejadian tersebut. Semua guru hari ini ada taklimat, sebab itu kelas semua bising.

"Kau buat apa kat dia!?" Marah Marina yang sedari diam sejak dari tadi.

"Hmmmm, kau rasa..." Shah senyum meleret..

Nik yang sedari diam terkebil-kebil.

"Aku belum buka hijab dia, kau buat ke Shah?" Bisik Nik.

Shah kerling Nik sekilas lalu pandang Mat yang masih dalam keadaan seperti itu.

"Bukan aku, tapi 'dia' Nik. Mat salah timing cakap masa 'dia' masih sedar." Ucap Shah yang pastinya buat sesiapa tak faham. Namun Nik sudah mengigit bibir. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Shah.

"Apa yang berlaku ni!?" Seorang guru mula masuk. Kelas yang tadinya kecoh kini sedikit tenang adanya orang dewasa.

"Shah, bagitau dia hentikannya." Bisik
Nik.

Shah memejam mata, tak lama kemudian Mat tadinya semacam orang kena sampuk terus berhenti.

"Done."

"Mat, kenapa ni?" Guru bernama Salehuddin itu bertanya risau saat Mat membuka mata. Wajahnya bertukar pucat sambil melihat sekeliling dengan takut. Guruh petir masih berdentum. Gurunya dipeluk sambil menangis teresak-esak seakan bayi.

"Diorang yang buat cikgu!" Marina terus tunding Shah dan Nik.

Nik tertawa.

"Macam mana tu? Bukan korang ke biar diorang ni buli kitorang, jadi kat sini kitorang mangsa!" Nik soal sinis sambil senyum licik.

"Cikgu, tadi dia buli kitorang cakap nak tengok hantu dek kitorang nampak hantu, tapi tak sangka dia mendapat terus." Shah pula cakap dengan selamba sambil juih bibir tunjuk Mat.

"Apa? Hantu? Apa yang kamu berdua mengarut ni?" Cikgu Salehuddin tidak faham.

"See Marina, kau rasa kau fitnah kitorang tu benda betul ke? Cikgu sendiri cakap mengarut. Jadi, kenapa kau fitnah satu kelas tentang kami berdua?" Nik soal berani.

Satu kelas mula berbisik.

"A-Aku minta maaf.." Mat terus berlutut minta maaf.

Shah mahupun Nik buat muka toya.

'Siapa peduli?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro