Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 [ Makhluk ]

Malam itu, Nik dan Shah berjalan-jalan mengelilingi pekan, menikmati keindahan malam yang tenang. Suara riuh penduduk kampung bergema di sekeliling, memberi suasana yang meriah dan menggembirakan hati mereka.

Mereka singgah di gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan tempatan, mencuba kuih-muih yang pelbagai dan mencuba itu ini.

“Kuih ini sedap! Kau patut cuba!” Nik mengangkat sepotong kuih berwarna-warni, menyuapkannya ke mulut Shah.

“Sedap! Macam kuih bandar,” balas Shah dengan mulut penuh, dah lama sangat lidah mereka tak pakene manis.

Ketika mereka berjalan sambil mengusha makanan lain, suasana ceria tiba-tiba bertukar cemas apabila mereka mendengar suara jeritan dari arah pekan.

Kerana ingin tahu, mereka segera berlari ke arah suara itu dan mendapati beberapa orang penduduk kampung sedang memapah seorang pemuda yang terbaring parah di tanah.

“Apa yang berlaku ni?” tanya Nik.

“Degil! Sudah tahu malam-malam berbahaya. Keluar juga!” seorang penduduk kampung mengeluh, menunjukkan rasa marah terhadap pemuda itu.

Shah dan Nik saling bertukar pandang, semakin ingin tahu. “Kenapa dia cedera?” tanya Shah pada salah seorang penduduk.

Dia ingat lagi, masa hari pertama dia mencuri lihat kejadian yang berlaku di jendela tingkap rumah Tok Deruma. Sama seperti sekarang.

“Dia pergi ke tepi tasik malam tadi. Ada makhluk berbahaya di seberang sana. Mereka berpakaian seperti manusia, tapi jelas bukan manusia. Cantik tetapi jahat!” jawab seorang wanita tua, wajahnya menunjukkan kebimbangan dan kemarahan yang mendalam.

Nik dan Shah teringat tentang makhluk tanpa wajah mereka jumpa sebelum ini. Takkan makhluk yang sama?

“Mereka datang untuk menarik mangsa. Jika kau terpedaya dengan kecantikan mereka, kau mungkin tidak akan pulang,” tambah seorang lelaki, menatap pemuda itu dengan prihatin.

“Jadi, pemuda ini mungkin telah terpedaya?” tanya Shah, merasakan dia dan Nik pernah hampir terpedaya juga.

“Ya, semua orang tahu tentang makhluk ini, tapi masih ada yang berani mencuba nasib,” jawab penduduk kampung, nada suaranya tegas. “Kita sudah banyak kali kehilangan orang muda disebabkan kebodohan sebegini.”

Mendengar semua itu, Nik dan Shah merasakan betapa berbahayanya keadaan di seberang tasik ketika larut malam.

Mereka tidak dapat membayangkan apa yang mungkin terjadi jika mereka tidak berhati-hati.

.
.

Saat mereka berdiri di tepi tasik, angin malam yang dingin menyapa wajah mereka. Nik dan Shah bertukar pandang, masing-masing merasakan beratnya pemikiran tentang makhluk di seberang tasik dan bagaimana mereka hendak kembali ke alam manusia.

"Kita kena keluar dari kampung ni Nik." Shah bersuara tiba-tiba.

Nik berkerut. Tak suka dengan cadangan tergesa-gesa Shah.
"......"

Melihat Nik berdiam diri buat Shah meledak bingung .

"Nik, aku cakap dengan kau ni.."

"Ye aku dengar!"

“Kalau macam ni Nik. Kita tak akan pergi ke mana-mana!”

Nik mendengus, berasa semakin tak sabar. “Tapi kita dah tengokkan dengan mata kepala kita yang dia tu cedera, kalau makhluk tu serang kita, macam mana kita nak larikan diri? Lagi satu, makhluk tu bukan seekor, Shah. Kita sendiri lihat hari tu ysng mereka ramai."

Shah terdiam, otaknya berputar dengan fakta dan kemungkinan yang menggerunkan. Dia merasakan ketakutan itu meluap dalam dirinya, tetapi dia berusaha menahan perasaan itu. Dia boleh jaga diri! Dia boleh jaga Nik!

"Kita pergi please."

“Aku tak kira, Shah. Kita kena tunggu bulan purnama merah,” kata Nik, suaranya tegas, menegaskan pendiriannya.

Shah membalas dengan nada yang lebih keras. “Bulan purnama merah tu pun malam, Nik! Kau tak faham ke? Kita akan terperangkap dalam kegelapan yang sama!”

“Ya! At least orang kampung ada dengan kita! Mereka tahu cara berhadapan dengan makhluk tu!” Nik menjawab, berusaha mengekalkan keyakinan dalam suaranya.

Shah mengetap bibir, perasaan marahnya semakin memuncak. Dia tidak mahu melibatkan penduduk kampung yang tidak bersalah dalam masalah mereka. “Kau fikir mereka akan selamat? Apa yang terjadi kalau makhluk tu serang dan mereka yang terkorban? Kau nak bertanggungjawab semua tu?”

“Jadi apa yang kau cadangkan? Lari dari sini macam budak-budak? Atau kita pergi sehingga kita terperangkap!?” Nik membalas dengan kemarahan yang sama, wajahnya merah padam.

Better kita cari jalan pulang sendiri! Kita tak patut berada kat sini dari awal lagi, kalau aku tak ikut kau semua ni takkan berlaku!” Shah tidak dapat menahan diri lagi, suaranya meningkat.

“Oh jadi kau salahkan aku sekarang!? Patutnya kau tanya diri kau! Kenapa kau ikut aku la sial!?" Nik bersuara tinggi, matanya menyala dengan emosi.

“Sebab kau bodohlah aku ikut!" Shah membalas, semakin berang.

Kedua-duanya saling berhadapan, kebencian dan ketakutan bercampur-baur dalam pandangan mereka. Mereka tahu ini bukan hanya tentang kebencian semata, tetapi tentang tekanan yang mereka hadapi bersama.

“Jangan lupa tujuan kita pergi dari sini! Bukan gaduh macam ni!” Nik menengking.

Shah terdiam, betul, kenapa gaduh? Namun, di dalam hatinya, ketakutan dan keresahan tetap menggangu. “Please Nik, aku dah tak tahan duduk sini."

Nik mengambil nafas dalam-dalam, kemarahannya masih membara. “Kau ini memang tak fahamlah, Shah! Aku takut dengan situasi ni, dan kau hanya fikirkan tentang diri kau sendiri! Kau selfish la sial!”

Dengan itu, Nik berpaling dan berjalan pergi, meninggalkan Shah sendirian dalam kegelapan malam di tepi tasik itu. “Nik, tunggu!” Shah teriak, tetapi sudah terlambat. Nik tidak menoleh, langkahnya semakin jauh. Rasa kecewa dan kesepian menyelubungi Shah, hatinya berasa berat. Kosong.

Malam itu, Shah pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Melihat Nik tiada rumah tahulah dia Nik tidur dirumah entah siapa malam itu.

Marahnya semakin surut, tetapi kekecewaan dan kebimbangan menggantikan tempatnya. “Kenapa aku kene gaduh dengan Nik?” dia berbisik kepada dirinya sendiri, menyesali pertengkaran itu.

Keesokan harinya, Shah bangun dengan perasaan tidak menentu. Pagi yang sejuk itu terasa lebih suram tanpa suara Nik di sebelahnya. Dia tahu mereka perlu berbincang, tetapi egonya menghalang langkahnya.

Shah merayau di sekitar rumah, menunggu Nik, tetapi sepupunya itu tidak muncul. Kesunyian menambah rasa hampa di dalam hatinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini tanpa sokongan Nik.

Di dalam hati, Shah berharap Nik akan kembali, tetapi keheningan berterusan. Dia merasa terasing, kehilangan sepupu yang seharusnya berada di sisinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapi ancaman makhluk di luar sana tanpa Nik di sebelahnya.

---

Malam itu, setelah beberapa ketika, Nik pulang ke rumah juga akhirnya. Shah segera menyambutnya dengan harapan untuk memperbaiki hubungan mereka. “Nik, sorry weh pasal semalam. Kita tak patut gaduh. Kita kena bekerjasama,” ujar Shah dengan penuh harapan.

Nik hanya membalas dengan anggukan kecil, tetapi wajahnya kelihatan tegang. Melur yang sedang berada di dapur menyedari suasana tidak senang itu, datang menghampiri mereka. “Ada apa ni? Kenapa engkau berdua kelihatan serius?” tanyanya dengan nada prihatin.

Shah berpaling kepada Melur, tetapi tanpa disedari, dia merasakan kemarahan meluap tiba-tiba. “Melur, ini bukan urusan kau. Kami ada perkara yang perlu dibincangkan,” jawabnya dengan nada kasar.

Melur terkejut dengan reaksi Shah. Untuk pertama kali melihat Shah berang tiba-tiba.“Tapi aku hanya ingin membantu. Mungkin kita bisa berbincang bersama dan mencari jalan penyelesaian,” katanya lembut, berusaha menenangkan keadaan.

Nik memandang Shah yang jelas melihat rasa tidak senangnya terhadap Melur. “Kau tak perlu risau tentangnya, Melur. Ini adalah masalah kami,” balas Nik lembut, tetapi tidak dapat menahan rasa bersalah melihat Melur diperlakukan sebegitu oleh Shah.

Shah mendengus. “Kau tahu apa, Melur? Kadang-kadang lebih baik kau jangan campur tangan!" terjah Shah, suaranya meninggi.

Melur terdiam, terkejut dengan kata-kata Shah. “Shah, aku hanya cuma membantu,” katanya, suaranya hampir bergetar.

Nik, yang mulai merasa tertekan dengan sikap Shah, mencelah, “Sudahlah, Shah. Dia cuma nak tolong. Dah kenapa kau berlagak macam ni?”

“Dan kau, Nik, kenapa kau tak faham-faham! Kita tak perlukan sesiapa lagi! Kita perlu settle hal ni sendiri!” Shah membalas, semakin berang.

Keadaan menjadi semakin tegang, dan Nik tidak dapat menahan kemarahannya lagi. “Kau ingat semudah tu ke sial? Kau yang nak sangat berlagak hero, tapi sebenarnya kau yang buat keadaan lebih teruk!” Nik menjerit, meluahkan semua rasa frustrasi.

Shah merasakan hatinya terbakar dengan kata-kata itu. “Jadi, kau lebih sukalah menyusahkan orang!? Dah lupa kau tu manusia!? Mana hati manusia kau kalau kau rasa bagus  korban orang bunian semata-mara selamatkan nyawa kau sorang hah!?" Shah membalas, suaranya penuh dengan kemarahan.

Melur berdiri di antara mereka, merasa tidak selesa dengan pertengkaran yang semakin memuncak. “Berhentilah, jangan berkelahi. Kita perlu bertenang dan merancang apa yang perlu dilakukan,” dia cuba menyuarakan pendapatnya, tetapi suaranya tenggelam dalam suasana yang tegang Nik dan Shah yang saling bertekak.

Shah memandang Melur dengan sinis. “Dan kau, Melur, tolong jangan jadi penyibuk. Aku tidak memerlukan bantuan yang tidak diminta dari orang luar.” katanya, membuatkan Melur terdiam dan mengundurkan diri sedikit.

“Cukuplah, Shah! Kau tak perlu bertindak macam ni. Kita bukan musuh! Aku cuma nak kita semua selamat,” Nik berkata dengan nada kecewa.

“Tapi kau yang tak faham! Aku tak nak tunggu dan kita tak boleh biarkan sesiapa terlibat dalam masalah kita!” Shah membalas, suaranya keras.

Nik berputus asa. “Aku tak boleh berlama-lama kat sini. Kau buat jela apa kau nak, aku malas nak tau pasal kau lagi.” Katanya dengan tegas, sebelum bergegas keluar dari rumah.

“Nik, tunggu!” Shah menjerit, tetapi Nik tidak mengendahkan panggilannya. Shah mengenggam penumbuk. Laju langkahnya dibawah ke bilik.

Melur kembali ke dapur, merasakan dirinya tidak lagi diperlukan. Dia ingin membantu, tetapi kini, kedua-dua sepupu itu terpisah oleh ego dan pendapat mereka sendiri.

--

Shah merasa kehilangan, tetapi dia juga merasa marah. Kenapa dia harus merasakan beban ini sendirian?

Kegelapan malam terasa lebih berat dengan semua yang terjadi. Shah duduk di sudut, memikirkan segala yang telah berlaku, dan berharap agar esok membawa sedikit kelegaan.











Sambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro