Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 Kes [3.2]

Shah berjalan santai, Nik dah menguap. Masing-masing mempunyai kebosanan yang tak terhingga. Danial tiada bersama kerana ingin menjaga kediaman.

Lan dan Ben menyuluh sekitar kawasan yang gelap sambil merakam. Joe dan Dean sibuk menyeru. Menjerit sana sini, padahal setan tu sebelah mereka je. Siap pakej tenung dan cakap 'Kau. Nak. Apa?' Gitu..

"Bang, tak payah jerit macam tu. Sebelah abang tu ada. Cuma abang tak nampak je." Ujar Nik bosan sambil menguap. Sempat dijeling hantu di sebelah Joe. Tenung macam terkejut. Mungkin dalam hati dia tak sangka ada manusia nampak dia.

"Ada ke?" Dean suluh sekeliling Joe.

"Kau tak payah spoiler Nik, bior diorang buat kerja diorang. Jangan rosakkan rakaman orang." Tegur Shah pula. Dia duduk bosan sambil main telefon.

Suasana sunyi itu sudah jelas menakutkan dan menyeramkan. Tapi entah kenapa, mereka terasa bahang sensasi seram itu tidak pula menganggu.

"Entah kenapa, aku tak rasa seram do." Mat akhirnya meluah.

"Ya, dengan keberadaan mereka." Tambah Ben.

Mereka semua memandang Nik dan Shah.

Suasana sunyi. Nik Dan Shah berpandangan.
"Okey, okey. Kitorang duduk tingkat satu. Tempat keras dekat tingkat empat. Situ ada jembalang. Good luck." Sempat Shah bagi semangat. Nik terkekeh ketawa melihat semua telan air liur. Habis ahh.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nik hempas kad ke lantai. Muka bangga dia pamer setelah mengalahkan Shah.

"Yeay, aku menang!" Nik angkat tangan.

"Kebetulan je tu." Shah tak ambil pusing. Redha je walaupun dikalahkan.

Manelah mereka jumpa kad judi ni, sempat pulak main game.

Nik sengih. Tak ngakula tu. Kepala ditoleh melihat keberadaan makhluk di sebalik dinding. Comel je kepala dia menjengah. Dengan rambut mengerbangnya. Hahaha.

"Makhluk ni memang nak kena." Nik ambik batang kayu. Dekat je.

PAK!

Mencicit setan tu pergi. Membulat mata Shah dengan perilaku Nik. Bosan sangat member tu..

"Kau dah kenapa bro?"

"Menyampah aku. Teringat setan dekat rumah." Nik tersenyum kelat.

"Kau rase hantu dekat rumah kau tu mampu dijinak?" Shah tanya ingin tahu.

"Aku tak pasti weh, tak pernah tegur. Dia liar, dah dirasuk iblis dan suka menyerupai sesiapa. Terutama sekali parents aku. Sebab tu aku kadang silap tegur." Teringat Nik moment dia diperdajalkan iblis tersebut.

"Dia perempuan ke?"

"Yang kau banyak tanya dah kenapa? Takkan tak puas dengan hantu Mikail?" Usik Nik.

"Aku tak gay macam kau. Aku masih straight lagi."

"Gila, dengan hantu kau pun nak main." Nik tergelak.

Bunyi suara mengerang perlahan terdengar disebalik dinding mereka lepak lagi. Kali ini, kepala makhluk itu dibawah pula.

Dahla dengan muka pucat, mata takde, hitam je. Hodoh jangan cakap. Tapi tula, comel pulak perangai setan ni.

"Dia ni pesal?" Nik geram tapi masih tersenyum sabar.

Shah bangun. Dia perlahan ke sisi dinding. Tangan dimasuk ke dua-dua poket.

Tak bagi signal lansung, terus disepak kepala makhluk tersebut. Speak macam bola.

"Hahahahahahaha." Mendadak Nik gelak. Kelakar gila Shah sepak.

"Main jauh-jauh. Kami tak kacau kau." Ucap Shah dingin lalu pergi.

Kacau lagi, bukan setakat sepak dia bagi. Terus dibakar setan tu.

Nik mengikut Shah.

"Senyap je diorang ni." Nik menyuluh sekeliling dengan torchlight nye.

"Mari cari mereka."

.
.
.
.
.
.
.

Dari jauh saja, sudah terlihat empat susuk di sebalik kegelapan. Nik Dan Shah sudah mengagak keempat-empat mereka kena rasuk.

"Hmm susah ni." Nik bercekak pinggang.

"Patutlah diam sejak dari tadi." Rupanya dah jadi zombi. Shah bukak pencak silat, Nik ikut menyerang. Bersiap untuk bertempur!

"Music on." Gumam Nik teruja.

.
.
.
.
.
.
.

Keesokan harinya.

"Jadi macam tulah ceritanya, mereka semua dirasuk dan kami terpaksa merukyah sekor-sekor. Ahli lain clean, tak tahu kenapa diorang ni jadi pusat perhatian setan-setan tu semua. Dengki kot." Cerita Nik panjang lebarnya. Shah disebelah main angguk dan berpeluk tubuh.

Padahal dia sepatah haram tak faham cerita Nik walaupun cerita Nik banyak tokok tambah dan mengarut. Iya kan je.

"Jadi, kenapa perlu panggil kami berempat?" Hairan Danny. Padahal Danial dah melapor.

"Aku pun tak tau." Tambah Danial.

Nik pandang Shah, Shah angguk. Kerja dia angguk je la.

"Kami, nak berhenti sementara dalam agensi ni." Ucap Nik tanpa teragak-agak.

Danny terdiam. Masing-masing merenung.

"Kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Danny ingin tahu.

"Ya, sedikit." Tambah Shah.

"Parents kami jumpa duit simpanan kami dan soal macam-macam mana dapat duit sebanyak tu. Kami cakap kami kerja dengan korang. Tapi, as parents mesti dia syak kerja apa selama sebulan tu. Mereka minta kami berhenti dan fokus belajar. Kalau tak, kami diugut di hantar ke kampung semula." Cerita Nik jelas dan padat.

Danny yang lain tersenyum.

"Ingat apalah tadi." Is menggeleng kepala.

"Kalau macam tu, kitorang okey je." Tambah Khairy pula.

"Kalau tak cukup duit nanti, datangla sambung kerja." Ucap Danial pula.

"Agensi pemburu agama, jelas terbuka untuk korang. Korang pekerja tetap agensi ni." Usik Danny buatkan mereka semua tertawa.

"Alhamdulilah.."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*

*Nik house, Nik's room, 1 week later**

"Jadi, kita nak buat apa ni?" Nik campak controller game ke sisi. Shah masih fokus dengan permainannya.

"Tak de life sia.." Tambah Nik lantas baring malas. Dia merenung ke siling. Merenung nasib.

"........"

Krekkk...

Bunyi seretan pintu terbuka itu menarik perhatian Shah. Sejenak satu kelibat berambut panjang menutupi wajahnya seakan bersembunyi itu menarik perhatian Shah.

"Dia suka menyamar jadi parents aku. Dialah hantu liar kena rasuk iblis tu." Cerita Nik dengan selamba baring mengiring. Siap tangan tahan kepala tu.

"Tak macam kena rasuk pun bro." Shah perhati betul-betul.

"Ye ke, kalau dia tak kena kawal iblis, mesti dia dah cakap dengan aku sejak kenal-kenal dulu." Hairan Nik.

Shah bangkit, selamba ke pintu. Hantu itu perlahan berundur. Mencium aroma wuduk di tubuh Shah.

Entah mana adab Shah, selamba tarik rambut hantu tersebut dari belakang.

"Arghhhhh, lepas! Panas!"

"Wah, bersuara do dia." Nik terkejut, mendadak bangun terkekek ketawa.

"Aku dah cakap, dia belum kena rasuk iblis lagi gila." Shah lepaskan rambut hantu tersebut.

Lepas je, terus lesap masuk dinding. Suka betul si Shah ni buli hantu.

"Pemalu ke? Tapi, kenapa dia suka usik aku do?" Hairan Nik sambil tersenyum pelik.

"Suka kau lah tu." Shah malas berdiri lama disitu. Kembali masuk dalam bilik.

"Ish, jangan..."

.
.
.

Di dalam tandas rumah Nik, seekor hantu manis berbaju putih lusuh itu menangis kesakitan. Rambutnya di belai perlahan.. Matanya mengalir air mata darah, masih merenung sikap Shah.

Dia keliru, dengan dua wajah itu. Tapi melihat perangai kasar yang satu itu, dia mulai tahu pemuda itu bukanlah Nik.

Siapa?

"Sakit, huhuhu..."

.
.
.
.
.


Bersambung





Siapa hantu tersebut?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro