
🎵:37
[History Entertainment]
[Dance Practise]
Aku terbangun dari tidurku apabila telefonku berbunyi.
Nama Minhyuk Oppa terpapar di depan skrin telefon aku.
Dalam keadaan separuh sedar aku mengangkat panggilan itu.
"Yobosaeyo Oppa. Waeyo?" Soalku dengan mata tertutup.
"Oppa dah ada dekat depan apartmen Yeoreum ni. Jangan cakap Yeoreum lupa hari ni sekolah"
"Ah! Mianhae Oppa. Yeoreum tertidur dekat bilik latihan. Oppa ambil Yeoreum dekat sinilah. Baju uniform sekolah Yeoreum ada simpan satu dekat dalam van. Yeoreum bersiap dekat sini jelah"
"Okey. Lagi 10 minit Oppa sampai"
Aku menjauhkan telefon dari telingaku apabila Minhyuk Oppa menamatkan panggilan itu.
Aku merenung siling bilik latihan itu seketika.
Tak sangka aku akan terlelap di sini.
Nasib tak ada benda yang mengacau.
Semasa aku nak bangun, aku baru perasan ada jaket jeans putih menutupi separuh tubuhku.
Siapa punya jaket ni?
Ini bukan jaket aku.
Aku termenung memikirkan siapa pemilik jaket ni.
Ah!
Aku rasa aku tahu siapa pemilik jaket ni.
Tapi...
Takkanlah dia...
•••
🏫☀️
Aku termenung ke arah tempat Donghan yang kosong.
Dia dah datang tadi, tapi dia keluar pergi mana tah.
"Kenapa dengan muka kau tu? Nampak penat je" tegur Yuri.
"Nampak sangat ke?"
"Nae. Kau buat apa je malam tadi sampai penat macam ni?"
"Tak ada apa. Cuma berlatih menari" beritahuku.
"Berlatih menari?? Kau nak keluarkan lagi baru ke?!"
"T-Tak ada lah. Aku berlatih menari untuk sesuatu"
"Untuk sesuatu? Apa sesuatu tu? Bagitahulah aku~" pujuk Yuri sambil mengoncangkan lengan aku.
Aku menjadi gelabah.
Aku tak boleh bagitahu sebab company masih tak bagitahu benda ni secara rasmi lagi.
Aku tak boleh bagi spoiler.
"Bagitahu apa ni?" Soal Yena yang baru sampai.
"Yeoreum ada ber--"
"Aku nak pergi tandas. Tolong jangan cari aku" kataku cuba potong percakapan Yuri.
Aku lari keluar dari kelas sebelum mereka berdua tanya aku macam-macam.
•••
🚺
Huh...
Dalam tandas pun aku buat acara fansign.
Takpelah bukan susah pun.
Tanda tangan je kot.
Selesai sahaja acara fansign di tandas, aku pun keluar dari tandas dan berjalan menunju ke kelas ku.
Semasa aku berjalan di depan tangga, aku terserempak dengan Donghan yang berada di tangga.
"A-Annyeong" sapaku kekok.
Dia balas dengan anggukan.
"Nak pergi ke kelas?" Soalku teragak-agak.
"Nae" jawab Donghan ringkas.
"K-Kajja?"
"Em. Kajja"
Secara semula jadi kami berdua berjalan bersama-sama ke kelas.
"Kau pergi mana tadi?" Soalku.
"Saem Kwang panggil"
"Ouhh...Ermm...terima kasih sebab selimutkan aku malam tadi. Aku ada simpan jaket kau dekat van. Nanti aku bagi kau lepas aku basuh"
"Ah. Pasal tu. Aku nak kejutkan kau tapi aku tak sampai hati nak kejutkan kau. Mian"
"Aniyo. Gwenchana. Tapi, kenapa kau datang ke bilik latihan semula? Bukan ke kau cakap nak balik?"
"A-Aku ada tertinggal barang dekat bilik tu. Jadi aku datang semula sebab nak ambil barang tu" beritahu Donghan gagap.
Aku menganggukan kepalaku tanda faham.
"Yeoreum" panggil Donghan.
Aku pandangnya.
"Lain kali jangan bermalam dekat situ. Bahaya. Memang ada pengawal, tapi jangan rasa akan selamat 100%. Kalau kau terlewat nak balik, kau telefon je aku. Nanti aku datang temankan kau balik. Arraseo?" nasihat Donghan.
"Nae, arraseo"
Dia bagi nasihat je kot. Tapi jantung aku berdegup bagai nak gila.
Walaupun kebelakangan ni dia bersikap seperti ingin berjauhan dengan aku, tapi dia masih risaukan aku seperti dulu.
•••
Sebaik sahaja aku dan Donghan masuk ke dalam kelas, Yuri dan Yena terus pandang aku dengan pandangan curiga.
Kenapa diorang pandang aku macam tu?
Aku pergi ke tempat aku teragak-agak.
"Yeoreum, aku nak tanya kau sesuatu ni" kata Yuri dengan muka serious.
Aku pandangnya takut-takut.
"Kau nak tanya apa?"
"Pasal kau dengan namja tu. Macam mana?" Soal Yuri.
"A-Aku? Bukan akulah. Kawan aku punya kawan"
"Ha yelah. Kawan kau punya kawan. Macam mana dengan kawan kau punya kawan tu? Dia dah bagitahu namja tu perkara yang sebenar ke?"
"Belum" jawabku sambil mengelengkan kepala.
"Belum? Kenapa belum?"
"Aku tak yakinlah"
"Tak yakin? Kalau kau asyik tanguh, kau akan lebih sengsara. Baik kau bagitahu je sekarang. Mungkin sekarang dia masih ada perasaan pada kau. Kalau lama-lama takut dia dah lupakan kau." Nasihat Yuri.
Aku mengeluh berat.
Aku pandang Donghan yang sedang berbual dengan Jaehwan.
Patutkah aku bagitahu perkara yang sebenar?
•••
🌙🏠
Aku duduk di ruang tamu sebaik sahaja selesai bersihkan diri.
Hari ni rancangan Lipstick Prince yang aku join hari tu disiarkan pada malam ni.
Setiap rancangan atau program yang aku join, aku akan menontonnya untuk menambah baikkan personaliti aku di dalam tv.
Ah...
Aku lupa yang Donghan join rancangan ni sekali.
Semangatku untuk menonton rancangan itu hilang apabila melihat Donghan muncul bersama Haeun sunbae.
Cemburu
Sedih
Itu yang ada dalam diri aku sekarang ni.
Aka teringat apa yang Yuri katakan di sekolah tadi.
"Tak yakin? Kalau kau asyik tanguh, kau akan lebih sengsara. Baik kau bagitahu je sekarang. Mungkin sekarang dia masih ada perasaan pada kau. Kalau lama-lama takut dia dah lupakan kau."
Patut ke aku buat seperti yang Yuri katakan?
Aku tak nak rasa menyesal akan datang...
Baiklah!
Aku akan buat seperti yang Yuri katakan.
Tak kisahlah kalau Donghan dah tak suka pada aku.
Aku akan tetap luahkannya.
Aku capai telefonku yang terletak di atas meja di depan aku lalu telefon Donghan.
"Yo--"
"Kau sibuk tak sekarang ni?"
"T-Tak. Wae?"
"Jom kita jumpa"
"Nae?"
"Kita jumpa dekat taman yang berdekatan dengan dorm kau"
"O-Okey"
•••
🌃
Aku pandang pandangan bandar Seoul pada waktu malam dari atas bukit.
Taman permainan yang berdekatan dengan dorm Donghan berada di atas bukit.
Jadi pandangan di situ sangat cantik.
Lagi-lagi pada waktu malam.
Aku suka tempat ni.
"Yeoreum?" Tegur seseorang.
Aku menoleh ke arah belakangku.
Donghan yang berpakaian serba hitam menjadi tatapanku.
Kami berdua sama-sama menurunkan topeng mulut kamu.
"Kenapa kau nak jumpa dengan aku?" Soal Donghan teragak-agak.
Aku mendekatinya lalu menolaknya kebelakang.
"K-Kau buat apa ni?" Soal Donghan gelisah.
"Aku nak kau berdiri sini diam-diam" arahku.
Dia pandang aku pelik.
Aku mengundur beberapa langkah kebelakang lalu berdiri menghadap Donghan.
"Kau bu---"
"Jangan gerak lagi" amaranku.
Secara automatik dia berdiri tegak.
"Aku nak kau dengar baik-baik." Kataku.
Dia terus pandang aku, menunggu apa yang aku ingin katakan.
"Aku...sukakan kau" luahku.
Dahi Donghan berkerut.
"Aku cintakan kau" sambungku.
Aku tarik nafas lalu lepas perlahan-lahan.
"Aku akan berjalan 2 langkah ke hadapan. Kalau kau terima cinta aku, kau berdiri je dekat situ. Tapi! Kalau kau tolak cinta aku, aku nak kau terus pergi tanpa toleh kebelakang. Tolong jangan pandang aku. Jangan kasihani aku dan tolong lupakan pasal malam ni" Kataku pasrah.
Aku melepaskan keluhan berat.
Inilah penentuannya.
Aku memandang Donghan yang menatap wajahku.
1 langkah.
Donghan masih berdiri di situ. Dia juga masih menatap wajahku.
Walaupun aku merasakan 100% dia akan tolak aku, tapi aku masih berharap dia menerima aku.
Jantung aku berdegup kencang untuk melangkah kehadapan.
Aku menggenggam tangan aku cuba mengawal gemuruh ku.
Ini adalah langkah terakhir aku.
Kalau dia pergi...aku akan terimanya. Aku akan terima takdir aku.
2 langkah.
Aku menutup mata aku kerana tidak mampu melihatnya.
Bermacam-macam yang aku fikirkan.
Dia dah pergi ke?
Dia masih ada depan aku ke?
Dia terima cinta aku ke?
Dia tak terima cinta aku ke?
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro