🎵: 35
[Lipstick Prince]
"Ahli lelaki sila tentukan giliran untuk memilih pasangan anda." Beritahu Heechul sunbae.
Ahli wanita berdiri di samping Heechul sunbae, menunggu ahli lelaki menentukan giliran mereka.
"Siapa giliran pertama?" Soal Heechul sunbae apabila melihat ahli lelaki selesai main batu, kertas, gunting.
"Saya" beritahu Donghan sambil mengangkat tangannya.
Aku jadi gemuruh.
Dia...akan pilih aku?
"Jadi siapa yang kamu akan pilih?" Soal Heechul sunbae pada Donghan.
Aku dan Donghan sempat bertentangan mata.
"Saya pilih...Haeun sunbae" kata Donghan lalu berdiri di sebelah Haeun sunbae.
Aku...
Hampa.
"Okey seterusnya siapa?" Soal Heechul sunbae.
"Saya sunbae" kata Kino.
"Okey siapa pilihan kamu?"
"Saya pilih Sunny" kata Kino lalu pergi ke arah aku.
Kami berdua saling balas senyuman.
Aku sempat menjeling ke arah Donghan yang sedang cakap sesuatu dengan Haeun sunbae.
Perasaan cemburu menguasai diriku.
Lia & Eunwoo
Hayoung & Rowoon
Chuu & Mingyu
Arin & Juyeon
•••
"Pasangan Donghan dengan Haeun boleh mulakan dulu. Sila masuk ke dalam bilik makeup" arah Heechul sunbae.
Mereka berdua bangun lalu masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Heechul sunbae.
Kami yang berada di luar melihat mereka melalui monitor yang disediakan di situ.
Mataku hanya merenung ke arah Donghan di dalam monitor itu.
Mereka yang berada di luar ni asyik mengusik Donghan apabila dia mula solekan wajah Haeun.
Melihat adegan tu membuatkan perasaanku bercampur baur.
Hampa...
Cemburu...
Marah...
Sedih...
Huh...
"Wae?" Soal Kino.
"Nae?" Aku pandangnya keliru.
"Tadi saya dengar awak mengeluh. Wae? Ada apa-apa masalah ke?" Soalnya.
"Tak ada apa-apa. Saya cuma nervous" kataku.
"Ouh. Jangan risau. Saya ada" ujarnya.
Aku hanya tersenyum lalu kembali memandang ke arah Donghan.
Adakah dia betul-betul dah tak ada apa-apa perasaan padaku?
•••
[History Entertainment]
[Meeting Room]
Aku dan Minhyuk Oppa berjalan menunju ke bilik mesyuarat selepas dapat arahan dari Han Samcheon.
Agak pelik apabila Han Samcheon meminta ku untuk pergi ke bilik mesyuarat.
Kalau nak bincang berdua je biasanya aku terus ke bilik dia.
Tapi kali ni dia minta aku ke bilik mesyuarat.
Jarang dia suruh aku ke bilik mesyuarat.
Kalau pergi ke bilik tu biasanya akan ada ramai orang berkumpul untuk berbincang sesuatu.
Ke Samcheon nak bincang tentang kemunculan aku yang seterusnya?
Eyy, takkanlah. Takkan cepat sangat.
Aku baru je habis promote.
Apa ye?
Tiba sahaja di bilik mesyuarat, aku terus masuk ke bi--
Aku membeku.
Aku ingat tak ada sesiapa dalam bilik tu...
Aku cepat-cepat menundukkan kepalaku, menyapa mereka dengan sopan.
"A-Annyeonghasaeyo. Su-Sunny imnida." sapaku gagap.
"Annyeonghasaeyo. Akhirnya dapat juga kami jumpa dengan kamu. Padahal kita satu agensi je pun. Itu pun tak dapat jumpa. Duduklah" ujarnya.
Mereka ialah...
Pelakon-pelakon di Agensi ini.
Kim Minjae
Kim Seonho
Hwang inYeob
Lee Dohyun
Jang Dongyeon
Ahn Hyeoseob
Kekok aku jadinya apabila bertemu dengan mereka secara tiba-tiba.
Kenapa mereka ada dekat sini juga?
Takkanlah Han Samcheon nak suruh aku berlakon jugak?
"Sunny, nama sebenar awak Han Yeoreum kan?" Soal Minjae yang duduk di depan aku.
"Nae. Betul tu" jawabku malu-malu.
"Masa awak dedahkan identiti kamu hari tu, kitaorang terkejut sangat. Kami pun tak tahu pulak kamu ni anak kepada Han Jungwoo. Ah! Masa sidang media tu pun awak tanggalkan rambut palsu awak. Awak nampak bergaya sangat." Puji Dohyun.
"Haha. Kamsahamnida"
"A-Annyeonghasaeyo"
Kami semua memandang ke arah Donghan yang baru tiba.
"Ah! Donghan! Kami nak sangat jumpa dengan kamu. Duduklah" kata Seonho.
Donghan sempat memandang aku sebelum dia mendaratkan punggungnya dia sebelah kerusi aku.
Haa...
Itu bukan pandangan yang Donghan selalu beri padaku sebelum ni.
"Kami bangga ada 2 orang penyanyi di agensi ni." Ujar Hwang inYeob.
Kami berdua hanya balas dengan senyuman.
Kami semua terus berbual sehingga Han Samcheon tiba.
•••
"Baiklah. Semua dah ada dekat sini kan. Kalau macam tu mari kita mulakan perbincangan kita. Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih sebab datang" ucap Han Samcheon yang duduk di hujung meja.
"Kenapa Tuan panggil kami semua? Kita nak bincang apa? Ada apa-apa masalah dengan agensi kita ke?" Soal Dongyeon.
"Tak ada apa-apa masalah dengan agensi. Saya minta kamu semua berkumpul sini sebab saya ingin bagitahu sesuatu. Ianya mungkin akan mengejutkan kamu. Terutamanya pada pelakon-pelakon"
"Pelakon? Macam serious je"
"Hahaha. Tak adalah serious sangat. Benda ni mungkin agak susuh mula-mula, tapi lama-lama kamu semua pasti enjoy"
"Okey...macam menarik je"
"Untuk kali pertama! Agensi kita akan buat concert" beritahu Han Samcheon.
"Concert?!"
"Yup! Concert. Kita akan buat History family concert sempena kelahiran syarikat History yang ke 15. Kamu semua setuju?"
"Emm...macam best."
"Saya setuju je"
"Setuju"
"Saya pun"
"Jadi...kita akan buat persembahan?"
"Nae. Kamu semua akan buat persembahan. Kamu fikirlah nak buat persembahan apa. Tak perlu serious sangat. Kita enjoy je. Apa yang saya rancangkan...saya nak semua orang buat persembahan solo. Yang perlakon cari lagu-lagu yang korang yakin. Sunny dengan Donghan pula boleh buat persembahan dengan lagu mereka. Lepas semua selesai nyanyikan lagu solo, saya nak korang buat persembahan secara berkumpulan. Lepas tu akhir sekali korang buat persembahan sama-sama untuk penutup. Macam mana, okey tak?"
"Okey!"
•••
[Dance Practise Room]
"Woahh first time aku masuk ke dalam bilik ni" kata Dohyun sambil melihat sekeliling bilik latihan aku.
Kebanyakkan mereka terus ke depan cermin untuk membetulkan rambut mereka.
"Jadi inilah bilik latihan sunny?" Soal Hyeoseob.
"Nae."
"Donghan guna bilik ni juga ke?"
"Taklah. Bilik latihan dia dekat sebelah" beritahuku lalu pandang Donghan yang turut berdiri di depan cermin membetulkan rambutnya.
"Dah-Dah lah tu. Sini duduk kita bincang" panggil Minjae.
Kami semua duduk secara bulatan di atas lantai.
"Okey jom kita bincang. Mula-mula untuk solo performance. Solo performance tu korang fikir sendiri. Kita terus bincang untuk group punya. Jadi macam mana kita nak bahagikan kumpulan?" Soal Minjae.
"Apa kata kita bincang pasal lagu dulu. Lepastu baru kita fikirkan pasal kumpulan" cadang Dohyun.
"Okey je."
"Jadi, korang ada terfikirkan beberapa lagu untuk kita perform nanti?"
"Apa kata kita menari lagu Move Taemin. Tarian dia macam senang sikit."
"Okey juga tu. Lagi?"
"Apa kata kita buat persembahan lagu girl group macam...Me Gusta tu?"
"Wow sangat bernas. Orang yang kena menari lagu girl group nanti kena pakai rambut palsu ye. Okey lagi satu lagu. Sunny ada apa-apa cadangan?" Soal Minjae pada aku yang duduk di sebelahnya.
"Sunny? Sunny...sebenarnya teringin nak cover lagu Baek jiyoung My ear candy." Kataku malu-malu.
"Woah, lagu legend tu. Okey! Kita dah ada 3 lagu. Sekarang tiba masanya kita bahagikan kumpulan. Lagu ear my candy 2 orang. Lagu Me Gusta tu 3 orang. Lagu Move 3 orang. Untuk adil kita cabut Undi. Sunny tak perlu undi kot sebab dia nak buat persembahan lagu My ear candy. Kita kecualikan Sunny. Jadi tempat kosong untuk lagu My ear candy tinggal seorang. Semua setuju?"
"Setuju"
•••
Selepas mereka semua cabut undi, hasil member group adalah...
Me Gusta tu
Kim Minjae
Jang Dongyeon
Ahn Hyeoseob
Move
Kim Seonho
Lee Dohyun
Kim Donghan
My Ear Candy
Sunny
Hwang inyeob
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro