Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎵: 23

[kelas]

"Uwuuuu!!!"

Aku memandang rakan sekelas aku yang tiba-tiba bersorak pada aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas.

Aku bukan rasa bangga tapi rasa malu.

Aku cepat-cepat pergi ke tempat aku. Malu woi.

Dah lah tadi masa aku nak ke kelas, semua orang asyik pandang aku.

"Yeoreum-Yeoreum" panggil Yuri di meja sebelah.

Yena yang duduk di depan aku turut berpusing ke belakang memandang aku.

"Follower dekat Instagram aku meningkat disebabkan kauuu" beritahu Yuri.

"Follower aku pun meningkat. Kau dah tengok Instagram kau? Mesti lagi banyak dari kitaorang memandangkan kau watak utama dalam video tu" sambung Yena.

"Aku rasa semua benda ni tak betullah. Boleh tak korang padam video tu?"

"Apa yang tak betulnya. Kalau nak padam video tu pun, video tu dah tersebar luas." Ujar Yena.

"Kenapa kau tak suka pulak? Kau dah terkenal kot. Sepatutnya kau kena bangga"

Aku mengeluh berat.

Kalau benda ni terus tersebar, adakah identiti aku akan terdedah?

"Yeoreum. Aku nak tanya sesuatulah pasal Donghan memandangkan kau kawan dengan dia"

"Kau nak tanya apa?"

"Yang pasal dia bercinta dengan Sunny tu...betul ke?"soal Yuri dengan suara yang diperlahankan.

"Bukan ke syarikat kitao--maksud aku...syarikat diorang dah keluarkan kenyataan rasmi tentang hubungan diorang tu?"

"Mamanglah syarikat diorang dah keluarkan kenyataan rasmi tu...tapi macam tak betul je. Entah-entah en diorang memang tengah bercinta"

"Mana ada. Diorang kan dah cakap yang diorang tak ada kat Busan malam tu. Jadi maksudnya diorang tak pernah jumpa dan tak pernah bercinta" bantahku.

"Haih kau ni. Dari hari tu tak suka kalau kitaorang padankan Donghan dengan Sunny. Cakap je lah yang kau suka dia~"

"Ma-Mana ada"

"Alah kau ni. Itu pun malu nak cakap dengan kitaorang. Tak pelah. Kitaorang faham. Kitaorang buat-buat tak tahu je ye."

"Yah, semua tu tak betullah" kataku pada mereka berdua yang kembali memandang ke arah depan.

Aku mengeluh berat lalu terpandang Donghan yang sedang memandang aku.

•••

[Miho Cafe]

"Annyeonghasaeyo Han Samcheon" sapaku pada Han Samcheon yang duduk di tepi tingkap.

Balik je dari sekolah, aku terus jumpa Han Samcheon sebab dah lama kami tak berjumpa dan berbual.

Kalau jumpa pun,jumpa dekat syarikat. Itu pun sekejap-sekejap sebab takut pekerja dekat situ tahu yang kami berdua ni ada pertalian keluarga.

"Duduklah. Samcheon ada orderkan jus oren. Kamu minum kan?"

"Nae. Terima kasih Samcheon"

Aku duduk berhadapan dengan Han Samcheon.

"Samcheon sihat?"

"Macam ni je lah. Tak adalah sihat sangat. Dah tua nak katakan..."

"Apalah Samcheon ni. Ramai orang yang tua masih kuat tau. Samcheon cubalah bina badan."

"Hahahahah malaslah Samcheon nak bina badan semua tu. Kamu tu yang muda, cubalah bina badan"

"Malaslah Yeoreum. Diet pun tak menjadi lagi nak bina badan."

"Hahahaha. Macam mana dengan sekolah? Semuanya okey?"

"Nae. Semuanya okey je. Tapikan Samcheon..."

"Wae? Ada apa-apa masalah ke?"

"Hari tu Yeoreum ada join pertandingan menari dekat sekolah. Group Yeoreum menari lagu Yeoreum sendiri. Lepas hari pertandingan tu, video yang diorang rakam tu jadi viral. Disebabkan video tu, Yeoreum terkenal sebab pergerakan tarian Yeoreum dengan wajah Yeoreum serupa dengan Sunny..."

"Ouhhh...Emm...dah alang-alang orang cakap muka kamu serupa dengan Sunny, kamu tak nak dedahkan identiti kamu yang sebenarnya ke?"

"Yeoreum tak bersedialah. Yeoreum lebih selesa macam ni"

"Takpelah kalau kamu cakap macam tu. Samcheon ikut je kamu."

Aku tersenyum gembira. Nasib Samcheon memahami aku.

"Samcheon, terima kasih sebab uruskan masalah gosip Yeoreum dengan Donghan hari tu. Mesti susah kan nak uruskannya"

"Ala~ benda kecil je. Biasalah tu idol atau artis dapat gosip macam tu. Ouh ye, Cakap pasal tu...Samcheon tengok Donghan tu macam lain macam je"

"Apa yang lain macamnya?"

"Cara dia pandang kamu"

"Pandang Yeoreum? Apa maksud Samcheon"

"Samcheon kan lelaki juga. Jadi...Emm...Samcheon rasakan dia macam suka kamu." Teka Han Samcheon.

Aku membeku.

Macam mana Han Samcheon boleh tahu?

"Kenapa? Kamu...dah tahu ke?" Soal Han Samcheon apabila perasan perubahan wajahku.

Aku hanya berdiam diri. Aku tak mampu untuk menipu Han Samcheon yang dah banyak tolong aku.

"Jadi...kamu dah tahulah ni?"

Aku menganggukan kepalaku perlahan.

"Macam tu rupanya...jadi...apa hasilnya?"

"Yeoreum tak tahulah Samcheon"

"Macam nilah. Samcheon tak larang kamu nak bercinta semua tu sebab benda tu tak masuk dalam kontrak kamu pun. Tapi itulah akan ada kesannya memandangkan kamu adalah idol. Kamu tahu kan?"

"Nae. Yeoreum tahu semua tu"

"Walau apapun terjadi, Samcheon aku sentiasa berada di sisi kamu."

"Terima kasih Samcheon"

Han Samcheon balas dengan senyuman.

•••

🏠🌙

Hari ni aku, Donghan dan Kino dah janji untuk makan sama-sama malam ni.

Memandangkan Kino dah tahu identiti sebenar aku...aku tak perlu pakai rambut palsu lah kan?

Aduhh...rasa kekok pulak jumpa dia tanpa pakai rambut palsu tu.

•••

Twilight BBQ

Eh? Ini restoran hari tu...

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu lepas.

Aku tak boleh biarkan kejadian itu menganggu fikiran aku pada malam ini.

Aku berjalan masuk ke dalam restoran itu lalu pergi ke atas bumbung seperti sebelum ini.

Tiba sahaja di atas bumbung, Donghan Kino telah pun tiba terlebih dahulu.

Aku memandang ke arah tempat duduk itu.

Bayangan kejadian itu bermain dalam fikiran aku.

"Yeoreum-ah, awak...nak jadi Yeochin saya?"

Luahan itu tidak dapat aku lupakan.

"Sun-- eh bukan. Yeoreum! Sinilah. Kenapa masih berdiri dekat situ"

Panggil Kino.

"Ah nae."

Aku berjalan ke arah mereka teragak-agak.

Aku tak tahu nak duduk dekat mana.

Mereka berdua duduk bertentangan.

Jadi aku patut duduk di sebelah Donghan atau Kino?

Semasa aku sedang memilih tempat duduk, aku perasan yang Donghan hanya memandang aku.

Pandangannya seperti memberi isyarat supaya duduk di sebelahnya.

Aku tahu dia suka aku...dan aku juga suka dia...

Tapi aku perlu lupakan perasaan ini sebaik mungkin untuk kebaikan aku dan dia juga.

Kerjayaannya dia sangat penting buat masa sekarang ini.

Jadi

Aku perlu berusaha untuk lupakan perasaan itu dan juga tidak memberi menaruh harapan palsu padanya.

Selepas memikirkan semua itu, aku mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Kino.

Wajah Donghan jelas menunjukkan yang dia hampa dengan keputusan aku.

Aku cuba untuk berkelakuan bersahaja.

•••



🍽️

"Macam mana dengan sekolah korang berdua? Semuanya okey?" Soal Kino mesra.

"Nae" jawab aku dan Donghan serentak.

Aku dan Donghan saling pandang antara satu sama lain.

"Korang satu kelaskan?" Soal Kino lagi.

"Nae" sekali lagi kami berdua jawab serentak.

"Wow. Tak sangka sekolah sama, kelas sama sampai cakap pun pada waktu yang sama. Cemburu aku tengok korang ni. Bestnya kalau dapat satu sekolah dengan korang. Patut ke aku pindah ke sekolah korang je?"

"Hahaha masuklah sekolah kami. Mesti meriah" ujarku.

"Hahahahah takpelah. Tahun ni dah tahun akhir. Nanti ambil masa pulak nak buat pertukaran sekolah."

"Ahh...sayangnya..."

Aku sempat menjeling ke arah Donghan ketika aku berbual mesra dengan Kino.

Donghan kelihatan seperti sedikit cemburu.

"Sekejap eh korang. Aku nak jawab call jap" kata Kino apabila ada panggilan masuk di telefonnya.

"Okey"

Selepas Kino pergi jawab panggilannya, tinggal lah aku dan Donghan.

Disebabkan suasana jadi kekok, aku buat-buat sibuk makan makanan aku yang masih belum habis.

Pada masa yang sama, tiba-tiba Donghan menghulurkan sosej panggang pada aku.

"Go-Gomawo" ucapku teragak-agak.

Aduh dia niii

Aku dah kenyanglahhhhh

Aku makan ni pun sebab aku tak nak suasana jadi lebih kekokkkk

Pecah perut aku macam niii

"Korang" panggil Kino apabila dia selesai jawab panggilan itu.

"Aku kena pergi sekaranglah. Aku ada hal" kata Kino rasa serba salah.

"Ah Jinjja. Tak pelah kau pergi jelah."

"Jinjja mianhae. Aku akan bayarkan makanan malam ni. Aku pergi dulu. Jumpa lagi nanti"

"Nae~"

Masa Kino cakap nak kena pergi tu, aku terus gelabah.

Boleh pulak dia pergi masa suasana tengah kekok nii

Aku dah lah cuma mengharapkan dia je supaya suasana tak jadi kekok.

Boleh tak aku pergi juga?

Aku tak tahan dengan suasana kekok ni.

Sebaik sahaja bayangan Kino hilang, aku terus menyarungkan jeket aku.

"Donghan, aku per--"

"Jakkaman" halang Donghan.

Aku mula rasa berdebar-debar apabila dia memegang tangan aku menghalang aku dari pergi.

"Sungai Han dah dekat dari sini. Boleh tak kita pergi jalan dekat sana dulu. Aku tak nak balik lagi. Aku bosan duduk dekat rumah seorang-seorang" kata Donghan secara tiba-tiba.

Aku mula rasa serba salah.

Dalam fikiran aku sekarang ni, 90% keinginan aku ialah untuk pulang ke rumah.

"Please" rayu Donghan.

Melihat wajahnya itu membuatku lebih rasa serba salah.

Walaupun hatiku berat untuk keluar jalan dengan dia...

"Baiklah."

Okey. Aku terpaksa sebab kesian dengan dia...











TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro