
🎵:22
🏫
Habis sahaja waktu rehat, aku langsung tidak nampak si rambut oren-- eh lupa pulak dia dah warnakan rambut dia balik.
Ha! Aku langsung tak nampak dia selepas waktu rehat ni.
Beg dia pun tak de dekat meja dia.
"Jaehwan" panggilku.
"Bwo?"
"Mana Donghan?"
Memandangkan Jaehwan tablemate Donghan, mungkin dia tahu dekat mana Donghan.
"Dia balik" beritahunya.
"Balik? Kenapa pulak? Dia tak sihat ke?" Soalku risau.
"Taklah. Kau tahukan pasal Donghan dengan Sunny tu"
Aku mengangguk kepalaku teragak-agak.
"Ramai orang asyik tanya dia je dekat sini. Jadi syarikat dia minta dia balik."
Aku mengangguk kepalaku tanda faham.
Serba salah pulak aku dengan dia.
Aku pun terlibat dengan masalah tu jugak. Tapi nampak macam Donghan yang menanggung beban tu memandangkan aku merahsiakan identiti aku...
•••
[History Entertainment]
"Yeoreum. Oppa turunkan kamu dekat sini ye. Oppa tak boleh nak bawa Yeoreum ke depan bangunan sebab ada ramai wartawan. Yeoreum pakai hoodie ni. Yeoreum ada bawa kad syarikat kan?"
"Nae"
"Okey bagus. Lepas Yeoreum masuk, Yeoreum terus pergi ke bilik latihan Yeoreum. Oppa dah sediakan rambut palsu dengan baju yang Yeoreum kena pakai."
"Kenapa Yeoreum kena tukar baju pulak? Bukan kita nak jumpa Han Samcheon?"
"Bukan jumpa En. Han je. Tapi jumpa dengan orang lain jugak. Jadi Yeoreum kena tukar baju jugak"
"Nae, arraseo"
"Kamu tunggu je dekat sana. Nanti Oppa datang lepas parking van ni"
"Baiklah. Yeoreum pergi dulu"
"Hati-hati"
Aku menganggukan kepalaku lalu keluar dari van.
Selepas kelibat van Minhyuk Oppa hilang dari pandangan aku, aku tarik hood menutup kepala aku.
Aku berjalan mendekati bangunan syarikat aku.
Aku mengendap bahagian masuk bangunan di sebalik tembok.
Betul apa yang dikatakan oleh Minhyuk Oppa.
Ada ramai wartawan di depan bangunan syarikat.
Aku membetulkan kedudukan hood yang tersarung di kepalaku lalu berjalan ke pintu masuk seperti orang biasa.
•••
[Meeting Room]
"Yeoreum dah sedia?" Soal Minhyuk Oppa.
"Nae"
"Mari kita masuk"
Aku mengangguk kepalaku.
Aku menarik nafassssss
lepas...
Aku berjalan masuk ke dalam bilik meeting.
"A--"
Aku tergamam apabila melihat Donghan turut berada di dalam bilik itu.
Anak mata kami berdua bertembung.
"Sunny-ssi" panggil Han Samcheon.
"Nae...A-Annyeonghasaeyo" sapaku pada Han Samcheon dan staff-staff syarikat Donghan yang turut ada di situ.
"Duduklah" kata Han Samcheon.
Aku menganggukkan kepalaku lalu duduk di sebelah Samcheon dan juga berhadapan dengan Donghan.
Aku sempat memandang Donghan yang asyik memandang aku semasa aku ingin mendaratkan punggungku di atas kerusi.
"Memandangkan semua orang dah ada. Mari kita mulakan perbincangan kita" ujar Han Samcheon.
"Sebelum kita membuat tindakan, kita perlu dapat kepastian dari orangnya sendiri. Donghan-ssi, Sunny-ssi, betul ke 2 orang dalam gambar tu adalah kamu berdua?"
"Tak" jawabku.
"Donghan-ssi, betul ke?"
Aku memandang Donghan yang hanya berdiam diri.
Dia memandang aku.
"Nae" jawab Donghan lalu kembali memandang pengurusnya.
"Baiklah. Ianya sangat jelas yang Donghan dan Sunny tak ada apa-apa hubungan. Jadi kita boleh mengeluarkan kenyataan rasmi. Tapi sebelum tu...ada cadangan lain?"
"Saya"
Aku memandang Donghan yang tiba-tiba bersuara.
"Apa yang kamu nak cadangkan?"
"Saya nak kita berdiamkan diri je" cadang Donghan.
Semua orang di dalam bilik itu memandang Donghan terkejut.
"Kalau kita berdiam diri, orang akan fikir kamu berdua sedang bercinta" ujar pengurusnya.
"Betul tu." Setuju Han Samcheon.
Aku memandang wajah Donghan yang kelihatan seperti...
Marah
Hampa
Sedih
"Kalau dah tak ada apa-apa cadangan, kita ikut cadangan yang pertama tadi"
Mereka semua menganggukan kepala tanda setuju.
"Baiklah. Semuanya dah selesai. Marilah turun ke cafe syarikat kami. Kami dah sediakan sedikit makanan untuk kamu semua. Marilah" kata Han Samcheon mesra.
•••
Aku berjalan menunju ke bilik latihan aku untuk tukar pakaian.
Aku berhenti di tengah jalan apabila ternampak gambar appaku digantung di dinding.
Aku mendekati gambar itu lalu merenung wajah appaku yang tersenyum itu.
"Kalaulah appa masih ada, mesti appa selalu sokong dan beri banyak nasihat kepada Yeoreum. Appa...bogoshipeo..."
"Appa?"
Aku memandang ke arah pemilik suara itu.
"Donghan"
"Penyanyi Han Jungwoo tu...apa kau?" Soal Donghan terkejut.
"N-Nae...Kau kenal?"
"Nae. Appa aku selalu buka lagu Han Jung-- maksud aku lagu appa kau. Sekarang pun dia masih dengar lagu appa kau. Aku tak tahu pulak kau anak kepada Han Jungwoo."
Aku tersenyum gembira.
"Appa, dengar tu. Ada orang masih dengar lagu Appa. Yeoreum harap, Yeoreum dapat jadi penyanyi macam appa" kataku sambil menyentuh gambar appaku itu.
"Yeoreum"
"Wae?"
"Aku...nak minta maaf"
Aku hanya berdiam diri dan terus memandangnya.
"Aku terlalu ikutkan perasan aku selepas kau... tolak aku hari tu. Jangan risau. Aku akan cuba lu--"
"Belum" potongku.
Dia memandang aku pelik.
"Hari tu...aku belum bagi jawapan pada kau." ujarku.
Wajahnya berubah.
"Tolong bagi aku masa untuk...fikirkannya" kataku sambil mengelak bertembung mata dengannya.
"Ma-Maksudnya...aku...masih ada peluang?"
"Tolong jangan berharap sangat. Aku tak nak kau terseksa"
Donghan tersenyum kecil.
"Gomawo" ucapnya tiba-tiba dan berlalu pergi dari situ.
Haihh....
Aku tak patut cakap macam tu...
•••
🏫🏫🏫
Aku mendekati Donghan yang sedang membaca sesuatu di depan lokernya.
"Baca apa tu?" Soalku.
"Ha? T-Tak ada apa." Kata Donghan lalu merenyukkan kertas yang di baca tadi.
Aku memandangnya pelik.
"Yeoreum"
"Nae?"
"Aku nak tanya kau sesuatulah"
"Tanya apa?"
"Kau kan masih tak bagi jawapan pada aku. Kenapa eh?"
"Apa yang kenapa?"
"Yela...kalau kau tak suka aku, mesti kau dah tolak aku. Tapi...kau tak bagi apa-apa jawapan pun. Jadi apa maksudnya tu?" Soal Donghan sambil tersenyum sinis.
"Ma-Maksudnya....aku t--"
"Maksudnya kau ada hati dengan aku~"
Mataku terkebil-kebil.
"Betulkan apa yang aku cakap. Kau ada hati dengan aku" ujar Donghan sambil merapatkan wajahnya dengan wajahku.
"Ma-Mana ada. Aku tak bagi jawapan sebab aku kesian dengan kau..."
"Ouh...sebab tu rupanya...takpelah aku masuk kelas dululah..." ujar Donghan dan berlalu pergi dengan wajah yang hampa.
Aku tersalah cakap ke...
Aduhaiii
Argh! Sakit perut!
Aku lupa yang aku nak pergi ke tandas sebenarnya.
Aku berlari masuk ke lorong yang ada tandas paling dekat.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam lorong tu, tanpa aku sengaja aku terlanggar seseorang.
"Maaf" ucapku lalu ambilkan telefonnya yang terjatuh.
Aku membeku apabila ternampak banyak gambar Donghan yang diambil senyap-senyap di sekolah di dalam telefon itu.
Ini....
Aku terus mengangkat wajahku memandang pemilik telefon itu.
Betul!
Aku dapat menganggaknya.
Ini telefon milik pelajar perempuan junior yang selalu datang ke bangunan senior ini.
Junior itu terus rampas telefonnya dan berlalu pergi.
Semakin pelik aku dengan dia ni...
Ada benda yang tak kena dengan junior perempuan tu...
Hmm....
"Sunny!"
Terbuntang mataku apabila ada seseorang menjerit nama 'Sunny'
"Yah! Sunny!"
D-Dia panggil aku ke???
Aku perlahan-lahan menoleh ke arah pemilik suara itu.
Jaehwan?
"Uwuuu Sunny~" kata Jaehwan sambil berjalan mendekati aku.
Dia...dah tahu siapa aku ke?
"Amboi, dah popular sekarang terus tak nak cakap dengan aku ye"
"Popular? Apa maksud kau?"
"Seriouslah kau tak tahu lagi?"
"Tahu apa?"
"Cuba tengok ni" Jaehwan menunjukkan satu video pada aku.
"Ini bukan ke persembahan kitaorang hari tu ke? Kenapa kau tunjuk video ni pada aku?"
"Disebabkan video ni, kau jadi popular"
Popular?
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro