Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎵: 14

[Canteen]

Seleraku hilang apabila ada seseorang asyik memerhatikan aku.

Huh...

Aku memandang Donghan yang berada di meja sebelah.

Dia asyik perhatikan aku je hari ni. Tahulah aku comel, tak payahlah nak perhati lama-lama.

Haih...

Ini mesti sebab nak suruh aku join buat persembahan dekat sekolah minggu depan.

Semakin lama aku kenal dia ni, semakin menjadi-jadi dia ni. Manja sangat.

Aku keluarkan phone aku lalu chat Donghan.

Donghan
Habis makan ni, jumpa aku dekat padang.

Sebaik sahaja aku send chat tu, dia terus membaca chat aku itu.

Selepas dia baca chat tu baru dia berhenti memerhatikan aku.

Haih...

Kenapalah aku dapat kawan macam ni...

•••



[Padang]

Aku menyilangkan tangan aku sambil memandang Donghan berjalan ke arah aku.

"Kau nak aku join kau buat persembahan tu?" Soalku yang masih menyilangkan tangan. Acah-acah jual mahal gituw~

Dia menganggukan kepalanya.

"Okey aku join. Tapi! Kau kena buat sesuatu untuk aku dulu"

Dia pandang aku dengan wajah tertanya-tanya.

"Aku malas nak beli makanan kat luar malam ni. Jadi aku nak kau masakkan untuk aku" kataku sambil tersenyum sinis.

"Bwo?! Aku mana pandai masak"

"Okey. Aku tak nak jo--"

"Okey-okey aku masak. Jangan tak makan eh nanti" ujarnya pasrah.

Aku menganggukan kepalaku.

•••



[Yeoreum Apartment]

"Eiii, masinnyaaaaaa. Apa kau masak niiiiii"

"Aku dah cakapkan aku tak pandai masak. Nak sangat suruh aku masak. Ha, habiskan makanan tu"

"Aku tak tahu pulak masakan kau seteruk ni. Haish dia ni. Aku punyalah malas nak masak. Terpaksalah aku masak jugak. Dah tolong aku cepat" kataku lalu masuk ke dalam ruang dapur.

"Kau pergi basuh nasi sana" arahku.

"Kau nak masak apa?"

"Kimbap. Dah pergi basuh cepat. Nanti lambat pulak siap."

Donghan terus menurut perintah.

Dia letakkan nasi mentah ke dalam rice cooker lalu basuh nasi tu.

Aku yang sedang potong lobak dengan timun, sekali sekala memerhatikan dia.

Bahaya kalau dia buat bukan-bukan dekat nasi tu. Habis aku tak pergi sekolah esok.

Selepas dia basuh, dia terus jadi blur.

"Letak air dalam tu. Jangan banyak-banyak. Sukat guna tangan kau" arahku.

Dia menganggukan kepalanya lalu letak air kedalam river cooker tu.

Lepastu dia teragak-agak nak ukur dengan tangannya.

Aku mengeluh kecil lalu pergi ke arahnya.

Aku pegang tangannya lalu letak di dalam air tu.

"Kau letak tangan kau macam ni, lepastu kau tengoklah air tu paras mana. Kalau air tu paras tangan kau yang tu, kau tutup air. Arraseo?" Kataku lalu pandangnya.

Dia membeku sambil memandang tangannya di dalam air.

Aku memandang tangannya itu.

Ah....aku lupa aku masih pegang tangan dia...

Patutlah dia membeku macam tu...

Ta-Tapi tak payahlah sampai macam tu sekali. Aku pegang tangan je kot...

Haih...kenapa muka aku membahang pulak ni...

"K-Kau buat lah. A-Aku nak sambung potong lobak" kataku gagap lalu pergi ke tempat asal aku.

Aduhh...kenapa dengan aku ni...

•••



Aku sandarkan badanku sebaik sahaja menghabiskan sisa kimbap di dalam mulutku.

Walaupun cuma kimbap, tapi ianya masih membuatku rasa kenyang...

Aku memandang kimbap Donghan yang masih ada banyak lagi.

"Kenapa kau tak habiskan kimbap tu? Tak sedap ke?" Soalku sedikit hampa.

"Taklah. Sedap je kimbap kau. Aku diet sebenarnya. Jadi aku tak boleh nak makan banyak." Beritahunya.

"Eleh... Nak diet konon. Kalah aku yang perempuan ni. Aku pun tak diet."

"Kau tu sebab jenis yang tak mudah naik badan. Aku ni sebab...nak bina badan" kata Donghan malu-malu.

"Seriouslah kau nak bina badan. Hahahahahahaha"

"Sampai hati kau gelak kan aku."

"Sorry, Sorry. Tak tahulah kenapa aku rasa benda tu kelakar. Dah berapa lama kau bina badan?"

"Emm...dekat 5 bulan jugalah."

"Jinjja?! Kalau macam tu mesti ada walaupun sikit-sikit"

"Emm..bolehlah..."

"Uwuuu abang sadoooo~" aku menepuk-nepuk bahunya, lalu picit lengannya.

"Woah, Daebak. Dah mcm batulah"

"Ish kau ni. Seganlah aku kau pegang aku macam tu." Kata Donghan sambil mengelak aku dari terus picit lengannya.

"Eleh~ nak segan-segan pulak. Dekat situ dah ada ke?" Soalku dengan senyuman sinis.

Donghan memandang aku kebingungan.

"Ala, perut kaulah. Dah ada sixpack ke? Ke dah ada eightpack?" Soalku dengan gelakan tawa.

Donghan menggosok-gosok perutnya merasa ketulan di perutnya.

"Hmmm..cuba kau rasa"

Terkejut aku apabila Donghan tiba-tiba meletakkan tangan aku di perutnya.

Membeku aku seketika apabila rasa ketulan di perutnya.

Terus merah wajah aku.

Aku tarik tangan aku cepat-cepat.

"Apa kau buat ni. Aku perempuanlah"

"Apa? Bukan tadi kau sentuh lengan aku ke? Bukan kau tak kisah ke?"

"I-Itu..lengan..."

Berdegup laju jantung aku dibuatnya. Boleh pulak dia letak tangan aku dekat situ. Malu aku...

•••



[MBC Building]

Sebaik sahaja aku siap, aku terus keluar dari bilik menunguku, menunggu Donghan dengan Kino untuk pergi ke studio pentas sama-sama.

Sementara menunggu diorang, baik aku selfie dulu.

Lama aku tak pose gambar aku dekat Twitter Sunny official.

Baru je aku nak tekan butang ambil gambar tu, tiba-tiba mamat rambut Oren muncul.

Haahlah dia niii
Sibuk jeeee

"Shuh, Shuh. Aku nak ambil gambar" halauku.

"Aku pun nak ambil gambar..."ujarnya lalu berdiri di sebelah aku.

Eh dia ni. Mengadanya.

"Sibuk je. Dah cepatlah"

1

2

3

📸

"Maaf sebab lambat" ujar Kino yang baru siap.

"Tak pe. Kitaorang pun baru siap."

"Korang ambil gambar ke tadi?"

"Nae. Sunbae nk ambil gambar sekali ke? Sinilah" ajakku.

Donghan yang berada di sebelah aku mula menyampah.

"Biar saya pegang phone tu" pelawa Kino.

Tanpa berlengah aku terus hulurkan telefon aku padanya.

Aku berdiri di tengah-tengah.

"Hana, Dul, Set!"

📸










TBC


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro