🎵:12
[History Entertainment]
[Dance Practise Room]
"Woah, ramainya orang" gumamku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik latihan aku. Aku juga tidak lupa untuk menyapa mereka semua yang berada di dalam bilik itu.
Kalau tak sapa nanti, aku dicop sebagai idol berlagak pulak.
"Diorang nak rakam korang buat perbincangan untuk persembahan yang akan korang buat nanti. Macam behind lah" beritahu Minhyuk Oppa.
"Ouh...tapi siapa yang akan collab dengan Yeo-- Sunny?"
Selalu sangat tersasul nak sebut nama sendiri kau ada di depan ramai orang. Haish mulut ni punnn.
Minhyuk Oppa tersenyum sinis.
"Sunny tengoklah nanti." Ujarnya lalu duduk di tepi.
Aku mencebik lalu duduk di tengah-tengah bilik itu menunggu idol yang akan collab dengan aku.
Aku pandang semua kamera yang merakam aku memandangkan ada aku seorang sahaja di dalam bilik itu.
Aduhh aku dah lah masih baru lagi. Kekok aku dibuatnya.
Lambat lagi ke diorang datang.
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah pintu bilik itu apabila ada seseorang membukanya.
Eh?
Kenapa si rambut Oren ni pulak yang muncul.
Aku cuba mengawal riak wajah aku memandangkan ada kamera disekeliling aku.
Donghan terus menyapa staff-staff disitu sebaik sahaja dia masuk.
Aku buat-buat seperti kagum melihatnya datang.
Hah.😒
"Annyeonghasaeyo"
"Annyeonghasaeyo~"
Kami berdua saling menyapa antara satu sama lain seperti baru pertama kali berjumpa.
"Awak sunny kan" soalnya.
Eh dia ni. Buat-buat tak kenal pulak.
"Nae. Saya Sunny"
"Awak kenal saya?" Soalnya lagi.
Banyak tanya pulak dia ni. Duduk diam-diam sudahlah.
"Mestilah saya tahu~ awakkan Kim Donghan~" kataku dengan senyuman palsu.
"Idol seterusnya datang sedikit lewat. Jadi kita berehat sekejap. Hana, dulu, set!" ujar main pd sambil menepuk tangannya di depan kamera.
Selepas rakaman dihentikan seketika, aku kembali menjadi diri aku sendiri.
Aku terus memandang Donghan di sebelah aku dengan tatapan tajam.
"Apa?" Ujarnya keliru.
"Boleh tak jangan nak bermesra sangat. Geli aku tahu tak"
"Apa salahnya aku nak bermesra dengan kau. Nanti bolehlah fandom kita shipkan kita berdua"
Aku memandangnya tidak percaya.
"Ship? Eiuuu, tak nak aku ship-ship ni. Lainlah dengan Kino."
Donghan memandang aku menyampah.
"Weh, kau tahu ke siapa lagi seorang yang akan collab dengan kita?" Soalnya ingin tahu.
"Tahu"
"Siapa?"
"Park Jinyoung"
"Jinyoung GOT7 tu ke?!"
"Taklah. Jinyoung boss dia. JYP~ Hahahahahaha"
Aku memandangnya geram.
"Kita akan sambung semula rakaman kita. Hana,dulu,set!"
Aku terus mengubah mod aku kepada mod idol.
Senyuman yang manis terus terukir di wajahku.
Aku dan Donghan saling berlawan pandangan.
Tidak lama itu ada seseorang buka pintu bilik itu.
Kami berdua mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik itu.
Seorang jejaka yang berambut merah jambu muncul di sebalik pintu itu.
Aku terus rasa gemuruh apabila melihat jejaka itu.
Jejaka itu menyapa staff-staff di situ lalu menyapa kami berdua.
"Annyeonghasaeyo" sapanya padaku sambil melemparkan senyuman.
Aduhaiiii senyuman tuuuuuuu😍
Selepas aku balas sapaan itu, dia menyapa Donghan pula.
"Jemput duduk" kata Donghan peramah.
"Nae." Jejaka itu duduk di sebelah aku.
Uwuuuu~
Aku berdebar-debar woi😍😋
Bau minyak wangi dia terus menusuk ke dalam hidung aku sebaik sahaja di duduk di sebelah aku.
Aduhaiiii
Memang tak fokus lah aku masa buat latihan nanti~
"Sila perkenalkan diri kamu" arah PD kepada jejaka itu.
"Annyeonghasaeyo, Pentagon Kino imnida~" sapanya pada kamera di depannya.
Aku dan Donghan menepuk tangan untuknya.
Dia tersenyum malu lalu kembali duduk di tempatnya.
Sejak dia muncul, aku tidak lepas dari terus memandangnya.
Aku memandang Donghan yang mencuit aku senyap-senyap.
Aku memandangnya dengan pandangan 'menyebuk je'
Donghan memandang aku menyampah.
Aku menjelingnya lalu kembali memandang Kino yang berada disebelah aku.
•••
"Jadi kita nak buat persembahan macam mana?" Soal Kino memulakan perbincangan.
"Kitaorang okey je mana-mana."
"Kalau macam tu, kita nak menyanyi sahaja ke atau nak menari sekali. Kalau nak menyanyi je, kita nyanyi lagu ballad lah. Apa pendapat korang?"
"Kita menyanyi dengan menarilah"
"Sunny?"
"Sa-Saya okey je"
"Okey. Kalau macam tu kita menyanyi dengan menari. Jadi kita nak buat cover lagu apa?"
"Hmm..apa kata kita buat persembahan lagu ssak3? Kitakan ada 3 orang." Cadang Donghan.
"Tak bolehlah. Sebab Ssak3 ada dekat program tu nanti."
"Ouh yeke..."
"Ha! Kita buat persembahan lagu dari group triple h okey tak? Member triple h kan salah seorang member pentagon. Macam mana? Okey tak?" Cadangku pulak.
"Okey juga tu" kata Kino sambil menganggukan kepalanya setuju dengan cadanganku.
"Donghan? Kau okey?" Soal Kino.
Donghan tiba-tiba memandang aku.
Dah kenapa dia pandang aku pulak.
Nak fikir pun tak payahlah pandang aku. Buat aku rasa berdebar je...
😟
"Okey. Aku setuju" ujar Donghan lalu mengalihkan pandangannya ke arah Kino.
•••
☀️🏫
[Kelas]
Kali ni aku tiba di sekolah terlebih dahulu sebelum Si Donghan tu.
Dia datang lambat ni mesti sibuk. Biasalah tu kehidupan idol.
Nanti dia datang lah tu.
Ting!
Aku melihat telefon aku apabila ada notif masuk.
011-778**** add you in nice trio group.
Siapa yang masukkan aku dalam group ni?
Ting!
011-778****
Hi Sunny. Selamat datang ke dalam group ni~😊
Dahiku berkerut.
Siapa ni?
Dia panggil aku sunny...
Jadi dia mesti orang yang kenal aku sebagai Sunny....
Siapa eh?
Ting!
011-778****
Ouh lupa nak perkenalkan diri.
Aku terus merenung telefon aku menanti chat seterusnya.
011-778****
Ini saya, Kino😁. Awak savelah nombor telefon saya ni.
Aku terus membeku.
Ki-Kino?!
Se-Seriouslah?!!!
Aku gembira sangat sekarang ni tapi, aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni.
Akuuuuu tergamam.
Kino chat aku!!!!
Uwaaaa!!!
Aku kena simpan nombor telefon dia niiiii
Adakah semua ni mimpi???
Aku macam tak percayaaaa
Aku cuba menenangkan diri aku lalu balas chat itu.
Me
Annyeonghasaeyo sunbaenim~ terkejut saya sebab dapat chat dari sunbae.
Kino sunbae❤️
Hehe. Saya dapatkan nombor telefon awak dari Donghan. Saya buat group ni sebab senang kita nak bincang untuk persembahan tu.
Me
Ouh yeke.
Kino sunbae❤️
Nanti kita cari masa yang sesuai untuk berjumpa.
Me
Okey sunbae😉
Aku tersengih-sengih sambil melihat chat yang Kino sunbae hantar tadi.
Woahhh akhirnya aku dapat nombor telefon diaaaa😆
Minta dengan Donghan, dia tak bagi. Huh! Kedekut!
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah Donghan yang baru sampai.
Aku tersenyum lebar lalu pergi ke arahnya.
"Yah,Yah, kau nak tahu sesuatu tak? Kino sunbae chat akuuuuuuu" kataku dengan teruja. Tapi aku tak cakap kuat2 lah, nanti budak-budak lain dengar.
"Macamlah aku tak tahu. Aku pun ada dalam group tu" kata Donghan sambil menggelengkan kepalanya.
"Ouh kau ada eh. Sibuk je lah kau ni" kataku lalu kembali ke tempat aku.
Donghan memandang aku geram.
Hehe.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro