Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎵: 11

🏙️🏙️🏙️

Haish...lambatnya Si anak Kim ni. Lama aku tunggu dia kat bus stop ni.

Tinggal baru tahu.

Sampai hati dia biarkan perempuan duduk kat bus stop seorang-seorang malam-malam ni.

Ini tak boleh di jadikan namchin ni.

Nasib ada Kino menemani aku~

Tapi Kino dalam video je lah. Hehe😁

Sepanjang aku tunggu si budak rambut Oren tu, aku tengok video-video Kino di YouTube.

Aku buka video Kino yang cover lagu BTS life goes on.

Suara diaaaa

Manis gilaaaaaaa

Bersemut telinga aku dibuatnya.

Aku ikut senyum kalau Kino tersenyum.

Dah macam orang gila aku dekat bus stop sebab senyum-senyum seorang.

Kisah apa aku. Janji bahagiaaaa.

Semasa aku sedang khusyuk melihat video itu, ada satu kepala terjulur di depan aku.

Hanya dengan bau minyak wangi yang dipakai oleh pemilik kepala tu, aku terus kenal identitinya.

Dengan pantas aku menepuk kepalanya.

"Argh! Sakitlah" ujarnya sambil menggosok kepalanya yang sakit itu.

"Siapa suruh letak kepala dekat depan aku. Kan dah kena. Orang tengah sibuk tengok video ni, boleh pulak dia halang." Marahku.

"Kau tengok video Kino en"

"Yela. Takkan nk tengok video kau pulak"

"Okeyla tu tengok video aku"

"Tak nak aku. Bosan aku tengok kau selalu"

Donghan memandang aku menyampah lalu memaling ke arah bas yang datang ke arah mereka.

" Bas dah datang" beritahu Donghan.

Aku sangkutkan beg di bahu aku lalu bangun.

"Kenapa tak tutup telefon tu?" Soal Donghan apabila aku masih buka video Kino.

"Suka hati akulah nak tutup ke tak. Aku nak tengok Kino" ujarku.

Sekali lagi Donghan memandang aku menyampah.

Apabila bas berhenti, kami pun naik.

Aku naik dulu ye. Lady first~

Aku berjalan ke tempat duduk belakang sekali.

Tempat kegemaran aku.

Aku duduk di tepi tingkap manakala Donghan duduk di sebelah aku.

Aku pandang Donghan.

"Kau tak kisah ke naik bas? Nanti orang notice kau macam mana?" Soalku.

"Ala, tak ada orang perasan punya. Aku dah pakai topi dengan mask ni takkan diorang boleh perasan."

"Mana tahu. Fans kan kenal susuk tubuh atau benda kecil tentang idol kegemaran diorang."

"Tak pe. Habis-habis pun aku lari"

"Lari-lari lepastu tinggalkan aku"

Donghan tergelak kecil.

Aku memandangnya geram lalu kembali melihat video Kino.

"Kau asyik ulang video tu je" kata Donghan yang turut melihat.

"Biarlah. Aku suka dengar dia menyanyi lagu ni." Balasku dan terus melihat video itu.

Aku menyelitkan rambutku di telinga apabila rambut aku tidak henti-henti berterbangan sejak bas ni bergerak.

Aku suka buka tingkap besar-besar. Itu yang berterbangan rambut aku. Dah macam movie Hindustan pulak.

Lupa pulak nak bawa getah rambut tadi..

"Tutup lah tingkap tu" kata Donghan yang perasan aku struggle dengan rambut aku.

"Tak nak. Aku nak angin"

"Habis tu. Nanti rambut kau asyik terbang-terbang je."

"Alaaaa aku nak anginnnnnn"

Donghan mengeluh berat lalu memegang rambut aku yang berterbangan.

Aku tersenyum gembira.

"Uwu, gomawo~" ucapku lalu sambung melihat video Kino dengan tenang.

Donghan hanya mampu mengelengkan kepalanya.

Bas berhenti di stesen seterusnya.

Ada 2 orang remaja perempuan naik bas itu lalu duduk di kerusi belakang sekali.

Hanya jarak satu kerusi sahaja dengan Donghan.

"Kau dah tengok music bank petang tadi?"

"Dah. Weh! Handsome gila Donghan hari ni"

"Kannnn. Dia punya outfit cool gila"

Mendengar perbualan 2 orang perempuan itu membuatkan aku dan Donghan membeku.

Nampaknya ada peminat Donghan di sini~~

Donghan cuba menjeling ke arah 2 orang perempuan itu.

Donghan terus memandang ke arah aku apabila salah seorang dari mereka memandang aku.

Padahal itu fans Donghan, tapi aku pulak yang gugup.

Aku cuba memandang ke arah mereka juga.

Perempuan yang pandang Donghan tadi, masih memandang Donghan dengan pandangan misteri.

Aku tarik Donghan ke arah aku.

"Kau pandang aku je. Jangan pandang diorang" arahku sambil jeling-jeling ke arah perempuan itu.

Donghan hanya angkur dengan arahan aku.

Selepas aku memandang perempuan tu, aku alihkan pandangan aku ke arah Donghan.

Anak mata kami saling bertembung.

Dug Dag Dug Dag Dug Dag 💓

Jantung aku....

Berdegup?

Aku terus alihkan pandangan aku ke arah lain.

Tolong jangan fikir bukan-bukan wahai otak...



•••

[Rumah Yena]

"Rollin, Rollin, Rollin~
Rollin, Rollin, Rollin~"

Habis rumah Yena dijadikan tempat karaoke. Nasib rumah Yena terletak paling hujung kawasan perumahan. Jadi tidak menganggu jiran-jiran.

Budak-budak lelaki yang control karaoke tu. Manakala budak-budak perempuan sibuk dengan makanan dan selfie.

"Yah, Yah kau nak tahu sesuatu tak" soal Yuri dengan gaya ingin bergosip.

"Apa,apa,apa" budak-budak lain termasuk aku teruja ingin mendengar apa yang nak digosip oleh Yuri.

"Donghan kan..."

Donghan yang terdengar namanya disebut terus memandang Yuri.

Aku juga rasa sedikit cemas apabila nama Donghan disebut.

"Donghan kan sebenarnya berkawan dengan Sunny~" beritahu Yuri sambil tersenyum nakal pada Donghan.

Dengar sahaja nama Sunny, semua budak lelaki berhenti menyanyi lalu memandang Donghan tidak percaya.

Donghan membeku apabila semua orang memandangnya.

"Yah! Kau tak cakap pun kau berkawan dengan Sunny"

"Apa ni! Sampai hati kau tak bagitahu kau berkawan dengan Sunny"

"Ini dinamakan kawan eh"

"Mulai hari ni, kau bukan kawan aku lagi"

"Bagi balik sosej aku semalam"

"Tapi aku dah makan sosej tu"

"Tak kira! Aku nak kau keluarkan semualah sosej tu"

Donghan mengeluh kecil.

"A-Aku bukan tak nak bagi tahu...tapi.. " Donghan memandang aku.

"Tapi...aku baru je berkawan dengan dia" kata Donghan lalu kembali memandang ke arah member-membernya.

"Macam mana kau boleh berkawan dengan dia? Dia mesti nampak lagi cantik dari depan kan" soal Jaehwan teruja.

Aku yang mendengar itu terus tersenyum.

Cantik~
Uwuuu~

Donghan memandang aku menyampah.

"Tak. Dia nampak biasa-biasa je kalau tengok depan-depan." Ujar Donghan sambil menjeling ke arah aku.

Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

Nak kena dia ni. Orang dah puji aku cantik, terima je lah. Tahulah cemburu...

Huh!

"Yah, kau ada nombor telefon dia? Bagilah kitaorang"

"Betul tu. Sharelah dengan kitaorang"

"Aku pun nak juga"

"Aku p--argh!"

Jihoon memandang Yena yang memukul kepalanya.

"Boleh tolong jaga privasi artis tak. Suka-suka hati korang je minta nombor telefon dia." Marah Yena.

Aku dan Donghan lega apabila Yena menyebelahi kami.

"Ish! Tak payahlah sampai pukul orang. Sakit tahu tak" balas Jihoon.

Yena buat-buat tak dengar dan terus pergi rampas microphone dari Jaehwan.

"Asyik kau je menyanyi. Kitaorang pun nak menyanyi" kata Yena dan diikuti dengan budak-budak perempuan yang lain.

Dalam sekelip mata, budak lelaki menjadi bawahan budak-budak perempuan..

Perlahan-lahan budak lelaki pergi dari kawasan karaoke itu.

Mereka duduk bersama Donghan di meja makan.

Masing-masing memandang budak-budak perempuan dengan pandangan tidak puas hati.

'🎶I'm so good with you
Ttarawa Catch up
Du nuneul matchugo gin meori nalligo
Ready set go Feel it
Jayuroun gibunin geol'🎶

Kali ni suara budak perempuan yang memenuhi ruang rumah itu.

Aku tak tak join diorang sebab aku takut kalau aku menyanyi nanti diorang boleh cam suara aku.

Buat masa ni aku tak pernah tunjuk nyanyian aku dekat sekolah menengah tinggi ni.

Kali terakhir aku menyanyi depan orang ramai pun masa sekolah menengah rendah.

Aku duduk bersama Donghan sambil melihat budak-budak perempuan menyanyi.

Aku memandang Donghan apabila dia mencuit tangan aku.

"Esok kau ada schedule?" Soal Donghan dengan suara yang diperlahankan.

"Ada"

"Kau okey ke keluar malam-malam ni? Kau tak penat ke nanti?"

"Aku okey je. Lagipun esok aku bukan buat perform. Aku cuma pergi jumpa dengan idol yang akan aku collab untuk buat persembahan episode special dekat music core nanti" beritahuku.

"Jinjja? Aku pun join episode special tu. Aku pun ada collab juga"

"Woah. Kau collab dengan siapa?"

"Entah. Manager aku cuma cakap aku akan collab dengan 2 orang idol je. Seorang lelaki, seorang perempuan"

"Ouhh...aku pun tak tahu dengan siapa aku collab nanti. Kalau dapat Kino sunbae kan besttt. Hehe"

"Kalau dapat Kino, memang tak fokus lah kau menari"

Aku hanya tersengih.

"Amboi, berbual apa je korang ni. Semakin lama semakin rapat korang berdua ni. Dah macam pasangan kekasih dah" ujar Woojin yang perasan.

"Betul tu. Aku dah lama perhati diorang berdua ni"sambung Nayoung.

"T-Tak adalah. Kitaorang kawan-kawan je. Kitaorang berbual pasal kerja khusus sejarah." Kataku dengan sengihan kekok.

"Boleh tak jangan sebut pasal kerja khusus tu. Stress aku dengar."

"Betul tu. Banyak pulak tu nak kena buat"

"Saem bukan terangkan cara nak buat kerja khusus tu. Terus bagi macam tu je."

"Betul tu. Dah lah Saem tu ajar tak faham. Member aku ajar lagi faham"

"Dah, dah. Kita lupakan pasal benda tu malam ni. Malam ni kita nak enjoy. Yoereum, kau pulak yang menyanyi. Dah sakit tekak kitaorang menyanyi ni" arah Yuri.

"Aku?"

"Ye la kau"

Aku teragak-agak untuk ambil microphone yang dihulurkan oleh Yuri itu.

Aku tak boleh dedahkan suara nyanyian aku....

Apa patut aku buat...

"Biar aku yang menyanyi" kata Donghan lalu mengambil microphone dari Yuri.

"Yeahhh Donghan menyanyiiii"

"Tepi-Tepi, VVIP nak lalu"

Aku dan Donghan sempat bertentangan mata sebelum Donghan bergerak ke tempat karaoke.

Aku rasa terharu...

Tapi...

Kenapa Jantung aku berdegup dengan kencang pulak ni?












Tbc



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro