🎵: 10
Ting~
"Selamat datang~"
Terbeliak mataku apabila melihat 2 orang gadis yang cukup aku kenal masuk ke dalam kedai itu.
Cepat-cepat aku bersembunyi di belakang Donghan.
"Kenapa ni?" Soal Donghan pelik.
"Cuba kau tengok tu siapa yang masuk"
Donghan memalingkan wajahnya ke arah 2 gadis yang baru masuk tadi.
"Oh! Itu bukan ke Yuri dengan Yena?!" Soal Donghan yang terkejut.
"Eh, kau pulak yang melebih. Dah cover aku. Buat-buat macam aku tak ada kat sini je" arahku sambil menepuk belakang badannya.
Donghan mengeluh kecil lalu pandang Yuri dengan Yena yang masih tidak perasan kewujudannya di sini.
"Oh! Donghan!"
Selepas beberapa minit, akhirnya mereka perasan kewujudan Donghan di situ.
Rambut Donghan yang terang menerang tu pun tak nampak.
"Yah~ kau nampak handsome gila dari dekat. Selalu nampak muka kau yang tak bersolek dekat sekolah. Berdebar-debar aku dibuatnya" ujar Yuri sambil pandang Donghan kagum.
Donghan hanya tersenyum malu.
Aku yang berada di belakang Donghan gugup apabila mereka berada dekat dengan aku.
Bermacam-macam jawapan yang aku sediakan sekarang ni jika identiti aku terdedah.
"Kau sorang je ke?" Soal Yena pada Donghan.
"Taklah. Aku...datang dengan... dengan... manager aku. Ha! Manager aku" beritahu Donghan teragak-agak.
"Entah kau ni. Dia mesti datang dengan manager dia. Mana ada idol yang boleh pergi mana-mana tanpa manager dia. Lagi-lagi kalau Rookie idol. Apa punya soalan lah kau ni" ujar Yuri.
"Alah. Manalah aku tahu kehidupan idol ni" balas Yena lalu mencebik.
"Ha! Donghan. Kau pergi tak makan-makan malam ni?" Soal Yuri.
"Malam ni? Aku nak pergi, tapi agensi aku tak bagilah..."
"Alooo. Kesiannya kau. Takkan langsung tak boleh?"
"Emm...kalau buat makan-makan dekat tempat awam tak bolehlah. Sebab nanti netizen ambil gambar aku lepastu post dekat laman sosial. Kalau buat tempat yang tertutup macam dekat rumah bolehlah aku join sebab tak ada orang awam."
"Kalau macam tu...kita buat dekat rumah Yena."
"Rumah aku?!"
"Yela. Keluarga kau kan tak ada dekat sini. Cuma ada Unnie kau je en."
"Tapi Unnie aku tu...-"
"Kenapa dengan Unnie kau?"
"Dia peminat Donghan. Bayangkan kalau Unnie aku berjumpa dengan Donghan. Nanti kesian pulak Donghan sebab terpaksa layan karenah Unnie aku tu"
"Aku okey je lah" ujar Donghan.
"Betul ni?"
Donghan menganggukan kepalanya.
"Nice! Kita tukar tempat untuk malam ni. Nanti aku bagitahu dalam group. Sekejap, kau tahu tak rumah Yena dekat mana? Kalau yang lain tahulah sebab diorang pernah datang rumah Yena masa sambut birthday Yena hari tu. Kau je yang tak datang hari tu sebab sibuk" Soal Yuri pada Donghan.
Donghan mengelengkan kepalanya.
"Aku boleh je bagi alamat pada kau. Tapi, jalan ke rumah Yena tu berbelit sikit. Kalah jalan kampung. Emm...Ha! Apa kata kau follow Yeoreum. Dia tahu rumah Yena. Korang berduakan rapat"
"Yeoreum? Boleh je"
"Nanti kau telefonlah dia suruh dia. Eh, tak payahlah. Biar aku telefon dia terus." Ujar Yuri lalu mengambil telefonnya dari poket jacketnya.
Aku yang berada di belakang Donghan mula risau.
Terhincut bahu aku apabila telefon aku berbunyi.
Yuri memandang ke arah Donghan apabila telefon aku berbunyi.
"Kau tak jawab panggilan ke?" Soal Yuri yang masih meletak telefonnya di telinganya menanti aku menjawab panggilan itu.
"Aku?" Donghan tiba-tiba bingung.
"Yela kau. Bukan ke telefon kau berbunyi?"
Selepas otaknya selesai loading, dia baru faham apa yang terjadi.
"Bi-Biar je lah"
"Biar je? Kot-kot penting ke"
Donghan mula gelisah.
Donghan mengeluarkan telefonnya yang tidak berbunyi itu.
Dia menekan skrin telefonnya seperti ingin jawab panggilan itu.
Tapi masalahnya, walaupun Donghan buat begitu, telefon itu masih berbunyi memandangkan aku tidak tolak panggilan itu.
Bukan apa, aku memang nak ambil telefon aku dekat dalam kocek seluar aku ni.
Masalahnya seluar aku ketat. Jadi susah nak keluarkan. Paling tidak pun aku kena berdiri tegak untuk keluarkan telefon aku.
Kalau aku berdiri tegak nanti diorang nampak aku pulak dekat belakang Donghan ni.
Yuri dan Yena merenung Donghan yang cuba mengangkat panggilan itu tetapi masih tidak berhenti berbunyi.
"Kenapa ek, tak boleh jawab..." Kata Donghan dengan suara yang perlahan.
Yuri dan Yena mula pandang Donghan pelik.
Donghan jadi resah.
"Te-Telefon aku jem lah. Nantilah aku telefon dia balik" ujar Donghan sambil menyimpan telefonnya semula.
"Kau nk guna telefon aku tak? Kot-kot ada kecemasan ke" ujar Yuri sambil menghulurkan telefonnya.
Telefon aku berhenti bunyi apabila Yuri mematikan panggilan itu dan menghulurkan telefonnya pada Donghan.
Huu...selamat...
"Gunalah telefon aku ni" pelawa Yuri lagi pada Donghan.
"Tak apalah. Nanti aku guna telefon manager aku" kata Donghan serba salah.
"Yelah..."
"Donghan-ssi, Sunny-ssi, ini ice cream awak"
"Sunny?!"
Terus membulat mata Yuri dan Yena apabila namaku disebut.
Mereka berdua memandang ke arah belakang Donghan dimana pekerja itu pandang.
Terjengkek-jengkek kaki mereka berdua kerana ingin melihat di sebalik Donghan.
Aku yang berada di belakang Donghan terus mengalah.
Perlahan-lahan aku bangun dan buat-buat tidak nampak mereka berdua.
"Oh!!! Sunny!!!" Mereka berdua menolak Donghan ketepi lalu mendekati aku.
Cemas aku dibuatnya apabila mereka berdua terus datang dekat ke arah aku.
Jangan diorang perasan aku sudah.
"Woahhhh Sunny, kami peminat awak" ujar Yuri dengan teruja.
Begitu juga dengan Yena.
Aku hanya mampu tersenyum kekok.
Aduhhh kekoklah dengan kawan sendiriiiii
"Awak datang sini sebab nak beli ice cream ke?" Soal Yena.
"Nae..." Jawabku. Takkan datang sini nak kait kelapa pulak.
"Sekejap! Awak berkawan dengan Donghan ke?!" Soal Yuri sambil menunding jari ke arah aku dan Donghan.
Kami berdua terdiam. Buntu mahu jawab apa.
"Ke....korang ber--"
"Kami kawan" kataku pantas.
"Ouhhhh....Yah! Kau tak cakap pun kau berkawan dengan Sunny. Hari tu aku tanya kau, kau kata tak rapat dengan Sunny. Kau dah pandai tipu eh" bebel Yuri sambil bercekak pinggang di depan Donghan.
"I-Itu...dulu...aku baru berkawan dengan dia" ujar Donghan gelabah.
Yuri memandang Donghan geram lalu kembali memandang aku.
"Macam mana awak boleh berkawan dengan dengan Donghan ni?" Soalnya.
"Emm...kitaorang mula berkawan sebab...kitaorang selalu terserempak dekat stesen tv" beritahuku teragak-agak.
"Ouhhh...Kitaorang rakan sekelas Donghan. Saya Yuri dan ni Yena. Awak sekolah dekat mana? Sebab saya tengok dekat profile awak, tak ada pulak tulis nama sekolah awak. Awak sekolah kat SOPA ke?"
Aduhhh dia tanya sekolah pulak...
Apa aku nak jawab ni?????
"Ermmm...eh? Dah terlambat lah. Maaf, saya kena pergi dulu. Annyeong" kataku lalu berlari keluar dari kedai itu.
"Sunny-ssi, Ice Cream awak!"
Aku patah balik pergi ambil ice cream aku.
Aku sempat menghantar israyat 'jumpa lagi nanti' pada Donghan sebelum aku keluar dari kedai itu.
Donghan balas dengan menganggukan kepalanya.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro